Saturday, October 22, 2011

HIDUP TAK TENANG

Rasanya pembaca pernah terbaca cerita nie... di mana orang kaya nie hidupnya tak pernah tenang... tidurnya tak pernah lena... sebab sentiasa memikirkan tentang hartanya. Sedangkan orang miskin, boleh tidur dengan lena. Tak ada apa yang perlu dirisaukannya.

Begitu jugak lah dengan orang yang buat salah... ko orang ingat, orang yang buat salah boleh tidur dengan lena ke???? jawapannya tak boleh... setiap masa dia dok fikir. Dia dok fikir, takut kesalahannya nanti akan terbongkar...

semua orang akan tahu...
tahu pulak dia takut malu...

Ramai orang yang berlakon... nampak baik je kan... tapi hakikat tuhan je yang tahu... tapi agak-agak lah kan... sampai bila orang boleh berlakon... sehari, dua hari... seminggu, sebulan, setahun... larat ke???? berlakon nie nak kena ada skrip... kalau skrip terlupa nak bawa... agak-agak dia boleh ingat ke??? sampai satu tahap orang berkenaan akan bercakap yang benar... apa yang berlaku sebenarnya... Kesimpulannya, bercakap lah benar...

Walaupun mengaku salah itu berat...
Sebenarnya berlakon tu lagi tak larat...
Lambat laung kebenaran akan terlihat...

Pada minggu lepas, aku dibanjiri dengan puluhan sms... tapi sayang sms berkenaan terpaksa aku delete... sebabnya phone aku kan jenis zaman tok kadok... tak boleh simpan banyak sms... tapi semua sms tu sempat aku copy kat blog... sms yang aku terima membuatkan aku berada di dalam situasi yang sangat serba salah dan tersepit antara dua pihak yang aku hormati kerana ilmu agamanya.

Sms berkenaan sangat havy sehingga memaksa aku berfikir di luar kotak pemikiran... aku rasa kalau ko orang berada di tempat aku pun akan tertekan. Siapa antara mereka nie harus ko orang percaya... pihak A atau pun pihak B.

Pihak A orang yang menghantar sms kepada aku... mempunyai latar belakang yang cukup hebat... menjadi tempat rujuk kekawan dalam bab agama.

Pihak B pulak orang yang malang kerana perihal keburukannya dibuat cerita... dia pun sama mempunyai latar agama... setiap tahun pergi menunaikan umrah dan setiap tahun berpuasa 3 bulan penuh... dah berkali menunaikan haji.

Aku menangis, sebab sedih sangat... tak tahu pihak yang mana harus aku percayai... lepas tu aku jumpa sorang ustazah di sekolah aku nie... aku minta pandangannya mengenai dua perkara...

Pertama prihal tentang sabar...
Aku minta dia memberi pandangan tentang sabar... bukan apa supaya aku bisa sabar menerima dugaan ini dengan tenang... sebab aku nie sebenarnya bukan jenis yang sabar... panas baran orangnya... pantang dengar sikit je cerita yang kurang senang... mula lah nak serang orang tak tentu pasal.

Kedua prihal tentang redha...
Aku minta dia memberi pandangan tentang redha... ustazah nie memberi penjelasan yang cukup jelas... penerangannya yang panjang lebar... supaya aku lebih faham.

Aku minta pandangan ustaz tentang masalah yang aku hadapi... mujur lah ketika aku dalam kesusah ada kekawan yang boleh memberi cara yang terbaik untuk selesaikan masalah... ustaz nasihatkan aku supaya bangun pagi buat solat hajat minta petunjuk. Tiga hari berturut-turut aku bangun buat solat hajat... minta Allah S.W.T berikan petunjuk siapa yang berada di pihak yang benar...

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat jawapannya.

0 ulasan: