- Hotel Sani
- Hotel Anum
- Hotel Wira
- Hotel Grand Pacific
- Hotel Sunway Putra
- Hotel Dynasty
- Hotel Elegant Inn
- Hotel Seri Pacific
Sunday, September 30, 2012
PENGINAPAN UNTUK KONVO OUM DI PWTC
Minggu lepas ada sorang kawan dari Johor call minta tolong booking kan hotel... sebab bulan 12 nie dia Konvo OUM di PWTC... aku pun tak pasti nie konvo OUM kali yang ke berapa??? Tak sedap pulak kalau tak tengok lokasi hotel tu... bukan apa, aku nie kalau boleh biar lah kawan tu selesa dan menyenangkannya.
Sebolehnya aku akan cuba cari hotel yang boleh berjalan kaki je ke PWTC. Aku dah fikir masalah yang akan timbul jika mereka perlu memandu ke PWTC... pertama, mereka tak tahu jalan area KL... kedua tak tahu nak parking kereta di mana... ketiga, takut ada kereta yang tertinggal... sebab kawan aku nie datang 2 buah kereta... kalau memandu mahu sesat barat... dengan jemnya lagi.
Malam tadi kebetulan kawan dari Melaka turun... so ambil peluang ronda area KL sambil cari hotel yang berdekatan dengan PWTC... area situ banyak hotel... kawan aku nak bilik yang budgetnya dalam RM150 semalam... dia nak suruh booking dalam 2 bilik untuk 2 malam. Sebab ramai kaum keluarga nak ikut... dalam masa yang sama mereka sekeluarga nak ambil peluang jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur, tu yang sewa 2 malam.
So malam tadi aku tengok hotel yang paling strategik dan boleh berjalan kaki je ke PWTC:
Balik je malam tadi, tugas seterusnya google cari nombor telefon semua hotel berkenaan. Hotel Grand Pacific aku call dah penuh untuk tarikh berkenaan. Hotel Sunway Putra, Hotel Dynasty dan Hotel Seri Pacific harganya dalam RM200 lebih semalam... lari budget lah pulak. Hotel Sani masih ada kosong, tapi sekarang sedang buat penambahbaikan... so dia maklumkan mungkin harga akan berubah pada tarikh berkenaan. Hotel Anum dah penuh kecuali bilik yang RM180 je masih tinggal.
Hotel Wira je yang harga biliknya dalam budget kawan aku... so aku terus booking 2 bilik untuk 2 malam... tadi dia call suruh tambah lagi sebilik...
Lega satu urusan kawan aku dah selesai. Kepada kawan aku tu... tahniah kerana berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlangnya.
Tolong-menolong, bantu-membantu...
Lambang bersatu, bertambah mutu...
TERIMA SURAT LANTIKAN DG41
Alhamdulillah, tamat sudah penantian selama ini. Pada hari Khamis minggu lepas aku terima perkhabaran gembira daripada kerani kat sekolah. Masa tu, jangan ceritalah perasaan aku seronoknya... hanya tuhan je yang tahu. Tak pe lah, kebetulan PAm kat sekolah ada urusan di PPD... so aku minta tolong dia ambil sekali surat aku. Petang tu aku dapat panggilan... daripada Kak Odah, memaklumkan En. Mat Nor terlupa mengambil surat berkenaan... aku tak kisah sangat pun... sebab surat memang dah kat PPD... tinggal nak ge ambil je pun.
So, hari Jumaat lepas... aku ajak lah kawan sorang nie tolong temankan... dia senang bila mintak tolong... janji time tu dia ada kelapangan... Insya Allah tak akan menghampakan. Tak sabar rasanya... sebenarnya nak tahu bila tarikh lantikan tu. Sampai je di PPD Gombak... aku beritahu nak ambil surat lantikan DG41... pegawai yang bertugas terus je sebut nama aku... "Cikgu Faridah..." terkejut jugak, hebat sampai boleh ingat nama pemilik surat... rupanya tinggal surat aku je yang belum diambil... lagi pun kali nie hanya ada 3 surat je pun... yang lepas 70 lebih.
Masuk je dalam kereta, apa lagi terus je buka... seronoknya, lantikan bermula 2 Oktober 2010. Lepas nie tinggal nak settlekan segala urusan yang berkaitan. Selesailah kerja aku. Lepas tu tugas kerani pulak untuk urusan gaji... sudah pasti gaji akan bertambah... mesti dalam kepala nie dah plan macam-macam... apa pun kena pandai uruskan kewangan sendiri... nasib baik jugak dapat offer baik... so aku dah tahu ke mana duit tu akan disalurkan... untuk masa depan... kalau pun bukan untuk aku menikmatinya... mungkin generasi aku nanti... Insya Allah... semoga urusan dipermudahkan dan diberkati. Rezeki tahun nie. Semoga rezeki nie diberkati.
Jika berjimat, hendaklah simpan...
Demi kebahagiaan, masa hadapan...
Sunday, September 23, 2012
BOTOL MINERAL KOSONG
Botol air mineral.... |
Hari nie aktiviti aku mengemas botol-botol kosong yang aku simpan semenjak pindah ke rumah nie. Selama 2 tahun setengah... aku tak pernah buang botol air mineral yang telah digunakan... Tengok macam semak lah pulak di penjuru umah aku tu... so ari nie tak ada apa-apa aktiviti... almaklum lah UPSR pun dah selesai... so lepas nie ari minggu aku... untuk rehat. Kalau tak aku kerja 7 hari seminggu.
Hari nie aku buang 100 botol yang kosong... ada banyak lagi... aku ingat nak buang sikit-sikit... aku asingkan siap-siap untuk memudahkan pemungut sampah... pada kita botol kosong nie tak ada nilai... tapi bagi mereka... botol nie ada lah rezeki. Aku buang sekali kotak-kotak yang tak digunakan.... harap malam nie tak hujan lah... kalau hujan sayang kotak tu basah.
Aku bukan tak boleh nak masak air... bukan malas... atau pun tak ada cerek... tapi aku nie sebenarnya jenis orang yang susah nak minum air kosong... so kalau air tu berbau klorin... alamaknya aku tak minum lah. Air kosong nie penting untuk kesihatan... air mineral nie je ... yang boleh lah jalan sikit... walaupun tak sebanyak yang sepatutnya... sekurangnya aku minum jugak.
Kesihatan hak milik peribadi...
Jaga, jangan sampai menyesal nanti...
Saturday, September 22, 2012
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TERENGGANU - PART4
Kami sepakat memilih penginapan di Dara Inn. Pertamanya di sini ada disediakan asrama... so senang lah kita nak muatkan murid-murid yang ramai tu. Keduanya kedudukannya yang sangat strategik berdekatan dengan pantai... dan gerai-gerai ICT ( Ikan Celup Tepung ) dan KLCC (Kepok Lekor Cicah Cili )... nak makan pun senang... keluar je pagar Dara Inn berderetan kedai makan... senang kan... So pendek kata memang senang lah.
Penginapan pun cukup selesa. Kalau aku berpeluang ke sana lagi... sama ada naik flight atau pun kereta... tentunya Dara Inn jadi pilihan... lagi satu duit deposit aku terlupa nak ambil ari tu... dah sampai umah pihak pengurusan call maklumkan yang aku tak ambil duit deposit. Macam ada cita-cita je nak ke sana lagi... he he he.
Bergambar beramai-ramai di hadapan tempat kami menginap... |
Anak murid aku teruja nak bergambar di replika nie.. |
Terengganu kaya dengan hasil seni batik... |
Tengok kain batik cantik-cantik, teringin gak nak beli untuk dipakai setiap hari Khamis... tapi apa kan daya kuasa membeli agak terbatas... almaklumlah baru je lepas raya... duit raya yang dapat pun dah habis... yang tinggal saki baki untuk sampai hujung bulan... so tengok je lah... cuci mata. Lain kali kot...
Kalau ke Terengganu, tak pergi ke Pasar Payang rugi... kat sana nak cari apa semua ada... member aku yang sorang nie sibuk nak cari kacip pinang... nasib baik jumpa... rupanya kedai barangan tembaga yang kat bahagian atas ada jual kacip tu. Dah lebih suku abad, kawan aku nie... rupanya tak pernah tengok macam mana rupa kacip pinang tu.... kesian pulak aku tengok.Nasib baik, aku anak orang kampung... nenek aku dulu memang guna buat kacip pinang... makan dengan sirih.
Ingat kat bank je ambil nombor... nak beli keropok pun kena ambil nombor... |
Banyaknya borong keropok... kira jangan tak kira. |
Punya lah banyaknya kawan aku nie beli keropok Bukit Tok Beng... siap kena ambil nombor tu... dulu kita ingat kat bank je kena ambil nombor... rupanya kat tempat beli keropok pun kena ambil nombor juga... tak kisah lah... ambil nombor... ambil nombor lah... janji dapat keropok yang sedap tu. Memang betul sedap... terasa ikannya. Kami dah cuba bandingkan kat tempat lain yang kami beli.
Sebenarnya yang jadi banyak nie... ramai kekawan kirim... kalau sendiri tak habis nak makan. Habis sudah ceta di Terengganu 2012.
Jalan-jalan tengok orang...
Ada yang lebih, ada yang kurang...
Dicatat oleh eeeda di 11:34 PM 0 ulasan
Label: Anak Murid
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TERENGGANU - PART3
Aktiviti seterusnya menyusuri sungai dengan 'River Cruise'. Aku kali ketiga ke Taman Tamadun Islam baru dapat merasainya... anak-anak murid aku jangan ceta lah... sangat teruja. Perjalanan mengambil masa 40 minit... lama jugak tu. Banyak jugak info yang kami dapat. Aku yang berkawan dengan orang Jabatan Laut pun tak pernah tahu... bot nelayan nie ada kelas A, B, C... dan warna tertentu supaya mudah dikenali dari jarak jauh.
Aku teringat lagi sindiran daripada seorang rakan aku semasa di Pangkor.. "kau farid berkawan dengan macam-macam orang, orang yang bekerja di laut, di udara, di darat... tapi satu pun tak sangkut"
Bagi aku, biar ramai kawan... daripada ramai musuh... sangkut tak sangkut... itu cerita nombor 2. Apa yang penting berkawan dengan orang yang berlainan bidang nie... ada jugak sesuatu yang dapat kita share. Setuju tak dengan pendapat aku?? (setuju / tidak setuju ).
Semua penumpang siap sedia... diketuai oleh cikgu Rozamruni. |
View yang sangat cantik berlatar belakangkan kincir air. |
Cikgu-cikgu yang sentiasa happy good lucky... |
Gambar berlatar belakangkan Masjid Kristal yang menjadi kebanggaan orang Ganu... |
Jalan-jalan tepi pantai...
Bermain ombak sambil bersantai...
Dicatat oleh eeeda di 4:09 AM 0 ulasan
Label: Anak Murid
Wednesday, September 19, 2012
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TERENGGANU - PART2
Pukul 8.30 pagi - Kami tiba di lokasi pertama, Masjid Kristal. Masa nie memang tak ada orang... kami nie boleh dikira orang yang terawal. Ambil kesempatan bergambar beramai-ramai sambil menunggu sarapan pagi. Pagi tu kami bersarapan dengan nasi dagang dan teh o. Baru kena ge ganu makang nasi dagang. Dok gitu keng kawang...
Sebahagian murid lelaki... ada lagi nie merayau sekitar.... |
Banner pakej Taman Tamadun Islam |
Kami nie boleh dikira beruntung jugak sampai awal... boleh bergambar macam nie... kalau dah lewat sikit, tak dapat nak bergambar susun beramai-ramai nie... tempat yang kami duduk nie jalan... tempat kereta pusing. Kat tengah tu ada bulatan kecil. Sebenarnya elok sampai awal... sementara menunggu Taman Tamadun Islam buka... boleh lah pusing-pusing... berposing-posing di sekitar Masjid Kristal dulu.
Bergambar bersama dengan peserta rombongan. |
Berjiwa muda... yang pasti aku paling muda... he he he |
Bergambar bersama dengan Penyelia Petang... tu di tengah sekali. |
Waktu Operasi... perlu diamati... jika berhajat ke sana nanti... agar tidak ternanti-nanti.. |
Menunggu... kereta api... yang tak kunjung lagi... |
Bergambar di depan masjid... |
Kepenatan je... boleh tunggu keretapi... |
Pakej penting... |
Kalau kali pertama ke Taman Tamadun Islam... kena ambil masa sikit... rugi kalau tak melawat semua monumen yang ada...ikutkan aku kali ketiga ke sana... 2009, 2011 dan 2012. Tetap rasa seronok untuk melihat monumen yang ada. Sebenarnya lebih baik berjalan kaki... singgah setiap monumen yang ada... rasanya baru puas hati.
Aku tak nak cerita banyak... lebih baik datang sendiri dan alami sendiri...
Dicatat oleh eeeda di 7:23 AM 0 ulasan
Label: Anak Murid
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TERENGGANU
Pada 14 September hingga 16 September 2012 sekolah den buat rombongan ke Kuala Terengganu yang melibatkan murid-murid tahun 6. Ini merupakan program khas selepas UPSR untuk murid-murid melepaskan tension setelah bertungkus-umus membuat ulangkaji bagi menghadapi peperiksaan. Rombongan kali disertai oleh 70 orang murid dan 10 orang guru.
Programnya, pukul 8.00 malam murid mula berkumpul di sekolah dan solat Isyak di surau. Pukul 9.30 malam bas yang akan membawa kami ke Terengganu tiba dan terus bertolak. Kami singgah di R&R Temerloh... murid-murid sibuk mengadu lapar... sebenarnya aku pun lapar jugak. Ingat sebelum keluar nak singgah makan dulu... tapi takut gak kena tinggal... so terus je lah ke sekolah.
Kak Wan dan Kak Shu pun join sama... |
Sebenarnya aku seronok sangat, bila dapat tahu Kak Wan pun join sama dalam rombongan kami nie... bukan apa, sejak akhir-akhir nie bukan senang nak jumpa dia... apatah lagi nak bersembang... dulu sama sekolah lain lah... hari-hari dapat jumpa kat kantin. Terima kasih Kak Wan kerana sudi join bersama kami.
Perjalanan kami diteruskan. Kali nie pemandu bas lebih selesa menggunakan jalan dalam... selalu kalau aku ke Kuala Terengganu... aku lebih suka guna jalan tepi pantai... seronok boleh tengok pemandangan pantai sepanjang perjalanan. Kali nie, aku terjaga je... hutan dan gelap gelita. Lagi satu jalan nie banyak lori. Aku difahamkan jalan dalam nie lebih dekat dan lebih lenggang. So malam tu perjalanan agak lancar.
Tandas yang cukup selesa di Masjid Tengku Tengah Zaharah / Masjid Terapung Terengganu |
Kami tiba di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu lebih kurang pukul 6.30 pagi. Masa tu berderet bas parking di kawasan yang disediakan. Ingat kami je nak ambil peluang solat Subuh dan mandi di situ. Rupanya orang lain pun sama macam kami. Tandas yang disediakan cukup selesa dan bilangannya banyak. Aku tak kisahlah walaupun dikenakan bayaran RM1.50 untuk mandi dan RM0.50 untuk buang air. Apa yang penting bagi aku keselesaan. Tandas nie berada di kawasan luar masjid, berdekatan dengan parking bas.
Murid-murid tidak melepaskan peluang bergambar di kawasan masjid. |
Bergambar kenangan di masjid terapung, Kuala Terengganu |
Aku yang dah banyak kali ke sini pun, tak mahu melepaskan peluang bergambar. Masa nie lebih kurang pukul 7.30 pagi. Tengok tempat parking dah kosong. Semua bas sudah bergerak ke destinasi masing-masing. Lepas nie kami akan bergerak ke Taman Tamadun Islam. Kami akan bersarapan di sana. Mujurlah ada kawan aku nie kenal orang di sana. So, urusan makanan diuruskan olehnya. Sarapan kami pagi tu dihantar ke Masjid Kristal. Kami bersarapan di situ. Senang kan.. tak perlu fikir nak sarapan di mana... semuanya diuruskan dan dihantar ke tempat kami berhenti.
Dicatat oleh eeeda di 6:10 AM 2 ulasan
Label: Anak Murid
Monday, September 17, 2012
PEMANDANGAN DI PERSISIRAN SUNGAI
Pemandangan yang cukup menarik ketika aku berpeluang menaiki 'River Cruise' di Taman Tamadun Islam, Terengganu. Kebetulan pada hari berkenaan cuaca sangat baik.
Kecantikan bangunan di Taman Tamdun |
Di kejauhan tersergam indah Masjid Kristal |
River Cruise yang digunakan untuk menyusuri sungai bagi memberi peluang kepada pengunjung menikmati panorama yang indah |
Kelab Kapal layar yang menjadi tumpuan pelayar-pelayar seluruh dunia. |
I-City Terengganu pada waktu siang... dan lebih cantik kelihatan pada waktu malam. |
Bot Jabatan Laut Malaysia |
Hotel yang menjadi kebanggaan Felda. |
Jambatan Sultan Mahmud. |
Dicatat oleh eeeda di 5:49 AM 0 ulasan
Label: Pemandangan
Tuesday, September 11, 2012
PERMOHONAN KE LUAR NEGARA
Alhamdulillah, minggu lepas aku dah selesai submit borang permohonan keluar negara. Hantar awal bukan apa, sekiranya ada masalah... masih ada masa untuk betulkan. Ingat dah selalu isi tak ada masalah... rupanya ada jugak... aku terlupa nak sertakan Lampiran A.
Insya Allah jika diizinkan aku aku akan pergi bercuti ke Vietnam pada 21 Nov hingga 24 Nov 2012 dan ke Bukit Tinggi, Indonesia pada 04 Dis hingga 07 Dis 2012.
Bercuti ke Vietnam |
Bercuti ke Padang, Indonesia |
Bila dengar nak bercuti, seronok. Tapi banyak juga perkara sampingan yang perlu difikirkan. Terutamanya sebelum dan semasa.
Sebelum bercuti:
- Booking tiket penerbangan ( rancang percutian... lebih baik masa cuti sekolah)
- Isi borang permohonan ke luar negara ( kat pejabat sekolah memang ada )
- Kena buat tempahan penginapan awal, paling tidak pun kena tahu hotel mana kita akan menginap (sekiranya tidak menggunakan agensi pelancongan )
- Kena buat lah sedikit rujukan tentang tempat yang ingin dikunjungi ( tanya kawan yang pernah ke sana, tak pun google je... baca pengalaman mereka yang pernah ke tempat berkenaan )Supaya di sana nanti tidak terpingga-pingga.
Semasa bercuti :
- Keselamatan diri dan barangan peribadi.
Entry sebelum nie aku ada menulis berkaitan dengan persiapan sebelum terbang. Harap perjalanan percutian aku kali ini berjalan dengan lancar.
Ada wang, ke mana saja teringin...
Saturday, September 8, 2012
KENAIKKAN PANGKAT JUGA REZEKI
Dua hari lepas aku dapat panggilan dari seberang laut... ketika itu aku dah pun terlelap, kepenatan agaknya seharian dari pagi bawa ke petang... ada extra kelas untuk anak didik yang akan menduduki peperiksaan. Berdering phone aku... mata dah penat. Ikutkan hati malas nak angkat. Dalam kepala nie fikir nak tidur je. Tapi bila tengok orang jauh yang call... kesian jugak.
Rupanya kawan aku nie call nak kongsikan berita gembira. Bulan depan dia akan mula pakai pangkat Flight Sarjan. Dia beritahu, aku orang pertama yang tahu tentang berita nie... dalam hati, apa lah istimewanya aku. Sepatutnya berita gembira nie perlu dikongsi dengan orang yang tersayang... terutamanya isteri dan anak-anak... bukan aku. Aku kawan kamu je pun. Tak lebih daripada itu. Kawan dulu kini dan selamanya.
Apa pun tahniah kepada kawan aku... rezeki untuk keluarga. Berbaki pun dah tak banyak tahun nak pencen. Harap ada lagi peluang lepas nie hingga ke pangkat yang terakhir iaitu Pegawai Waran I. Insya Allah kalau dah rezeki tak ke mana.
Dalam TUDM untuk lain-lain pangkat bermula dengan :
Rekrut - Laskar Udara 2 - Laskar U 1 - Laskar Kanan (U) - Kopral (U) - Sarjan (U) - Flight Sarjan - Pegawai Waran 2 dan pangkat terakhir Pegawai Waran 1.
Subscribe to:
Posts (Atom)