Aktiviti seterusnya menyusuri sungai dengan 'River Cruise'. Aku kali ketiga ke Taman Tamadun Islam baru dapat merasainya... anak-anak murid aku jangan ceta lah... sangat teruja. Perjalanan mengambil masa 40 minit... lama jugak tu. Banyak jugak info yang kami dapat. Aku yang berkawan dengan orang Jabatan Laut pun tak pernah tahu... bot nelayan nie ada kelas A, B, C... dan warna tertentu supaya mudah dikenali dari jarak jauh.
Aku teringat lagi sindiran daripada seorang rakan aku semasa di Pangkor.. "kau farid berkawan dengan macam-macam orang, orang yang bekerja di laut, di udara, di darat... tapi satu pun tak sangkut"
Bagi aku, biar ramai kawan... daripada ramai musuh... sangkut tak sangkut... itu cerita nombor 2. Apa yang penting berkawan dengan orang yang berlainan bidang nie... ada jugak sesuatu yang dapat kita share. Setuju tak dengan pendapat aku?? (setuju / tidak setuju ).
Semua penumpang siap sedia... diketuai oleh cikgu Rozamruni. |
View yang sangat cantik berlatar belakangkan kincir air. |
Cikgu-cikgu yang sentiasa happy good lucky... |
Gambar berlatar belakangkan Masjid Kristal yang menjadi kebanggaan orang Ganu... |
Jalan-jalan tepi pantai...
Bermain ombak sambil bersantai...
0 ulasan:
Post a Comment