Alhamdulillah, tamat sudah penantian selama ini. Pada hari Khamis minggu lepas aku terima perkhabaran gembira daripada kerani kat sekolah. Masa tu, jangan ceritalah perasaan aku seronoknya... hanya tuhan je yang tahu. Tak pe lah, kebetulan PAm kat sekolah ada urusan di PPD... so aku minta tolong dia ambil sekali surat aku. Petang tu aku dapat panggilan... daripada Kak Odah, memaklumkan En. Mat Nor terlupa mengambil surat berkenaan... aku tak kisah sangat pun... sebab surat memang dah kat PPD... tinggal nak ge ambil je pun.
So, hari Jumaat lepas... aku ajak lah kawan sorang nie tolong temankan... dia senang bila mintak tolong... janji time tu dia ada kelapangan... Insya Allah tak akan menghampakan. Tak sabar rasanya... sebenarnya nak tahu bila tarikh lantikan tu. Sampai je di PPD Gombak... aku beritahu nak ambil surat lantikan DG41... pegawai yang bertugas terus je sebut nama aku... "Cikgu Faridah..." terkejut jugak, hebat sampai boleh ingat nama pemilik surat... rupanya tinggal surat aku je yang belum diambil... lagi pun kali nie hanya ada 3 surat je pun... yang lepas 70 lebih.
Masuk je dalam kereta, apa lagi terus je buka... seronoknya, lantikan bermula 2 Oktober 2010. Lepas nie tinggal nak settlekan segala urusan yang berkaitan. Selesailah kerja aku. Lepas tu tugas kerani pulak untuk urusan gaji... sudah pasti gaji akan bertambah... mesti dalam kepala nie dah plan macam-macam... apa pun kena pandai uruskan kewangan sendiri... nasib baik jugak dapat offer baik... so aku dah tahu ke mana duit tu akan disalurkan... untuk masa depan... kalau pun bukan untuk aku menikmatinya... mungkin generasi aku nanti... Insya Allah... semoga urusan dipermudahkan dan diberkati. Rezeki tahun nie. Semoga rezeki nie diberkati.
Jika berjimat, hendaklah simpan...
Demi kebahagiaan, masa hadapan...
0 ulasan:
Post a Comment