Friday, December 31, 2010

TARIKH GAJI KAKITANGAN KERAJAAN

Penting kita tahu tarikh gaji nie... supaya kita lebih berhati-hati dalam berbelanja. Walaupun gaji kita kecil tak mengapa, apa yang penting kita tahu merancang dan membeli apa yang perlu sahaja. Paling tidak pun gaji kita tu cukup sehingga keluar gaji bulan berikutnya. Jangan sampai berhutang sana sini.

Malu, kita makan gaji.. tapi gaji tak pernah cukup. Sekali-sekala berhutang mungkin orang akan beri. Tapi kalau dah selalu, kawan pun malas jugak nak layan. So beringat lah dalam berbelanja.

Aku pernah dengar ayat nie.. " Biar kita berlapar sepanjang malam daripada bangun tidur dah ada orang yang menunggu untuk menuntut hutang"

Sama-sama lah kita latih diri kita supaya berbelanja dengan berhemah. Beli ikut kemampuan dan dahulu kan yang menjadi keperluan daripada yang lain.

Aku sedih bila kekawan datang nak meminjam duit dengan aku... sedangkan aku sendiri pun hanya cukup-cukup setiap bulan. Jika ada pun, sebenarnya duit tu untuk bayaran tertentu.... cuma tarikhnya je belum sampai lagi.

Kekawan ingat aku berduit sebab seorang je.... sedangkan perbelanjaan aku sama dengan orang berkeluarga. Mereka yang berkeluarga gaji 2 orang, sepatutnya lebih daripada cukup. Aku pun pelik macam mana boleh tak cukup.... di mana silapnya pengurusan kewangan mereka tu. Hanya mereka je yang tahu.

Kita kena ingat, gaji kita nie tak kan ada lebih.... bulan Januari sebanyak nie... bulan Februari pun sebanyak tu... kecuali ada lah sebulan tu lebih sebab kenaikan gaji... bukan banyak... tak sampai seratus pun. So, kalau perbelanjaan kita melebih pendapatan dan berhutang lagi bulan tu... pendek kata akan banyak benda yang sangkut. Silap-silap ari bulan ada harta kita yang kena angkut.... biasanya kereta lah... 3 bulan tak bayar siap lah.... tunggu masa je nak kena tarik.

Membebel lah pulak aku nie....asalnya nak ceta tarikh gaji je...

Jangan harap orang tolong kita...
Tapi kita perlu tolong diri sendiri...

Thursday, December 30, 2010

SIMPLE SOURVENIR

Sourvenir nie aku tempah secara online untuk my best friend. Majlis perkahwinannya dijangkakan pada bulan 2 nanti. Bukan senang aku nak dapatkan nama tunangnya. Aku terpaksa menggunakan orang tengah. Asalnya aku nak letak gambar depa.... sampai sudah aku tak dapat... so terpaksa lah guna gambar kartun je. Tapi tengok cantik gak.

Aku sebenarnya nak buat kejutan kepada my friend.... tu yang tak minta direct dengan tuannya. Aku tempah tak banyak pun... just untuk kawan rapat dia je. Hari Selasa aku pe ambil kat kedai yang aku tempah nie di Gombak. Design nie kedai yang buat.... dia email beberapa contoh dan minta aku pilih je. Senang kan.... jimat masa aku.

Tinggal ada masa nanti aku nak hias siap-siap. Untuk serah mini mug nie pun aku nak kena guna orang tengah. Harap sourvenir nie selamat sampai kepada my friend before majlis. Bukan apa, kemungkinan besar aku lewat sampai pada hari berkenaan.

Biar pemberiannya kecil...
Tetapi mempunyai sentimental value tersendiri...

TAMBAH KOLEKSI YANG SEDIA ADA

Gelas Coco Cola nie, sebenarnya member aku belanja McDonald di Petronas Bukit Rahman Putra masa menonton FIFA World Cup in South Africa ari tu. First time jumpa kawan aku selepas bebelas tahun dan kali pertama aku bercakap dengan dia. Sebenarnya kami nie sama masa belajar dulu.... tapi tak pernah tegur. Nama memang aku kenal... tapi orang tak berapa cam.

Terima kasih my friend belanja makan McDonald dan beri gelas nie untuk koleksiku. Aku lebih menghargai sesuatu barang yang aku simpan, sekiranya boleh mengingatkan tentang sesuatu peristiwa yang manis dan akan dikenang sampai bila-bila. Aku jumpa dia pukul 12.00 p.m sampai tamat perlawanan bola pukul 4.00 a.m. Sembang tak ingat dunia. Maklum lah baru nak berkenalan.

Selain mug, aku juga suka kumpul botol yang mempunyai bentuk yang menarik dan jarang dijumpai. Air botol Coco Cola tu aku beli di Padang Besar. Air minuman ini keluaran negara jiran. Dijual dengan harga RM1.50. Aku memang sengaja tak minum, sebab beli untuk disimpan.

Botol kosong tu, minuman teh botol yang aku angkut dari Bandung ari tu. Member yang beli... so aku tengok macam menarik je.... aku bawak balik. Semasa pemeriksaan kastam, depa tanya jugak. Aku cakap terus terang je lah, botol minuman kosong untuk koleksi. He he he selamat botol tu sampai di Malaysia.

Nie pulak, ole-ole daripada kawan aku yang pergi bercuti ke Hong Kong baru-baru nie. Kak Ita nie, mana saja di pergi... ada je untuk kami nie. Semua pemberian kekawan aku simpan. Aku memang bercadang untuk buat sudut khas di rumah aku untuk simpan semua pemberian kekawan.

Menyimpan dengan rapi...
Tanda pemberian dihargai...

Tuesday, December 28, 2010

PERCUTIAN KE PERLIS PART 4

Pengalaman yang aku lalui sepanjang percutian ke Perlis akan aku kenang sampai bila-bila. Jika selepas ini pihak sekolah bercadang untuk mengadakan lawatan ke Singapura menggunakan perkhidmatan KTM, memang aku dah tak nak ikut. Free pun aku tak teringin. Serik. Rasanya sepanjang perjalanan, nyawa dihujung tanduk je.

Nak tidur... langsung tak lena. Memikirkan anak-anak, sekejap kan ke tandas... sekejap kan ke tandas. Cukup bahaya bila mereka keluar untuk ke tandas. Bukan apa takut ada yang mengambil kesempatan untuk melihat keluar. Satu lagi, jika murid yang memang ada rekod susah nak dengar cakap guru. Baik dari awal jangan bawa. Memang susah nak kawal. Aku sampai telan penadol, sakit kepala dengan murid-murid nie.

Perjalanan yang jauh nie... macam-macam boleh berlaku. Rombongan menggunakan keretapi tak sesuai untuk murid sekolah rendah. Kesimpulannya lain kali jangan buat.

Bergambar di landasan keretapi sementara menunggu keretapi sampai. Aku tak sangka lah pulak... tiba-tiba ada orang panggil nama aku.... aik kat sini pun ada orang kenal aku ke???. Rupanya boss tempat aku tuisyen. Dia mai bercuti di Langkawi satu keluarga. Dia pun sama juga.... sampai je nanti terus pe mesyuarat.

Kami minta juga kelonggaran untuk lewat ke mesyuarat. Boss aku boleh kata sempat.. aduh...sakitnya jiwa. Dia tak tahu yang percutian kami nie.... 3 malam 2 hari. Selalunya orang bercuti 3 hari 2 malam. Payah kalau kita nie tak fikir masalah orang... fikir sendiri je. Ingat nak ambil MC je... tapi bila fikir balik. Datang je lah... tak larat aku tidur je kat belakang. Memang betul aku tidur kat belakang. Habis mau tak tidur dalam mesyuarat...semalaman tak lena tidur dalam keretapi.

Kenangan manis sentiasa diingati...
Selalu dinanti untuk diulangi...

Kenangan pahit tak mau diingati...
Kalau boleh cukup lah sekali ini...

PERCUTIAN KE PERLIS PART 3

Hari kedua di Perlis kami dibawa ke satu lagi tempat yang terkenal iaitu di Wang Kelian. Tempat nie lebih terkenal dengan syurga membeli belah kerana harga yang ditawarkan amat berpatutan. Jalan untuk ke tempat nie... sangat mencabar. Berbukit dan berliku. Kalau rasa tak confident drive jangan mai sini bahaya. Aku pun kecut perut jugak.

Dah selamat sampai di sempadan Malaysia Thailand. Kalau ikutkan harga beberapa barang yang aku tanya di sini lagi murah berbanding dengan Padang Besar. Tapi tu lah.... jalannya mengerunkan. Aku tanya periuk besar yang berdiameter 60 cm dan bertelinga.... harga di Padang Besar RM 295. Tapi di sini harganya baru RM 250. Berapa banyak beza tu.

Group aku dengan member nie je bertuah lepas masuk sempadan. Sempat lah bergambar dan ronda-ronda di kawasan sekitar. Hari Ahad memang dibenarkan masuk. Ramai orang kita keluar masuk sempadan untuk membeli-belah.

Di sini, meriahnya pada hari Ahad je. Panjang deretan gerai nie.... tapi kami tak jalan habis pun...sebab dah penat berjalan kaki. Suasana di Thailand nie agak terkawal jika dibandingkan di Indonesia. Aku tengok orang kita ramai beli Narita je kat sana. Aku tanya harganya tak ada lah murah. Sama je harga kat Padang Besar RM 33.

Kawan aku nie...sempat juga dia sambar sebuah toys car. Harganya RM200. Kalau kat Kuala Lumpur mau cecah RM380 - RM450. Memang berbaloi lah beli kat sini. Walaupun terpaksa angkut dengan keretapi.

Jika kawan aku berkenan kereta untuk anaknya. Lain pulak dengan aku. Teruja lah pulak tengok basikal antik nie. Harganya RM480 siap pos sampai depan pintu umah lagi. Seronok jugak kan dapat pusing dalam taman. Tapi aku takut terujanya sekejap je.... lepas tu sadai tepi umah.

Aku sempat test kayuh sekitar kawasan tu. Rupanya ramai peminat basikal antik nie. Antara gerai yang menjadi tumpuan pengunjung di Wang Kelian. Orang spesis macam aku lah.... minat barang antik.

Lepas tu kami singgah di Gua Kelam. Titi gantung dah selamat... dihanyutkan arus masa banjir ari tu...perkhidmatan keretapi ke dalam gua pulak... mengalami masalah teknikal. So terpaksalah kami menjelajah di dalam Gua Kelam sejauh 1.2 km pergi dan balik dengan berjalan kaki.

Bergambar beramai-ramai di hadapan pintu masuk ke Gua Kelam. Kenangan bersama dengan murid cemerlang UPSR sksb 2010. Rasanya nie kali pertama dan terakhir aku akan mengikuti rombangan sekolah dengan menggunakan perkhidmatan KTM. Serik aku. Bukan kerana perkhidmatan tapi... kerenah anak-anak yang sukar dikawal. Betul-betul menguji kesabaran kami guru-guru.

Bayaran dikenakan RM4 seorang dan disediakan seorang juru pandu. Juru pandu memberi penerangan mengenai sejarah gua tersebut. Secara peribadi, aku memang kagum dengan keindahan di dalam gua nie. Gua ini terbentuk disebabkan kerja-kerja perlombongan bijih timah beratus tahun yang lalu. Kesannya kita boleh lihat sehingga kini. Kesan ini membuat kita terfikir bertapa kerja kerasnya orang dahulu menggunakan tulang empat kerat untuk melombong bijih timah.

Jika berpeluang, datang lah melawat. Sangat menarik. Tapi sayang kamera aku nie tak boleh snap lah pulak di tempat gelap.

Kami menggunakan laluan keretapi untuk masuk ke dalam gua kerana laluan yang biasa digunakan telah mengalami kerosakkan semasa banjir besar melanda Perlis. Penat tu memang lah penat... ya lah berjalan jauh. Tapi tak terasa pun jauh. Kita berjalan sambil menikmati keindahan di dalam gua tersebut. Di dunia nie, hanya dua negara sahaja yang menjalankan aktiviti melombong bijih timah di dalam gua. Di Gua Kelam dan satu lagi di Brazil.

Setelah penat berjalan di dalam gua... kami singgah makan di Restoran Tok Mek yang terletak di Kaki Bukit Beseri. Restoran nie menyajikan selera kampung dan masakan Thai. Aku difahamkan restoran nie akan ditutup sebulan di bulan puasa. Memang ramai pengunjung di restoran nie dan merupakan salah satu restoran yang pernah dikunjungi oleh jalan-jalan cari makan terbitan tv3.

Lapar punyai pasal, nasi goreng sepinggan habis licin aku makan. Tinggal sayur je aku tak makan. Harganya memang berpatutan.

Destinasi seterusnya, ke stesen keretapi. Perjalanan memakan masa hampir sejam.

Keseronokan yang dilalui...
Mengatasi kepenatan yang dirasai....

PERCUTIAN KE PERLIS PART 2

Selesai sahaja mandi dan bersarapan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh Perlis, kami meneruskan misi pertama ke Taman Ular & Reptilia. Taman ini terletak di Sungai Batu Pahat, Perlis. Jika ke Perlis, tempat ini salah satu yang mesti dilawati.

Antara binatang yang menjadi perhatian pengunjung ialah ular yang terdiri daripada pelbagai jenis, dan saiz yang diletakkan didalam sangkar khas. Aku orang kampung... ada lah jumpa ular nie.... dan penah jugak bunuh ular yang masuk ke dalam umah. Tapi kalau budak bandar nie... tak dibawa melawat ke tempat macam nie... alamaknya tak merasa lah depa tengok ular dari jarak yang dekat. Selain tu terdapat juga binatang lain seperti buaya, biawak, monyet dan ayam kampung.

Spesis ular sawa batik. Sebesar nie, orang pun boleh telan.

Kedudukan telur ular yang telah dibedah dan diawetkan. Elok je kan tersusun. Patutlah ular cepat membiak. Sekali bertelur punya lah banyaknya.

Waktu lawatan sangat penting. Bukan apa, ada sesetengah tempat hanya dibuka pada hari tertentu dan waktu tertentu. Aku pernah terkena. Tu yang sekarang nie perlu beringat. Sebelum ke mana-mana destinasi percutian, perkara pertama yang aku akan buat ialah mencari info berkaitan dengan tempat yang ingin dilawati. Senang ceta rancang percutian, untuk kemudahan sendiri jugak.

Bayaran masuk untuk dewasa RM 4 dan kanak-kanak RM1.

Sempat jugak aku bergambar dengan kawan nie. Kawasan nie ditempatkan binatang seperti kura-kura dan biawak.

Seterusnya kami bergerak ke tempat yang terkenal untuk shopping iaitu Padang Besar. Tempat nie kebanyakkan barangnya dari Thailand. Aku cuma beli beg galas yang dah lama aku berkenan. Kebetulan harga yang ditawarkan masih lagi under budget. Aku sambar lah satu. Penting nie untuk trip mendaki gunung nanti.

Mai sini kalau bawa duit banyak memang syok. Aku kalau ikutkan, macam-macam nak beli. Tapi tu lah kuasa membeli dah agak terbatas. Naik keretapi pun satu hal. Panyah nak mengangkut barang. Kat sini nak kena pandai tawar menawar lah. Kalau pandai, banyak lah dapat kurang.

Nie anak murid di bawah pengawasan aku. Sepatutnya satu group 5 orang. Sorang tu tak nak masuk group aku... sebab cikgunya garang. Elok jugak 4 orang, senang sikit aku nak kawal. Budak-budak nie bawak duit boleh tahan gak. Cikgu pun tak shopping. Tapi depa beli bermacam-macam.

Pukul 8.00 malam kami keluar makan di Medan Ikan Bakar Kuala Perlis. Tak sangka ramai orang. So terpaksa lah menunggu lama. Terima kasih juga kepada Kak Seha dan abg Ajis kerana sudi join kami makan malam. Rupanya kalau malam minggu, memang penuh sesak dengan pengunjung yang datang dari luar kawasan untuk menjamu selera.

Lapar punya pasal... semua makanan yang dioder licin. Sotong yang sampai awal... licin dibelasah kat aku dengan anak-anak riang. Nasi lambat sangat sampai. Memang sedap lah masakan kedai nie. Lain kali kalau ke Perlis jangan lupa makan ikan bakar di Kuala Perlis.

Lain tempat, lain cara masakan...
Kena cuba baru tahu kelainan...

Monday, December 27, 2010

PERCUTIAN KE PERLIS

Ketua Rombongan

Percutian kali ini, memakan masa yang lama berada di perjalanan. Kami ke Perlis dengan menggunakan perkhidmatan KTM Senandung Langkawi. Kami bertolak dari Stesen Sungai Buloh pada pukul 9.45 malam dan sampai di stesen Arau pada pukul 8.15 pagi.

Tambang bagi orang dewasa untuk kelas 2 hanya RM40. Murah tu memang murah... tapi aku tak tahan penat, lama sangat perjalanannya. Nak tido, jangan harap lah. Bunyi bising. Aku dah biasa tido dalam suasana yang terkawal memang tak dapat nak lena. Tapi kawan aku lena je. Mungkin dah biasa dengan suasana bising.

Aku dah lama rasanya tak menggunakan perkhidmatan KTM nie.... last pun beberapa tahun yang lepas. Aku naik dari Jerantut ke Kuala Lumpur tanpa tiket. Sampai di Gemas baru aku beli tiket dan baru lah dapat duduk. Bukan saja-saja tau... tapi tak sempat nak beli .... keretapi dah sampai.... so apa lagi aku terus je lah lompat.

Kami menginap di Pauh In Educational Training Center. Hotel ini milik Politeknik Arau, Perlis. Sebenanrya hotel nie, dibuka kepada pihak luar untuk menginap di sini dengan kadar bayaran yang amat berpatutan. Kemudahan yang disediakan cukup selesa. Terima kasih kepada pihak pengurusan yang memberi peluang kepada kami menginap di sini dan menyediakan sarapan percuma pada hari pertama.

Salah satu view yang cukup menarik di kawasan politek nie. Kawasan nie, merupakan kawasan pusat perkembangan ilmu. Selain politeknik, terdapat MRSM dan Universiti Malaysia Perlis yang masih dalam pembinaan.

Sempat lagi aku bergambar di atas keretapi sebelum sampai ke stesen Arau.

Seronoknya naik keretapi nie, kalau lapar boleh pe kantin untuk makan. Nasi goreng, sandwich dan teh tarik 3 in 1 harganya RM 10. Mahal tapi padan lah kan dengan kesukaran tu. Nasi nie pun bukan masak kat atas keretapi nie. Semuanya dah siap pek dari bawah. Kat atas nie tinggal nak jual je.

Thursday, December 23, 2010

ALKISAH MEJA MAKAN

Masa nak beli siap merajuk lagi dengan kawan aku.... gara-gara dia janji nak pe ari Jumaat.. last-last tunda hari Sabtu... tut..tut.. tut... Sabtu pun dia ada hal... berhari aku tak balas sms... tak balas komen dia. AKu nie... kalau dah nak sesuatu tu.. memang tak dan..dan...... Masa pe Melaka ari tu dah singgah tengok... so dah jatuh hati... tapi duit tak ada. Tengok je lah.

Last sekali ari Isnin, time hujan lebat tu aku pe beli Meja Makan Jati nie. Sanggup tu ke Nilai... gara-gara kat sana banyak pilihan. Ini pun kedai keempat baru berkenan di hati dengan harga dan designnya.

Sebenarnya, duit beli meja nie... aku nak beli kamera DSLR.... so kena kumpul yang lain lah.... sebab dah sambar meja nie.

Nie lah hadiah aku untuk diri sendiri bagi tahun ini. Nak harapkan orang beri hadiah.... tak tahu bila?? dan siapalah nak beri hadiah kat aku... so aku lebih suka beli hadiah sendiri.... untuk menghargai diri sendiri.

Beli hari Isnin.... baru malam nie dia hantar. Sepatutnya semalam... tapi aku ke Temerloh melawat kawan masa sekolah rendah masuk Hospital Temerloh. Tapi pukul 3 semalam jugak dia kena hantar ke hospital besar KL.

Sakit jiwa aku... bila aku tengok satu kerusi tu bunga lain lah pulak... apa lagi, mamat yang hantar tu kena marah lah kat aku.... sebab tak check betul-betul barang tu.... orang dah teruja sangat menunggu meja makan... walaupun hakikatnya hari-hari makan kat luar. Nie tak tahu bila lah gamaknya dapat tukar.... bendanya jauh. Kalau dekat esok aku suruh dia hantar.

KEPUTUSAN PMR TELAH DIUMUMKAN

Hari nie aku punya lah berdebar-debar menanti keputusan anak murid aku.... Karena ialah murid pertama aku ajar tuisyen Bahasa Melayu untuk peperiksaan PMR. Untuk pengetahuan kekawan Karena nie sekolah swasta di Bandar Sri Damansara.

Karena dapat 2A, 3B, 2C dan 1D. Bahasa Melayu dapat B dan D tu Bahasa Cina. Kira boleh lah B tu, sebab aku ajar pun terpaksa campur dengan Bahasa Inggeris. Bayangkan trafic light dalam Bahasa Melayu pun dia tak tahu. Bukan senang nak ajar Karena nie, dah le aku B. Inggeris pun kureng.... he he he. Jenuh nak terangkan.

Tapi mengajar student cina nie, memang straight parentnya. Kalau sepatutnya tuisyen 2 jam... tapi hari tu aku sampai lewat... so ajar 1 jam setengah je.... kena ganti ari lain setengah jam tu. Sebulan dia budget 8 jam untuk BM, so kena habiskan 8 jam tu.

Pengalaman mengajar student PMR buat pertama kali tak akan dilupakan.... walaupun cuma sebagai guru tuisyen.

Pengalaman tak boleh dijual beli...
Pengalaman perlu dicari...

Saturday, December 18, 2010

TRIP BAWA ANAK-ANAK KE PERLIS

Sebagai tanda penghargaan kepada anak-anak yang berjaya mendapat 5A dan 4A, PIBG berbesar hati untuk sponser sepenuhnya perbelanjaan ke Perlis. Sepatutnya dijadualkan pada 11-13 Disember yang lepas. Atas alasan yang tidak dapat dielakkan ditunda pada 24-26 Disember 2010 nie. Terpaksa lah aku batalkan kursus Laman Web pada 25 & 26 nie. Asalnya tarikh kursus tersebut pada minggu nie.... tapi ditunda ke minggu depan. Tak ada rezeki.

Rombongan ke Perlis nie membabitkan 30 orang murid dan 10 orang guru pengiring... termasuk lah aku sorang he he he he... bab berjalan aku tak tolak.... tambah pulak disponser... dah tu tempat aku tak pernah sampai. Kira nie kali pertama lah aku ke Perlis. Kami akan ke sana dengan menaiki Keretapi Tanah Melayu.

Jika ada masa terluang nanti boleh jumpa kawan lama kat sana. Banyak kali dia ajak naik ke sana... tapi belum berkesempatan. Trip ke Perlis merupakan penutup tirai 2010. Terima kasih kepada cikgu Azrizal yang bertungkus lumus menguruskan trip nie. Diharap perjalanan program di sana nanti berjalan dengan lancar.

Bukan minta dibalas budi yang diberi...
Cukup lah sekadar diri dihargai...

Friday, December 17, 2010

REZEKI ANAK

Alhamdulillah berkat doa ibu bapa, adik-beradik, kekawan dan anak murid.... aku diberi rezeki kesihatan yang baik sehingga berjaya menamatkan pengajian. Minggu lepas aku ke OUM ambil transkrip... tu pun sebab ayah aku dok bising... kenapa tak ambil lagi... semua benda ambil mudah. Hang pa tau le... aku nie jenis dedel... macam pahat dengan pemukul. Sekali ketuk sekali jalan.

Ingat aku je yang belum ambil. Rupanya ramai datang nak ambil traskrip ari Selasa tu. Setelah membuat bayaran RM70 di unit kewangan, aku diberi resit... ha baru lah boleh ke kaunter pengambilan transkrip. Setelah disemak berkali-kali... aku puas hati tiada kesilapan.... baru boleh tandatangan pada buku yang disediakan. Mungkin nie urusan terakhir dengan OUM kot.

Sampai je di rumah... tak sabar-sabar nak isi borang e-permohonan. Teruja nak isi, sebab kekawan asyik tanya je... dah isi ke belum. Bila nak isi borang e-permohonan, kena buka lah balik fail-fail untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Kalau tak... takut tak lengkap pulak borang aku. Dah siap isi.... submit. Lepas nie kena buat persiapan untuk temuduga lah pulak.

Satu lagi... kekawan kena simpan elok-elok segala sijil tu.... semua dokumen berkaitan dengan perkhidmatan kena simpan sendiri satu salinan. Jangan harapkan sekolah yang simpan. Tu yang kita selalu dengar kekawan dah pindah sekolah.. asyik call sekolah lama suruh fax tu.. fax nie... sebab dia tak ada salinan... semua letak kat fail di sekolah. Kalau sekolah terbakar macam mana??? Kerani sekolah aku pesan simpan satu salinan sendiri. Nanti kalau pindah sekolah senang. Tak payah menyusahkan depa... lagi satu kita pun senang nak buat rujukan. Nie fail sekolah buat tip top. Fail sendiri lintang pukang. Satu hari satu malam pun cari tak jumpa.

'Rezeki anak' wei ko ada anak ke farid????
Coming soon lah friends.

Kalau tak anak sendiri pun...
mungkin anak angkat...
tak pun anak buah kan ramai...
paling tidak pun anak suku sakat...
paling dekat anak murid...

Guru memang kakitangan awam... tapi tak sama staf gomen yang lain. Guru nie terlalu istimewa... contohnya pembayaran gaji... tak heran kalau dapat tunggakan lambat tu biasa.... kalau cepat tu yang luar biasa. Kami yang lama nie dah faham sangat. Guru baru posting selalu bising... tu yang sampai masuk ruangan forum kat surat khabar.

Alat tulis... jabatan lain disediakan. Cikgu hang pa sedia lah sendiri. Printer kena beli sendiri... ink pun sendiri tau.. banyak keja perkeranian nak kena buat... dari kertas kerja, laporan, kertas soalan, lembaran kerja, surat lah.... pendek kata segalanya nak kena buat. semua tu perlu dicetak.... macam mana nak cetak... sendiri fikir. Pentadbir tahu siap je.

Printer personal aku kat sekolah... dah jahnam. Biasalah bila dah banyak tangan nie. Tu pun duit jugak.... tak beli kan... susah nak buat kerja. Tak siap kerja boss pulak bising. Aku rasa rata-rata cikgu ada komputer sendiri... printer sendiri untuk buat kerja sekolah. Tapi tak staf gomen yang lain. Semua depa buat kat pejabat. Kami nie, kertas pun sendiri.

Kalau kedekut jangan jadi cikgu... kesian anak murid... tak ada lembaran kerja... tak ada latihan tambahan. Sebab bab cetak pun selalunya guru guna duit sendiri. Aku nasib baik lah ada laki kawan aku nie photostat 4 sen je. Terima kasih lah kak ana dan fendi yang banyak membantu kekawan kat sekolah. Nak minta murid bayar bukan tak boleh.... malas kalau dapat parent yang kecoh... sat lagi satu sekolah kecoh... tak pun sampai ke jabatan. Guru memang tak dibenarkan memugut sebarang bayaran.

Bunyi macam sikit... seorang 4 keping baru 20 sen.... darab dengan 80 orang... darab dengan berapa kali dalam setahun tu.... aku ingat dah boleh pe cuti-cuti Malaysia. Tapi kita nie tak berkira... yang penting anak murid dapat ilmu yang disampaikan dan boleh gunakan untuk kebaikan. Tapi kalau ada murid yang tak menghargai pemberian aku... tu aku bising.

Rezeki yang tuhan berikan bukan semuanya untuk kita.... tapi diberi melalui kita untuk orang lain. Jangan kedekut untuk keluarkan kepada mereka yang memerlukan. Kalau kita kedekut... rezeki pun susah nak masuk. Semua benda berkira pun payah jugak. Rezeki yang kita dapat perlu ada bahagian untuk didermakan dan dikeluarkan zakat. Mak aku selalu dok pesan guna ayat nie... aku ulang tayang untuk dikongsi dengan kekawan.

Rezeki yang diberi bukan hak milik peribadi sepenuhnya...
Sebahagiannya hak milik orang lain...kita hanya perantaraannya...