Sunday, January 31, 2010

BILA TIADA ISTILAH HUJUNG MINGGU

Nama je hujung minggu, tapi seawal 6.00 pagi aku dah bangun. Program penuh sampai ke petang. Pukul 7.30 pagi aku dah kuar menuju ke Hospital Sg. Buloh, kerana perlu menghadiri Mesyuarat Agung PIBG di Audotorium. Sempat lagi aku melayan dua orang kawan aku yg datang dari kampung bersarapan di cafe hospital sebelum mereka bertolak pulang ke Jerantut.

Minta maaf lah Wawa & Azi, atas layanan yg tak seberapa.... tapi jangan serik datang lagi. Walaupun aku dah kosongkan jadual Jumaat petang sampailah Sabtu malam untuk you all.... tapi ada sedikit salah faham kat situ.... salah aku jugak tak maklumkan.... betul lah selalunya Jumaat malam aku ada tuisyen..... tapi telah diganti dengan orang lain.

Lepas tu aku bergegas ke kaunter pendaftaran.... nama tu penting, nanti org cakap aku tak datang... walaupun untuk seketika..... tapi dikira datang gak.
Kebetulan penceramah hari tu merupakan salah seorang blogger yang terdapat dalam senarai link aku....Aku memang mengikuti blognya sekian lama. Bersemangat gak nak jumpa. Dapat jugak jumpa walaupun hanya untuk seketika.

Aku dengan sorang member nie, bergegas pulak ke IPBA. Pandai2 lah nak hidup. Kalau org berkira dengan kita...... kita kena berkira jugak dengan orang. Faham2 je lah ya. Sampai kat IPBA dah pukul 9.40 pagi.... ada masa dalam 20 minit lagi sebelum berakhir kelas pertama. Aku dah lambat. Aku no no je masuk kelas....Lambat punya pasal, semua jadi kelam kabut.

" Assalamualaikum, encik... maaf saya lewat. Ada mesyuarat PIBG tadi" sambil mata melilau mencari tempat duduk.
"Tak pe. Sekurang2nya dapat jugak rumusan" sambil tu encik menghulurkan senarai nama kehadiran.
Aku berkejar2 tu bukan apa... malas nak buat surat. Janji sempat tanda tangan kehadiran. Nie orang kata tamak. Semua nak pegi.
Berkali2 aku cari nama aku... memang sah tak ada dalam senarai.
" Encik, saya rasa dah tersalah kelas nie.... nama saya tak ada dalam senarai" aku bangun utk minta diri ke kelas sebelah lah pulak.

Aku ketuk lah pintu bilik kedua...
"Assalamulaikum.... maaf encik lambat. Saya salah masuk kelas depan" mata melilau mencari k.fatin. Kalau ada k.fatin, betul lah tu kelas aku.
"Ya lah, saya tak handsome... pensyarah depan tu handsome" dalam hati ada pulak ke situ.
Sebenarnya aku je yang pening.... sebab kali nie ada bayak kelas kesihatan.... dah tu capur dengan kohot yang lain.....
K.fatin dan fairus sengih je....

Habis kelas aku terus ke cafe.... k.azi dah tunggu. Katanya nak bagi diari 2010... sem lepas dia bagi kat kami2 nie pendrive 2G lagi....Terima kasih k.azi. Fairus pulak sibuk nak belanja minum. Aku layan.... walaupun itu dah kira air panas yang ke 3 gelas pagi tu.... Secawan nenek buat, teh tarik kat cafe hospital dan kat maktab milo suam. Tak lama Choy pulak datang bagi kain kat aku sepasang.
"K.faridah ini kain untuk you.... nanti you jahit pakai pergi kerja"
"Terima kasih. Susah2 saja you nie."

Murah rezeki betul ari nie.... habis kelas En. Baskaran, K.fatin pulak sibuk nak belanja makan. Lepas makan aku terus drive ke Cheras..... konon2nya nak layan mata kat umah kakak aku kejap.... Minah tu pe pasar pagi lah pulak....



Last sekali aku teus ke Puchong. Aku singgah sembahyang di Masjid As-Salam di Puchong Perdana. Cantiknya, mcm masjid terapung kat ganu lah pulak. Lepas sembahyang sempat lagi aku menyembang dengan peserta program di masjid tu. Sedar2 dah pukul 3.00 ptg. Aku terus ke tempat yg dituju. Pegi dating ke??? biarlah rahsia.

Sampai di umah dah malam. Begitulah rutin aku setiap hujung minggu. Orang bujang, tak bagi boring kena buat program yang boleh menghiburkan hati.

Jalan-jalan cari ilmu...
Banyak pengetahuan akan ditemu....

KE PUTRA NILAI

Minggu nie, memang full 7 ari seminggu... mana taknya, ari Sabtu dah janji dengan kawan nie nak temankan dia ge ambil kunci umah dia di Putra Nilai.... aku pulak yang bersemangat..... bukan apa masa nak beli umah nie pun dia pe cari dengan aku.... so sekarang dah nak ambil kunci.... teruja gak aku.....

Kawan aku nie, keja kat kampung.... tapi beli umah kat Impiana Residence..... masa dia beli pun dah 200k lebih.... sekarang aku tak tanya pulak harganya berapa..... kat sini internet free..... rumah tak payah pasang gril.... mana tak nya pagar elektrik sekeliling tu... jiran sebelah umah dia pun tak pasang gril..... nak masuk kawasan nie bukan senang....

Nie view sekitar depan umah dia.... penghuninya 80% melayu.... member dah semangat nak tukar mengajar kat sini..... nanti senang lah ge Nilai ada tempat nak lepak....

KAWAN2 BUAT MAKAN2

Wani, hang kalau bab makan memang, ingat2 org belakang nie tak makan lagi.... Pasal panggilan tu,...sory ye, dah biasa aku, engkau.... tahun nie pulak nak ubah... suruh panggil kak wani .... rasa mcm kekok lah pulak.... k.az tu lain wani....sebab dari awal lagi guna panggilan tu....

Ari Jumaat lepas sekolah, kawan nie buat makan2 'potluck' kat umahnya.... tuan umahnya yang pakai kain tudung warna hitam ( K.Gee). Ramai jugak kawan2 yang datang. Aku datang dah lewat... orang dah siap makan. Nasib baik lah banyak lagi makanannya.....

Sempat lagi tu, lepas makan posing ramai2..... bukan selalu pun dapat kumpul ramai2 mcm nie.... Kain langsir tu.... hari semalamnya baru siap pasang......

Nie acara santai2 lepas makan.... Kak Az, tengah temberang apa tu.... aku tengok sejak dah bertukar DG nie lain je.... dulu tak pakai pun tanda nama.... sekarang sentiasa tersemat je.... lepas nie makan besar lagi kami..... kat sekolah nie memang mcm tu..... siapa dapat tunggakan mesti dapat makan besar.... so yang akan dapat tu, sendiri mau ingat ye.

Nie view umah K.Gee. Belum siap sepenuhnya lagi.... aku tengok pun takut, besar sangat.

BELANJA MAKAN

View sekitar Shah Alam di waktu senja

Pada minggu lepas sibuk kawan akku nie dok ajak nak belanja makan.... so untuk tidak menghampakan dia.... aku pun luangkan jugak lah ari tu.... bukan apa nak ke Shah Alam tu makan masa jugak... belum kira lagi nak makan2, sembang2..... kalau bukan betul2 free tak boleh... nanti terkejar2 penat.

Sebelum pe, kawan aku nie call.
"farid esok nak makan apa nie???"
"Tn. haji saya nak makan ikan besaq2.... udang yang besaq2" sebab orang tanya kan... so aku main oder le....

Sebenarnya Tn. Hj nie nak belanja makan kat Restoran Kayu Manis, Bukit Jelutong. Kali pertama aku sampai kawasan tu.... rupanya Tn. Hj nie bawak sendiri udang dgn ikan... restoran tu masak je... aku sampai semua dah sedia untuk dimakan....

Hari tu.... mewah betul aku makan.... ikan kerapu 1.5 kg, buat 2 jenis masakkan.... udang nya besar sungguh... seekor je aku makan.... dah tak larat....Tn. Hj dok gelak....
"farid, ye ye oder nak makan udang besar.... tak berbaloi seekor je makan....."
Aku tak sangka udang sebesar tu....

Apa pun terima kasih Tn. Hj kerana belanja makan.

Wednesday, January 27, 2010

MURID STRES, GURU LAGI STRES

Gambar sebelum acara Road Run
Wajah2 anak murid aku tahun nie..... dalam sejarah, sepanjang 10 berkhidmat sebagai seorang pendidik... ini lah kali pertama aku diberi peluang dan kepercayaan untuk mengajar kelas paling depan..... knp? sebelum nie org tak percaya kat aku ke????.... sebelum nie aku ajar kelas hujung je....bunyi sedih je..... pengalaman mengajar kelas hujung tu banyak lah.....kelas depan kena byk lg belajar....

Minggu pertama persekolahan, ada seorang parent datang jumpa aku..... bagi tahu anaknya stres.....bila diselidik2, dia kata cikgu garang...... cikgu mana tu???? tut..tut... anak murid aku nie sebut nama aku.... aduh..... aku cikgu yg garang ke?? rasa biasa je.... lawak ada lah.... dalam lawak kalau tak kena cara.... tak dengar cakap kena je belasah kat aku..... kelas hujung, tak ada masalah dengan parent.....


Ceta kelas depan nie.... depa ingat anak depa je stres.... aku nie stres gak tau..... aku yg jadi stres sebab parents depa nie bukan calang2..... ada yg pengarah, pensyarah, doktor, peguam, mcm2 lagi keja yg hebat2.... nak denda anak depa nie pun aku fikir 10x.... takut.... minggu lepas klu korang terbaca kat paper.... guru kena lempang dgn parent.....sepatutnya perkara nie tak berlaku kan...

Minggu lepas anak murid aku tak buat keja yg aku bagi..... tak pe aku cakap.... lain kali jangan buat lah keja cikgu....cikgu tak marah... aku ambil nama siapa yg tak buat keja aku....

"Kamu yg cikgu ambil nama nie lain kali tak payah buat keja cikgu.... kalau mak ayah kamu tanya kenapa cikgu tak beri kerja sekolah.... nanti kamu beritahu, yang kamu malas nak buat." aku cakap lembut je tak ada marah2... takut punya pasal...
Bila aku nak kuar kelas, ada sorang murid nie datang kejar aku....
"Cikgu...cikgu.... saya tak datang masa cikgu beri latihan.... saya nak buat keja cikgu...." mata dah mula bertakung...
"Kalau macam tu, siapkan keja yg cikgu bagi tu"......

Semalam ada lagi beberapa orang murid aku tak siapkan kerja yg aku beri.... bukan banyak pun 4 soalan je.... sambil tengok tv pun boleh buat.... mula tu aku cakap, cikgu tak nak denda...... cikgu takut nanti mak kamu datang.... bapak kamu datang.... cikgu gak yg susah..... tapi mereka pulak ramai2 suruh denda sebagai peringatan..... aku pun denda gak lah... alah rotan dengan pembaris kayu tu....main2 je.. bukan kuat sangat pun....

Lepas tu, aku bincanglah jawapan kat papan hitam.... tiba2 datang sorang anak murid aku nie.... anak doktor....
"Cikgu saya tak buat, saya ingat tak kena buat" sambil hulurkan tangannya nak suruh aku rotan....
Aku tengok muka dia.... terharu aku dibuatnya.... jujurnya anak murid aku.... tak siap keja, sanggup nak terima hukuman.... tapi aku tak rotan pun.....

Mendidik anak bangsa bukan saja untuk lulus peperiksaan semata-mata..... tapi lebih daripada itu. Penerapan nilai2 murni perlu juga diutamakan.... kemenjadian murid itu sendiri.....

Mesti berani mengaku kesilapan...
Sila betulkan terangi kegelapan...

Monday, January 25, 2010

TAHNIAH DAN TAKZIAH


Semalam aku baru call kawan yg berpindah ke Pahang tahun lepas.....sejak dia pindah, ini lah kali pertama aku call.... rupanya sedang bercuti panjang kerana baru melahiran anak keempat. Tahniah kepada Kak Anizah. Rezeki di tempat baru dikurniakan puteri. Sebelum nie telah dikurnikan 3 orang putra....

Tahniah juga kepada kawan-kawan yang baru terima surat tawaran DG41 pada hari Jumaat yang lepas. Kepayahan, kesusahan dan penatan kalian selama ini telah pun terjawab. Tahniah kepada;

  • Kak Azlina
  • Kak Ismalina
  • Kak Luctmy
  • En. Samuri

Ucapan "Tahniah" tanda penghargaan.

Turut gembira tumpang kebanggaan.

Hari ini aku terima sms daripada seorang kawan yang berada di Melaka.... memaklumkan dia baru saja selesai operation buasir di Hospital Pantai. Takziah kepada Along dan jangan lupa makan ubat.... dan semoga cepat sembuh.... Doktor bagi cuti tu.... berehat. Jangan buat kerja yang berat-berat.

Ucapan "Takziah" jika kecelakaan,

Lumrah manusia ditimpa kedukaan.

SEKITAR HARI ROAD RUN

Guru yang mengandung, perlu diberi kerja yang ringan2..... tak sabar gak.... bila lah turn aku nak dapat buat keja yang ringan2 mcm nie....



Nie geng pantang nampak kamera..... mula lah nak posing maut.... sambil dok tunggu murid melakukan senaman.... sempat lagi cikgunya bergambar.... apa lah salahnya join sekali bersenam.... kuar gak peluh. Peluh yang dah lama terperap je.... tak kuar..kuar...

Orang kita kurang bersenam.
Sebab malas nak ke taman.

Nie check point aku and the gengs..... siap berpayung tu.... bukan apa hujan renyai2.... murid demam tak pe... cikgu demam tu yang payah.... nasib baik ada payung.... minah sorang tu, dia tahan dengan hujan.

Hafiz tahun depan tukar lah akak bahagian lain pulak.... asyik check point je.... nak gak belajar yang lain.... akak tahu hang malas nak tukar Ajk... guru yg bertukar je hang buang dan bubuh yang baru.... tak adil afis untuk akak.... akak suka yang ada kelainan....dan dapat belajar sesuatu yang baru.... nie duduk je, tak mencabar....


Orang yang mengandung sentiasa akan mendapat keistemewaan.... tapi kawan aku yg sorang nie.... sama gak mcm org tak mengandung kena jaga check point... relek je.... penat ke?????




Rakan-rakan guru yang ditugaskan khas untuk membuat rondaan.... Hampa belasah basikal sapo tu.....

Sir habis lah pancit basikal tu....tak mampu nak tampung berat tu.....
Azrizal, hati2 sat lagi sesat tak tahu nak cari jalan nak balik pulak.....
Khidir, hang pouo je... kata nak rondo pakai motor besar... akak tunggu lah mana motor besar tu.... hang jangan tak caya, akak nie salah seorang peminat motor besar.... cuma belum mampu nak beli sendiri..... alih2 hang kayuh pulak....

Terima kasih kepada pengawal,
Keselamatan terjamin dan terkawal.


Sunday, January 24, 2010

PEMANDANGAN SEKITAR DATARAN MERDEKA


Hujung minggu, nak kata membosankan....tak jugak, sebab aktiviti penuh. Seawal 6.30 pagi aku dah bangun. Kira minggu nie 7 ari bekerja... Tak ada istilah bagun lewat...Minggu depan rasanya sama gak... program dah penuh.

Hari nie aku dah janji nak hantar akak ke Institut Perguruan Ilmu Khas, dia ada kelas OUM. Misi aku seterusnya ke umah kak aku di Cheras. Sempat lagi sarapan beramai2. Lepas tu mcm biasa lah, aku bergerak ke Puchong. Ingat nak ge umah anis, tapi terpaksa ubah haluan dek kerana mengantuk.... aku kalau mengantuk mcm org mabuk candu dibuatnya..... Sampai umah dah pukul 3.00 petang.

Layan tido. Nak buat bekal... malam nie dah janji nak kuar pusing2 KL. Rasanya dah lama tak pusing2 KL waktu malam. Siap bawak kamera tu... konon2 nak snap view di waktu malam.... Hampeh punya kamera, baru snap 2-3 keping dah naik lampu merah... aku ingat bateri nie nak kong kot.... semalam aku dah cas 3 jam tu... tapi macam tak ada makna je.....

Sebelum tu, kami pe kena teh tarik belakang tabung haji jalan Ipoh.... dulu tempat tu lah selalu dok lepak dengan kekawan... sekarang kawan lepak dah tak ada. Masing2 dah ada komitmen. Ceta 5 tahun yg lalu, aku KL nie ceruk mana aku tak pusing....Sekarang nak balik lewat sorang2 pun takut. Zaman dah berubah, 5 tahun yg lalu tak kan sama 5 tahun akan datang.

Pernah sorang kawan aku nie tanya... sebab bila dia dengar ceta aku..... dia rasa mesti aku ada pakai2 nie.....

"Saya tengok akak nie berani, ke mana pun sorang2 je" dengan nada yg serius.
"Habis tak kan nak ke mana2.... kena org temankan, letih mcm tu"

"Saya rasa akak nie ada "Ilmu', kalau tak masakan akak berani... malam2 buta kuar sorang2"
"Ikhlas lah akak ckp kat hang.... kita nie hidup perlu ada ilmu... sebab tu kita dituntut supaya menuntut ilmu hingga ke liang lahat" sambil senyum2 jawab pertanyaan kawan aku sorang nie.
"Akak nie orang tanya betul2 dia main2"
"Akak memang ada ilmu.... sekarang nie pun tengah menuntut ilmu tak habis2 lagi.... nak kira ilmu tu, akak lebih sikit lah dari hang... akak hidup pun lebih lama dari hang.... pengalaman tu ambil kira gak..."

Minah sorang nie, mudah percaya kat orang. Dia ingat apa yang aku cakap tu betul. Aku mana pernah menuntut ilmu yang bukan2 tu. Ilmu yang aku ada pun, tak sehebat mana. Perlu banyak lagi diperbaiki dan dipertingkatkan. Maksud aku ilmu dalam bidang pendidikan...tu mesti dok fikir ilmu yg bukan2.... muka aku nie ada gaya ke menuntut ilmu yg dot.......tu.

Jika kita ingin menjadi org yg kaya dgn ilmu.
Jangan mudah merasa jemu dalam mencari ilmu.

MAAFKAN AKU

Bunga Punding

Membaca blog mu, membuatkan diri ini begitu bersalah.
Apatah lagi membuatkan dirimu tertunggu-tunggu, ternanti-nanti.
Sampai masa yg dijanjikan aku tidak juga muncul.
Aku lagi rasa bersalah membuatkan kau menangis.

Walaupun perkara tu telah berlaku. Perasaan bersalah tetap ada.
Tidak sepatutnya perkara sedemikian berlaku.
Aku tidak kisah apa pun tanggapan mu terhadap aku.
Tapi hari tu aku betul2 tertido... dek kerana kepenatan.

Niat aku hanya untuk melelapkan mata seketika.
Rupanya aku lena sampai ke petang.
Sekali lagi aku minta maaf kerana tidak menepati janji.

Mungkin akan datang aku perlu lebih berhati-hati.
Jangan terlalu mudah berjanji dan kemudian sukar untuk tepati janji.
Sekali pun klu ko serik utk berjanji dgn aku.
Aku tak salahkan ko.

Saturday, January 23, 2010

RINDU, RINDU SERINDU-RINDUNYA

Pemandangan waktu petang di Tasik Biru, Kuang.

Tentunya kalian terfikir yg skrg nie aku sedang merindui seseorang kan? jawapannya. Ya. Aku rindu gelak tawa, aku rindu suara yg kuat... aku rindu dia menjerit2, aku rindu kpd seseorang yang pernah bergelar sahabat baik aku suatu ketika dulu.

Kerana mu sahabat dan kerana menghargai apa yg telah kau lakukan untuk aku semasa belajar, membuatkan aku akur dengan segala permintaan mu. Walaupun kadang kala, permintaan mu tak masuk akal. Bukan sekali, tapi berkali2.

Bila aku fikir balik, betul ke aku pernah buat keja giler mcm tu....punya lah nak jaga hati seorang sahabat sanggup aku lakukan apa saja. Suatu hari member aku nie call nak pinjam keta.....nak ge kenduri kawan dia di Keratong. Keta aku tu, tak sampai setahun lagi aku beli. Tak pe lah kawan punya pasal.... lagi pun dia dah banyak berkorban utk aku....

Hari Jumaat lps keja, aku drive keseorangan ke JB... semata-mata nak hantar keta. Malamnya pukul 1.00 pagi aku naik bas balik KL sebab esoknya jam 8.00 pagi ada pendaftaran OUM....Tengah hari tu, aku dapat call.... minta aku turun JB. Mak dia, tak yakin dengan dia drive jauh keseorangan..... Petang tu jugak aku bersiap2 untuk turun ke JB semata2 nak temankan dia ke kenduri kawan baiknya.

Pagi Ahad, aku yg drive ke Keratong... memang seronok sepanjang perjalanan kami berbual.... berbual zaman belajar dulu....Sampai di tempat kenduri dah petang.... sesat barat kami dibuatnya.... maklumlah first time aku sampai ke Keratong. Malam tu kami tolong mana yg patut.... aku tak tahu lah apa yg silapnya... sampai member aku nie kecil hati dgn aku....

Nak menjaga hati org yg terlalu rapat dengan kita nie cukup susah.. pantang silap sikit mula lah terasa hati....merajuk sampai tak makan dek pujuk....

Udahnya sepanjang perjalanan dari Keratong ke JB sepatah pun dia tak bercakap.... aku yg kaki buat lawak nie pun tak jalan.... tak pe lah... org dah tak nak tegur kita.. tak nak bercakap dengan kita.....pujuk pun tak jalan.... penat gak klu mcm nie.... dah lah penat drive, penat kepala otak lagi...

Tapi dia nie pandai berlakon.... bila sampai umah dia.... elok je tegur aku. Pandai sungguh berpura2 depan mak dia..... mak dia suruh aku bermalam. Besok baru balik KL. Tapi aku kena balik gak, tak sanggup nak tunggu esok.... nak kena bermalam dgn dia malam tu.... tak pe lah keja aku pun dah selesai... nak tunggu apa lagi.

Lepas hantar dia, aku terus balik KL... masa tu darah muda.... kejap je aku buat JB-KL.... aku tekan 140 km/j, dua kali berhenti rehat dah sampai KL...

Tapi hari nie, hanya tinggal kenangan untuk dikenang.....

Teman sejati, bukan untuk disakiti....

Teman sejati, perlu sentiasa di hati....

Teman sejati, kehadirannya sentiasa dinanti....

Wednesday, January 20, 2010

RONDA-RONDA

Siti, Amin, Aku dan Sepupu

Minggu lepas kaum kerabat dari kg datang.... sebenarnya ada janji temu kat HKL... bukan selalu pun datang, ikutkan byk tempat aku nak bawak jalan2.... tak sempat, sampai pun dah lewat petang..... aku sempat bawak pusing2 Putra Jaya je.... budak2 nie teruja tengok sekitar Putra Jaya... pada waktu malam.

Budak2 nie sibuk nak suruh mak itam dia plan lain kali.... nak jalan kat area KL.... aku ingat ari tu nak bawak naik ketapi dalam tanah.... ketapi yg kat atas tu..... sebelum tu aku dok ceta, depa dah seronok.... tut..tut.... lama pulak kat hospital..... alih2, habis je janji temu terus balik.

Kalau nak jalan2.... pusing KL, kena time mak itam dia free... nie time keja, susah nak mohon cuti. Keja cikgu nie, susah bab nak cuti ari biasa nie.... time cuti sekolah, tempat2 awam nie sibuk lah pulak... Tapi klu bawak org, orang tu seronok.... kita pun seronok.... kalau nak ge saja2... tak de dah aku... lebih baik aku lepak kat umah je......

Tuesday, January 19, 2010

IKUT CARA AKU

Pendaftaran Majlis Dialog ibu bapa Tahun 6

Hebatnya anak, kerana hebat ibu bapanya. Memberi perhatian terhadap pendidikan anak-anak adalah salah satu tanggungjawab yang perlu diberi perhatian. Beruntungnya anak-anak yg mempunyai ibu bapa yg hebat. Meluangkan masa menghadiri sesi dialog bersama pihak sekolah, melihat kerja sekolah anak-anak dan tak kurang hebatnya menghantar anak2 tuisyen sana sini.

Ceta pasal tuisyen nie, ada sorang kwn aku nie....duduk Desa Moccis hantar tuisyen umah aku 2 kali seminggu.... pejam celik...pejam celik nie dah masuk tahun ke-3. Mak ayah mana yang tak nak lihat anak dia berjaya.... istilah penat tolak ke tepi, janji anak2 dapat yang terbaik.

Sebenarnya aku malas nak buat tuisyen..... penat, dah lah sampai umah petang..tak sempat nak rehat, tuisyen pulak..... bulan 2 nanti dengan kelas pagi, kelas malam.... mahu bengkok aku dibuatnya. Aku ajar anak dia sorang je....lagi pun bukan semua org boleh ikut cara aku.... nak hantar tuisyen ada syarat gak ke???? ya.

Aku nie, mata cerah... depan laptop je.... tak ada laptop mahu tertido, tambah ajar tuisyen sorang je. Member aku nie kata ok.... so layan.... Lagi pun anak dia nie rajin, kena marah dgn aku pun nak datang gak..... kadang2 tu, datang umah aku buat keja sekolah.....aku layan je....

Minggu lepas member aku sorang nie, nak minta tolong aku ajar maths anak dia.

"Farid, akak nak minta tolong ko ajar anak akak maths boleh ke?"

"Akak, saya bukan tak nak ajar... bukan semua orang blh terima cara saya. Saya time mengajar, depan mesti ada laptop. Klu sy mengadap anak akak je.... mahu tertido saya kat situ"

Aku memang terkenal dgn kaki tido, kaki tenet..... nie semua penyakit barah zaman IT.

"Mcm tu pulak...." ustazah tu, gelak.. mungkin dia ingat aku melawak dgn dia kot.... atau mungkin nie kali pertama dia dengar org mengajar mcm tu....

"Akak setakat nie, k.nida dengan Balqis je yg faham sy ajar mcm mana"

Sebenarnya aku pun nak tengok gak hasilnya, 3 tahun ajar tuisyen maths dan bahasa. Kalau tak dapat A mati aku, kena kejakan dengan k.nida.

Satu lagi member aku nie, klu dia tunggu time tuisyen.... aku tak boleh handle mak nya...aduh, dia pulak sibuk dok marah anaknya.... aku suruh ajar sendiri kat umah, 1001 alasan... mai hantar umah aku, dia pulak sibuk nak ajar.... payah betul....

Time tu aku cikgu, bagi lah peluang aku ajar.... aku nak marah ke.... nie tak..... payah klu mak cikgu...kejanya membebel..membebel.....

Kalau kita hendak maju....
Kena tahu arah dituju...

Monday, January 18, 2010

PEMANDANGAN DI TASIK BIRU

Keindahan pemandangan di sekitar Tasik Biru tidak pernah ku abadikan.... Baru kini berkesempatan.....

Kehijauan air di tasik mencerminkan kebersihannya belum tercemar...... mungkin juga mengambarkan ke dalaman tasik ini..... berdasarkan cerita yg aku dengar, tasik nie merupakan bekas lombong bijih timah dan sangat dalam.


Penempatan di tepi tasik sungguh mendamaikan. Jauh dari kesibukan kota dan mempunyai pemandangan yang cukup menarik.

Air di tasik yang tenang.... seolah2 tiada bahaya di situ.... tapi jangan di sangka air yg tenang tiada buaya..... bukan aku nak ckp kat sini ada buaya..... tak pernah lagi aku dengar tasik nie ada buaya.... yang aku dengar ada ikan toman besar..... sebesar mana aku pun tak pasti....

Seluas tasik ini, seluas itu lah juga ketenangan yg dirasai oleh pengunjung yg datang ke sini.... hari biasa pengunjungnya tak semeriah di hujung minggu.... di hujung minggu pelbagai aktiviti air diadakan di sini.....

KACANG LUPAKAN KULIT

View SK Agama Sibu

Dia yang ku cari
Dia yang ku hubungi
Dia tempat ku mengadu

Di kala ku kesempitan wang dia yg ku cari
Di kala ku perlukan pandangan dia yg ku hubungi
Di kala ku serabut dgn masalah dia tempat ku luahkan


Sudah terkubur kah dalam ingatan ku
Begitu mudah aku melupakan dia
Dek kerana sedikit salah faham

Sehari jika dikenang
Belum tentu habis
Terlalu banyak pengorbanannya
Terlalu besar sumbangannya

Tak ternilai, tak terbalas
Aku takut digelar kacang lupa kan kulit
Belum lagi sehebat mana
Tapi sudah melupakan dia yg berjasa kepada aku

Friday, January 15, 2010

KENALI DIRI MELALUI TULISAN

Ceta pasal tulisan nie..... aku teringan zaman sekolah..... ada sorang cikgu nie, puji tulisan aku cantik dan kemas..... tapi keja sekolah tak pernah siap.... mana nak siap... tulis hegeh2..... sebab nak nampak cantik.... org boleh siap dalam kelas,, aku.... terpaksa lah pinjam buku kawan, buat balik salin kat umah.... buku member sorang nie lah jadi mangsanya....

Mai kita layan ciri2 org yg mempunyai tulisan condong ke kanan..... kena tak dengan karektor diri aku......
  • Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta.
  • Namun dia ini juga memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya.
  • Dalam erti kata lain mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri.
  • Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama.

Cepat bosan dan cukup pantang kalau kena tunggu lama...... aku rasa yg nie memang betul.... tu sebab org yg kenal aku.... tahu lah.... lambat memang kena tinggal.... kalau kuar dgn aku, silap ari bulan... naik teksi balik....

Paling aku tak suka tunggu org dan orang tunggu aku.... sebab tu, nak ge mana2 mesti ada time.... so senang nak bajet masa ikut keselesaan masing2.... sebab tu aku klu nak bercuti suka dgn org yg sempoi je.... kejap je dah siap..... paling boring, klu member bersiap berjam-jam.... sekali tu je lah.....lepas tu tak nak dah aku berjalan dgn dia..... rimas aku tunggu lama2.... rasa mcm org bodoh je....

Jaga tutur kata... supaya kwn suka dgn kita....

SEDIH BETUL

Dek kerana kesibukan.... dah lama aku tah jengah umah nie..... last sekali bulan 8 thn lepas aku masuk jengah.... klu aku ge pun just lalu je. Baru2 nie tergerak pulak hati nak ge tengok...
"Akak jom teman saya ge tengok umah kat Sri Pristana tu apa dah jadi.... bukan apa, taku dah ada org lain pulak duduk"aku ajak lah akak temankan....
Rumput kat depan dah menjalar.... kat belakang tak usah ceta ah.... tinggi rumput drpd aku.

Bila masuk dalam umah sedihnya.... rupa2nya ada org ambil kesempatan.... menggunakan umah aku buat keja tak elok.... lepas nie nak kena kunci pintu pagar belakang..... pintu pagar depan tak pe lah.... org sebelah guna, dia parking keta.... nampak lah mcm ada orng sikit..... terima kasih lah jiran sebelah aku nie.... tolong jugak dia tengok2 kan umah..... Alhamdulilah, setakat nie semua jiran aku baik2 belaka....tak kira lah kat mana aku duduk....

Dari segi moral, kalau kita buat baik, kita akan dibalas baik....


Petang tu, ada sorang pak cik nie datang tanya..... kalau aku nak buat sewa..... dia nak sewa.... dalam hati, yg nie aku nak rasmi sendiri.... yg lain semua org tolong rasmikan.... mana boleh jadi nie..... Niat tu penting.... niat nak duduk sendiri...... kena duduk sendiri.... sampai bila nak duduk dengan orang..... sampai masanya aku kena pergi.... apa yg mereka amanahkan pada aku perlu diserahkan kembali.....

Nie gambar sekolah SK Seri Pristana..... pandai2 je aku letak nama..... cantik.... pindah umah baru... pindah sekolah baru.... ada orang baru.... pendek kata semua baru mesti seronok.... he he he .... bak kata kawan aku nie...
"Farid kehidupan ko baru nak bermula, tapi ko dah ada tapak.... tinggal nak perbaiki mana yang patut je"
Aku tak faham pun maksud dia.....tapi layan je lah dia cakap.... org tua kan, dah lama makan garam drpd kita..

Sempat lagi aku cabut rumput kat depan umah nie..... ingat Isnin nak datang buat aduan kerosakkan..... bukan apa dah nak habis tempoh yang dia bagi....sat lagi kena buat sendiri lagi parah...... sekarang tengah cari buget nak pasang grill dan lampu.... dah la tu, segala pili paip dan fius seketul kat meter tu kena buang kat kwn aku nie..... gara2 dia kata ada tikus dalam plastik tu..... punya lah berat plastik tu dia boleh buang.... seketul benda alah tu mahal.... tapi tak pe dia janji nak ganti yg baru......


Rumput kat belakang umah tinggi daripada aku.... aku ingat mesti jiran bising...... menyemakkan kawasan.... aku janji nak tebas tu....

Bila tengok umah nie, aku teringat sorang kawan aku nie.... selalu mintak nak beli.... aku sayang. Rasanya aku tak kan jual..... nak duduk sendiri.... mak ayah aku pun tak datang tengok lagi....