Saturday, January 23, 2010

RINDU, RINDU SERINDU-RINDUNYA

Pemandangan waktu petang di Tasik Biru, Kuang.

Tentunya kalian terfikir yg skrg nie aku sedang merindui seseorang kan? jawapannya. Ya. Aku rindu gelak tawa, aku rindu suara yg kuat... aku rindu dia menjerit2, aku rindu kpd seseorang yang pernah bergelar sahabat baik aku suatu ketika dulu.

Kerana mu sahabat dan kerana menghargai apa yg telah kau lakukan untuk aku semasa belajar, membuatkan aku akur dengan segala permintaan mu. Walaupun kadang kala, permintaan mu tak masuk akal. Bukan sekali, tapi berkali2.

Bila aku fikir balik, betul ke aku pernah buat keja giler mcm tu....punya lah nak jaga hati seorang sahabat sanggup aku lakukan apa saja. Suatu hari member aku nie call nak pinjam keta.....nak ge kenduri kawan dia di Keratong. Keta aku tu, tak sampai setahun lagi aku beli. Tak pe lah kawan punya pasal.... lagi pun dia dah banyak berkorban utk aku....

Hari Jumaat lps keja, aku drive keseorangan ke JB... semata-mata nak hantar keta. Malamnya pukul 1.00 pagi aku naik bas balik KL sebab esoknya jam 8.00 pagi ada pendaftaran OUM....Tengah hari tu, aku dapat call.... minta aku turun JB. Mak dia, tak yakin dengan dia drive jauh keseorangan..... Petang tu jugak aku bersiap2 untuk turun ke JB semata2 nak temankan dia ke kenduri kawan baiknya.

Pagi Ahad, aku yg drive ke Keratong... memang seronok sepanjang perjalanan kami berbual.... berbual zaman belajar dulu....Sampai di tempat kenduri dah petang.... sesat barat kami dibuatnya.... maklumlah first time aku sampai ke Keratong. Malam tu kami tolong mana yg patut.... aku tak tahu lah apa yg silapnya... sampai member aku nie kecil hati dgn aku....

Nak menjaga hati org yg terlalu rapat dengan kita nie cukup susah.. pantang silap sikit mula lah terasa hati....merajuk sampai tak makan dek pujuk....

Udahnya sepanjang perjalanan dari Keratong ke JB sepatah pun dia tak bercakap.... aku yg kaki buat lawak nie pun tak jalan.... tak pe lah... org dah tak nak tegur kita.. tak nak bercakap dengan kita.....pujuk pun tak jalan.... penat gak klu mcm nie.... dah lah penat drive, penat kepala otak lagi...

Tapi dia nie pandai berlakon.... bila sampai umah dia.... elok je tegur aku. Pandai sungguh berpura2 depan mak dia..... mak dia suruh aku bermalam. Besok baru balik KL. Tapi aku kena balik gak, tak sanggup nak tunggu esok.... nak kena bermalam dgn dia malam tu.... tak pe lah keja aku pun dah selesai... nak tunggu apa lagi.

Lepas hantar dia, aku terus balik KL... masa tu darah muda.... kejap je aku buat JB-KL.... aku tekan 140 km/j, dua kali berhenti rehat dah sampai KL...

Tapi hari nie, hanya tinggal kenangan untuk dikenang.....

Teman sejati, bukan untuk disakiti....

Teman sejati, perlu sentiasa di hati....

Teman sejati, kehadirannya sentiasa dinanti....

5 ulasan:

myQza said...

di mana kawan tu sekarang?

ONE ZABA said...

adat berkawan. sampai masa dan tikanya, pasti ia akan hilang. izinkan je la dia pergi...

~Insan Biasa~ said...

nak nangis aku dibuat ko semalam idahhhhh....huhuhu

eeeda said...

Si tedi: Ada di JB sekarang... apa pun saya sentiasa mendoakan dia bahagia.

One Zaba: Memang hari ini saya perlu terima hakikat yg dia bukan sahabat baik saya lagi.. dia punya kehidupan sendiri...

Insan Biasa: Aku tak faham maksud ko nie... ko nak nangis aku tak datang semalam ke??? atau ko nak nangis sebab dia yg buat aku...

ADINDA KAYANGAN said...

kepada kawan sejati...jangan salah anggap terhadap diri ini...teman di sini sentiasa mengingatimu...tak perlu menjeruk hati...kelak nanti meluka diri....wallahu a'lam