Sunday, May 2, 2010

MEMBER KEMALANGAN

Pada hari Jumaat 30 April aku dah janji dengan Aishah nak tolong bawa dia ke Shah Alam sebab nak hantar report ke SKMM... Kami kuar awal sikit.. sebab aku nak ke pejabat pos... aku hampir terlupa rupanya cukai tanah umah aku di Johor belum bayar lagi... selalunya awal tahun semua dah settle. Nasib baik belum lagi berakhir 31 Mei.... Dulu masa ada member baik kat Skudai....aku bayar sendiri kat Pejabat Tanah Johor Bahru... sekarang by pos je mudah.

Dalam perjalanan ke Shah Alam... Cheong dari SBPI Temerloh call nak jumpa aku...rupanya dia turun KL sebab nak beli barang untuk persiapan ke Jakarta. Kursus Bahasa Jerman di sana. Semuanya ditaja oleh kerajaan Indonesia. Sepuluh negara terlibat. Dia wakil negara kita ke sana selama 2 minggu...Nie kali kedua dia turun KL aku tak dapat jumpa. Time dia turun aku ada hal... nak buat macam mana....

Tak lama selepas tu member dari Jerantut call kata nak singgah umah aku.... rupanya dia memang dah ada kat Nilai... ada urusan pasal umah. Masa dia call aku on the way nak balik Sg. Buloh dari Shah Alam... sampai Sg. Buloh aku singgah kat Bank Rakyat nak bayar bil kad kredit... yang lain aku online maybank2u je... kemudahan di hujung jari kan... sejam aku kat bank... tensionnya.. member dah berkali2 sms ada kat mana...ada kat mana....

Aku kuar bank terus balik... tak sangka pulak jalan jem...aduh bertambah tension aku....sampai Saujana... aku sms member beritahu dah sampai...tak lama aku dapat sms dia ada kat masjid mandi sebab badan dia terkena petrol... lepas tu dia nak ge siber cafe... nak online LHDN....lepas tu nak terus balik Jerantut...tak pe lah dia tak jadi datang... aku on jugak laptop biasalah fb kan... sementara nak kuar pukul 7.00 sebab ada tuisyen.... tut.tut dia call kata cc line tak ok....dia suruh aku online....dalam masa yang sama aku suruh gak le dia tido je kat umah aku... tak payah balik ari dah semakin gelap.... padahal aku selalu gak balik malam....dia berkeras jugak nak balik...

Dalam pukul 6.30 petang.... masa tu aku sedang buat pengesahan LHDN member nie dia call.... tak sempat aku nak buat pengesahan aku tinggal je.... sebab member beritahu yang dia terlibat dengan kemalangan.... suruh aku datang segera... bawa kawan lelaki sebab dia kena kepong dengan sekumpulan 15 orang lelaki... nasib baik jiran sebelah umah aku keja malam.... so aku minta tolong dia teman kan aku ke tempat kejadian....

0 ulasan: