Friday, January 7, 2011

SUMBANGANKU TERLALU SEDIKIT

Hari ini, merupakan kali kedua aku ke PNB Darby Park atas urusan kawan aku. Alhamdulillah kami sampai awal seperti yang dijanjikan. Sesampainya di sana, kami terus ke bilik meeting. Di situ telah tersedia sebuah notebook dan menual untuk login. Apa yang kami kena buat nie????

Sebenarnya aku pun tak sangka, yang kami nie diberi kepercayaan untuk meneliti perisian yang bakal memberi panduan kepada rakan-rakan guru. Kami diminta untuk meneliti perisian mengikut kesesuaian sistem pendidikan kita dari segi isi kandungan dan bahasa yang digunakan.

Secara peribadi aku memang tertarik dengan persembahan grafik yang cukup menarik bagi merangkan konsep sesuatu tajuk. Penerangan dan contoh yang disediakan sangat bersesuaian dan mudah difahami oleh murid.

Aku berharap sangat pihak berkenaan dapat bertindak dengan cepat agar guru-guru dapat menggunakannya bagi memudahkan lagi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, perisian ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban guru. Aku tidak perlu lagi tercari cara yang perlu digunakan untuk menerangkan konsep. Ini kerana segalanya telah diterangkan dengan jelas.

Bukan itu sahaja, perisian ini dapat memudahkan kekawan kerana tidak perlu mengangkut BBB.....kekawan hanya perlu membawa perisisan ini untuk mengajar topik yang susah. Seperti mana yang kita sedia maklum... bagi menerangkan konsep merupakan perkara yang amat sukar. Semua guru boleh mengajar... tapi bukan menerangkan konsep. Salah konsep... salah lah pemahaman seseorang murid tu. Itu lah perkara yang paling guru-guru takut.

Perisian ini bukan sahaja bersesuaian untuk guru Matematik yang baru, tapi lebih tepat lagi... sangat sesuai bagi semua guru Matematik. Sebenarnya sumbangan aku terlalu sedikit dalam membangunkan perisian ini. Tetapi aku lebih gembira.... sekiranya, dengan terhasilnya perisian ini dapat membantu kekawan dalam mendidik anak bangsa untuk memudahkan pemahaman mereka.

Perisian itu akan terbukti dapat membantu...
Jika dapat memudahkan pemahaman sesuatu yang baru...

2 ulasan:

su said...

Menarik nih! x sabar nk tau perisian tuh!

thanks eeeda :)

eeeda said...

memang menarik su...memudahkan guru utk menerangkan konsep topik yg sukar.