Sunday, March 21, 2010

SEMALAM MENJADI SEJARAH

Saat2 paling bahagia bagi seorang wanita apabila selamat diijab kabul dan secara rasminya bergelar seorang isteri... tanggal 28 Mei 2000, menjadi sejarah dalam hidup aku apabila bergelar seorang isteri kepada Shahrul Hisham Hj Dahalan. Ketika itu aku berusia 22 tahun. Beza umur kami hampir 10 tahun.

Sebenarnya bukan niatku untuk mengingatkan perkara yang telah berlaku 10 tahun yang lalu. Tapi aku rasa perlu untuk menulis di sini. Nak jumpa tak tahu bila kita dapat jumpa. Ari tu cuma dapat jumpa mak, abah dan Zul serta isteri. Seandainya kalian terbaca blog ini... Kak Long nak kalian tahu:

"Kepada semua adik ipar dan biras, Kak Long sebenarnya seronok kerana diberi peluang hadir dalam keluarga nie yang cukup bahagia. Walaupun Kak Long lebih muda, daripada adik ipar kak long.... tapi kalian cukup menghormati kak long. Sikit pun tak terasa kekok untuk memanggil Kak Long. Seandainya sepanjang tempoh perkahwinan itu Kak Long ada menyakiti hati kalian semua.... Kak Long minta maaf. Niat dihati pada bulan Jun ari tu nak jumpa semua. Tapi nak buat mcm mana, masing2 sibuk dengan tanggungjawab."

"Kepada mak dan abah, ida rasa terharu... kerana mak dan abah masih sudi berjumpa dengan ida. Terima kasih mak, abah kerana sudi memaafkan segala kesilapan ida selama ini. Terima kasih juga kerana layan ida dan kawan2 dengan baik... walaupun ari tu hadir sebagai tetamu. Ida minta maaf kerana tidak dapat menepati masa yang diperintahkan oleh mahkamah kerana ada kelas oum. Kelewatan itu jugaklah membuatkan mak dan abah tertido menunggu ida."

"Kepada abang, walaupun hadirmu hanya seketika.... dalam hidup ini. Abang seorang lelaki yang baik yang pernah ida kenal. Abang jugak seorang anak yang cukup menghormati orang tua.... dan seorang suami yang baik... Pernah ida terfikir, mungkin kah ida akan dipertemukan seorang suami sebaik abang selepas ini. Kebaikan abang tak pernah ida nafikan."

"Ida tahu, abang terlalu menyanyangi ida....mak pernah bagi tahu... tapi abang kena terima hakikat jodoh kita hanya setakat ini saja. Tak salah kalau abang ingin terus mencintai ida.... tapi jangan sampai menyiksa diri.... kalau betul apa yang mak bagi tahu abang akan melangsungkan perkahwinan.... ida sentiasa mendoakan abang sentiasa bahagia."

"Ida nak abang tahu... tak ada kaitan dengan orang ketiga langsung dalam masalah nie... sekali pun klu abang nak salahkan ida... ida terima. Ida tak tahu, mungkin ini perkahwinan pertama dan terakhir..... mungkin jugak ada perkahwinan kedua.... pun ida tak tahu... terserah lah. Kalau ada jodoh ida akan kawin.... kalau tak ada pun mcm nie lah."

"Walaupun yang berlaku antara kita... mengecewakan banyak pihak... ida harap antara kita jangan ada benci... mungkin kita boleh jadi kawan... ida minta maaf kerana tak dapat memenuhi pelawaan abang untuk bersarapan bersama tempoh hari... bukan tak sudi, tapi terpaksa berkejar ke sekolah sebab ada kelas..."

Kita sentiasa mengharapkan pertemuan pertama berkekalan....
Kita sentiasa mengharapkan jodoh kita kekal abadi sampai ke mati....
Kita sentiasa mengharapkan akan dicintai sampai bila2....

Kita terlupa.... kita hanya merancang....
Kita perlu redha menerimanya.....

7 ulasan:

ONE ZABA said...

kita hanya merancang...

rancangan pelajaran jangan lupa tulis pulak.

eeeda said...

one zaba: Yang tu kalau tak tulis alamaknya masuk kelas cikgu mengajar sesuka hati dia le...

Ticer Syah said...

sabar ye ida.. smoga ko dipertemukan dengan orang yang lebih baik..dan berbahagia sampai ke akhir hyat..

eeeda said...

Insya allah. Berkat doa kawan2....

~Insan Biasa~ said...

jom kita buka cerita baru....

eeeda said...

Insan Biasa: cerita baru???? nie mesti seronok.... knp aku lambat tahu nie????

kin hashim said...

Tertanya2 juga sebelum nih, terjawab sendiri :).
Setiap org ada jalan cerita masing2, kan? jodoh pertemuan, ajal maut semua dalam pengetahuanNya. Dia lebih mengetahui yang terbaik untuk hambaNya.