Monday, December 15, 2008

MENGISI MASA TERLUANG

Seronok jugak kan…bila boring…tak ada apa yang hendak dilakukan…tambah pulak bila malam melabuhkan tirai dan heningan pagi yang sunyi….sesuai sangatlah…berangan-angan, walaupun kita tahu angan-angan tu tak mungkin jadi kenyataan. Tapi angan-angan tu sesuatu yang menyeronokan….walaupun ianya bersifat sementara….aku memang suka berangan-angan.

Masa zaman sekolah….aku berangan-angan dapat kerja yang bagus2…lepas tu…dapat beli keta….tau keta apa aku minat….ha…ha..ha…keta kancil. Dulu orang yang pakai keta nie.. kira berduitlah…lain lah sekarang.. student pun pakai keta…kalah org dah keja….

Bila dah keja…ada gaji lain pulak…angan-angan2nya…tak nak pakai kancil…kecil sangat. Jalan jauh tak selesa…sakit badan…sebab melantun-lantun….mcm2 manusia nie…berlagak….sebab kancil dah mampu beli…..nak yang lebih sikit….memang dah sikap manusia…tak pernah puas dengan apa yang mereka ada…..ada baik dan buruknya org yg berperangai mcm nie…..lepas tu berangan pulak nak beli umah….kononnya nak buat asset….puh…tinggi betul angan2 nie…

Bila angan2…kita tercapai…..kita akan berangan….dan berangan lagi..pendek kata…angan2 nie…tak pernah mati dalam diri kita….tak kurang jugak yang tak suka berangan…”penat je berangan…belum tentu dapat pun”. Tu pandangan orang. Pandangan berbeza-beza…tapi reality tetap satu.

Dah keja banyak tahun sikit…mula berangan-angan…nak sambung belajar…nak lagi gaji besar…seronok dapat jalan-jalan ke luar negara….dapat jenguk saudara-mara yang jauh2….dapat jumpa kawan2….bila ada duit banyak…banyak perkara kita boleh buat….ya lah tengok orang, bila cuti je melancong…bila cuti je melancong...wah..seronok kan…tido kat hotel…makan2…aku…belum sampai lagi tahap mcm tu…..

Ada jugak angan2 yang masih tak kesampaian…orang tua selalu cakap….”kalau nak pakai baju….ukur badan sendiri”..semua org tahu maknanya….tak kisah lah…janji aku suka…berangan pun jadilah…sekali pun tak dapat…aku tak kisah….tapi..kalau dapat, dah tentulah seronok…..tau apa dia yang selalu aku dok berangan…..ha..nak ambil lessen B…nak beli motor berkuasa besar….seronok tengok Erra tunggang motor besar…tau lah ..harga motor lebih mahal daripaada harga keta…..dapat motor Honda CBR ke..ZZR ke…tak pun TZM je….jadi lah….

Ha..jangan tak caya….aku pernah tunggang motor TZM dalam KL…cetanya mcm nie….ada kwn aku nie ( boy )…keja DBKL, pakai motor TZM…masa tu aku pakai RG Sport….duduk lepak sambil minum….nanti org faham minum apa pulak kan… minum teh tarik…aku sibuk dok Tanya… berapa harga?…berapa bayar muka?…berapa bulanan?….last2 dia cakap apa “ cikgu minat ke…motor macam tu…nak try bawak ambil lah” “ boy betul ke nie bagi cikgu bawak” memang dah minat orang offer….apa lagi…mcm org yang mengantuk disorongkan bantal lah…laju je…

Kawan2 yang lain risau…..”boy… kau biar betul bagi cikgu bawak…pandai ke dia tu…motor tu kan ada clutch…” ”alah tau lah tu dia” aku pun apa lagi….start motor…masa tu kami minum kat gerai abg Zul di Batu 5, Jalan Ipoh…start di Jln Ipoh…masuk Jln Kuching…lalu Jln Tuanku Abdul Rahman…depan Sogo…masuk balik Jln Ipoh….puh… jauh jugak tu….masa tu seronok tak terkata…berhenti kat traffic light semua mat2 motor tengok je…nak jadi kan ceta…besoknya motor tu kena curi…last sekali.. boy pakai motor kriss. Motor Virago dah merasa jugak bawak…tapi pusing2 kawasan sekolah je….member kat sekolah ada pakai….nak kuar tak boleh le..tak ada lessen B…

Sekarang dok berangan apa tau….nak pakai keta baru….tengok keta Toyota Wish tu…sporty jugak…tapi naik sorang je….dok minat kat Honda Civic 1.8 tu….harga tu…lebih kurang sama je dengan Wish….tapi….bulanan seribu lebih….mana nak cari….baki gaji pun tak sampai banyak mcm tu….kan patah balik zaman makan maggi…keta punya pasal….kawan2 ada dok hangat kan….”boleh tu farid…tak lama naik time-based…kan nanti gaji degree…nak pakai.. beli…gaji kita..duit kita” betul jugak tu….sayang jugak duit…elok2 boleh buat benda lain…habis kat keta je…

Kan fikir balik….baik belanjakan 5,6 ribu…buat keta wira eroback tu je….bukan tak ada keta…lagi pun elok lagi keta tu…setakat nak pusing Semenanjung Malaysia nie…lepas je… dok berangan apa tau….tukar sport rim 15”…letak skirting SE….spoiler ala Honda tu…..tukar engine 1.5….ha…baru steady sikit panjat High Way Karak….sekarang merayap je….senang2 je kena potong kat kancil 850….lagi satu tukar kulit… colour white purl. Tak dapat bayang kan…smart giler….org yg drive je sempoi….tetap mcm dulu jugak…apa pun aku senang dengan penampilan skrg…

Jangan pelik….nama panggilan aku berubah2….kat sekolah sksb….semua panggil ‘Farid’ sebab keliru..ramai sangat ‘ida’..sekarang ‘Farid’ pun dah ada dua kat sek nie….satu lagi lelaki…..’idah’ pulak panggilan kawan2 sama belajar dan kawan2 di kampung…’Cikgu’ pulak…kawan2 keja part-time. Kadang2 pening jugak…..apa pun panggilan janji bahagia…..

“ Angan-angan boleh menjadi impian, tapi impian tak semestinya akan menjadi realiti. “

“Jangan mengharapkan impian menjadi kenyataan, tetapi berusahalah untuk mencapai impian”


1 ulasan:

asheeda said...

hai farid hari ni dah bawa wish gi ayub.... so apa kau rasa? oren or capuchino?..tepuk dada tanyalah selera....berdesup la lagi bawa kete 130 - 140 tak sedo.dah bayar ke saman speed trep yang selalu muncul tu? hi hi hi jgn mare....apa pun akak doakan u di murahkan rezeki n dapat apa yg diangankan tu... pas tu jgn lupa bawa akak n anak2 jln k bye