Thursday, April 18, 2013

HILUX VS VIVA


Aku minat sangat Hilux nie... pernah suatu hari tu... sembang-sembang kosong dengan ayah aku... 
" Ayoh... kita ingat naik gaji nak tukar keto lah... dah lama keta nie (tunjuk kat wira)... nak beli yang sedap sikit" dalam kepala dah terbayang dah Hilux.

"Molek jugok tu... keto gapo mu nak beli??"
"Ayoh... kita ingat nak ambil Hilux... senang sikit nak ge kebun..."

Masa dok berangan nie... baru je habis belajar... 2-3 tahun yang lalu, konon-kononnya dapat gaji DG41 lah nak tukar keto.
"Hilux???? tok tangong mu gi ngaja naik go nie... payoh... dok bandar pulok tu.... beli keto lain lah"

Patah semangat aku... aku ingat dia nak sokong aku. Dalam tempoh 2-3 tahun tu lah... setiap kali aku balik... dok tanya, bila nak tukar keto.. bila nak tukar keto... macam budak kecik lah pulok.

Berangan dah lama baru tahun nie dapat tukar kereta baru... awal bulan Mac kuar Viva... kena kutuk dengan kekawan... awal bulan April kuar Hilux... terus senyap kawan yang dok kutuk tu. 

Aku punya duit... 
Aku yang nak bayar...
Aku yang nak guna...
Aku pun, ada jugak perancangan sendiri...

Beli kereta kena ikut kemampuan...
Duit lebih... beli lah kereta mahal pun... tak ada siapa nak marah... kalau mampu nak bayar kereta made in Malaysia... beli keta Malaysia, apa salahnya... sampai jugak ke destinasinya... cuma, mungkin kurang selesa sikit. Macam aku, dulu pakai Wira... sekarang pakai Viva kurang selesa sikit lah balik kampung... tak boleh nak lari laju... memang ada beza kecil dengan besar.

Beli kereta tengok kepada penggunaan...
Aku beli Viva pun ada sebab... pertama nak save minyak... rumah jauh dengan tempat kerja... minyak saja sebulan hampir RM300 keta lama... kedua, guna dalam bandar je... balik kampung setahun berapa kali je pun... ketiga, perancangan nak pakai kejap je... berapa tahun???? bergantung kepada keadaan.

Beli kereta tengok kepada niat...
Beli kereta nie.. niat kena betul... baru berkat. Mintak jauhkan lah daripada sikap riak.

Aku tak tahu lah, hang pa setuju tak dengan pendapat aku....
Kita nie, perlu jugak ada angan-angan... baru lah kita akan berusaha ke arah mencapai apa yang diangan-angankan.

0 ulasan: