Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Friday, August 31, 2012

SELAMAT PENGATIN BARU

Dalam hutan pun cantik gak dalam gambar...
 Pasangan Siti dan Faizal... pengantin perempuan cucu saudara ayah aku... dan  pengantin lelaki anak jiran depan umah aku.

Sesi bergambar di Air Terjun Rengat
 Jurufoto tak asing lagi di kalangan kami... Abe li tok joro... kalau kat Damak, Batu Balai, Jerantut... ramai orang kenal dia.



cantik warna puple...


Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia hingga ke akhirnya....

Pengantin perempuan anak sepupu ayah aku...
Lepas raya baru-baru nie ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis perkahwinan. Aku je yang tak kahwin-kahwin... bila orang tanya... aku pun tak tahu nak jawab bila... biarlah keadaan yang menentukan segalanya. Apa yang penting bagi aku... aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang... cuma belum sempurna mengikut fitrah manusia.

Friday, July 15, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU ANIS

Pada hari Ahad, 10 Julai yang lepas... member aku selamat bergelar isteri kepada Anuar. Majlis pada hari tu memang meriah... dan berjalan dengan lancar. Ramai jemputan puji, masakan memang yang terbaik... bayangkan rata-rata tetamu menambah tu. Aku pun he he he he.

Sempat juga, aku bergambar dengan pengantin... sekarang lambat lah dapat update blog... sebab kena tunggu gambar ehsan daripada kekawan... tak ada gambar tak syok pulak... asyik tengok tulisan je. Semua tu kawan sekelas aku unit MT2 Raja Melewar... dari kiri Ilot, aku dan k.ila bersama anaknya.

Dulu aku ada kawan yang bujang ke hulu ke hilir.... sekarang tinggal aku je nie... sedih dah tak ada gengs... baru lah terasa nak kawin... baru lah terasa nak cari teman. Tapi kawan aku selalu pesan, dalam pencarian jangan terlalu gopoh gapah... takut tersalah pilih. Betul jugak...

Ada rezeki, ada jodoh tak ke mana kan... Insya Allah ada tu... cuma lambat atau cepat je.

Kepada Anis dan pasangannya, selamat pengantin baru semoga ikatan perkahwinan mereka kekal hingga ke hujung nyawa.

Tuesday, June 28, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA SUHAIMI

Dah terlewat pun... tak kira lah... nak jugak abadikan gambar kahwin adik sorang nie dalam blog kesayangan aku... aku baru perasan kat fb... selepas isterinya upload gambar kahwin mereka... rupanya Mie ada jemput aku ke majlis dia... tapi pada tarikh tersebut aku ada satu lagi jemputan kenduri di Rembau...

Apa pun selamat pengantin baru kepada Mie dan pasangannya semoga perkahwinan kalian berkekalan hingga ke akhir hayat dan diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata... amin.

Sunday, June 12, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU BIE & ZUL


Tahniah buat sepupu aku Bie yang selamat melangsungkan perkahwinannya semalam 11 Jun 2011 di Kg. 40, Damak Jerantut. Semoga ikatan perkahwinan mereka berdua berkekalan hingga akhir hayat dan selamat menjalani hidup berumah tangga.

Gambar nie aku kredit daripada jurugambar blogger Abeli.. so bukan aku lah yang edit ok.

Thursday, May 26, 2011

JEMPUTAN KAHWIN MENJELANG CUTI SEKOLAH

Esok last sekolah... masing-masing dok merancang perjalanan balik kampung... pergi bercuti dan ada juga dok merancang untuk memenuhi jemputan kenduri kahwin saudara mara serta sahabat handai.


Aku pun tak terkecuali dalam membuat perancangan tersebut... setakat nie aku ada menerima 6 jemputan kenduri kahwin.

Paling hampir, hujung minggu nie... kawan sama belajar di Raja Melewar... Noorliza Rahaman, majlisnya pada 29 Mei nie... Insya Allah, aku akan cuba hadiri... mungkin lewat sikit... sebab paginya aku ada kerja.

Tarikh yang sama juga, ada jemputan rakan sekerja... kenduri kahwin adiknya di Kuang.

Pada 5 Jun kenduri kahwin member sama sekolah pertama aku posting... kenduri kahwin Cikgu Salwa di Padang Piol. Insya Allah aku akan hadir... kebetulan si dia nak datang ke rumah orang tua di kampung... so sekali jalan. Kalau ikutkan tarikh nie dah dikosongkan. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Esok sampai Ahad dah tentu ke Indonesia.

Pada 11 Jun nie, sepupu aku di kampung kahwin. Sekiranya ada kelapangan dan kesihatan yang baik insya allah sampai. Setiap minggu balik, macam orang kaya lah pulak kan.... nasib baik lah kampung aku nie dekat... boleh balik ari je. Kos pun tak ada lah mahal sangat.

Tarikh yang sama juga... ada satu lagi jemputan rakan sekerja di Kuang.. kenduri kahwin anak sulungnya.

Hadiah belum diusahakan lagi... masih ada masa kan... yang dekat belum beli lagi... yang member nak kahwin bulan Julai aku dah berkira-kira tentang hadiahnya. Satu lagi jemputan di Klang... aku tak ingat lah pulak tarikhnya.

Tuesday, May 17, 2011

UCAPAN TAKZIAH

Hari ini, aku dapat sms daripada seorang rakan menyatakan kawan kami ditimpa kemalangan. Aku difahamkan cikgu Anuar mati lemas sewaktu cuba menyelamatkan rakannya ketika mandi di pantai pagi tadi.

Arwah cikgu Anuar, gambar yang atas... nie gambar kenangan semasa aku bersama teman bercuti di Terengganu... percutian kami di sana banyak dibantu olehnya... untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Arwah dijemput dalam usia yang muda. Baru minggu lepas kami bercerita mengenainya. Rupanya, hari nie kami dapat berita sedih. Allah lebih sayangkannya. Kami redha.

Sama-sama lah kita doakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU KEPADA WARGA SKSB

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik... tidak kira di mana berkhidmat. Kepada semua warga pendidik di sksb, tentunya lebih meriah... dengar ceta dapat hadiah istimewa daripada boss....

Sambutan Hari Guru, tak meriah tanpa persembahan daripada guru-guru... warga sksb setiap tahun akan buat persembahan.

Tuesday, April 19, 2011

TAHNIAH

Tahniah Amalia Azrai kerana mendapat keputusan cemerlang dalam SPM baru-baru nie... cikgu tumpang bangga dengan kejayaan kamu... kamu berjaya mengekalkan kecemerlangan di peringkat UPSR 5A, PMR 8A dan SPM 10A. Cikgu sentiasa mendoakan semoga kamu beroleh kejayaan di masa akan datang.

Murid nie, dari sekolah rendah lagi... sepatah aku tanya... sepatah dia jawab... aku ingat dah berubah... rupanya masih sama seperti dulu... minggu lepas sempat lah aku belanja dia makan McDonald di Bukit Rahman Putra.

Aku teringin nak jumpa mak dia... nak tanya apa rahsia dia mendidik anak... tiga orang anak perempuannya semua berjaya... anak yang kedua UPSR 5A, tahun lepas PMR 8A... sekarang kat MRSM... anak ketiga UPSR 5A... sekarang tingkatan 2.

Kejayaan anak murid...
Adalah kegembiraan bagi seorang guru...

Tuesday, March 15, 2011

WISMA BINTARA MENJADI SAKSI

Tahniah kepada my friend... 11 Mac 2011 merupakan hari bersejarah... pastinya tarikh tersebut akan sentiasa meniti di bibir...

Wisma Bintara menjadi saksi kini Yusmaliza Ayob sah bergelar permaisuri hati PW 1 KOM (KMR) (1) Ramlee Kassim.

Selamat Pengantin Baru my friend semoga jodohmu berpanjangan hingga ke akhir nyawa.

Tuesday, March 8, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU

Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat pengantin baru buat sepupu den Pinah... dan suaminya.... sebenarnya aku pun tak tahu menahu mereka nie berkahwin beberapa minggu yang lepas... dah selesai majlis baru aku tahu... kalau orang jemput Insya Allah aku balik.

Aku dengar khabar angin... lelaki nie memang asal dari Negara China... datang ke sini atas tiket student atau pun bekerja aku pun tak pasti.

Apa pun aku sentiasa mendoakan semoga mereka berdua dapat menjalani kehidupan berkeluarga dengan bahagia hingga ke akhir hayat.

Jarak bukan pemisah...
Warna kulit bukan menjadi ukuran...

Hati yang tulus...
Menjadi sandaran...

Sunday, March 6, 2011

TERHARU MENERIMA UCAPAN HARI LAHIR

Sebenarnya banyak ucapan secara sms sempena hari lahir aku pada minggu lepas. Malam nie baru teringat nak tulis sms yang aku terima daripada salah seorang anak murid nie.

"Selamat Hari Jadi Cikgu Faridah, semoga panjang umur dan diberkati oleh Allah. Cikgu yang mengajar saya dengan teliti dan saya faham apa yang cikgu ajar, seronok sangat"

Sms nie aku terima daripada murid yang sangat pendiam... tak banyak bercakap di dalam kelas... tak kala orang lain sibuk mengucapkan selamat hari lahir... dia hanya tersenyum... tak sangka pulak... lepas waktu sekolah aku terima sms daripadanya.

Murid nie aku marah ke... apa ke... dia tetap senyum... kadang-kadang, darah aku dah naik sampai ke kepala nak marah... tapi bila tengok muka dia terus tak jadi... sebab dia sentiasa senyum... dia penyelamat keadaan.

Sekurang-kurangnya aku tahu... walaupun aku nie garang.. tapi masih ada anak murid yang minat dengan cara penyampaian aku di dalam kelas... aku nak mereka tahu... aku buat semua tu hanya untuk mereka... agar mereka faham apa yang diajar dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan nanti.

Walaupun dia seorang murid yang mempunyai tahap pencapaian sederhana... tapi dia sangat rajin membuat latihan... aku berharap, berbekalkan kerajinan dan ketekunannya itu... Insya Allah dia akan berjaya.

Terima kasih anak didikku... di atas ingatmu.

Garangku bertempat...
Marahku bersebab...

Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang...

Wednesday, March 2, 2011

ULANG TAHUN KELAHIRAN

Semalam genap lah umur ku yang ke 33 tahun. Terima kasih kepada kekawan sekerja, kekawan semaktab, kekawan TUDM, kekawan blogger, kekawan masa keja part time, kekawan facebook, kekawan sekampung dan anak-anak murid yang telah memberi ucapan. Terharu aku tengok ucapan di facebook mencecah 100 orang.








Terima kasih kepada mereka yang belanja makan semalam dan hari ini... terima kasih kepada mereka yang memberi hadiah... jauh hadiah yang dibeli tu. Terharu aku menerimanya.

Semalam juga aku menerima banyak panggilan... bukan ucapan besday tetapi panggilan ingin mengadu, berkongsi masalah dan meminta bantuan aku... seawal 7.30 pagi hinggalah penutupnya 9.30 malam... aku bukan kaunselor tetapi bila kekawan minta tolong aku rasa dah menjadi tanggungjawab.... bila kekawan gembira semalam aku pun turut berasa gembira.

Semalam hari untuk orang bernama su.... ketiga-tiga kawan aku semalam bernama su yang mengadu masalahnya.... semalam saja aku menerima 5 masalah.... hanya satu saja yang dapat aku selesaikan... yang lain aku hanya dapat mendengar sahaja. Aku hanya mampu memberi pandangan. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.

Hari kelahiran bukan untuk dirai...

Sehingga lupa diri...

Tetapi untuk diingati...

Supaya hidup lebih diberkati..









Monday, February 7, 2011

TIBA MASANYA, SESAAT TAK KAN TERLEWAT

Hari nie aku mendapat berita seorang rakan skot 22, (AWIE AIRFRAME) telah kembali ke rahmatullah kerana menderita sakit barah hati. Sebelum ini aku telah dimaklumkan bahawa arwah mendapat rawatan di HUKM.


Pada 16 Januari yang lepas aku kehilangan seorang rakan semasa bekerja part time di Pizza Hut Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh. Arwah Natrah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan di Ampang dan mendapat rawatan di unit ICU Hospital Selayang.

Al-fatihah, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Saturday, February 5, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU SURIYANI MAT YASIN

Kuning di raja... untuk raja sehari

Hari nie aku masih diberi kesempatan... dan kesihatan yang baik untuk menghadiri Majlis Perkahwinan kawan baik ku di Kg. Anak Gajah. Seronoknya tengok kawan ceria di hari yang bersejarah dalam hidupnya.

Selamat pengantin baru Surie dan Safar semoga perkahwinan kalian akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Thursday, December 23, 2010

KEPUTUSAN PMR TELAH DIUMUMKAN

Hari nie aku punya lah berdebar-debar menanti keputusan anak murid aku.... Karena ialah murid pertama aku ajar tuisyen Bahasa Melayu untuk peperiksaan PMR. Untuk pengetahuan kekawan Karena nie sekolah swasta di Bandar Sri Damansara.

Karena dapat 2A, 3B, 2C dan 1D. Bahasa Melayu dapat B dan D tu Bahasa Cina. Kira boleh lah B tu, sebab aku ajar pun terpaksa campur dengan Bahasa Inggeris. Bayangkan trafic light dalam Bahasa Melayu pun dia tak tahu. Bukan senang nak ajar Karena nie, dah le aku B. Inggeris pun kureng.... he he he. Jenuh nak terangkan.

Tapi mengajar student cina nie, memang straight parentnya. Kalau sepatutnya tuisyen 2 jam... tapi hari tu aku sampai lewat... so ajar 1 jam setengah je.... kena ganti ari lain setengah jam tu. Sebulan dia budget 8 jam untuk BM, so kena habiskan 8 jam tu.

Pengalaman mengajar student PMR buat pertama kali tak akan dilupakan.... walaupun cuma sebagai guru tuisyen.

Pengalaman tak boleh dijual beli...
Pengalaman perlu dicari...

Tuesday, November 30, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU

Selamat Pengantin baru kepada my friend Mohd Nor Syamsul Baharin Al-Amin dan pasangannya. Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk menghadiri majlis tersebut yang telah diadakan di rumah pengantin lelaki di Tampin Negeri Sembilan.

Aku mendoakan agar pasangan ini berkekalan jodohnya hingga ke akhir hayat, dimurahkan rezeki dan cepat dikurniakan cahaya mata.

Selamat berbulan madu di Thailand.

Wednesday, November 24, 2010

KONVOKESYEN KE 9 OUM

Aku, tidak hadir di majlis konvokesyen... tapi sehari sebelumnya aku sempat meninjau di persekitaran OUM. Mana lah tahu... kot, kot... terjumpa kekawan yang ambil jubah awal boleh pinjam jap untuk bergambar. Tapi ari tu, kurang bernasib baik. AKu tak jumpa pun kekawan yang ambil jubah awal.

Kawan aku semuanya ikut jadual ambil jubah... bab nie protokol lah pulak. Semua pe ambil di sebelah petang. Udahnya aku bergambar le tanpa jubah. Nak pinjam dengan orang yang ada jubah tu.... segan lah pulak.

Insya Allah minggu nie nak pe ambil jubah kawan yang belum pulangkan lagi...di rumahnya di Sepang. Tak kisah lah, dapat bergambar out door di sekitar Putrajaya pun cantik jugak kan.... he he he he he... Janji dapat pakai jubah oum yang glamor gitu...

Tahniah, my best friend... Kak Fatehah kerana berjaya jugak akhirnya memakai jubah. Semangat, tidak pernah putus asa dan tidak pernah mengenal erti kalah... akhirnya sampai juga di penghujungnya. Nie lah kawan susah senang aku.... kami sama opsyen dan sama subjek elektif. Selalunya kami akan daftar kelas sama. Aku banyak terhutang budi dengan dia sepanjang tempoh pengajian. Terima kasih akak kerana tolong saya dalam banyak hal.

Tahniah Kak Azie kerana berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya. Kami sama kelas untuk Subjek Maths dan kadang kala sama untuk subjek Kesihatan. Kak Azie adalah orang yang pertama aku jumpa, semasa kelas pertama OUM di IPBA dan terus rapat hingga ke ari ini.

Dalam kegembiraan...kami tetap berasa sedih kerana ada dua orang rakan sekelas kami tidak dapat konvo sama-sama kali ini. Insya Allah mereka akan konvo pada majlis konvokesyen yang ke 10 nanti.

Tahniah my friend Suraya Hani. Aku kagum dengan semangat dia, terus berusaha untuk menamatkan pengajian walaupun terdapat banyak rintangan dan masalah yang perlu ditempuhnya.

Pernah satu semester, markah amalinya tak keluar. Jenuh jugak aku menyamar sebagai dia untuk menelefon OUM... aku dalam phone berani.... kalau kat luar mahu ketar lutut gak.

Sue ni ambil program KPM-OUM, course Sains. Aku memang tabik lah kepada mereka yang ambil, subjek Maths, Sains atau pun Bahasa Inggeris nie... memang depa belajar teruk... tak macam course kami, KDP-OUM releks je... boleh lagi gelak-gelak... kalau exam tu boleh gak aplikasikan apa yang kita mengajar di dalam kelas... ke dalam peperiksaan.

Tahniah my friend Syah. Member nie, kawan maktab den.... merangkap geng blogger. Sebab aku rapat dengan dia kerana bersembang di blog dan fb.... kat maktab dulu tak kenal pun. Nak bertegur sapa tu... jauh sekali. Syahidah nie ambil course KPM-OUM, Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Rupanya, dah ramai kekawan sama maktab dulu yang berjaya meningkatkan taraf pendidikan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Tak kurang juga dah ada, kekawan yang ada master.... setakat nie aku tak dengar lagi kekawan masa maktab yang dah ada PHD. Insya Allah sikit masa lagi ada tu.....

Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat...
Rebut peluang yang ada, selagi ada kesempatan....

Tuesday, November 23, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU

Selamat pengantin baru kepada Fairos Jannatul Naimah dan pasangannya.
Pekan, Pahang.

Selamat pengantin baru kepada Puteri dan pasangannya.
Setapak, Kuala Lumpur.

Kedua pasangan ini selamat telah selamat melangsungkan perkahwinannya pada 21 November 2010. Minta maaf kepada my friends kerana tidak dapat memenuhi jemputan kalian.

Selamat pengantin baru kepada kedua pasangan ini semoga berbahagia hingga keakhir hayat.

Thursday, November 11, 2010

NURUL IMAN BIN NURUL ANWAR


Tahniah kepada Siti Aishah dan pasangannya Anwar kerana baru dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada minggu lepas. Cutenya, Ingat lagi masa dia mengandung... ada je masalahnya... tapi alhamdulillah semuanya dah selamat.

Di harap semoga dengan kehadiran cahaya mata ini... kehidupan berkeluarga mereka berdua lebih berseri.

Tak tahu lah bila akak boleh sampai ke sana...

Sunday, October 10, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU NANA

Selamat pengantin baru kepada rakan sekerja den, Nana dan pasangannya Izwan yang telah pun sah menjadi suami isteri pada 1 Oktober 2010. Majlis persandingan sebelah pihak perempuan telah diadakan pada 2 Oktober 2010 yang lepas. Manakala majlis bertandang di rumah pihak lelaki pada ari nie 10 Oktober 2010 (10.10.10)
Akak doakan semoga Nana dan suami bahagia hingga keakhir hayat.