Showing posts with label Pemandangan. Show all posts
Showing posts with label Pemandangan. Show all posts

Monday, September 17, 2012

PEMANDANGAN DI PERSISIRAN SUNGAI

Pemandangan yang cukup menarik ketika aku berpeluang menaiki 'River Cruise' di Taman Tamadun Islam, Terengganu. Kebetulan pada hari berkenaan cuaca sangat baik.

Kecantikan bangunan di Taman Tamdun

Di kejauhan tersergam indah Masjid Kristal

River Cruise yang digunakan untuk menyusuri sungai bagi memberi peluang kepada pengunjung menikmati panorama yang indah

Kelab Kapal layar yang menjadi tumpuan pelayar-pelayar seluruh dunia.

I-City Terengganu pada waktu siang... dan lebih cantik kelihatan pada waktu malam.

Bot Jabatan Laut Malaysia

Hotel yang menjadi kebanggaan Felda.

Jambatan Sultan Mahmud.

Wednesday, February 22, 2012

PEMANDANGAN WAKTU SENJA DI PERLIS

Keindahan waktu senja pasti akan memukau mata memandang... tambah lagi bagi mereka yang cintakan keindahan.

Tangan siapa nie....????

Lewat senja matahari akan mula terbenam... dan lama kelamaan suasana akan gelap.

Air laut yang tenang... bisa membuatkan pengunjung damai.

Not my car... nanti ada pulak orang yang salah sangka... dan tafsir..
Putih itu bersih...

Thursday, October 6, 2011

PEMANDANGAN WAKTU SENJA DI TEPI PANTAI

Sebelum ke Airport, sempat lagi kami singgah di Pantai Tanjung Aru, Sabah... semata-mata nak tengok matahari terbenam... kami tak ada lah nak tunggu sehingga betul-betul terbenam... jap lagi ada pulak terlepas flight kami.

Orang Sabah berlibur di hujung minggu... pantai di sini memang sesuai untuk mandi-manda dan melakukan beberapa aktiviti tepi pantai... antaranya bermain bola sepak...

Masa nie aku ingat pukul 5 lebih... kami spend kan masa lebih kurang sejam je di sini.

Gambar yang nie aku suka tengok.

Cantiknya...

Time nie memang ramai jurugambar dengan kamera yang gedabak tu...

Aku dah mula jatuh hati dengan pemandangan waktu senja nie sejak berkawan dengan orang yang minat melihat pemandangan waktu senja...

Tuesday, September 20, 2011

PEMANDANGAN WAKTU SENJA

Pemandangan waktu senja di tepi Pantai Seberang Takir... kawasan nie dah jadi tempat beriadah oleh masyarakat setempat untuk bawa anak-anak menikmati pemandangan pada waktu petang. AKu memang suka duduk tepi pantai tengok matahari terbenam... sampai si dia pun dah faham sangat dengan perangai aku.

Tu yang selalu si dia dok perli aku... "ada orang tu suka tengok matahari terbenam je" yang si dia pulak suka ke pengkalan tempat nelayan buat naik hasil tangkapan... sebab si dia nie suka makan makanan lauk yang segar... ke mana pergi, tu lah tempat yang si dia cari. Kalau orang tu tak tahu nak masak ikut selera dia... dia akan ajar... tak pun, si dia sendiri akan masak.

Cantik tempat nie... dah macam teluk lah pulak... ramai kaki pancing je kawasan nie... yang berdating tak ramai... mungkin kawasan nie terbuka... so tak sesuai.

Matahari hampir terbenam.

Matahari ditutupi dengan awan tebal...

Masa nie memang dah gelap... tapi belum pukul 7.00 p.m pun lagi...

Friday, November 5, 2010

PEMANDANGAN WAKTU SENJA DI TEPI PANTAI

Pemandangan waktu senja di Pantai Manikar, Labuan. Pemandangan hari kedua aku berada di sana. Kawasan nie memang menjadi tumpuan pelancong terutama pada hujung minggu.

Time nie aku tak pasti pukul berapa, tapi lebih kurang pukul 6.30 petang.

Tak lama kami berada di sini... takut. Tak ada orang... hanya kami je yang teruja....

Memang cantik lah...

Kawasan nie agak sunyi... mungkin di Labuan hari bekerja... di semenanjung je cuti Deepavali. Sini semua kerja seperti biasa.

PEMANDANGAN WAKTU SENJA DI TEPI PANTAI

Keindahan waktu senja di tepi pantai Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan.

Minum petang sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.

Kawasan nie boleh dikatakan menjadi tumpuan siswa siswi UMSKAL.

Cantik kan....
Cuaca mendung telah menutupi matahari yang hampir terbenam.

Wednesday, October 20, 2010

PEMANDANGAN WAKTU SENJA DI PANGKOR

Keindahan di waktu senja sungguh cantik. Aku memang suka berapa di tepi pantai untuk melihat matahari terbenam.

Dua keping gambar di atas nie... aku snap di sekitar Teluk Nipah.

Kawasan berbatu nie terdapat di Pantai Bogak.

Gambar nie pun di kawasan pantai yang sama... cuma diambil dari sudut yang berlainan.

Gambar guna kamera cap ayam je.... tak lah secantik kamera DSLR.. hu hu hu hu...
Aku memang dah termimpi-mimpi... nak guna kamera yang menjadi kegilaan ramai hari ini. Bila gamaknya aku dapat memilikinya.


Sunday, August 15, 2010

KEINDAHAN PEMANDANGAN DI PUTRAJAYA

Bangganya aku menjadi warganegara Malaysia yang mempunyai Pusat Pentadbiran terancang dan bangunannya tersegam indah. Kebijaksanaan pemerintah pada ketika itu dan hasilnya kita boleh lihat pada hari ini.

Aku suka tengok gambar nie... aku selalu membayangkan raksasa akan muncul disebalik bangunan tersebut... macam dalam ceta ultraman.... first time aku sampai di menara nie...

Pemandangan dari menara tinjau... kawasan tapak pesta flora Putrajaya.... sebenarnya bukan bunga je ada masa tu.... gerai jualan pun boleh tahan banyaknya. Tapi lebih berkonsepkan seni.

Ini aku ingat kalau kamera boleh zoom puh ...memang comel. Tapi nie je lah hasil snap kamera aku nie.... setakat hari nie masih lagi mampu berbakti kepada aku.... I love Olympus.

Jauh sangat kan....gambarnya tak jelas. Tapi boleh lah buat kloksi peribadi aku....