Sunday, November 23, 2014

HASIL BERBUDI KEPADA TANAH

Penat lelah selama ini berbaloi. Untuk sampai ke tahap nie perlu banyak bersabar dan tekun berusaha. Sebelum nie pelbagai cabaran terpaksa kami lalui. Paling besar dugaan apabila bulan April 2013 kebun kami terbakar... klik sini.

Hari nie kawasan yang terbakar sudah pulih sepenuhnya dan mula mengeluarkan hasil. Boleh dikatakan 99% tanaman pokok kelapa sawit seluar 5 ekar ini telah berbuah. Purata hasil sekali tuai di antara 1.5 tan - 2 tan.

Kebanyakkan kerja-kerja di kebun nie kami lakukan sendiri... meracun, membaja, tuai buah dan memunggah untuk menjimatkan kos. Upah tuai buah untuk pokok yang muda lebih mahal berbanding pokok yang berusia 5 tahun ke atas. Pokok muda upah RM120 pertan... pokok tua RM70 pertan. 

Pada awal September 2013 hasil tuaian kali pertama mencecah 1 tan. Pada hari berkenaan arwah ayah aku antara orang yang paling kalut... kebetulan petang tu hari nak hujan... mungkin dia stress takut buah sawit tak sempat punggah. Dia call sana... call sini nak minta abang aku datang tolong punggah buah. Sebelum tu aku pernah berseloroh dengan arwah ayah aku...

Aku : Ayoh... ayoh raso cop buoh kali nie dapat tok setan...
(sebab sebelum nie tak pernah cecah setan... aku berani cakap sebab beberapa bulan sebelum tu dah tabur baja buah...)
Ayah : Tok tahu lah... boleh kot.
Aku : Ayoh... kalau dapat setan kito ingat nak buat kenduri arwah mak do... (mak kepada sepupu aku)
Ayah : Molek jugok.

Tunggu sambungan cerita...


Penuh macam nie selalunya boleh mencecah 800kg.

Hasil kerja setengah hari.


Aku usahkan kebun nie dengan adik aku serta suaminya... kami bertiga makan gaji... hujung minggu je buat kerja kebun... aku time cuti sekolah boleh lah kerap sikit ke kebunnya. Kebun nie pun tak jauh dari rumah... lepas solat asar pun sempat lagi ke kebun. 

Aku ingat lagi sorang tauke cina cakap... kalau buat kebun 8 ekar... mesti kena full time... kalau semua kerja buat sendiri... kalau buat hujung minggu saja... mesti kebun tak terurus. Contohnya, kebun kami lah... semak samun.

Sunday, June 8, 2014

TRIP JAKARTA - PUNCAK - BANDUNG

Trip Jakarta - Puncak - Bandung telah dikelolakan oleh rakan lama aku... Cikgu Rosidah. Bukan senang nak pikul tanggungjawab yang besar... sebagai pengerusi kelab staff tentunya ingin memberi yang terbaik kepada ahlinya. 

Pada 29 Mei -2 Jun 2014 merupakan tarikh yang bersejarah dan memberi 1001 pengalaman baru kepadanya. Bukan senang hendak uruskan travel yang melibatkan ahli yang ramai... tentunya banyak kerenah dan cabarannya.

Dia ada minta pendapat daripada kekawan untuk melancarkan perjalanan... tetapi kami hanya berpengalaman bergerak dalam kumpulan yang kecil je... aku sendiri hanya mampu memberi pandangan dan cadangan berdasarkan pengalaman. Dia telah memilih penerbangan KLM dan aku difahamkan harga tiket pada tarikh berkenaan lebih murah berbanding dengan penerbangan yang lain.

Aku mencadangkan agar dia ambil travel agensi Kita Holidays Travel & Tour Indonesia... sebab aku pernah menggunakan travel berkenaan... perkhidmatan yang ditawarkan memang puas hati. 

Aku cadangkan travel nie... macam aku ada share... sebenarnya, ada dikalangan kita yang ingin dan tercari-cari agent travel untuk trip mereka... so kalau singgah ke sini, sekurang-kurangnya dapat membantu mereka. 

Kawan aku tu memang puas hati...
"farid.. akak memang puas hati dan tak malu nak cadangkan kepada orang lain.. kawan-kawan akak pun puji dan seronok sangat trip nie"


Cikgu Rosidah (pengurus trip) duduk berdiri di bahagian atas sebelah kiri sekali. 



Antara tempat yang mesti dikunjungi jika ke Bandung... Taman Visata Alam Tengkuban Parahu




Apa yang seronoknya bercuti????
Pengalaman yang dilalui terlalu mahal untuk dinilai.

Friday, June 6, 2014

PERCUTIAN KE MEDAN, INDONESIA

Cuti persekolahan kali ini aku berpeluang bercuti ke Medan. Percutian selama 3 hari 2 malam. Kali ini aku bercuti bersama teman yang bekerja di Kuching. Kami booking tiket Airasia tahun lepas. Harga tiket untuk 3 orang RM150, bagasi RM40 untuk 20 kg.

First time aku ke Medan. Seronoknya, kali pertama terbang di KLIA2 dan mendarat di Kuala Namu, Medan. Keduanya merupakan lapangan terbang baru. Tak seronoknya cukai kepala 
di Kuala Namu rp200 000.. yang termahal berbanding 
Jakarta dikenakan rp150 000
Pekanbaru baru naik rp150 000
Bandung masih lagi rp75 000 


Kami menggunakan pakej Lovely Holiday untuk melancarkan perjalanan percutian kami.. semua kos percutian kami tak sampai RM500 seorang. Jimat kan.... termasuk tiket kapal terbang, makan minum, hotel. Parking di KLIA2 kawasan lapang masih free.... he he he untung 2 kali.


Kami menginap di Hotel Patra Jasa, Danau Toba. Seronoknya hotel nie, buka je pintu bilik nampak view yang sangat indah... berlatar belakangkan tasik yang terbentang luas. Makanan di hotel nie  pun enak. Jika ingin bersiar di pekan yang berdekatan pihak hotel ada menawarkan perkhidmatan dengan bayaran sangat berpatutan.

Untuk sampai ke kawasan peranginan nie mengambil masa yang agak lama... kami terpaksa melalui jalan yang cukup mencabar... mendaki, melalui jalan yang bercerun di tepi tebing gunung berapi... seram aku... sepanjang perjalanan aku tidur... takut.


Pemandangan waktu senja... menikmati keindahan ciptaan illahi.. matahari terbenam. Cantik...


Bergambar kenangan di tepi Tasik Danau Toba.


Hari Kedua, aktiviti melawat perkampungan yang terletak di pulau yang terdapat di tengah tasik. Di sini aku dapat mengenali dengan lebih dekat tentang cerita orang batak. Seharian jugak lah. Lepas makan tengah hari... kami bergerak ke Brastagi... untuk sampai ke sana kami terpaksa melalui lereng-lereng bukit... perjalanan kali ini pun boleh tahan lamanya. Lagi menakutkan... sepanjang perjalanan ke sana hujan... memang sejuk di Brastagi.

Sayang kami tak berpeluang bergambar di kawasan air terjun... sebab hujan. AKu turun jugak sekejap... tapi tak tahan menggigil kesejukan. Aku tak bawa baju sejuk... lain kali kena bawa baju sejuk.


Malam kedua kami menginap di Hotel Horison... hotel nie selesa... makanannya pun sedap... Malam tu aku memang tido lena... sebab kepenatan... Paginya kami bergerak ke Medan... jarak antara satu tempat ke tempat yang lain... boleh tahan jauhnya.   

Sebelum balik sempat kami shopping kain batik... lepas makan kami terus ke Bandara Kuala Namu. Dari Pekan Medan ke Bandara mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih.

Dalam perancangan tahun depan kami nak pergi ke India.

Monday, May 26, 2014

PELABURAN YANG MENGUNTUNGKAN


Setiap orang mempunyai impian, maklamat dan perancangan untuk masa depan. Pelbagai cara dilakukan demi mencapai impian tersebut. Begitu juga dengan aku. Sejak awal lagi aku suka berangan. Mungkin ada sesetengah orang tidak akan bersetuju dengan cara yang aku lakukan. 

Pada tahun 2004, aku telah membeli sebuah rumah pangsapuri di Lestari Perdana dengan harga RM50k. Sebab rasa macam rugi lah pulak kalau aku menyewa... sedangkan aku memang bercadang untuk tinggal di kawasan tersebut. Sejak hari itu, aku rajin membuka ruangan iklan rumah di surat khabar. Suatu hari aku terbaca ruangan iklan yang kecik... ada orang nak jual rumah. Aku call owner,  dan membuat temujanji untuk melihat rumah berkenaan. 

Owner tu, seorang pesara RTM dan ketika itu dia bekerja memandu teksi. Rumah berkenaan tidak pernah duduk sejak beli. Atas rasa kepercayaan aku membeli rumah tanpa menukar nama... masa tu hutang di bank RM35k... so aku perlu bayar by cash RM15k. Setelah surat perjanjian siap... aku membuat bayaran dan bakinya aku sambung bayar. Surat perjanjian 2 helai je. Kalau orang nak tipu pun aku tak tahu. Tapi rezeki aku... pak cik tu seorang yang jujur.

Pada tahun 2008, aku dihubungi oleh Pak cik berkenan untuk membuat pertukaran nama. Masa tu baru aku tahu bertapa susahnya untuk membuat urusan kerana rumah berkenaan atas nama anak dan menantunya. Pasangan berkenaan telah bercerai. Salah seorang tidak mahu memberi kerjasama. Jadi urusan berkenaan memakan masa yang agak lama.

Tapi akhirnya, selesai jugak. Rupanya beli rumah second hand nie banyak urusan... berbanding dengan beli rumah yang baru. Masa tu lah aku banyak belajar berurusan dengan syarikat yang menawarkan perkhidmatan menilai bangunan dan hartanah... berurusan dengan pihak bank dan berurusan dengan pihak peguan yang pelbagai ragam.

Pengalaman adalah guru yang terbaik. Pengalaman membeli rumah dan kereta second hand telah mengajar aku agar lebih berhati-hati. Aku beli kereta 9 tahun pakai tanpa tukar nama... akhirnya aku jual baru tukar nama kepada owner baru. Alhamdulillah sepanjang tempoh tu, aku tidak memberi sebarang masalah kepada owner lama.

http://eeeda-damak.blogspot.com/2013/01/rumah-untuk-disewa-part2.html

Rumah nie, sekarang ada orang sewa...

  • Penyewa pertama kakak aku.. 2004-2006
  • Penyewa kedua adik aku.. 2006-2008
  • Penyewa ketiga sepupu aku.. 2008-2012
  • Penyewa keempat baru orang luar... 2013-sekarang. 


Jika bertindak hendaklah bijak...
Jangan sampai dilanyak dipijak...

Monday, May 19, 2014

13 BULAN SELEPAS DITANAM


Projek tanaman kelapa sawit kini berusia 13 bulan... sudah mula mengeluarkan bunga. Sekejap je aku rasa masa berlalu. Pejam celik dah besar pokok.

Kebiasaannya, pada usia tanaman 3 tahun pokok kelapa sawit sudah mula mengeluarkan hasil. Pembajaan yang konsisten mempercepatkan lagi proses pembesaran.

Friday, March 14, 2014

PERCUTIAN KE LANGKAWI

Percutian 3 hari 2 malam (28 Feb 2014 hingga 2 Mac 2014) ke Langkawi bersama rakan sekerja memang kenangan yang cukup menyeronokkan. Percutian kali nie memang santai. 

Tiket penerbangan aku booking bulan 5 tahun lepas. Masa tu aku tercari-cari destinasi yang boleh aku kunjungi walaupun bersendirian. So, aku rasa Langkawi lah tempatnya. Selamat dan memang tak akan sesat. Tetiba ada 2 orang kawan aku nak join. Kebetulan tiket murah masa tu... untuk perjalanan pergi balik baru RM120.

Percutian kali nie sempena dengan besday aku he he he...  yang Kak As pulak pe honey moon he he he he... Aina bawa family jalan-jalan.
Aku tak tahu nak ceta apa... sebab tak banyak pun aktiviti yang kami lakukan... melainkan santai... makan-makan... shopping??? tak lah. Aku beli kuali kecik je pun... aku sumbat dalam beg baju je... dan mangkuk yang bertutup untuk isi lauk... 

Mungkin waktu kami pergi bukan time cuti...semuanya berjalan dengan lancar...  kami sewa kereta Nissan Sarena baru RM120 sehari... homestay di Pekan Kuah 3 bilik RM200.

Percutian budget kami seorang RM300.00
termasuk makan, penginapan, pengangkutan dan bagasi.


Bergambar di depan homstay yang kami menginap
Nak pergi shopping di Hj Ismail Group jalan kaki je... nak ge makan, jalan kaki je. Malam tu sempat kami ge pasar malam. Pekan kuah pun seronok jugak... setiap malam ada uptown.


Hujung minggu pun beratur panjang untuk naik kabel car... kalau time cuti sekolah tak tahu lah macam mana... tiket RM15 seorang. Kali ke-3 aku naik... tapi tetap jugak menggigil kepala lutut nie... mungkin faktor umur kot... padahal masa kanak-kanak riang... panjang pokok sampai ke hujung dahan... releks je.


First time kawan den nie bercuti berdua je... ditinggalnya semua anak-anak... baru betul-betul honey moon.


View yang sangat cantik... 


Aina bersama familynya... Aisy je yang tak gayat..


Menara tinjau... untuk melihat keindahan dari puncak.


Barang kaca terpaksa hand carry... ambil bagasi 60 kg... ingat kan cukup.. rupanya terpasa hand carry lagi berserta dengan barang kaca. Kalau rasa memang nak beli barang banyak... lebih baik ambil lebih bagasi. Walaupun selalu terbang... dalam keadaan tertentu kita terlupa perkara yang sepatutnya kita buat kan... selalunya terjadi, jika situasi kelam kabut.


Cuaca hari nie memang baik... sejuk je kat atas tu..


Next percutian kena tunggu lah... member sedang mengandung... walaupun mabuk, bab berjalan larat je pun he he he..

Saturday, January 25, 2014

TANAM GETAH TOREH SENDIRI

Kebun getah yang sudah mencecah 30 tahun.
Gambar Yayan
Cucu yang ke-17, baru berusia 4 tahun... setiap hujung minggu memang ikut mak dan ayah dia ke kebun... sama ada kebun sawit atau pun kebun getah... anak orang kampung.

Kebun getah ini telah ditoreh hampir 30 tahun... tapi masih dalam keadaan baik kerana, ditoreh oleh kaum keluarga sahaja... daripada nenek, anak, sekarang cucu dok menoreh pada hujung minggu. Kebun getah nie lah yang aku kerjakan, time cuti sekolah.. dari zaman sekolah menengah... lepas tu cuti semester di maktab... sekarang time cuti sekolah. Dah jadi cikgu pun menoreh jugak ke??? menoreh... kalau aku ada PHD pun aku nak menoreh... aku membesar dengan hasil getah dan kelapa sawit.

Kalau nak ikutkan kebun getah yang sebaya dengannya telah pun ditebang dan ditanam semula dengan pokok kelapa sawit... rata-ratanya kelapa sawit berkenaan telah berusia belasan tahun.

Kebun getah nie tak pernah diupah meracun... semuanya arwah ayah aku meracun sendiri... kebun seluas 5 ekar ini kekadang mengambil masa berhari-hari untuk siap meracun... arwah ayah aku meracun sehari paling banyak pun 3 pump. Sekarang kebun nie menjadi milik kakak aku... manakala kerja membersihkannya dilakukan oleh syarikat aku dari segi membaja dan meracun.

Dalam keadaan harga getah hari ini RM3.04 sekilo... 3 hari menoreh boleh mencecah RM800 lebih. Mau tak seronok menoreh. Menoreh bukan lama... pukul 10-11 dah balik. Kerja kampung lagi seronok... bagi mereka yang rajin... kalau malas kerja apa pun tak seronok. 

Friday, January 24, 2014

KELAPA SAWIT PERLU DIBROWNING

Pokok yang baru dibrowing.

Pokok yang telah berusia 17 tahun.
Pokok kelapa sawit ini telah berusia 17 tahun... kebun ini sebetulnya milik arwah ayah aku... setelah ketiadanya pada penghujung bulan September ari tu... diuruskan oleh abang aku... tapi pada penghujung bulan 11 kebun ini diambil alih sepenuhnya oleh syarikat kami. 

Awal bulan Disember kami telah mengupah jawa 'Browning' atau buang pelepah sebelum kerja-kerja membaja dilakukan. Kos browning menelan belanja RM1000. Kalau nak ikutkan harga sepokok RM2... aku sebenarnya tak pernah kira berapa pokok... cuma yang aku tahu keluasan tanah 9 ekar purata pokok lebih kurang 500 lebih. Manakala membaja pula mencecah 60 beg yang 25kg.

Browning atau buang pelepah kelapa sawit merupakan salah satu proses penjagaan pokok kelapa sawit supaya kelapa sawit dapat menghasilkan buah yang baik dan zat makanan hanya dibekalkan pada tempat yang betul. Pelepah kelapa yang sudah tua harus dipotong supaya pembesaran buah sawit tidak terbantut. Proses membersihkan pelepah kelapa sawit selalunya dilakukan berasingan dan upah yang lain. Pekerja pun pandai, mereka akan ambil buah semata-mata... dalam bahasa kebun 'curi buah' pelepah yang tak ada buah dibiarkan.

Pekerja jawa buang pelepah memakan masa 5 hari... dia hanya potong dan susun ada seorang pekerja yang lain... memang dah lama agaknya tak browning... sebelum browning sedih aku tengok pokok kelapa sawit arwah ayah aku... tak terurus langsung... tapi ari nie... pokok memang cantik. Insya Allah penghujung bulan 2 nie nak membaja kali pertama untuk tahun 2014.

Diharapkan ada peningkatan hasil dengan penjagaan yang baik.

Tuesday, January 21, 2014

ANAK BENIH KELAPA SAWIT

Hari Jumaat yang lepas, Negeri Selangor cuti sempena Perayaan Taipusam... so aku ambil kesempatan pada hari berkenaan melawat tapak semaian di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Abdul Razak (PPPTR) Sungai Tekam. Kali nie, aku memang bercadang nak cari sendiri anak benih kelapa sawit. Aku tak nak beli melalui orang tengah... bukan apa takut terkena anak benih yang tidak berkualiti. 

Nasib baik lah tempat nie tak jauh pun dari tempat aku... so tak adalah mahal sangat kos pengangkutannya nanti. Bila kita pergi sendiri... tanya sendiri, baru kita tahu. Tapak semaian memang luas, tapi banyak anak benih berkenaan telah ditempah. So untuk projek akan datang, kena datang tempah terlebih dahulu... cukup umur anak benih 10 bulan baru boleh ambil.

Alhamdulillah rezeki aku... nasib baik ada anak benih untuk aku... mungkin sebab aku nak beli sikit je... dalam 300 pokok. Harga sepokok di tapak semaian RM11. Manakala kos pengangkutan RM1.30 sepokok... so harga anak benih sampai ke tapak projek RM12.30. Itu harga tak pakai orang tengah... kalau pakai orang tengah mahu boleh cecah RM15 sampai kebun. Ada jugak aku tanya anak benih yang dijual di kampung aku... anak umur 6 bulan pun dah harga RM12. 

Biasalah, bila kita start tolak tapak projek... pasti akan datang broker anak benih... nak jual anak benih tepi jalan... harga RM12... pada aku, ko silap orang lah... bukan semua orang ko boleh tipu... mentang-mentang lah aku nie baru berjinak-jinak dalam bidang pertanian, tambahan pulak perempuan... tapi bukan semudah tu ko nak tipu aku... yang kelakarnya... tadi nak jual anak tepi jalan kat aku... bila aku cakap dah oder anak research... boleh dia nak tumpang 80 pokok untuk dia... nampak tak... perangai orang... nak jual yang tak elok kat orang... tapi untuk dia tanam sendiri, nak tanam yang elok... orang macam nie bukan boleh layan... dia tunggu masa je nak cekik kita...

Aku memang ada pelan B... kalau tak ada ready stok di Sg. Tekam... aku nak ambil di Bangi... tapak semaian milik NAFAS. Ada pegawai di NAFAS yang aku kenal dan selalu berurusan tu. So, bab anak benih nie... tak jadi masalah sangat.

Pemilihan anak benih yang berkualiti penting untuk hasil akan datang. Jangan beli anak sebarangan. Bila kita dah terjebak dalam bidang nie... semua benda kita kena ambil tahu... jangan serah kepada orang bulat-bulat... alamaknya kena tipu bulat-bulat lah jugak.

Anak benih berusia 10 bulan.

Anak benih yang berkualiti

Tapak semaian.

Kepada mereka yang berminat sila layari ke blog: http://golden-rengat.blogspot.com/

Monday, January 20, 2014

TAPAK PROJEK PENANAMAN KELAPA SAWIT

 Alhamdulillah, 2 minggu yang lepas kerja-kerja pembersihan tapak projek berjalan dengan lancar. Tapak projek ini dianggarkan seluar 4 ekar. Kami akan taman pokok pisang sebagai tanaman sampingan.

Kerja-kerja menanam pokok pisang sedang giat dijalankan. Waktu sekarang sangat sesuai kerana musim hujan... memudahkan lagi kerja mengali lubang anak pisang. Bekalan anak pisang nangka kami dapat dengan harga RM1 sepokok.

Tauke buat kerja sendiri.
Tauke  kecik.
Rezeki, dalam kawasan tapak projek terdapat 2 batang kayu Merbau. Kami bercadang untuk mengupah orang membelah kayu berkenaan... dalam kepala nie dok terbayang nak membaiki rumah di kampung yang telah banyak kayunya reput... rumah kayu sangat berisiko dimakan anai-anai jika tidak dijaga dengan baik. Anai-anai cepat menyerang terutamanya pada musim hujan.

Emak aku, akan jadi pemantau....

11 BULAN SELEPAS DITANAM

Anak Sawit 11 bulan
Minggu nie aku sempat ke kebun... tetapi hanya sekadar meninjau kawasan... tak sempat untuk melakukan kerja... seronok tengok anak pokok sawit yang semakin subur... tengok pokok sawit hilang penat lelah mengusahakannya sebelum ini.

Wednesday, January 15, 2014

SERONOK BEKERJA

Salah satu faktor seronok bekerja ialah rakan sekerja... alhamdulillah, aku di kelilingi dengan rakan sekerja yang memang sentiasa ceria... dan apa yang lebih penting sentiasa membantu dalam apa jua aktiviti yang dijalankan. Pendek kata kita tidak keseorangan dalam melaksanakan tugasan. 







Monday, January 13, 2014

BERKEBUN PERLUKAN MINAT

Apa pun kerja yang kita lakukan perlu ada minat. Minat amat membantu agar kerja yang dilakukan akan berterusan dan konsisten. Walaupun kerja kebun penat, terpaksa berhujan peluh... berada di bawah sinaran matahari... semua tu tidak menjadi masalah.

Aku sendiri boleh melalui semua nie kerana minat... Panas matahari di kebun yang pokoknya masih kecil nie lain... sehinggakan terpaksa aku membeli produk L'OREAL UV perfect untuk melindungi sinaran matahari di muka. Kalau tak pakai UV perfect mahu berbelang muka.

Tangan tak usah cerita lah... memang kasar. Walaupun dah pakai sarung tangan. Aku beli berjenis-jenis sarung tangan. Sarung tangan menebasnya lain... sarung tangan susun pelepah sawitnya lain... yang nie mesti ada besi... kalau yang biasa memang tembus.


Kerja di hujung minggu dan waktu cuti.

Cikgu Anis, kawan lama di maktab.
Cikgu Anis, kawan lama sama belajar di maktab. Dia pun dulu askar wataniah sama dengan aku. Rupanya, dia pun minat jugak berkebun. Getah kalau dah besar nie... dah senang nak jaga... jaga racun dan baja je... di awal penanaman je, banyak musuh. Terutamanya babi dan monyet. Getah nie manja sikit, berbanding kelapa sawit. Kena penjagaan yang rapi.

Aku baru sahaja bersihkan kawasan seluas 2 ekar untuk tanaman getah. Masih tercari-cari lagi benih getah yang sesuai untuk ditanam. Keluasan 2 ekar tu, boleh tanam lebih kurang 400 batang. Harga pasaran anak pokok getah sekarang lebih kurang RM5. 

Upah bersihkan kawasan mengunakan jentolak sehari RM900. Kawasan seluas 2 ekar mengambil masa lebih kurang 2 hari. Caj roda RM300.
Anak benih = RM 2000
Jentolak = RM 2100
Lain-lain perbelanjaan seperti gali lubang, baja lubang dan sebagainya. Jumlah perbelanjaan mungkin mencecah RM5k untuk keluasan 2 ekar.

Berminat untuk mendapatkan bekalan baja???
http://golden-rengat.blogspot.com/

Tuesday, January 7, 2014

PENYEDIAAN TAPAK UNTUK PROJEK TANAMAN

Ruang Terhad di belakang rumah.

Polibag yang telah diisi dengan tanah.

Kawasan hadapan baru sahaja diracun pada hujung minggu lepas.

Batang paip perlu dialihkan.
Petang tadi, aku membersihkan ruang di belakang rumah untuk projek tanaman baru setelah beberapa bulan dibiarkan kosong. Aku bercadang untuk menanam peria bagi kawasan bertanah, memandangkan para yang lepas masih boleh digunakan. Manakala dalam polibag, akan ditanam dengan bendi. Tanaman yang paling senang untuk dijaga.

Terdapat 2 batang paip di kawasan di hadapan rumah. Paip berkenaan perlu dialihkan dahulu ke kawasan tepi longkang sebelum kerja-kerja mencangkul dilakukan... Takut, perkara sama berulang kembali. Dua kali aku tercangkul batang paip berkenaan.

Tukang paip (En. Nazri), dah pun menyatakan kesudiannya untuk mengalih paip berkenaan. Memandangkan aku minat bercucuk tanam. Cuma aku je belum ada kelapangan untuk tujuan berkenaan.