Showing posts with label Memori Semalam. Show all posts
Showing posts with label Memori Semalam. Show all posts

Thursday, September 2, 2010

BERSAHUR DI PUTRAJAYA

Semalam sekolah aku ada mengadakan Majlis berbuka puasa dan solat hajat. Pada dasarnya memang aku tak nak datang. Dalam senarai kehadiran pun memang aku tanda tak hadir. Tapi aku tak sampai hati pulak bila member sms...

Sms 1 "Oh adiku, datang ke idak mlm ni? Mai le tolong akak ambil gambar...atau nak duduk sja" (biasalah jadi juru gambar amatur nie, pendek kata ke mana pe pun kamera sentiasa ada dlm beg)

Sms 2 "Datang lah, tak ada sebab farid tak datang. Guru Besar dah banyak memuji farid. Jangan sampai dia kecil hati" (Bila dpt sms nie aku fikir balik....mcm mana bertahun2 aku tak tegur GB...konon nak tunjuk protes dgn boss)

Sms 3 " Mai ya"
(Dalam hati nie dah sms ketiga... kena datang. Tak sampai hati nak hampakan harapan orang.

Pukul 4.30 p.m aku start keta balik umah untuk tukar baju.... dalam pada tu sempat lagi call member kat Putrajaya... saja nak confirm sama ada malam nie dia free ke tak.... aku nak jumpa dengannya sebelum dia berpindah ke Melaka. Nama je duduk dekat, tapi tak berkesempatan nak jumpa. Ada je halangannya. Alhamdulillah dia tak ada masalah dan bersetuju nak jumpa aku. Aku call pulak member sorang lagi nie... kot..kot lah dia free so nak ajak dia join sekali... Rezeki kawan nie free.. so tak adalah aku keseorangan dari Sg. Buloh ke Putrajaya. Apis nie sebenarnya on je kalau dia tak ada hal.

So lepas je berbuka,aku ambil gambar sekitar majlis berbuka...ting tong...ting tong... pukul 8.45 p.m aku gerak ke Putrajaya... sampai sana dah pukul 9.30 p.m. Member aku nie duduk persint 9...alah flet hijau yang glamor itu....bagi aku bukan susah pun nak cari tempat tu.... janji orang yg memberi arahan tu pandai... so tak jadi masalah.

Aku jemput member nie pe minum kat medan selera persint 9 tu je... apa yang penting, dapat luangkan masa bersama member nie untuk berborak. Terperanjat jugak temgok member aku... kurusnya macam zaman muda2 dulu gak... walaupun sekarang dah ada 3 orang anak. Hampir 2 tahun aku tak jumpa kawan nie.... last jumpa masa dia baru lepas berpantang anak ketiga... masa tu kat Maydin Subang Jaya....

Borak punyak borak...maklum lah si apis nie dah lama tak jumpa dengan along.... 17 tahun tak jumpa... banyak tu ceta, yang nak di story kan....daripada ceta zaman sekolah.... sampai lah zaman berkeluarga dan akhirnya zaman single balik..... bukan pendek ceta tu.....sedar tak sedar dah pukul 12 malam.... kedai tempat kami lepak pun dah nak tutup... ceta tak habis lagi...

Kami sambung sembang kat kedai mamak, kawasan area tu jugak..... story untuk 17 tahun dan 3 orang punya ceta... mahu tak sampai 4.30 pagi... nasib baik lah aku keja sesi petang ari nie... itu pun kebetulan member mintak tukar sesi.... memang rezeki aku, nak beri peluang aku jumpa dengan along....kalau tak mahu tak jaga aku ari nie ...

Aku rasa bertuah sangat kerana mempunyai seorang kawan, yang sentiasa ingat kawannya..... walaupun sekarang telah berjaya... Sesetengah kawan bila berjaya sikit, mula lah lupa kawan yg keja bawah nie..... tapi tak bagi along.... daripada tak bekerja, sekarang dah jadi penolong pengarah di KKM, tapi perangai masih lagi sama macam dulu... aku suka sikapnya yang sangat matang dalam banyak perkara. Di samping itu, mempunyai sikap ikhlas dalam memberi pandangan.


Punya lah leka bercerita...mata langsung tak mengantuk... sebenarnya dah lama aku tak buat keja lepak kat kedai mamak sembang sampai pagi nie... maklumlah, sekarang dah duduk jauh.... kawan pun tak ada area sini... kalau sembang pun terhad sebelum pukul 11 dah kena balik...

Berjam-jam berborak... mahu tak kering tekak.... along siap belasah 3 gelas air. Kami terus je bersahur kat situ....aku bersahur dengan roti canai... aku oder air kurang sikit lah daripada along....aku 2 gelas je... Ikutkan along, dia suruh aku tido kat umah dia je....esok pagi2 balik... dalam hati nak tido apa..dah pagi pun masa tu.... kalau tido pun, sempat lah sejam kot.... lebih baik balik terus je. Aku boleh cover kat umah.... kan pukul 10.00 baru bangun...

Berkongsi pengalaman boleh mematangkan diri...

Keterbukaan dalam berbicara, diri disenangi...


Friday, August 13, 2010

AKU DIPERTEMUKAN DENGAN KAWAN LAMA

Duduk dari kanan : Apis ( pomen...bukan sebarang pomen. pomen profesional ) dan Along (Penolong Pengarah di Putrajaya)

Hari Jumaat lepas aku pe hantar servic keta..... dekat kg Melayu nie je pun. Dalam entry yang lepas aku dok puji pomen nie buat keja memang bagus. Muda lagi, tapi memang berpengalaman dalam bidang dia. Penerangan dia cukup menyakinkan aku.

Dua tiga hari lepas juruteknik sekolah aku nie pe lepak kat bengkel pomen nie....dah jadi member lah pulak. Aku pun tak tahu dia temberang apa pasal aku kat pomen nie... Apa yang pasti, pomen nie sebaya dengan aku dan orang Jerantut.

So pagi Jumaat semalam aku beranikan diri sms, tanya lebih kurang.... rupanya tanggapan aku memang betul. Dia kawan aku, masa kami aktif dengan pengakap masa sekolah dulu. Bayangkan dah berapa tahun tak jumpa.... masa kami sama2 pe camping kat Hutan Lipur Terenggun dulu... dan ada beberapa kali lagi, camping join dengan sekolah dia.

Ha ha ha dunia nie kecil je...pusing punya pusing boleh jumpa hang Apis kat Kg Melayu. Nanti senang lah, ada masalah keta....dah ada member.

Sunday, August 8, 2010

KE BANDA HILIR MELAKA

Setelah kekawan yang menyertai rombongan bertolak balik...aku pun mulalah bertolak ke Banda Hilir. Bersemangat berkobar2 nak jumpa kawan.... bukan apa, dia dah lama sampai...perkara yang paling aku tak suka, bila orang terpaksa tunggu aku....dan aku pun sebenarnya tak suka tunggu orang he he he he. Setiap orang ada pendirian kan.... So kalau janji tu, seboleh2nya nak sampai tepat pada masanya...kena pandai2 lah bajet masa.

Aku nie bukan selalu turun Melaka pun. Aku ingat last pe sana tahun 2007....lama tu. Tapi aku nis jenis selamber je...aku main ikut papan tanda je. Faham2 je lah, bila malam nie....penglihatan amat terhad. Akhir sekali aku tersesat entah ke mana2. Tu yang aku boleh jumpa, Jonker Walk, Jusco lah, masuk perkampungan Mortem..lah. Tapi sesat kat perkampungan nie, tak rugi... sekurang2nya aku dapat melihat seni warisan yang masih terpelihara. Sayang seribu kali sayang masa tu kamera aku bateri dah merah.

Last sekali aku terfikir nak call kawan aku nie....nasib baik time tu K.ani tak sibuk. So dia beri arahan sampai aku jumpa Kapal. Bukan apa, jenis aku..kalau dah janji kat situ...aku akan berusaha bagi sampai jugak kat situ. Mahu setengah jam aku call kak ani... sambil drive dia beri arahan belok sini...masuk kanan...jumpa nie.. nampak nie.... akhirnya berjaya gak aku sampai. Lega sangat. Masa tu jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Terima kasih K.ani...kerana bersama ku di kala kesesatan....he he he ...cikgu bm guna bahasa merapu....Kalau nak bercerita mengenai penat... memang penat. Sebab siang sekolah...malamnya tido lewat...tapi keranamu aku gagah jugak.

Dah sampai aku call member nie....nak tanya mana lokasinya... dia maklumkan berada di Dataran Pahlawan. So, aku nak kepastian sampai pukul berapa dia nak berada di sana...member nie, bagi tahu dia nak makan dulu, mungkin 9.30 malam... So aku pun ronda lah sekitar jeti cruise tu... kebetulan ada jom heboh...tu yang meriah sangat Banda Hilir dipenuhi dengan manusia malam tu. Bayangkan lama tu, aku nak tunggu member nie...Masa tu baru pukul 7.30 malam...nak sampai 9.30 mlm...ada 2 jam tu... apa aku nak buat. Aku call along kawan aku nie....saja nak tanya khabar...dan mana tahu kot2 dia ada di Batu Berendam esok boleh singgah.

Memang tak ada rezeki, dia ada di Nyalas...rupanya dia baru balik dari Batu Pahat kerana ada urusan perniagaan. Punya lah marah member nie...datang tak bagi tahu. Memang jenis aku, kalau call nak datang tu...memang aku berada tak jauh dari kawasan tu. So kalau tak ada, aku akan anggap tak ada rezeki. Bukan apa, aku takut plan sikit punya cantik...last sekali tak jadi nak datang. Aku nie sibuk degan macam2 keja aku buat. Tu tak boleh nak berjanji sangat...plan last minute je... kalau jadi ya...kalau tak, tak ade le... Mahu sejam gak aku call, sembang dengan member nie....sampai bateri phone aku menjerit lah....

Masa panjang lagi...apa aku nak buat sementara tunggu member nie....dengar mcm ada orang menyanyi...so aku gerak ke tempat yang lebih terang sikit.

Aku lepak kat gerai sambil pekena teh tarik dengan mihun sup....masa snap gambar kapal nie nyawa2 ikan bateri aku...dapat gak buat kenangan.... sehari ke Melaka. Kalau bawa pen dengan kertas mahu berjela dah aku mengarang....tapi semua tak bawak...last sekali layan lagu dan menikmati cahaya lampu yang sungguh menyerikan suasana malam. Masa tu kalau datang dengan teman istemewa..tentunya romantis gitu....

Aku tanya member nie, apa program dia...sebab dah pukul 10.00 malam.. tak kunjung tiba kat tempat yang dijanjikan. Dalam kepala dok berkira nak layan mata je lah.... mula dia suruh aku pe kat Dataran Pahlwan.... lepas tu, dia beritahu nak pe lepak kat pantai..... nak suruh aku datang sana... aku dah mula angin satu badan. Sebab dia janji awal nak jumpa kat Kapal...lepas tu kat sini.. kat situ...amboi banyak cantik dia. Memang betul minyak tol ko yang sponser tapi jangan buat aku sesuka hati mak nenek ko. Aku nie pantang orang main2 kan aku.

Tak pe, dalam hati nak kencing aku lah nie. Aku start keta, cari papan tanda highway ke Kuala Lumpur.... masa tu Banda Hilir jem giler kalah KL. Pukul 12 baru aku boleh meloloskan diri. Dalam hati 2 jam boleh sampai KL... kalau tak penat memang boleh buat.... Masa muda KL- JB aku balik ari je....orang lain tak buat...tapi aku pernah buat....

Sampai stesen minyak shell di Ayer Keroh, aku isi minyak dan buat kuar sikit duit untuk bayar tol. Duit bukan tak ada....ada..... cuma untuk perbelanjaan lain. Bila terdesak macam nie guna dulu. Bagi aku duit boleh cari. Tapi sakit hati susah untuk diubati...memang boleh bawak ke mati.

Masuk je Highway aku tekan minyak 140 km/j le....dalam kepala nak cepat sampai....takut sampai kat tempat lain je.... mata dah mengantuk giler. Nasib baik keta baru service. Memang confident lah drive laju pun. Mula tu aku ingat nak tido umah kawan aku je kat Senawang...aku call member nie pulak balik kampung....memang tak ada rezeki. Dah banyak kali nak jumpa tak jadi dengan member nie. Sampai kat R&R Seremban aku berehat dalam 2 jam. Pukul 4.30 pagi aku bertolak ke Cheras, umah kak aku. Entah mcm mana.. jin dah tutup mata aku agaknya..... boleh tak nampak susur ke Jusco Cheras Selatan. Tahu2 je dah sampai Sungai Long.

Nak cepat, rupanya lagi lambat. Masa tu dah pukul 5 lebih. Aku belasah je...lalu lorong entah mana lorong....tiba-tiba kuar jugak... hu hu hu lega. Sampai umah akak aku....orang azan Subuh. Aku mandi.... badan memang melekit giler.... maklum lah seharian tak kena air. Lepas tu lena sampai pukul 10.00 pagi... masa bila akak aku kuar pe pasar pagi pun aku tak perasan.

Aku bersiap2 nak pe buat keja part time. Walaupun aku penat, tapi bila masyuk....hilang penat dibuatnya. Tuan tempat aku buat keja part time tu baik sangat. Hujung minggu, aku memang makan free daripada makan tengah hari sampai minum petang. Lepas tu aku bergerak ke Shah Alam...janji dengan Anis nak pekena teh tarik. Ari Jumaat besday dia...tapi tak berkesempatan nak sambut. Bagi aku ari bekerja... memamg sampai malam aku keja.

Malam tu lena sampai ke pagi. Nasib baik jaga seperti biasa.

Banyak pengajaran dan pengalaman yang aku dapat sehari ke Melaka. Moga pengalaman ini lebih mematangkan lagi aku dalam mengenal siapa kawan kita. Maafkan aku, prinsip hidup aku... orang minta tolong aku akan tolong...tapi jangan cuba ambil kesempatan. Sekali aku terkena, aku akan ingat sampai bila2.

TRIP KE MELAKA

Semalam balik je dari sekolah...aku bersiap2 untuk ke Melaka. Lebih kurang pukul 3 petang aku gerak. Sekarang nie..... klu nak ke selatan, mesti aku akan masuk tol Bukit Jelutong....guna Lebuh Raya Elite and than masuk Lebuh Raya Utara Selatan. Kena bayar tol lebih sikit lah....tapi tak pe lah selesa.... nak selesa kena bayar lebih.

Tujuan aku ke sana sebab member minta tolong teman kan dia.... dia ada hal yang terpaksa diuruskan. Kami janji jumpa kat Banda Hilir. Dia dari Kuantan dan aku dari Kuala Lumpur. Bertemu di Melaka Bandar Bersejarah. Bunyi macam pelik kan....

Dalam perjalanan ke Melaka sempat lagi aku call member sek....kebetulan sek aku ada buat lawatan ke Melaka. Dua buah bas lagi...member aku nie, maklumkan rombongan sekolah dalan perjalanan ke Taman Buaya. Aku apa lagi....ubah haluan. Sepatutnya nak exit tol Alor Gajah...tapi aku teruskan perjalanan untuk exit tol Ayer Keroh.

Sampai kat tol, aduh sport rim aku yang baru tu.... bergeser pulak dengan tembok tepi. Kononnya nak senang Touch n Go....sebaliknya sport rim aku pulak Touch n Go pada tembok simen.

Sampai kat taman Buaya ngam2...geng2 rombongan pun sampai. Aku join sekali masuk dengan group rombongan. Rupanya semua permainan dalam tu...murid je dikenakan bayaran. Gurunya free. Dalam Taman Buaya ada rumah cermin ajaib, rumah hantu...kolam dan buaya.

Anak murid aku seronok lah cikgunya datang. Aku join mereka nie sampai, mereka bertolak balik.. baru aku bertolak ke Banda Hilir. Sebenarnya member sekolah tak tahu pun aku nak datang. Nie semua program last minute

Hari nie Melaka dah banyak berubah. Rasa tak puas ke Melaka sekejap sangat. Ada masa aku nak datang lagi. Last sekali aku turun Melaka pada tahun 2007 kot. Bawak anak buah aku jalan2. Rupanya kakak aku sekeluarga pun ke Melaka. Aku tak ckp dengan dia nak ke Melaka...dia pun tak cakap dengan aku nak ke Melaka.... Nasib baik aku tak buat perkara yang tak elok. Kalau tak mahu kantoi. he he he he...

Thursday, May 13, 2010

ADA JE KESEMPATAN

Walaupun dah berlainan tempat mengajar.... dan berlainan daerah, tapi jika ada kesempatan kami akan minum petang sama2.... ari nie aku bawak Sulia dan Aishah makan kat Kota Damansara.... tempat nie makanannya memang sedap.... terutamanya nasi ayam.... bagi aku tempat nie banyak meninggalkan kenangan.... hu hu hu kenangan tu....

First time aku mintak air kelapa... terkezut gak, depa tu hantar pakai kole...tapi rupanya kalau oder air kelapa memang mcm tu... jenuh aku nak perabis air tu.....pendek kata klu nak pe minum air kat situ kena pastikan tangki kosong dulu.....

Masa makan nie lah nak sembang2... nak dengar ceta pengalaman PK baru.... bila kita dengar kawan ceta benda2 yang mengembirakan.... kita pun turut gembira....aku rasa selagi dia berada sekitar sungai buloh nie... kami akan selalu jumpa....

Sunday, May 2, 2010

SITUASI YANG MENCEMASKAN

Aku call member nie nak pastikan di mana lokasi kejadian... dia maklumkan di Pangsapuri Melawati...Jalan Bukit Melawati, Shah Alam... aku dah confius... mcm mana boleh sampai ke Melawati... dalam masa sesingkat tu... aku tanya lagi macam mana boleh sampai ke situ.... dia ceta punya ceta... rupanya pangsapuri selepas Desa Moccis nak menghala ke Penjara Sungai Buloh tu... baru aku tahu... aku ambil masa dalam 10 minit nak sampai ke sana.

Sampai je di tempat kejadian, aku nampak ada dua buah keta wira di depan pintu masuk ke pangsapuri berkenaan.... tapi bila aku perhatikan member aku tak ada pun dalam keta tu.... aku pulak tak tanya dia pakai keta apa....aku call tanya dia berada kat mana.... rupa-rupanya dia berada dalam keta... keta dia tu berada dalam pagar....dia dah kena block dengan 2 buah keta dan siap tutup pintu pagar lagi... cuba bayangkan keadaan dia masa tu... dah le sorang... perempuan pulak tu.... kena kepong dengan 15 orang lelaki.... aku tengok pun takut sebab ramai sangat.

Masa aku datang tu... dia tak kacau aku... cuma minta tolong pujuk member aku nie... suruh bayar je...tak payah panjangkan ceta....rupanya member aku nie berkeras nak pe buat report.... dan dia dah call polis.... tapi alamat yang cukup mengelirukan menyebabkan bantuan polis tak tiba2.... bila polis call tanya lokasi kejadian.... member aku past phone kat aku... masa tu baru lah polis dapat kenal pasti lokasi kejadian....

Dalam masa yang sama aku dah berada luar keta kawan aku... sebab nak call tempat tuisyen... nak maklumkan tak dapat datang sebab ada hal... tiba2 baru lah aku terfikir nak call member aku kat taman sebelah... mana tahu kot2 lah... dia ada kenal mana2 polis....sebab gengs tu memang berkeras suruh bayar... dan tak nak lepaskan kami untuk pergi buat report....lama jugak lah aku berada kat situ.... dari 7.15 pm hingga pukul 8 lebih....aku pun tak tahu mcm mana... jiran aku tu dapat pujuk mereka tu... tiba2 dia benarkan keta kawan aku nie kuar pergi buat report.... tapi dalam keta tu dok bergerak perlahan ...sempat lagi gengs tu ketuk keta lah... maki2 lah... masa tu memang takut betul....kali pertama aku mengalami situasi mcm tu...

Sampai di persimpangan ke Saujana.... aku nampak keta peronda polis menuju ke tempat kejadian.... hah... lega rasanya.... kalau tak tak tahu lah apa nak jadi dengan suami jiran aku tu.... itu pun jenuh gak dia pusing nak bagi lepaskan kami ke balai.... Padahal kawan aku tak salah pun... sebab dah bagi signal untuk masuk situ.... budak yang bawak motor tu ingat kawan aku nak masuk simpang satu lagi.... dia tak jangka kawan aku nak masuk simpang tu... sebab umah pangsapuri tu bukan ada orang duduk lagi.... nasib malang sungguh kawan aku....alah budak yang langgar tu pun bukan teruk sangat pun.... cuma motor dia je rosak sikit...

Aku terus memandu ke Balai Polis Trafic di Kota Damansara... untuk buat report mengenai kemalangan.... itu pun ambil masa berjam jugak.... maklum le... lepas buat report perlu jumpa dengan pegawai penyiasat... nak ambil gambar keta lagi... Dah settle tu... kami ke Balai Polis Sg. Pelong buat report kes ugut dan menghalang daripada membuat report.... settle kat situ kena pulak ke Balai Polis Damansara Damai.... jumpa dengan pegawai penyiasat lagi.... lepas tu ambil gambar keta lagi sekali....

Penatnya tak usah ceta le... aku dah macam orang mabuk candu... dah le tak tido petang...polis sorang nie nak pe tengok tempat kejadian lah pulak.... masa tu jam menunjukkan pukul 1.30 a.m. pegi le ke tempat tu....nasib baik lah memang jalan ke umah kami menghala ke situ.... sampai je Saujana kami pe pekena teh tarik dan makan... sebab memang dah lapar giler....sampai umah dah pukul 2 lebih.... dah lebih time... sudahnya masing2 tak lena tido.

Esoknya member aku tak balik..... sebab nak tunggu polis buat kawad cam.....Biasa le polis kita, lambat...orang keja polis marah klu kita cakap depa nie lembap.... tapi itu lah realitinya. Kata profesional... tapi aku tak tahu kat mananya profesional... dengan balai tak serupa balai... berserabut.... dengan bau rokok... klu lama aku kat situ mahu pengsan agaknya....Tunggu punya tunggu... ari Sabtu tak dapat apa2 perkhabaran....

Tunggu lagi ari Ahad... dah petang pun tak ada jugak call... last2 kawan aku call. Dia kata tunggu... nanti dia call. Bukan apa ari tu kawan aku dah cakap... dia bukan keja kat sini.... pengalaman betul lah.... petang tadi pukul 6.30 p.m dia call minta ke balai... ingat dah nak buat kawad cam.... rupanya tak jumpa lagi orang yang terlibat tu.... alasannya budak yang terlibat tu menggunakan alamat yang lain masa dia buat report.... dah 2 hari tak ada tindakan lagi... kalau mcm nie lah... penjenayah dah boleh lari ke sempadan....

Tak pe aku sabar....siasat punya siasat....lama gak ambil masa....lepas tu polis nie bawa pulak member aku ke tempat kejadian untuk kenal pasti orang yang terlibat.... nasib baik masa tu ... budak tu ada kat umah... tak sampai beberapa minit dah ramai yang datang.... polis pun kecut perut...geng tu datang marah2... ha baru polis tu tahu.... sebab apa member aku nie buat report....polis tu tak rasa mcm mana kawan aku yang perempuan duduk dalam keta dan di sekeliling keta orang lelaki.... dia yang lelaki pun hilang sabar dengan perangai geng2 tu....polis geram je nak tumbuk... nasib baik dia ingat yang dia tu polis...

Pukul 11.30 p.m baru lah kami sampai kat umah.... alamaknya member aku nie bertolak pagi2 esok le...dalam pukul 5.00 am mesti dah kena bertolak. Harap2 dia sempat le sampai ke Jerantut.... sebelum 8.00 pagi. Tu pun tak selesai lagi... polis kata dia ambil masa 2 minggu untuk siasat kes nie...

Bagi aku le, dalam kes nie... bukan tak boleh bayar... kalu perangai mcm nie... bayar pun tak selamat... lebih baik buat report je... apa2 hal settle kat balai, senang ceta.

MEMBER KEMALANGAN

Pada hari Jumaat 30 April aku dah janji dengan Aishah nak tolong bawa dia ke Shah Alam sebab nak hantar report ke SKMM... Kami kuar awal sikit.. sebab aku nak ke pejabat pos... aku hampir terlupa rupanya cukai tanah umah aku di Johor belum bayar lagi... selalunya awal tahun semua dah settle. Nasib baik belum lagi berakhir 31 Mei.... Dulu masa ada member baik kat Skudai....aku bayar sendiri kat Pejabat Tanah Johor Bahru... sekarang by pos je mudah.

Dalam perjalanan ke Shah Alam... Cheong dari SBPI Temerloh call nak jumpa aku...rupanya dia turun KL sebab nak beli barang untuk persiapan ke Jakarta. Kursus Bahasa Jerman di sana. Semuanya ditaja oleh kerajaan Indonesia. Sepuluh negara terlibat. Dia wakil negara kita ke sana selama 2 minggu...Nie kali kedua dia turun KL aku tak dapat jumpa. Time dia turun aku ada hal... nak buat macam mana....

Tak lama selepas tu member dari Jerantut call kata nak singgah umah aku.... rupanya dia memang dah ada kat Nilai... ada urusan pasal umah. Masa dia call aku on the way nak balik Sg. Buloh dari Shah Alam... sampai Sg. Buloh aku singgah kat Bank Rakyat nak bayar bil kad kredit... yang lain aku online maybank2u je... kemudahan di hujung jari kan... sejam aku kat bank... tensionnya.. member dah berkali2 sms ada kat mana...ada kat mana....

Aku kuar bank terus balik... tak sangka pulak jalan jem...aduh bertambah tension aku....sampai Saujana... aku sms member beritahu dah sampai...tak lama aku dapat sms dia ada kat masjid mandi sebab badan dia terkena petrol... lepas tu dia nak ge siber cafe... nak online LHDN....lepas tu nak terus balik Jerantut...tak pe lah dia tak jadi datang... aku on jugak laptop biasalah fb kan... sementara nak kuar pukul 7.00 sebab ada tuisyen.... tut.tut dia call kata cc line tak ok....dia suruh aku online....dalam masa yang sama aku suruh gak le dia tido je kat umah aku... tak payah balik ari dah semakin gelap.... padahal aku selalu gak balik malam....dia berkeras jugak nak balik...

Dalam pukul 6.30 petang.... masa tu aku sedang buat pengesahan LHDN member nie dia call.... tak sempat aku nak buat pengesahan aku tinggal je.... sebab member beritahu yang dia terlibat dengan kemalangan.... suruh aku datang segera... bawa kawan lelaki sebab dia kena kepong dengan sekumpulan 15 orang lelaki... nasib baik jiran sebelah umah aku keja malam.... so aku minta tolong dia teman kan aku ke tempat kejadian....

Thursday, April 29, 2010

KALIAN SENTIASA DI HATI

Tiba2 aku rindu kat rakan sekerja... merangkap rakan serumah masa kami mula posting di SK(LKTP) Sungai Retang, Jerantut pada 17 Januari 2000. Dari kanan arwah Kak Rusiah....Kak Rozila dan Kak Naimah. Masa tu kami berempat tinggal serumah di kuarters Sungai Retang.... dua orang mengajar pagi dan 2 orang lagi mengajar petang.

Aku dengan kak rozi mengajar pagi.... masa tu seronoknya... balik sekolah member yang mengajar petang siap dah memasak.... petang nanti kami pulak akan sediakan minum petang.... masa nie lah aku berjinak2 nak belajar memasak.... aku bernasib baik dapat kawan2 yang memang pandai memasak.... aku sorang je tak pandai memasak...kak rozi, cakap je nak makan apa semua dia pandai buat.... tu sebab sekarang abg asri bulat.....

Kak Rozi sorang je yang masih kekal kat sekolah tu.... Kak Im dah pindah Kuantan.... dan aku lah orang yg paling awal sekali kuar dari sekolah tu...Bila teringat kat depa nie.... telefon lah penghubungnya.... time cuti.... Kak rozi selalunya balik Cherating...tu tak berpeluang nak jumpa... aku time balik kg... tak sempat nak ke mana pun....

Gambar nie kami ambil masa mengikuti perkhemahan pandu puteri peringkat daerah di SMK Damak pada tahun 2000. Time nie dapat le rasmi tapak perkhemahan yang diusahan oleh pengetua zaman tu.... aku tak tahu apa dah jadi dengan tapak perkhemahan tu.... adakah masih wujud atau pun dah ditanam dengan pokok kelapa sawit.

Saturday, April 17, 2010

SEKITAR PERHIMPUNAN KO-KO

Segak my boss berpakaian unit beruniform TKRS... sebulan sekali akan diadakan perhimpunan ko-ko yang diadakan pada hari Rabu. Pada hari berkenaan, apa saja penyampaian sijil atau pun hadiah aktiviti ko-ko akan disampaikan. Meriah sikit... mcm2 pakaian kita boleh tengok.


Tahniah kepada K.Nida and the gengs kerana berjaya melatih pasukan tarian sekolah untuk satu pertanadingan. Pertandingan tersebut telah diadakan di Universiti Malaya. Aku difahamkan majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pak Nil. Tak sia2 GB kuarkan duit untuk pasang cermin...ala2 studio tarian gitu. Hari guru nie confirm ada tarian daripada guru2 kan????

Meriah tu... mcm2 unit beruniform ada. Segak murid2 aku berpakaian uniform.

Saturday, April 3, 2010

SEREMBAN TETAP DI HATI

Banyak betul kenangan semasa belajar di IPRM...sebab tu lah sampai sekarang pun aku dok ingat je Seremban.... Cuti sekolah bulan 3 ari tu turun ke Seremban.... Minggu lepas aku turun temankan member nak ge tengok umah kat Seremban.... Sabtu nie pun nak turun lagi ke Seremban....atas urusan keja lah pulak.... biasalah lah aku jadi driver.... tu yang sebenarnya rajin jalan.

Kadang2 member terpaksa booking nak guna khidmat aku sebagai driver.... kalau nak ke mana-mana.... selalunya ari Isnin dan Khamis je Free... nie dah 7 hari seminggu penuh... kecuali lepas sekolah je... klu dekat2 tu boleh le tolong drive.

Gambar yang sempat aku snap semasa ke Seremban minggu lepas....cantik dah Seremban.... dah mcm Kl sesaknya.... dah la dalam bandar banyak jalan sehala.

Bila datang ada urusan lain nak jumpa best friend pun tak sempat.... lain kali lah Senah aku jumpa mu... ada masa aku turun lagi... khas jumpa mu je....

Tuesday, March 30, 2010

SELAGI ADA KELAPANGAN

Kesibukan, keseronokan, menjadikan kehidupan seharian kita terisi. Kadang2 dek kerana kesibukan membuatkan kita keletihan dan tidur kita pada malam tu memang lena. Tidur yang lena lebih baik daripada terkebil2, punya lah susahnya nak tido... lagi takut kan... Tapi aku rasa, sejak pindah tempat baru nie... senang je aku tido. Mana tak nya... penat berulang alik jauh.... kena bangun awal... balik lewat... dah tak ada istilah tido petang.

Hari Jumaat minggu lepas, tepat je pukul 12.00 p.m aku bergerak ke pekeliling ambil member dari Jerantut... lepas tu terus drive ke Nilai. Ada urusan yang perlu diselesaikan. Oleh kerana ari Jumaat, pejabat buka 2.40 p.m, so sempat lagi kami isi perut... yang semangnya dah berbunyi nie... Lepas tu kami bergegas keTNB nilai utk urusan pemasangan meter elektrik umah kwn aku nie.

Hari Sabtu, aku hantar Wa di pekeliling... dia nak kena balik awal sebab pukul 2 ada program.... itu pun sibuk Azi menelefon... bukan apa takut tak sempat sampai... "KL - Jerantut bukan jauh pun...." Azi hang tak dapat nak join sekali... tak senang duduk ye....Balik dari pekeliling... aku pulun tido.... sebab esoknya nak ke JB he he he...

Hari Ahad, pagi2 lagi aku dah gerak ke Pudu Raya.... nasib baik ada Sulia tolong hantarkan.... terima kasih Su...sebab tolong hantar akak ko nie.. Sempat le aku naik bas pukul 8.30 a.m. Kali nie aku naik bas... pemandunya memang berhemah... pukul 1.30 p.m baru sampai kat Skudai.... tak sempat nak jumpa Hairul..... ikutkan nak jumpa sebelum dia masuk dewan.... Penat gak kan klu nak ronda kat pesta konvo tu je... motif aku pusing nak cari mug UTM je.... dah 2-3 masuk UTM pun tak dapat2 lagi.... dah dapat je mug.... aku call Aishah PI/PJ... dia pulak memang free ari tu.... so dia jemput aku kat UTM.. and than kami pe JJ Taman U... sejuk sikit nak sembang.... ceta 11 tahun.... lama tu klu nak story... berjam gak kami sembang.

Pukul 5 baru Hairul call... dah kuar dewan...nasib baik ada Aishah... terima kasih belanja aku makan...and hantar ke UTM. Tak tahu le bila lagi dapat jumpa... sekarang dah tak mcm dulu boleh selalu turun JB.
Pukul 7.00 p.m aku dah naik bas KL. Sampai kat KL dah pukul 12.00 malam. Memang aku bertuah betul lah... dapat pemandu semuanya berhemah. Aku ingat sepanjang perjalanan ada 3 kemalangan.... itu yg aku perasan. Nasib baik ada Nuar dengan Aishah jemput aku kat Pudu Raya....siap hantar sampai Saujana lagi.... Terima kasih... Nuar & Aishah. Pukul 1.30 sampai... ting tong2.... pukul 2.30 baru dapat tido....mana tak lambat bangun.... nasib baik ada jiran yang prihatin... call kejutkan aku bangun. Terima kasih K.Ina.

Hari Isnin aku balik awal... sebab dah janji dengan pemaju nak repair yang rosak.... aku selalu balik lewat... sesekali balik awal.. ada member aku yang pelik...minggu nie...ari nie je yang free... tapi...keja2 merepair tak siap jugak.... tak tahu lah bila pulak dapat repair nie... minggu nie dah penuh.

Hari nie..Selasa... member ajak pe Permodalan Nasional Berhad (PNB) .... ajak aku,....ebab dia tak tahu jalan ke tempat tu... aku ada lah 2-3 kali menguruskan kes yang sama... tuntutan harta pusaka... tapi tak sempat gak siap.... gara2 hujan... tak dapat nak meredah hujan ke tempat letak kereta untuk pe dpt kan cop akuan sumpah.... kat Plaza Centra. Alamaknya minggu depan le....

Esok....penuh dgn aktiviti koko...

Hari Khamis member ajak ke Seremban dia ada keja.

Hari Jumaat member ajak tolong jadi driver ke Rawang.

Hari Sabtu ada kelas OUM last....member dari kuantan nak datang umah.

Hari Ahad hantar dia kat Pudu Raya....dan aku perlu meneruskan misi ke Puchong. Minggu nie penuh dengan aktiviti. Klu aku ada housemate.... kesian memang selalu lah kena tinggal... dan yang lebih penting aku tak sampai hati nak tinggal. AKu tinggal sorang lagi senang.

Sunday, March 21, 2010

SEMALAM MENJADI SEJARAH

Saat2 paling bahagia bagi seorang wanita apabila selamat diijab kabul dan secara rasminya bergelar seorang isteri... tanggal 28 Mei 2000, menjadi sejarah dalam hidup aku apabila bergelar seorang isteri kepada Shahrul Hisham Hj Dahalan. Ketika itu aku berusia 22 tahun. Beza umur kami hampir 10 tahun.

Sebenarnya bukan niatku untuk mengingatkan perkara yang telah berlaku 10 tahun yang lalu. Tapi aku rasa perlu untuk menulis di sini. Nak jumpa tak tahu bila kita dapat jumpa. Ari tu cuma dapat jumpa mak, abah dan Zul serta isteri. Seandainya kalian terbaca blog ini... Kak Long nak kalian tahu:

"Kepada semua adik ipar dan biras, Kak Long sebenarnya seronok kerana diberi peluang hadir dalam keluarga nie yang cukup bahagia. Walaupun Kak Long lebih muda, daripada adik ipar kak long.... tapi kalian cukup menghormati kak long. Sikit pun tak terasa kekok untuk memanggil Kak Long. Seandainya sepanjang tempoh perkahwinan itu Kak Long ada menyakiti hati kalian semua.... Kak Long minta maaf. Niat dihati pada bulan Jun ari tu nak jumpa semua. Tapi nak buat mcm mana, masing2 sibuk dengan tanggungjawab."

"Kepada mak dan abah, ida rasa terharu... kerana mak dan abah masih sudi berjumpa dengan ida. Terima kasih mak, abah kerana sudi memaafkan segala kesilapan ida selama ini. Terima kasih juga kerana layan ida dan kawan2 dengan baik... walaupun ari tu hadir sebagai tetamu. Ida minta maaf kerana tidak dapat menepati masa yang diperintahkan oleh mahkamah kerana ada kelas oum. Kelewatan itu jugaklah membuatkan mak dan abah tertido menunggu ida."

"Kepada abang, walaupun hadirmu hanya seketika.... dalam hidup ini. Abang seorang lelaki yang baik yang pernah ida kenal. Abang jugak seorang anak yang cukup menghormati orang tua.... dan seorang suami yang baik... Pernah ida terfikir, mungkin kah ida akan dipertemukan seorang suami sebaik abang selepas ini. Kebaikan abang tak pernah ida nafikan."

"Ida tahu, abang terlalu menyanyangi ida....mak pernah bagi tahu... tapi abang kena terima hakikat jodoh kita hanya setakat ini saja. Tak salah kalau abang ingin terus mencintai ida.... tapi jangan sampai menyiksa diri.... kalau betul apa yang mak bagi tahu abang akan melangsungkan perkahwinan.... ida sentiasa mendoakan abang sentiasa bahagia."

"Ida nak abang tahu... tak ada kaitan dengan orang ketiga langsung dalam masalah nie... sekali pun klu abang nak salahkan ida... ida terima. Ida tak tahu, mungkin ini perkahwinan pertama dan terakhir..... mungkin jugak ada perkahwinan kedua.... pun ida tak tahu... terserah lah. Kalau ada jodoh ida akan kawin.... kalau tak ada pun mcm nie lah."

"Walaupun yang berlaku antara kita... mengecewakan banyak pihak... ida harap antara kita jangan ada benci... mungkin kita boleh jadi kawan... ida minta maaf kerana tak dapat memenuhi pelawaan abang untuk bersarapan bersama tempoh hari... bukan tak sudi, tapi terpaksa berkejar ke sekolah sebab ada kelas..."

Kita sentiasa mengharapkan pertemuan pertama berkekalan....
Kita sentiasa mengharapkan jodoh kita kekal abadi sampai ke mati....
Kita sentiasa mengharapkan akan dicintai sampai bila2....

Kita terlupa.... kita hanya merancang....
Kita perlu redha menerimanya.....

Saturday, March 20, 2010

YE KE..... CUTI SEKOLAH DAH NAK HABIS

Sekejap je aku rasa cuti sekolah kali nie... kenapa entah. Kalau dihitung dan dikira dalam 9 hari tu. Tak cukup lagi ke? Aku akan jawab memang tak cukup. Sebab aku rasa mcm tak cuti je. Setiap hari program penuh dan cukup memenatkan. Bermula ari Sabtu mula cuti, malam tu aku tido di Tasik Puteri... pagi tu berkejar ke Sg. Buloh.... sebab tak bawak pakaian. Bersiap2, aku ke Serdang Jaya.... kawan dah tunggu lama... janji mesti ditepati. Kecuali ada hal yang tak dapat dielakkan nak buat mcm mana.

Sekarang ari Ahad aku memang penuh. So setiap Ahad aku akan peruntukkan 3 jam... ikut kelapangan aku. Bila2 pun tak kisah... janji Ahad. So ari Ahad, klu nak ngeteh tu... kena tengok dulu... time tu free ke tak.

Hari Isnin pe mengecat stor kat PSS... dulu dia keja bawah aku...sedap je aku mengarah... sekarang aku pulak keja bawah dia... so aku pulak kena arah... junior arah senior nie... nak buat mcm mana... boss arah kena buat... sat lagi merajuk susah pulak.... dah le dia ada masalah dgn org lain. GB aku boleh main serkap jarang cakap gaduh dengan aku. Sampai pukul 6.30 p.m tu... balik aku dah tak larat nak buat apa. Lena dibuai mimpi2 indah.

Hari Selasa sambung mengecat dan mengemas sekali.... seronoknya bila apa yg kita buat nampak hasil. Siapa tak suka benda kemas.... semua orang suka kan... pukul 2.00 dah siap. Lagi pun member aku nie nak balik kelate.... tu kena buat keja sepantas.... secepat yg boleh.... selesai satu masalah.... balik rehat kejap... malam tu ge sek lagi ada tuisyen malam. Balik lena. Maklum lah umah jauh.

Hari Rabu pe sekolah ada kelas tambahan... Kelasnya sejam je... perjalanan aku nak ke sekolah pun sejam.... balik pulak sejam.... kata je dekat... tapi makan masa berjam.... tanggungjawab. Kalau ikutkan nak merungut... semua org boleh merungut... cuba kita susun jadual... baru tahu sakit kepala nak cari cikgu... jgn peningkan kepala org lain. Ikut je lah. Tak dapet nak tido petang tu... ada org datang nak pasang tombol pintu....Malam kuar lagi kelas malam. Betul lah, aku balik umah utk tido je...

Hari Khamis pagi2 buta aku dah kuar... klu ikut kan ari nie je free sepanjang seminggu cuti tu... member pulak sibuk nak belanja. Aku cukup hargai.... bila kwn beriya2 nak jumpa... nak belanja makan. Tambahan pulak...aku dengan dia masa belajar bukan lah rapat sangat pun. Kami sama time unit beruniform pengakap je. asalnya dia nak turun KL... aku nie jenis cepat kesian kat orang... nanti dia drive sorang2. Padahal aku ke sana pun sorang2 jugak.

Aku memang tak bercadang nak drive. Saja nak rehat... so aku park keta kat komuter sg. buloh... ambil tren terus ke seremban.... dengar mcm dekat je... aku terpaksa melalui 20 perhentian dan mengambil masa hampir 2 jam.... cukup membosankan... jenis aku paling tak suka buat org tertunggu2. Aku tak suka orang tunggu aku dan aku tak suka tunggu org. Aku rasa kalau naik keta dah lama aku sampai.

Tak sangka pulak ari tu boleh pakai baju dan tudung colour yang sama padahal tak janji pun. Member nie dah tunggu dengan anak2. Seronok tengok kekawan dah ada anak... boleh buat kawan... paling tidak pun kawan gaduh. Sampai je... destinasi pertama dah tentulah tempat makan.... aku dah lapar....w.pun tadi dah pekena teh tarik dan roti canai kat saujana... sikit masa lagi tuan kedai tu kenal lah muka aku nie.... kat kg melayu dah kenal muka aku... tu lah org bujang makan kat kedai je senang.

Lepas makan melayan anak2 main... and than kami berdua.... cuci mata kedai yg ada sekitar tu... nak shopping poket dah semakin nipis....org kata dah menghitung ari..... bila nak dapat gaji. Kalau orang kata dia boleh pe bercuti lagi cuti nie.... memang dia ada bajet lebih utk bercuti. Lepas tu, pe umah dia rehat... sembang2... ya lah masing2 belajar. Dah tentu ceta berkisar tentang oum.... pejam celik.... pejam celik... aku dah menghampiri ke masa untuk merdeka....untuk degree.... mana tahu kot bercita2 pulak nak buat master... niat ada.

Kawan aku nie nak jumpa sebab nak belanja makan.... memang betul keja dia suruh aku makan... petang tu hidang kat aku pengat pisang... semangkuk pulak tu... tak lama lepas tu ajak aku makan nasi.... aku tengok udang sungai besar2... sedapnya... makan lagi. Paling aku takut... member nie kurus je... tapi makan boleh tahan. Sepanjang ari.... memang gelak je... aku memang suka melawak... aku takut jugak org tak biasa dgn aku nanti terasa hati...

Pukul 7.30 p.m baru dapat komuter.... sampai kat sg. buloh dah 9.30 p.m... sampai umah dah pukul 10 lebih. Apa lagi mandi dan tido.... tak sempat gak nak buat apa.


Hari Jumaat pukul 7.00 am dah kuar dari umah... ada kelas tambahan tahun 6. Dekat pukul 2 baru sampai umah.... Rehatkan badan yang kepenatan... Malam kuar lagi ke kelas malam... balik sampai umah dah pukul 11 malam... bila masa aku nak buat keja2 sekolah... asgmnt... badan dah penat. Cuti pun mcm tak cuti.

Hari Sabtu pukul 7.00 a.m dah kuar ke kelas OuM.... memang satu asgmnt pun aku tak hantar... ini last sem... ini kali pertama dan terakhir aku buat perangai tak hantar ikut masa yang ditetapkan.... sampai kelas Sir Baskaran... sebut nama aku 3 kali....
"Faridah jangan lupa hantar asgmnt"
"Ya En. nanti saya hantar"
sebelum kuar kelas pesan lagi.....
"Faridah sampai ari Rabu petang je saya ada, jangan lupa hantar"
Padahal kalau buat kejap je.... selama nie pun aku buat sendiri je... tiba2 kali nie malas lah pulak... Habis kelas... sembang dgn fairus dan fatin.... 3F nie kira rapat le... balik umah... layan hidustan... last sekali tv entah ke mana... sedar2 member call tanya jalan... dalam dok mamai tu.. boleh bagi lg arahan.... dia kata klu tak jumpa dia call lagi.... tak call tu... jumpa lah tu. Seronok kan dapat tolong org.

Petang, akak aku call... dia kata mak aku nak datang umah... seronoknya. Bukan senang mak aku nie nak ge umah anak2... aku ingat umah besan dia pun sekali tu je dia ge... masa majlis bertandang... kecuali lah umah besan atas bukit... sebab dekat. Ada umah besan dia tak pernah ge pun ada. Aku jemput kat Giant S.alam.... nak datang tak menyempat2.... nak balik tak menyempat2.... ada lah kot dalam sejam kat umah aku. Dia kata lain kali nak datang lagi... lain kali tu tak tahu bila lah tu....

Anak buah aku lagi best... "ini umah mak itam..... ke umah kawan mak itam.... kita suka umah nie... tapi mcm bukan umah mak itam."
"Knp ckp bukan umah mak itam?"
"Ya lah, semua gambar kawan mak itam je"
Budak2 sekarang kan....

Esok Ahad.... program dah menanti... so, kesimpulannya aktiviti aku penuh seminggu nie. Cuti tapi mcm tak cuti.

Thursday, February 11, 2010

LAUTAN TERBENTANG LUAS

Setiap kali tiba time isi borang APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) aku mesti teringat.... setiap kali nama guru yang dapat APC kuar pun mesti aku teringat... Pendek kata apa saja yang ada kaitan dengan APC mesti aku ingat lah....senang ceta. Walaupun ceta nie dah lama berlaku... tapi masih segar dalam ingatan. Bab key in markah nie aku pernah merasa.... seronok jadi orang yang paling awal tahu...nama2 kekawan yang dapat APC.... Tahun nie Siti Aishah diberi tanggungjawab untuk isi markah. Sekarang isi markah pun secara online.

GB jg risau, walaupun aku selalu melepak kat situ.... aku tak tahu pun sapo yang dapat.... Cuma ada dengar desas desus mengatakan.... kalau org nie dapat memang tak patut.... kalau orang tu dapat memang patut... terpulang lah kepada pihak pentadbiran yang memberi markah. Yang penting apa yang aku tak puas hati aku dah tanya. "cikgu kenapa markah saya rendah drpd si pulan nie.... jawatan dia, keja dia mcm biasa je, tak ada yg lebihnya dia drpd saya" sekarang aku dah berani bercakap. "Dia dapat APC tahun nie jadi markah dia kena lebih tinggi drpd yang lain" Letih jugak PK aku nie kalau semua yg datang jenis mcm aku. Staff 100 orang lebih tu....

Aku ingat lagi masa ramai2 ari tu... kekawan MPRM sibuk dok guna perkataan nie.... cakap sikit mesti ada yang menyambung "produk MPRM memang hebat" aku rasa ada kebenarannya jugak. Setakat yang aku jumpa melalui laman sosial FB ramai yg dah sambung belajar, sedang belajar dan yang dah jadi YB pun ada....bangga gak. Walaupun dia parti pembangkang tapi sekurang2nya berjuang untuk penduduk kawasan dia. Tahniah cekgubard.

Selepas 6 tahun aku berkhidmat.... aku telah diberi APC. Bangga beb. Walaupun kawan sekolah lama aku, confirm je dah dapat APC. Tapi padan lah bilangan cikgunya sikit. Sekolah aku sekarang 5 kali ganda sekolah lama. Time aku dapat saguhati RM1000. Banyak tu.... Ada kawan aku buat pasang grill umah baru lah.... ada yang beli jam lah. Aku buat apa dengan duit tu?????

Duit tu aku gunakan RM300 untuk buat pasport antarabangsa. Aku nie selalu buat keja giler. Kalau aku cakap itu... itu lah yang aku buat. Masa tu buat pasport kat imigresen Port Klang. Ada member yang bawak... puh memang tak sampai sejam dah siap. Rupanya ada kaunter khas untuk VIP.... baru aku tahu... patut lah depa punya urusan cepat je. Aku tak perlu beratur... tak perlu ambil nombor.... Aku tak pernah terfikir pun nak ke seberang laut. Pada mulanya aku cuma berseloroh dengan kawan aku..... "satu hari saya nak jejak kaki ke tanah indon"... "betul ke nak ge, saya boleh bawa" beriya-iya betul kawan aku nie nak bawak aku ke bumi indon.

Seperti yang dijanjikan aku pun berangkat le ke destinasi yang hendak dituju. Kami pergi dengan naiki feri. First time aku naik feri dalam jarak yang jauh. Tambang feri pergi dan balik RM180. Kawan aku yang sponser... termasuk lah makan dan tempat penginapan. Aku pergi tiga hari 2 malam. Perjalanan dari Port Klang ke Dumai memakan masa selama 3 jam lebih.

Aku dapat layanan yang cukup istimewa. Tempat duduk kami di bahagian atas dan kami bebas bergerak dalam feri tu. Aku apa lagi.... ambil kesempatan untuk bersantai di luar. Indon2 lain tak ada sorang pun berani kuar. Kecuali kami je berada di luar. Melihat lautan terbentang luas boleh mabuk laut aku dibuatnya. Nasib baiklah aku awal2 lagi dah telan ubat penahan mabuk. Selamat aku. Tapi sayang masa tu pergi tak ada kamera. So tak adalah gambar kenangan bersantai 2 tu. Rupanya boring berada di lautan nie. Laut je.... sayu mata memandang... seolah-olah tiada berpenghujung....

Patutlah kawan aku yang keja Navy kata boring berada di lautan. Nak bagi tak loya tekak... tu yang dia merokok. Bila kuar dengan aku terpaksa puasa seharian. Tak boleh hidup dia. Aku tengok kapten kapal pun keja dia merokok je...... lepas sebatang-sebatang. Tak boleh handle betul aku dengan orang yang merokok nie....merokok nie bukan lah amalan yang baik.... tapi masih ramai jugak yang merokok. Tak sayang pada diri pun...sayang lah pada orang yang berada di sekeliling.

Alhamdulilah, cuaca masa pergi tu memang elok. Laut tak bergelora, tenang. Perjalanan cukup lancar. Muatan ari tu kira penuh lah jugak. Ari Jumaat. Masing-masing ambil peluang hujung minggu bercuti bersama dengan keluarga di kampung. Ada yang balik hantar duit kpd ahli keluarga dan ada yang balik jengah kaum keluarga. Aku bab borak sempat je. Kejap je aku dah boleh ikut loghat mereka tu.

Dalam perjalanan yang memakan masa berjam-jam nie. Pihak pengurusan ada menyediakan sedikit makan. Tapi biasa lah aku... jenis yang memilih gak. Aku tengok org sebelah makan pun dah tak selera. Kawan aku puasa ari tu. Dia 2 bulan sebelum Ramadan dah puasa. Setahun memang dia akan puasa 3 bulan berturut-turut. Dia datang menghampiri aku
"farid knp tak makan makan tu" sambil dok tunjuk ke arah bungkusan di depan aku.
"Nampak mcm tak sedap je" dalam hati tak makan lagi aku dah tahu tak sedap.
"farid nak maggi tak?"
"Maggi malaysia ke Indon.... kalau indon tak nak lah" dalam hati mesti rasa entah apa2 nie.
"Rasa dulu... mesti sedap" aku ambil lah jugak, sebab lapar punya pasal.
Baru makan sikit... dalam hati, puh memang sedap. Habis aku belasah kat luar feri sambil menghirup udara yg segar. Depa pulak dok gelak kat aku..... kata tak nak makan maggi indon... bila makan, tu dia sampai licin....

Cerita seterusnya dalam n3 akan datang..... bagaimana aku terpaksa melalui detik2 cemas berada di lautan.

Tuesday, February 9, 2010

MENGHARGAI KESEMPATAN & PELUANG

Petang tu kami singgah rumah k.ala di kawasan Yan Kechil. Kebetulan tak jauh dari Guar Cempedak. So aku ambil kesempatan untuk berjumpa dengan k.wati sn/kh. Sebenarnya masa datang bulan 12 ari tu lagi aku nak jumpa.... tapi tu ah, masa tak mengizinkan.... berkejar2. Kali nie aku call je... k.wati kata ok. Tak sampai 15 minit dia sampai dengan 3 orang askarnya. Tak sangka yang sulong dah 10 tahun.

Seronoknya dapat jumpa kawan lama. Sempat lagi, bawa aku ronda2 sekitar Pantai Murni. Insya Allah lain kali aku janji dengan dia nak datang lagi... Nak duduk lama sikit. Paling tidak boleh naik gunung jerai dan yang paling penting aku nak memancing kat tali air.

K.Wati sibuk dok kata aku tak berubah, mcm dulu gak. He he he... seronoknya. Dia, aku tengok makin sihat. Pandai sungguh abang dia jaga. Masa belajar dulu kami nie bilik sebelah2 je. Tu yang rapat. Lepas tu sama pulak time buat latihan askar wataniah.

Tak sah bila jumpa aku.... kawan2 nie kalau tak tanya roomate aku.
"Ida romate tu nama apa ha.... dah berapa orang anak"
"Ami. Belum kawin lagi. Dia mengajar kat Johor, tinggal dengan mak dia" sambil tangan dok tekan kamera.

Sekitar Pekan Rabu. Aku tengok je ikan pekasam apa lagi tangkap terus 1 kg. Mak aku memang pandai buat, tapi kat kg aku susah nak dapat ikan. Harapkan anak jiran aku je, kalau dia rajin mencari ikan kat sungai... mak aku beli lah buat ikan pekasam.

Warna kuning tu aku dah lupa makanan apa. sebungkus RM2. kami share 5 orang pun tak boleh habis. Mungkin tak biasa makan kot. Isi dalamnya ikan yang dikukus.

Kali nie aku berpeluang singgah di Pekan Rabu....selalu dengar je.... tak pernah sampai. Kalau kat ganu terkenal dengan pasar payang.... kat Kedah Pekan Rabu.... kat Pahang apa ha???? Nama je Pekan Rabu.... tapi ari Ahad pun buka.... Macam2 ada kat situ.. pakaian lah, makanan lah... pendek kata macam2 lah ada.... yang tak ada duit je....

Aku teringat kat k.yati kalau balik Kedah mesti beli kat aku kuih karah dan kuih penerang (telinga keling).... lepas tu sorok2 je nak bagi kat aku. Kalau nak bagi semua orang byk pulak modalnya. Aku memang suka sangat kuih tu.

Kali kedua aku ke utara tanah air. Kali nie walaupun masanya agak singkat, tapi banyak benda akan dikenang sampai bila2. Terumanya bab makan dan minum. Kali pertama aku berpeluang minum air Nira Nipah.... boleh tahan gak sedapnya. Benda sedap, aku belasah 2 gelas. Sebelum tu kami pekena laksa kat restoran Zakaria. Nampak tak menarik langsung laksa tu... tapi bila makan fu yo....boleh tahan gak. Ada member nie makan sampai licin. Uniknya sambal laksa nie menggunakan kelapa parut yg ditumbuk dengan lada dan telur masin.

Ada lagi beberapa jenis kuih yg kami makan kat umah k.ala, kali pertama aku dengar dan makan.

Tepi pantai murni suasana tenang....
Hati lagi senang kalau perut kenyang....

Sunday, January 31, 2010

BILA TIADA ISTILAH HUJUNG MINGGU

Nama je hujung minggu, tapi seawal 6.00 pagi aku dah bangun. Program penuh sampai ke petang. Pukul 7.30 pagi aku dah kuar menuju ke Hospital Sg. Buloh, kerana perlu menghadiri Mesyuarat Agung PIBG di Audotorium. Sempat lagi aku melayan dua orang kawan aku yg datang dari kampung bersarapan di cafe hospital sebelum mereka bertolak pulang ke Jerantut.

Minta maaf lah Wawa & Azi, atas layanan yg tak seberapa.... tapi jangan serik datang lagi. Walaupun aku dah kosongkan jadual Jumaat petang sampailah Sabtu malam untuk you all.... tapi ada sedikit salah faham kat situ.... salah aku jugak tak maklumkan.... betul lah selalunya Jumaat malam aku ada tuisyen..... tapi telah diganti dengan orang lain.

Lepas tu aku bergegas ke kaunter pendaftaran.... nama tu penting, nanti org cakap aku tak datang... walaupun untuk seketika..... tapi dikira datang gak.
Kebetulan penceramah hari tu merupakan salah seorang blogger yang terdapat dalam senarai link aku....Aku memang mengikuti blognya sekian lama. Bersemangat gak nak jumpa. Dapat jugak jumpa walaupun hanya untuk seketika.

Aku dengan sorang member nie, bergegas pulak ke IPBA. Pandai2 lah nak hidup. Kalau org berkira dengan kita...... kita kena berkira jugak dengan orang. Faham2 je lah ya. Sampai kat IPBA dah pukul 9.40 pagi.... ada masa dalam 20 minit lagi sebelum berakhir kelas pertama. Aku dah lambat. Aku no no je masuk kelas....Lambat punya pasal, semua jadi kelam kabut.

" Assalamualaikum, encik... maaf saya lewat. Ada mesyuarat PIBG tadi" sambil mata melilau mencari tempat duduk.
"Tak pe. Sekurang2nya dapat jugak rumusan" sambil tu encik menghulurkan senarai nama kehadiran.
Aku berkejar2 tu bukan apa... malas nak buat surat. Janji sempat tanda tangan kehadiran. Nie orang kata tamak. Semua nak pegi.
Berkali2 aku cari nama aku... memang sah tak ada dalam senarai.
" Encik, saya rasa dah tersalah kelas nie.... nama saya tak ada dalam senarai" aku bangun utk minta diri ke kelas sebelah lah pulak.

Aku ketuk lah pintu bilik kedua...
"Assalamulaikum.... maaf encik lambat. Saya salah masuk kelas depan" mata melilau mencari k.fatin. Kalau ada k.fatin, betul lah tu kelas aku.
"Ya lah, saya tak handsome... pensyarah depan tu handsome" dalam hati ada pulak ke situ.
Sebenarnya aku je yang pening.... sebab kali nie ada bayak kelas kesihatan.... dah tu capur dengan kohot yang lain.....
K.fatin dan fairus sengih je....

Habis kelas aku terus ke cafe.... k.azi dah tunggu. Katanya nak bagi diari 2010... sem lepas dia bagi kat kami2 nie pendrive 2G lagi....Terima kasih k.azi. Fairus pulak sibuk nak belanja minum. Aku layan.... walaupun itu dah kira air panas yang ke 3 gelas pagi tu.... Secawan nenek buat, teh tarik kat cafe hospital dan kat maktab milo suam. Tak lama Choy pulak datang bagi kain kat aku sepasang.
"K.faridah ini kain untuk you.... nanti you jahit pakai pergi kerja"
"Terima kasih. Susah2 saja you nie."

Murah rezeki betul ari nie.... habis kelas En. Baskaran, K.fatin pulak sibuk nak belanja makan. Lepas makan aku terus drive ke Cheras..... konon2nya nak layan mata kat umah kakak aku kejap.... Minah tu pe pasar pagi lah pulak....



Last sekali aku teus ke Puchong. Aku singgah sembahyang di Masjid As-Salam di Puchong Perdana. Cantiknya, mcm masjid terapung kat ganu lah pulak. Lepas sembahyang sempat lagi aku menyembang dengan peserta program di masjid tu. Sedar2 dah pukul 3.00 ptg. Aku terus ke tempat yg dituju. Pegi dating ke??? biarlah rahsia.

Sampai di umah dah malam. Begitulah rutin aku setiap hujung minggu. Orang bujang, tak bagi boring kena buat program yang boleh menghiburkan hati.

Jalan-jalan cari ilmu...
Banyak pengetahuan akan ditemu....

KE PUTRA NILAI

Minggu nie, memang full 7 ari seminggu... mana taknya, ari Sabtu dah janji dengan kawan nie nak temankan dia ge ambil kunci umah dia di Putra Nilai.... aku pulak yang bersemangat..... bukan apa masa nak beli umah nie pun dia pe cari dengan aku.... so sekarang dah nak ambil kunci.... teruja gak aku.....

Kawan aku nie, keja kat kampung.... tapi beli umah kat Impiana Residence..... masa dia beli pun dah 200k lebih.... sekarang aku tak tanya pulak harganya berapa..... kat sini internet free..... rumah tak payah pasang gril.... mana tak nya pagar elektrik sekeliling tu... jiran sebelah umah dia pun tak pasang gril..... nak masuk kawasan nie bukan senang....

Nie view sekitar depan umah dia.... penghuninya 80% melayu.... member dah semangat nak tukar mengajar kat sini..... nanti senang lah ge Nilai ada tempat nak lepak....

BELANJA MAKAN

View sekitar Shah Alam di waktu senja

Pada minggu lepas sibuk kawan akku nie dok ajak nak belanja makan.... so untuk tidak menghampakan dia.... aku pun luangkan jugak lah ari tu.... bukan apa nak ke Shah Alam tu makan masa jugak... belum kira lagi nak makan2, sembang2..... kalau bukan betul2 free tak boleh... nanti terkejar2 penat.

Sebelum pe, kawan aku nie call.
"farid esok nak makan apa nie???"
"Tn. haji saya nak makan ikan besaq2.... udang yang besaq2" sebab orang tanya kan... so aku main oder le....

Sebenarnya Tn. Hj nie nak belanja makan kat Restoran Kayu Manis, Bukit Jelutong. Kali pertama aku sampai kawasan tu.... rupanya Tn. Hj nie bawak sendiri udang dgn ikan... restoran tu masak je... aku sampai semua dah sedia untuk dimakan....

Hari tu.... mewah betul aku makan.... ikan kerapu 1.5 kg, buat 2 jenis masakkan.... udang nya besar sungguh... seekor je aku makan.... dah tak larat....Tn. Hj dok gelak....
"farid, ye ye oder nak makan udang besar.... tak berbaloi seekor je makan....."
Aku tak sangka udang sebesar tu....

Apa pun terima kasih Tn. Hj kerana belanja makan.