Tuesday, February 9, 2010

MENGHARGAI KESEMPATAN & PELUANG

Petang tu kami singgah rumah k.ala di kawasan Yan Kechil. Kebetulan tak jauh dari Guar Cempedak. So aku ambil kesempatan untuk berjumpa dengan k.wati sn/kh. Sebenarnya masa datang bulan 12 ari tu lagi aku nak jumpa.... tapi tu ah, masa tak mengizinkan.... berkejar2. Kali nie aku call je... k.wati kata ok. Tak sampai 15 minit dia sampai dengan 3 orang askarnya. Tak sangka yang sulong dah 10 tahun.

Seronoknya dapat jumpa kawan lama. Sempat lagi, bawa aku ronda2 sekitar Pantai Murni. Insya Allah lain kali aku janji dengan dia nak datang lagi... Nak duduk lama sikit. Paling tidak boleh naik gunung jerai dan yang paling penting aku nak memancing kat tali air.

K.Wati sibuk dok kata aku tak berubah, mcm dulu gak. He he he... seronoknya. Dia, aku tengok makin sihat. Pandai sungguh abang dia jaga. Masa belajar dulu kami nie bilik sebelah2 je. Tu yang rapat. Lepas tu sama pulak time buat latihan askar wataniah.

Tak sah bila jumpa aku.... kawan2 nie kalau tak tanya roomate aku.
"Ida romate tu nama apa ha.... dah berapa orang anak"
"Ami. Belum kawin lagi. Dia mengajar kat Johor, tinggal dengan mak dia" sambil tangan dok tekan kamera.

Sekitar Pekan Rabu. Aku tengok je ikan pekasam apa lagi tangkap terus 1 kg. Mak aku memang pandai buat, tapi kat kg aku susah nak dapat ikan. Harapkan anak jiran aku je, kalau dia rajin mencari ikan kat sungai... mak aku beli lah buat ikan pekasam.

Warna kuning tu aku dah lupa makanan apa. sebungkus RM2. kami share 5 orang pun tak boleh habis. Mungkin tak biasa makan kot. Isi dalamnya ikan yang dikukus.

Kali nie aku berpeluang singgah di Pekan Rabu....selalu dengar je.... tak pernah sampai. Kalau kat ganu terkenal dengan pasar payang.... kat Kedah Pekan Rabu.... kat Pahang apa ha???? Nama je Pekan Rabu.... tapi ari Ahad pun buka.... Macam2 ada kat situ.. pakaian lah, makanan lah... pendek kata macam2 lah ada.... yang tak ada duit je....

Aku teringat kat k.yati kalau balik Kedah mesti beli kat aku kuih karah dan kuih penerang (telinga keling).... lepas tu sorok2 je nak bagi kat aku. Kalau nak bagi semua orang byk pulak modalnya. Aku memang suka sangat kuih tu.

Kali kedua aku ke utara tanah air. Kali nie walaupun masanya agak singkat, tapi banyak benda akan dikenang sampai bila2. Terumanya bab makan dan minum. Kali pertama aku berpeluang minum air Nira Nipah.... boleh tahan gak sedapnya. Benda sedap, aku belasah 2 gelas. Sebelum tu kami pekena laksa kat restoran Zakaria. Nampak tak menarik langsung laksa tu... tapi bila makan fu yo....boleh tahan gak. Ada member nie makan sampai licin. Uniknya sambal laksa nie menggunakan kelapa parut yg ditumbuk dengan lada dan telur masin.

Ada lagi beberapa jenis kuih yg kami makan kat umah k.ala, kali pertama aku dengar dan makan.

Tepi pantai murni suasana tenang....
Hati lagi senang kalau perut kenyang....

3 ulasan:

ONE ZABA said...

nanti boleh pergi pekan sehari kat jerantut lak. pagi ahad.

sI tEDI said...

rindu pantai!

eeeda said...

One Zaba: Tu lah klu tak boleh ge. Tapi dah sibuk kenduri lah pulak.

Si tedi: Melaka kan banyak pantai.. boleh tu ge cuti raya cina tak ke mana2.Kami raya cina nak balik ke bukit.