Showing posts with label Sehari Di Kampus. Show all posts
Showing posts with label Sehari Di Kampus. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

KONVOKESYEN OUM KE 10

Tahniah kepada kakak Asmida dan rakan-rakan yang lain... berjaya menamatkan pengajian di Peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di OUM. Kalau ikutkan ramai jugak kekawan yang konvo pada Majlis Konvokesyen OUM ke 10 nie.

Thursday, February 24, 2011

TEMUDUGA SPP-DG41

Dua tiga yang lepas kawan di Sepang call... beritahu dia dah dapat surat temuduga lantikan DG41... sama dengan tarikh besday aku pulak tu... kalau aku dapat time tu, seronok gak...

Semalam member di Seremban pulak sms... dia dah dapat surat temuduga pada 1 Mac nie.. awal sehari dari kawan aku yang tu.

Aku pulak... tak tahu lah bila nie... kalau dok menunggu nie lain macam sikit debarannya. Padahal ini bukan kali pertama temuduga lantikan... dah kali kedua... temuduga sambung belajar pun 4 kali... tapi tetap gak berdebarkan...

Kepada kekawan yang akan menghadiri temuduga.... semoga berjaya.

Nie status e-permohonan aku... yang ada cuma tarikh permohonan didaftarkan...

Daftar lambat... ada hati nak temuduga awal kan....

Tak sabar betul... berilah peluang kepada kekawan yang kohot 1 tu temuduga dulu kan.

Giliran aku ada tu... tak bulan nie.. bulan depan... tak bulan depan... bulan depan lagi...tak bulan depan lagi... bulan depan depan lagi...

Janji dapat temuduga dan lulus...lambat atau cepat tu belakang kira.

Hidup jangan meninggi diri...
Takut nanti kawan lari..
.


Thursday, October 21, 2010

KONVOKESYEN KE 9 OPEN UNIVERSITI MALAYSIA

Aku sebenarnya dok mencari senarai nama penerimah Ijazah Sarjana Muda pada Majlis Konvokesyen ke 9...tapi sampai sudah aku tak jumpa. Tujuan aku hanya satu nak tengok seseorang nie... dia berada di sidang mana. Mengikut sidang yang ditandakan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik berada di sidang 3 iaitu pada hari Ahad pagi (21 Nov 2010).

Kalau tengok sidang bagi Pengajaran Pendidikan Rendah bermula dari sidang 3 hingga sidang 7...ramai kan penerimanya. Kalau sort mengikut abjad aku masih berada di sidang yang awal....dan kalau ikut no. kp pun masih lagi berada sidang yang awal. Kesimpulannya tak payah datang untuk mengelak bertembung dengan seseorang nie. Ijazah, nanti pe je lah ambil kat kampus OUM. Anggap je lah tak ada rezeki. Rezeki aku mungkin di tempat lain.

Secara rasminya aku telah mengesahkan ketidakhadiran ke Majlis Konvokesyen ke Sembilan.

Monday, September 6, 2010

KONVOKESYEN KE 9 OUM

Kegembiraan bagi seorang yang bergelar siswa ialah bila tiba masa untuk dianugerahkan segulung ijazah di dalam majlis yang gilang gemilang... OUM selalunya akan mengadakan majlis konvokesyen di PWTC...bukan calang-calang tempat tu...

Pada tahun 2006 aku terima berita gembira kerana diterima untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Setelah bersusah payah dan berhempas pulas akhirnya aku dapat menamatkan pengajian pada Mei 2010. Di sebalik kejayaan aku hari ini...ada mereka yang selalu membantu. Terima kasih kepada mereka yang telibat secara langsung.... mahu pun secara tidak langsung.

Pada penghujung tahun 2010 ini, akan menjadi sejarah buat diri sendiri. Selepas ini, aku akan bergelar guru siswazah...tak kisah lah walaupun mengajar di sekolah rendah.

Terima kasih kepada kawan aku kerana memberi maklumat untuk menyemak status graduan... padahal dah berminggu aku cari kat mana nak semak... tak jumpa2...rupa2nya kat home je... ingatkan kena tengok kat lms.

Konvokesyen akan berlangsung selama 4 hari. Course aku tak tahu lagi terkena ari apa.... apa yang pasti kohot 2 (KPM-OUM) start 21 -23 Nov...kalau ikutkan banyak sidang tu. Saja aku tengok course kawan aku ( Ami Norsaadah Amran) pada hari Ahad sidang pagi.. Tahniah ami kerana berjaya menamatkan pengajian. Memang rezeki kita nak konvo sama.

Alhamdulillah aku berjaya memenuhi syarat untuk bergraduat, tertakluk kepada kelulusan senat. Dalam keseronokkan... sebenarnya kami sedih. Sebab ada rakan seperjuangan kami tidak dapat konvo bersama dengan kami.

Wednesday, June 23, 2010

KONVOKESYEN KE 8 OUM

Pejam celik...pejam celik..dah konvo member2 aku. Konvokesyen 8 nie ramai kawan yg konvo tapi tak dapat hadir sama untuk memeriahkan... sebab depa nie semua kena time ari keja... apa pun aku ucapkan tahniah kerana berjaya menamatkan pengajian dan mendapat segulung ijazah dalam bidang masing.

Saat yang paling menyeronokkan bagi seorang yg bergelar siswi ialah bila berjaya menamatkan pegajian. Berjalan di pentas dengan penuh bangga, apatah lagi jika org tersayang turut menyaksikan pada ketika itu...Tahniah Aziwati...tiga gambar terbaru nie... semuanya degree Bechelor of Education (Teaching of English as A Second Language)

Yusmaliza...tanhiah berjaya menamatkan pengajian walau pun terpaksa tempuhi pelbagai rintangan.

Suzilawati bersama orang yang tersayang.... tiga gambar kat atas nie aku baru tambah...sebab depa nie baru upload kat fb... kadang2 gambar menjadi pembakar semangat.. bila tengok org gembira di hari yg bersejarah dalam hidupnya.... kita pun turut ingin mereasa hari tersebut. Insya Allah hari untuk kita ada.... sekiranya masih diberi kesempatan berbuat demikian.

Hanya 2 keping gambar je aku jumpa kat fb... yang lain mungkin belum sempat upload kot... belum terlambat rasanya aku nak mengucapkan tahniah kepada Aslina, kawan masa di M4P buat degree Matematik.... Nordiana Khalid, kawan masa kat Raja Melewar... pun sama jugak degree Matematik... Yusmaliza Ayob, sama maktab... lebih kenal bila dah habis maktab.. degree Tesl.. dan sorang lagi kawan aku, merangkap best friend masa kat maktab.... sepatutnya konvo pada majlis nie... tapi nama pun aku tak nampak... tak pasti kenapa dia tak hadir... Ami Norsaadah Amran, ambil degree Matematik. Tahniah kepada semua yang berjaya.

My friend Anisah bersama dengan keluarganya...Tahniah berjaya menamatkan pengajian Degree Matematik... lagi seronok, dapat degree pun masih boleh berada di sekolah sama...dan mengajar sekolah rendah.

Nie kawan sama sekolah di SK Sungai Buloh, tapi sekarang dah balik Kedah... Kak Seha merupakan salah seorang guru yang berjaya menamatkan pengajian di bawah program KDP-OUM Kohot 1. Degree Pendidikan Khas.... tak sabar lepas nie konvo KDP-OUM kohot 2....

Tuesday, April 6, 2010

PEPERIKSAAN LAST SEMESTER

Hari nie aku cuti tanpa rekod kerana menghadiri peperiksaan OUM di UM...pukul 6.30 a.m aku dah kuar umah.... ingatkan kuar awal line clear.... rupanya sampi je kat Sunway Kayangan dah start jem... kenderaan dah mula bergerak perlahan.... masuk high way persekutuan tak usah ceta lah... lagi tak bergerak. Hidup di KL nie kalau jem tu biasa....klu tak jem tu yang luar biasa..

Sejam perjalanan ke UM....7.40 a.m baru sampai.... member aku dah tunggu nak sarapan dan bincang apa yang patut... aku pekena roti canai dengan teh tarik.... baru semangat nak jawab exam... perut kenyang hati tenang.... he he ...Hari nie paper HBHE 3203.... kalau ikutkan tak adalah susah sangat.... bagi orang tu baca lah.... yang tak baca tu... klu dah dalam dewan... tenyeh je lah. Time nie janji jawab je.

Lepas exam member suruh tengok keta dia ada masalah....rupanya kipas radiator tak berfungsi... Aku ingat radiator tersumbat....nasib baik sempat gak member balik sampai Sepang... aku bukan pandai sangat bab keta nie.... setakat nak tolong tengok tu boleh lah....

Member pulak call... bagi tahu jadi hari nie pe Low Yat nak beli printer, komputer dan beberapa barang lain.... untuk sekolah.... semalam GB jumpa suruh aku ikut sekali.... Terkejut gak... GB pun boleh panggil aku farid.... klu member panggil tu tak hairan.... baik sejak 2 menjak GB aku nie... kena bersangka baik...
"faridah saya dengar dah pindah umah, dah ada perancangan ke?"
Dalam kepala otak aku mesti... pasal kawin.... rupanya andaian aku meleset sama sekali....Rupanya dia nak tanya....
"Awak ada perancangan nak tukar ke?"
Lega sikit... pasal tukar tu dalam kepala otak aku nie belum ada perancangan nak tukar.... aku ada perancangan lain. he he he...
Rasanya selagi orang layan aku ok...aku akan bertahan kat SK Sungai Buloh tu... klu ikutkan aku...ada perancangan sebelum aku tukar.... aku nak buat sesuatu....apa tu belum fikirkan lagi..

Saturday, April 3, 2010

HARI TERAKHIR AKU....

Hari nie...3 April merupakan toturial terakhir kami... bayangkan tahun 2006 kami sambung belajar secara PJJ.... 2010 baru tamat pengajian.... 6 April paper HBHE3202 dan 9 April paper HBME3203...nasib baik le kali nie aku exam kat Dewan Peperiksaan Universiti Malaya.. . tapi klu kat Shah Alam aku lagi suka.... dekat nak pe...so lepas tu merdeka... merdeka.... lepas nie nak tumpukan kepada kerja2 perkeranian kat sekolah yang banyak tak terbuat tu....

Kek nie ada kawan kami yang sponser.. . terima kasih akak. Klu ikutkan kami nie kohot 2 program Pengsiswazahan Guru melalui program KDP-OUM... berjaya gak aku dapat degree....mcm tak caya pun ya.... bukan aku je tak caya... kawan2 kat sek pun tak caya... depa kenal aku nie.. poyo je..

Aku main ambil je baju pagi tadi....tak sangka pulak boleh sama dengan fairos.... dia pun pakai warna sama... bergambar dengan pensyarah maths.... sambil dok bergambar... sempat lagi pensyarah aku nie tanya result....
"faridah sem lepas dapat apa??"
"Lulus puan" sambil gelak2... malu nak cakap... sebab orang lain semua dapat A...aku je dapat paling teruk.... sebab tak buat latihan... tak sempat.

Aku bergambar nie kira dah ok.... sebab baru bangun tido... sempat lagi aku ge lending kat surau 2 jam... mahu tak mengantuk aku pe kuliah, malam tadi pulun buat asignment.... tak tidur aku. Tapi aku percaya... kita tolong orang.... tuhan tolong kita.

Petang semalam member ajak pe Rawang... ada hal.. kawan aku nie klu ajak aku tu mesti penting... dia nak beli barang sebab ari nie nak balik kg... sampai sek pukul 5.00 p.m. Aku angkut barang....balik umah...mandi2 kuar pe tuisyen... pukul 11 baru sampai umah.... aku tido kejap... pukul 2.00 a.m aku bangun... buat asgmnt sampai pagi.... mandi2 terus pe kelas. Kawan aku nie... klu dia tahu aku tak siap asgmnt... dia tak ajak. Apa pun semua dah selesai....

Setiap sem mcm tu lah aku.... tapi dah biasa buat kan... so tak adalah masalah sangat. Klu orang tak biasa buat jgn buat.... Contoh ari nie... member satu kelas buat keja mcm aku... tersalah binding lah... terlupa nak burn cd le... kesian aku tengok....sampai berpeluh2 member nie.... aku tahu dah teknik2 nak buat keja last minute nie.... siapa mental tak kuat.. jangan buat... tension nanti...

Bergambar bersama dengan En. Baha...cikgu yg ambil major matematik lebih kurang 50 orang... tapi ari nie yang dapat join lebih kurang separuh.... tahniah kepada kekawan yang berjaya menganjurkannya...

Paling aku seronok sebab dapat cenderahati mug..... masa maktab dulu pun jamuan akhir dapat mug jugak... bertambah koleksi aku.... mcm tahu2 je aku mengumpul mug... tak sabar nie nak susun dalam almari.... buat masa sekarang nie, aku longgok dalam kotak.

Dari kiri: Ijat, Kak Leha, Kak Jan, Naza, Aku, Kak Leha, Fairos, Kak Najihah, Kalawati, Latifah, dan Bad.

Sempat lagi bergambar sementara tunggu kawan lain ada kelas....aku ponteng lagi ari nie... sebab geng tak mai... Kak Fatin tak mai ada hal... aku segan le sorang2.... dah le gabung dengan kohot-kohot yang lain.

Friday, February 5, 2010

PANDAI2 LAH NAK HIDUP


Terima kasih kepada kawan den yang memberi kebenaran agar tugasannya sepanjang tempoh pengajian di OUM dapat dikongsi dengan rakan2 yang lain. Mungkin hasil tugasan ini tidaklah sehebat mana. Kawan-kawan boleh ambil yang mana berkaitan sebagai panduan bukan mencedok bulat-bulat.

Koleksi tugasan terdiri daripada kertas HBME, HBHE, HBMT, HBSH, dan HBSE. Sebenarnya setiap semester soalan tugasan adalah berbeza. Kadang2 format dan kehendak sesuatu tugasan bergantung kepada tutor jugak.

Akhirnya berjaya jugak aku upload dokumen ke blog. Terima kasih Siti kerana tolong akak. Jasamu di kenang.

Apa guna kata nak berjaya...
Jika tak berusaha sedaya upaya...

Sunday, January 31, 2010

BILA TIADA ISTILAH HUJUNG MINGGU

Nama je hujung minggu, tapi seawal 6.00 pagi aku dah bangun. Program penuh sampai ke petang. Pukul 7.30 pagi aku dah kuar menuju ke Hospital Sg. Buloh, kerana perlu menghadiri Mesyuarat Agung PIBG di Audotorium. Sempat lagi aku melayan dua orang kawan aku yg datang dari kampung bersarapan di cafe hospital sebelum mereka bertolak pulang ke Jerantut.

Minta maaf lah Wawa & Azi, atas layanan yg tak seberapa.... tapi jangan serik datang lagi. Walaupun aku dah kosongkan jadual Jumaat petang sampailah Sabtu malam untuk you all.... tapi ada sedikit salah faham kat situ.... salah aku jugak tak maklumkan.... betul lah selalunya Jumaat malam aku ada tuisyen..... tapi telah diganti dengan orang lain.

Lepas tu aku bergegas ke kaunter pendaftaran.... nama tu penting, nanti org cakap aku tak datang... walaupun untuk seketika..... tapi dikira datang gak.
Kebetulan penceramah hari tu merupakan salah seorang blogger yang terdapat dalam senarai link aku....Aku memang mengikuti blognya sekian lama. Bersemangat gak nak jumpa. Dapat jugak jumpa walaupun hanya untuk seketika.

Aku dengan sorang member nie, bergegas pulak ke IPBA. Pandai2 lah nak hidup. Kalau org berkira dengan kita...... kita kena berkira jugak dengan orang. Faham2 je lah ya. Sampai kat IPBA dah pukul 9.40 pagi.... ada masa dalam 20 minit lagi sebelum berakhir kelas pertama. Aku dah lambat. Aku no no je masuk kelas....Lambat punya pasal, semua jadi kelam kabut.

" Assalamualaikum, encik... maaf saya lewat. Ada mesyuarat PIBG tadi" sambil mata melilau mencari tempat duduk.
"Tak pe. Sekurang2nya dapat jugak rumusan" sambil tu encik menghulurkan senarai nama kehadiran.
Aku berkejar2 tu bukan apa... malas nak buat surat. Janji sempat tanda tangan kehadiran. Nie orang kata tamak. Semua nak pegi.
Berkali2 aku cari nama aku... memang sah tak ada dalam senarai.
" Encik, saya rasa dah tersalah kelas nie.... nama saya tak ada dalam senarai" aku bangun utk minta diri ke kelas sebelah lah pulak.

Aku ketuk lah pintu bilik kedua...
"Assalamulaikum.... maaf encik lambat. Saya salah masuk kelas depan" mata melilau mencari k.fatin. Kalau ada k.fatin, betul lah tu kelas aku.
"Ya lah, saya tak handsome... pensyarah depan tu handsome" dalam hati ada pulak ke situ.
Sebenarnya aku je yang pening.... sebab kali nie ada bayak kelas kesihatan.... dah tu capur dengan kohot yang lain.....
K.fatin dan fairus sengih je....

Habis kelas aku terus ke cafe.... k.azi dah tunggu. Katanya nak bagi diari 2010... sem lepas dia bagi kat kami2 nie pendrive 2G lagi....Terima kasih k.azi. Fairus pulak sibuk nak belanja minum. Aku layan.... walaupun itu dah kira air panas yang ke 3 gelas pagi tu.... Secawan nenek buat, teh tarik kat cafe hospital dan kat maktab milo suam. Tak lama Choy pulak datang bagi kain kat aku sepasang.
"K.faridah ini kain untuk you.... nanti you jahit pakai pergi kerja"
"Terima kasih. Susah2 saja you nie."

Murah rezeki betul ari nie.... habis kelas En. Baskaran, K.fatin pulak sibuk nak belanja makan. Lepas makan aku terus drive ke Cheras..... konon2nya nak layan mata kat umah kakak aku kejap.... Minah tu pe pasar pagi lah pulak....



Last sekali aku teus ke Puchong. Aku singgah sembahyang di Masjid As-Salam di Puchong Perdana. Cantiknya, mcm masjid terapung kat ganu lah pulak. Lepas sembahyang sempat lagi aku menyembang dengan peserta program di masjid tu. Sedar2 dah pukul 3.00 ptg. Aku terus ke tempat yg dituju. Pegi dating ke??? biarlah rahsia.

Sampai di umah dah malam. Begitulah rutin aku setiap hujung minggu. Orang bujang, tak bagi boring kena buat program yang boleh menghiburkan hati.

Jalan-jalan cari ilmu...
Banyak pengetahuan akan ditemu....

Thursday, January 7, 2010

PEMBAYARAN TERAKHIR

Blok Harmoni IPIK Cheras

Semalam aku ke bank BSN bandar baru..... sebenarnya teman kan si aishah nie ada urusan kat Maybank...alang2 dah kuar tu... aku buat lah sekali pembayaran yuran oum.... Nie pembayaran terakhir.... pembayaran utk 4 org....2 kwn aku yg kat pahang, aku dan K.Samrah.... daripada 2006 aku start buat pjj sampai lah tahun 2010.... lama kan.... itu lah pengorbanan....

Alhamdulilah berjaya gak aku menamatkan pengajian peringkat degree .... walaupun bukan secara rasminya lagi... ada 2 paper, aku kira paper yang nie bukan lah mencabar sangat...Insya Allah boleh buat tu....

sebenarnya kejayaan aku nie... ada orang yg berada di belakang menyokong dan membantu dalam segala segi.... aku tak pernah lupa kepada mereka semua.... dan aku anggap kejayaan nie milik kita semua...

Kalau nak sebut memang tak tersebut.... ramai sangat...

  • Kedua ibu bapa aku- sentiasa mendoakan kejayaan aku.
  • Nenek-Setiap kali peperiksaan bacakan untuk aku surah yassin, sembahyang hajat.... tak lupa sediakan sarapan pagi.
  • Adik-beradik aku- beri tumpang bermalam...jika diadakan peperiksaan di Uniten.
  • Kawan2 sekelas-membatu dlm menyiapkan tugasan, berbincangan soalan yg tidak faham....
  • K.Azlina - bantu aku menaip tugasan....tu yg sayang ke kak az nie....
  • K.Ana - tak pernah jemu2 melayan kerenah aku binding di awal pagi.... dah tu, siap sediakan sarapan lagi...
  • En. Zahar - Banyak tolong cari org tolong translate.... siap tolong taip, hantar ge kelas... sebenarnya dia banyak membantu.... aku tak pernah lupa.. mungkin jodoh kita tak ada...
  • Anak2 murid - yang banyak membantu menaip, translate.... maklum cikgu dia nie lemah sikit dlm BI...
  • K.Ros - bagi guna internet he he he... ye ke buat asgmnt.... bukan layan blog ke?????
  • Wani - bersusah payah dengan anak semata2 nak translate utk aku....
  • Sulia & Suami - juga pernah membantu aku....siap tolong taip lagi....
  • K.Samrah - tak putus2 mengingatkan aku... time exam suruh baca buku....time buat asgmnt suruh buat awal.... tp tu lah aku.... semua last minute gak..... dia lah org yg paling risau bila dapat tukar ke Sibu... takut tak ada org nak ingat kan aku..... tapi nasib baik ada K.Az.... rajin dok tanya...."farid asgmnt dah buat"...."farid asgmnt dah siap" terima kasih k.az...
  • Nana - tolong ajar akak maths tambah....
  • K.Seha - toloong itu dan ini.. bab2 nak siapkan asgmnt nie..... w.pun dia jauh aku ingat....
Pendek kata aku banyak mintak tolong org bab translate je.... yang lain aku buat sendiri... tu je aku kurang.... sebab dalam BI nie.... kalau tak beres....


Tak lupa kepada my friend....Anisah pun antara orang yg tak terkecuali jadi mangsa aku..... kadang2 suruh daftar la.... itu ini lah.... dan terakhir dia tolong aku menyiapkan tesis.... he he he.... sampai tak tido malam.... berminggu gak lah aku berkampung kat umah dia.... sampai jahnam tilam dia gara2 ink tumpah.... kenangan tu ani..... ko memang banyak tolong aku...

Alhamdulilah aku dikelilingi dengan kawan2 yang memahami aku dan sanggup tolong aku.... klu tak tak mampu aku sampai ke tahap nie....

Sampai aku dok kena perli dgn member je.... "farid hang dah nak habis degree kan .... kejap je... dalam dok tido kat kelas.... dalam dok buat asgmnt last minute... dalam dok tak baca buku..... keja ko aku nampak jalan je.... entah bila lah ko nie belajar..... pelik aku"

"Tak yah pelik lah.... sy memang mcm tu... klu saya tumpu betul2 hebat dah.... tapi tak dapat nak tolong kekawan ke sana ke mari le..... ajak je tak boleh.... apa yang saya dapat nie pun dah cukup baik.... bersyukur lah.... nie pun berkat kekawan semua"

Menelaah buku budaya org yg berilmu.....
Apa yg lebih penting jgn cepat jemu....


Sunday, November 22, 2009

KELAS LAST 4 THIS SEM....

Hasil Kerja Akhir.......

Setiap sem aku mcm tu gak.... janji nak berubah, tapi tetap gak tak berubah.... esok nak hantar.... malam tu lah baru nak buat..... keja last minute. Jangan tak caya, 2 asgmnt aku buat mlm tu.... akhirnya siap gak.... apa yang penting tiba hari nak hantar mesti siap.... tak tido aku malam tu menyiapkan....

Petang tu aku dah siapkan tebuk lubang.... tinggal print and than masuk pakai menual je.... tapi tuhan je lah yang tahu mengantuknya.... mana taknya, dari malam sampai ke pagi tak tido....
Nie merupakan asgment last bagi subject major.

HBMT3203 SMP yang diajar oleh Pn. Siti Khazimah bt. Sallip
HBMT4403 SMP diajar oleh Pn. Noor Khaliza bt. Mohamed Khairuddin.

Terima kasih Puan kerana memberi ilmu yang berguna kepada kami..

Toturial last dengan Pn. Khaliza, sempat lagi kami bergambar.... banyak sem jugak kami belajar dengan dia.... Memang jenis tutor yang rajin dan tak pernah jemu ajar kami .... kami nie kira boleh tahan gak sengal nya.... maklum lah basic maths tambah langsung tak ada.... tapi Puan nie sabar je ajar kami walaupun kena ulang banyak kali....

Lagi pun Puan nie memang bidang dia Maths.... so tak banyak masalah.... kami je bermasalah.... sem nie je aku takut sikit.... sem depan boleh tarik nafas lega dah..... bukan apa sem lepas ada member yg gagal paper maths.... tu yang buat aku takut nie...

Thursday, October 22, 2009

BERTEMU DI KEM 1 M'SIA

Aku pun tak sangka boleh jumpa kawan sekelas OUM di Memorial Tun Abdul Razak. Rupanya kak fatin pun ada juga perkhemahan Kem 1 Malaysia. Perkhemahan nie semuanya free termasuklah lawatan, baju t.shirt, seluar trak, topi, beg, makan dan minum...Kak Fatin daerah Sepang dan aku Daerah Gombak.....bertemunya di tempat yg sama....Dalam plastik pink yg aku pegang tu... aku shopping 3 biji mug....kalau dah minat kan nak buat macam mana.... sanggup je....

Tuesday, October 6, 2009

HUJUNG MINGGU YANG PADAT

Ari nie merupakan kuliah hari pertama untuk semester kedua akhir..... diam tak diam dah nak habis rupanya aku belajar..... kali nie tak ramai jumpa keng kawan yang lain.... nasib baik aku dapat sama dengan K. Fatin. Kawan aku yang paling rajin.... Semester nie 2 paper Matematik..... dan tesis.... Tak sangka sem nie dapat pensyarah yang baik.... Pn. Khaliza... best lah dia mengajar..... tesis je tak tahu lagi kena dengan sapo nie.... harap2 dapat pensyarah area KL je senang nak jumpa.....

Nie merupakan tahun kedua dapat kuih bakul daripada kawan aku..... mula2 aku tak nak jugak terima.... tapi bila kuar kat tv memang halal kuih bakul keluaran syarikat nie.... barulah aku yakin.... bekas pun dah cantik kan... itu untungnya kawan dengan pelbagai kaum nie... dah dekat nak raya dapat buah limau pulak.... dulu masa kat Segambut jiran kami Cina siap buat open house lagi... makan KFC je lah dengan kacang2.... dan paling seronok dapat ampau......

Balik dari kelas OUM aku terus memandu ke umah akak aku di Cheras.... kalau tak ada program aku rajin ke sana.... nie dah beraya yang ke berapa kali dah.... sebenarnya aku nak ambil baju yang akak aku baru jahit.... nak pakai beraya ari Ahad..... ke mana lagi aku nie nak beraya.... lepas je solat Zohor aku beraya ke umah kawan aku.... semalamnya aku dah buat 2 janji temu.... bukan apa jauh2 drive nanti depa tak ada kat umah....

Aku memandu ke umah Roza kawan aku yg keja TUDM tu.... dah lama aku tak jumpa dia.... minta aku call je.... dia suruh datang umah... masa je tak mengizinkan... kali nie aku kena datang... last sekali jumpa dia anak sorang.... sekarang dah 3 orang anaknya... lama juga aku tak jumpa dia.... so ambil masa nak sembang2.... jenuh jugak aku nak mencari umah dia kat Bandar Tasik Selatan tu....maklumlah umah flet nie semua sama je.... tapi kat area tu sewa boleh tahan jugak.....

Lepas tu aku gerak ke umah kawan aku kat Setiawangsa..... dari Sg. Besi sampai ke Melawati jem nya.... selalu 15 minit dah sampai..... ini dah makan masa sejam lebih. Aku beraya umah kwn sama maktab (ilot)... last aku ge umah dia, raya tahun lepas..... nama je duduk dekat. Jumpanya setahun sekali jugak.....lepas maghrib aku baru balik.... sepatutnya dalam program nak singgah 1 umah lagi di Taman Permata.... tapi dah lewat... esok nak jalan jauh lagi...

Tuesday, August 18, 2009

MERDEKA...MERDEKA....

Bulan nie memang kita sambut bulan kemerdekaan....tapi bagi aku, ari nie aku dah merdeka....dah lepas satu beban di kepala. Selagi tak habis periksa....selagi tu lah tak senang duduk...padahal bukan study sangat pun....3 paper maths...3 ari berturut2 tu.... hu hu hu...memang letih kepala otak aku...nasib baik lah aku berkampung kat Cheras....relex sikit...kalau tak sakit kepala tambah penat badan dengan jem nie....

Exam petang nie ada baik, buruknya....Baiknya pagi2 tu sempat lagi aku bincang dgn keng kawan kat cafe uniten....pukul 8.30 am dah sampai....banyak jam juga lah aku lepak kat cafe....sempat makan 2 round...minum 2-3 gelas....Buruknya pulak...time balik, puh memang jem giler.... kuar uniten dah start...sampai lah jalan Duta.... mahu tak penat.....tu pun dah makan masa berjam-jam....kalau nak ulang-alik, masak aku....

Ceta pasal asgmt aku dapat F tu.... ari Selasa aku ada call oum...nak buat oppoiment nak jumpa dgn dekan....dekan pulak tak ada.
"dekan tak ada? bawah sikit daripada dekan ada tak?" dalam keadaan tertentu...semua boleh kan. Berani ke aku nie nak jumpa dengan dekan.
"Tak pelah tak ada dekan....tapi, saya nak cik aida buatlah sesuatu....This week I exam, so make sure result kami dah berubah...kalau tak?... no point lah kami datang exam...buang masa, lebih baik repeat paper je...." ayat mcm mengugut je aku bagi kata staf oum.... geram beb...tak pernah dapat F tu...
"Cik aida tahu tak? standard F nie....orang tak hantar asgmnt atau pun meniru..." aku ajar depa pulak bagi markah....tak senonohkan....

Penat tau buat sendiri asgmnt... member yg meniru pun dapat D... yang tak hantar lampiran jurnal pun dapat B...mana tak marah....pensyarah nie...bagi markah macam mana pun aku tak tahu lah.....

Tak pe lah....ari Ahad malam, aku suruh kawan aku tengok markah....hu hu hu dah berubah....drpd F ke D...ok lah tu...so Isnin senang hati datang exam....rupanya ramai yang dapat F berubah ke D... Harap2 sem depan tak kena dgn pensyarah nie....kalau tak mati aku...dah lah buat kecoh sampai ke oum...call sana sini....mesti aku kena blacklist dgn ......

Kita kadang2 lupa kan....kami exam tingkat 6, dah dekat nak masuk orang ramai berebut2 nak naik lif....so aku ajaklah member aku nie naik tangga....dia pulak ikut je....dah sampai kat atas baru aku teringat yg kawan aku nie dalam pantang.....dia pun masih pakai stokin lagi....bayangkan berapa banyak anak tangga tu kami naik....

Kawan aku nie memang bagus....dalam dok belajar nie memang produktif...dah 2 orang anak....tapi tak pernah menyusahkan orang....baru bersalin 5 ari, buat asgmt sendiri...aku kalau buat secara group, selalu kumpulan dengan dia.... memang senang bekerja dengan dia....walaupun bahagian tu kita kena buat...kadang2 dia tolong lagi....memang jenis tak berkira kerja...setakat nie aku jumpa orang yang huruf sama dengan aku memang boleh ngam lah....tapi ada gak huruf lain yang ngam....

"Kita belajar untuk menambahkan ilmu, dalam masa yang sama kita belajar mengenali orang disekeliling kita"

Saturday, April 18, 2009

WEDDING

Pada 7 Mac yang lalu my friend Choy telah selamat berkahwin dgn pasangannya Wong di Rompin, Pahang. Pada awalnya memang majlis mereka tidak terkena pada tarikh toturial. Tetapi last minute toturial di tunda dan terkena pada tarikh perkahwinan mereka. Apa pun semuanya berjalan dengan lancar. Semoga berbahagian dengan pasangannya....

Monday, March 9, 2009

PEMBENTANGAN

K. Kiah bersemangat tu nak bentang... Kesihatan kali nie seronok jugak dapat pensyarah yang memahami orang tua belajar.
Tudung biru tu.. K. Azi...ceria je lok nie...ada apa2 ke??? Ke nak tukar keta baru....
Tunggu saya dulu akak....Kita sama2 lah sekali jalan tiga orang...kata nak baru masa konvo nanti....
Aku nasib baik group dgn k. Fatin....ha..ha..aku tulis je...dia bentang...semangat tu...sem lepas ambil 5 paper...5 A tu....
Kerja kursus dah siap hantar...walau pun last minute baru siap...ok lah, janji siap. Kena pulak buat pembentangan. Nasib baik lah buat dalam kumpulan...kalau tak mati aku....Bukan tebal pun kerja kursus 16 muka surat je....