Monday, September 6, 2010

KONVOKESYEN KE 9 OUM

Kegembiraan bagi seorang yang bergelar siswa ialah bila tiba masa untuk dianugerahkan segulung ijazah di dalam majlis yang gilang gemilang... OUM selalunya akan mengadakan majlis konvokesyen di PWTC...bukan calang-calang tempat tu...

Pada tahun 2006 aku terima berita gembira kerana diterima untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Setelah bersusah payah dan berhempas pulas akhirnya aku dapat menamatkan pengajian pada Mei 2010. Di sebalik kejayaan aku hari ini...ada mereka yang selalu membantu. Terima kasih kepada mereka yang telibat secara langsung.... mahu pun secara tidak langsung.

Pada penghujung tahun 2010 ini, akan menjadi sejarah buat diri sendiri. Selepas ini, aku akan bergelar guru siswazah...tak kisah lah walaupun mengajar di sekolah rendah.

Terima kasih kepada kawan aku kerana memberi maklumat untuk menyemak status graduan... padahal dah berminggu aku cari kat mana nak semak... tak jumpa2...rupa2nya kat home je... ingatkan kena tengok kat lms.

Konvokesyen akan berlangsung selama 4 hari. Course aku tak tahu lagi terkena ari apa.... apa yang pasti kohot 2 (KPM-OUM) start 21 -23 Nov...kalau ikutkan banyak sidang tu. Saja aku tengok course kawan aku ( Ami Norsaadah Amran) pada hari Ahad sidang pagi.. Tahniah ami kerana berjaya menamatkan pengajian. Memang rezeki kita nak konvo sama.

Alhamdulillah aku berjaya memenuhi syarat untuk bergraduat, tertakluk kepada kelulusan senat. Dalam keseronokkan... sebenarnya kami sedih. Sebab ada rakan seperjuangan kami tidak dapat konvo bersama dengan kami.

0 ulasan: