Friday, September 24, 2010

HARI RAYA DI UMAHKU

Bergambar kenangan bersama kawan-kawan selepas UPSR. Sebenarnya ini lah kali pertama kekawan sekolah aku datang umah... yang selalu datang umah aku, bukan kekawan sekolah... Setelah berkali-kali dipujuk aku mengalah jugak lah.. aku segan nak ajak kekawan. Umah orang bujang nie faham-faham lah.. Ikhlas umah aku nie.... aku balik untuk tidur je.

Aku sebenarnya bukan buat umah terbuka pun... sebenarya nak datang beraya umah aku, datang lah bila-bila pun tak kisah.... jangan tunggu umah terbuka.... hari raya nie tak perlu dijemput.... tapi masalahnya, aku nie jarang lekat kat umah... so kalau ada niat nak datang call lah dulu.... hujung minggu selalunya aku selalu sibuk.

Kawan-kawan je tolong ajak-ajak kekawan yang lain... aku tahu, ramai kekawan tertunggu-tunggu nak datang umah aku.. he he he nak tengok umah bujang... nie betul-betul umah bujang... kawan lelaki yang datang pun dok perli... macam mana aku boleh hidup tak ada dapur kat umah... tu sebab aku balik umah untuk tido je...aku dah siap-siap makan kat luar... tu lah rahsia aku boleh kekal badan dari dulu hingga kini.... hampa jangan ikut, nanti mati kebulur... aku dah biasa.

Kalau ada kawan yang terasa hati macam aku tak jemput... jangan gitu.... aku sedih.....raya datang je....kita ada kelapangan bila-bila boleh ziarah rakan-rakan. Aku terima je kunjungan kekawan semua. Aku jamu lah apa yang termampu. Apa penting agar silatulrahim antara kita akan berkekalan.

Aku puji lah kawan-kawan aku nie.... tak ajak sendiri pun.. kawan tolong ajak pun datang. Memang ada sesetengah orang kalau tuan punya diri tak jemput tak pe....Depa nie kali pertama datang ke umah aku... masing-masing dok telefon... aku penat memberi arahan jalan pun ya.. Tahun depan dah boleh datang sendiri kan senang.

Kak Anan sekeluarga pun datang.... dah lewat dengan anak kecilnya.... kesian gak umah aku nie jauh ke dalam.... memang kalau orang tak pernah masuk Saujana Utama jenuh lah jugak. Kak Sofea tetamu penutup tirai.... pukul 11.30 balik...kata je duduk dekat. Tapi nak jumpa punya lah susah. Dia selalu lalu depan umah aku.... tapi selalu aku yang tak ada kat umah.

Kemeriahan hari raya tu ada.... sebab kekawan datang selepas time sekolah.. pakai baju kurung... bawak anak-anak... seronoknya. Masing-masing kakak-kakak aku nie dok bising... umah besar duduk sorang. Tak takut ke....dok suruh aku cari teman.... Dia ingat senang nak cari teman yang jujur sekarang nie.... aku bukan tak percaya kat orang.... tapi susah lah sekarang nak cari yang jujur. Tapi aku tak cakap tak ada ok....

Anak buah aku pun sampai jugak.... terima kasih datang umah Mak Itam.... anak buah nie dari Cheras.... aku pun tak tahu lah macam mana boleh sampai Batu Arang.... dah tu call lagi sekali dah sampai Meru.... pening aku nak beri arahan.... GPRS aku nie kabur sikit kalau time kelam kabut...nasib baik aku bagi arahan gini...gini dia boleh faham... sampai lah jugak.

Cikgu petang, balik sekolah je terus ke umah aku... aku dah tak larat nak berbaju kurung... aku nie ramai kawan.... kalau nak jemput semua kena tunggu pasang 3 khemah nanti... doa-doakan supaya cepat aku dapat buat kenduri. Kenduri apa???... kenduri doa selamat... Tak kan nak buat kenduri kahwin pulak kan...

Terima kasih kepada jiran-jiran yang sudi hadir... tu pun jiran depan aku tak ajak.. segan aku. Aku nie fikir macam-macam sebenarnya... tak pe lah ada nanti masa aku akan jemput yang lain. Bila aku pun tak tahu....

Memutuskan silatulrahim tidak mencium syurga....

6 ulasan:

Relevan said...

Meriah raya oak yerk..

eeeda said...

Meriah lah jugok.. tu belum jemput gengs blogger lagi.... lagi meriah kalau tidok...

~Insan Biasa~ said...

idah....kalau kenduri kawin pun lagi bagus kan.....hehehe

eeeda said...

Anis:

Tak mampu aku nak buat kenduri kahwin kat bandar nie... buat doa selamat boleh lah... majlis biasa2 mampu lah.

Tapi klu kahwin memang niat nak buat kat sini... takut gak jiran2 tak tahu kita dah kahwin kan mereka ingat kita buat maksiat pulak.

aishah said...

Salam...

akak kenapa masa aku datang tak ada makanan mcm ni... ni yg jeles ni....

eeeda said...

Aishah..masa ko datang dah sampai br bagi tau... tak sempat nak pe cari tukang masak..