Showing posts with label Cuti2 Luar. Show all posts
Showing posts with label Cuti2 Luar. Show all posts

Saturday, September 15, 2018

PERCUTIAN KE PADANG BUKIT TINGGI


Percutian bajet selama 3 hari 2 malam dari 8-9 September 2018. Sebenarnya, ini kali keempat aku ke Bukit Tinggi, Indonesia. Orang akan tanya, kenapa pergi tempat sama. Kenapa tak pergi bercuti di tempat lain, yang belum pernah sampai.

Pertama aku akan jawab, bajet aku memang ciput. Tempat yang biasa, aku tak perlu nak pakai travel bagai. Aku pergi sendiri dengan bajet sendiri.

Kedua aku akan jawab, kadang-kadang kawan tak pernah ke luar negara. Dan teringin untuk pergi tempat yang pernah kita pergi. Apa salahnya kita tolong kawan, jadi juru pandu untuk dia.

Ketiga aku akan jawab, tempat nie memang sesuai untuk rehat-rehat, santai-santai dan makanan di sini memang sedap. Orangnya juga baik-baik serta cuaca yang nyaman.


Port untuk bergambar berlatar belakangkan pemandangan yang sangat cantik. Gayat giler duduk situ... mau taknya. Bawah tu cerun yang dalam.


Lubang Jepang nie dikenakan bayaran kepada pengunjungnya. Pelancong dan warga tempatan berbeza. Tapi masa aku beli tiket, dapat harga orang tempatan. Mungkin sebab aku cakap dah macam orang sana.

Ada sorang Mak Cik tu mati-mati ingat aku aslinya orang Indonesia.


Hari kedua kami ke Batu Sangkar. Sini orang mengambil peluang untuk bergambar di sekitar Istana Pagar Ruyung. Istana nie lebih kurang reka bentuknya dengan Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


Bergambar di sini sebelum balik. 


Tasik Sengkara nie sayup mata memandang. Panjangnya 20km lebih. Tengok sekali ingat laut.


Air terjun nie terletak di tepi jalan laluan ke Bukit Tinggi. So, pelancong akan singgah untuk bergambar.

Aku cadangkan yang baru kali pertama nak pergi. Ambil flight pagi dan balik flight petang. Banyak sikit masa untuk berjalan. Kalau boleh pergi 4 hari 3 malam, baru puas hati.

Aku gerak pagi dari Pahang, terus ke KLIA2 dan parking kereta di situ. Bayaran dikenakan sebanyak RM116.00. Nasib kurang baik, flight deley 1 jam. Sampai dekat pukul 5 petang waktu Indonesia. Kami terus ke Bukit Tinggi, makan dan terus rehat di Hotel. Kami menginap di Hotel Grand Gallery. Hotel nie memang best. Dekat nak ke jam gadang, ke mall dan kawasan sekitar. Sarapan pagi pun sedap.

Masa balik, kami gerak pagi dari Bukit Tinggi untuk mengelakkan sangkut dalam kesesakkan jalan raya. Elakkan  waktu balik hari Isnin dan Rabu sebab ada pasar sayur di Pekan kecil jalan ke Padang. Situ kadang-kadang sangkutnya lama.

Bajet tiket = RM850 untuk 2 orang (time cuti)
Travel Insurans = RM120 untuk 2 orang
Kereta sewa = RM450 termasuk supir, minyak, parking.
Hotel Grand Gallery = RM240 untuk 2 malam
Makan sendiri tak kira pun habis berapa.

Kalau ada yang rasa-rasa nak bawa isteri tersayang bercuti di luar negara boleh lah bawa ke sini. Tak perlu risau akan keselamatan, memang orang di sini baik-baik.
Kos untuk 2 orang tak habis RM2k. Kalau pergi hari biasa, tiket tak sampat RM200  pergi balik. 


Friday, July 27, 2018

PERCUTIAN KE SIAK

Baju sama tu... sempat je malam sebelum tu shopping kat Pekanbaru Mall.

Gambar nie sebenarnya pada bulan Disember tahun lepas. Baru sekarang punya masa untuk mengupdate blog yang dah lama ditinggalkan bersawang. Kami sempoi je... call tanya lebih kurang terus booking tiket... senang. Terus jadi. Kami pergi berlima... dua orang kawan tu bawa anak masing-masing. Kami suka percutian bajet je... janji dapat berjalan sudah.

Istemewanya Siak nie, cukup tenang dan bersih. Seronok kalau bercuti untuk rehatkan fikiran dan bersantai-santai. Sebenarnya, tak banyak sangat tempat yang menarik untuk dilawati.


Perjalanan dari Pekanbaru ke sini boleh tahan mencabar dan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jalan lurus, tapi permukaannya yang kurang rata memang memenatkan. Orang kata, kalau cuba dulu baru tahu. Baru boleh kenal tempat orang.


Kami tidak bermalam di Siak, pergi hanya untuk pusing-pusing dan melawat tempat yang menarik dan pulang semula ke Pekanbaru. 


Salah satu mercu tanda di Siak. Jambatan yang cantik.


Masjid yang terdapat di tengah Kota Siak. 

Dah tak tahu nak tulis apa... sebab dah lama cerita nie.

Thursday, September 3, 2015

PERCUTIAN KE KRABI, THAILAND

Tahun 2015 aku belum buat sebarang entry lagi di blog kesayanganku... kesibukan pindah rumah... pindah tempat kerja... di tambah pula dengan lokasi aku menetap sekarang tiada kemudahan internet...maklumlah sekarang menetap nun jauh di pendalaman... membataskan lagi minat untuk menulis di blog.

Pada 27 Feb - 02 Mac 2015 yang lepas, aku berkesempatan bercuti ke Krabi bersama tiga sahabat. Percutian kami, merupakan percutian main redah je... first time ke Krabi bukan menjadi halangan untuk kami merasai pengalaman berada di negara yang terkenal dengan keindahan semulajadi. Berbekalkan pengalaman blogger2 yang kami baca... hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Takut jugak... sbb semua perempuan..

Persiapan awal tetap kami buat, terutamanya:
# Tiket penerbangan memang kami dah booking awal... first time terbang bersama Malindo... rasa macam serik je... masa booking flight Subang to Krabi... last minute transit di Penang... and than tukar time pulak... tension, kalau tak cuti sehari... dah kena mohon cuti 2 hari.
# Memohon cuti CRK dengan Ketua Jabatan.
# Memohon kelulusan ke luar negara.
# Booking hotel guna agoda.com.
# Pastikan pasport cukup tempoh dan duitnya mencukupi untuk perbelanjaan sepanjang tempoh di sana. 

Tiket penerbangan bersama Malindo.
Bergambar bersama pramugari Malindo Air.
Memang membosankan dan buang masa penerbangan transit... next time naik AirAsia KLIA2 to Krabi. Ada satu group student dari Kelantan lagi kesian... dari Kota Bharu - Subang - Penang - Krabi... masa beli tiket transit di Penang je.

Sampai di airport kami hilang arah, tak tahu nak ke mana... nak tanya orang tak tahu nak cakap...Bahasa Inggeris tak reti... Bahasa Thai lagi lah... kawan aku sorang boleh berbahasa Cina dan sorang lagi boleh berbahasa Arab... tapi tu lah semua tu tok berapa nok boleh pakai kat sana... last sekali nasib baik jumpa orang Malaysia, dia yang bantu kami. Sebenarnya tak susah mana pun... sebelum keluar dari airport berkenaan terdapat kaunter tiket di sebelah kanan... di situ kita boleh beli tiket bas dan maklumkan hotel tempat kita menginap. Di luar terminal dah sedia bas menunggu untuk membawa pelancong main redah macam kami nie... Kalau pe dengan travel, sah2 lah dah ada orang tunggu... Mereka akan hantar kita sampai di depan hotel. Cukup mudah.

Siapa pun boleh pe Krabi... save budget kalau tak guna travel..

Berselfi di hadapan hotel sementara menunggu van untuk ke pasar malam.
Kami menginap di Hotel GoodWill... hotel nie berdekatan dengan masjid. Makanan halal memang tak menjadi masalah. Kelakarnya aku yang booking hotel... siap request nak level yang paling atas... tak baca dan servey dulu ada lif ke tak??? sudahnya ha ha ha kena menapak... kena kutuk dengan kekawan.

Siap check in... kami kuar untuk mencari pakej untuk 2 hari full day di sana... kat sepanjang jalan pantai Aonang terdapat banyak kaunter yang menawarkan pakej yang menarik... apa yang penting kena pandai tawar menawar... hari kedua kami pilih Island Hopping dan esoknya emeral pool, naik gajah dan hot spring. Semua kos percutian kami termasuk tiket kapal terbang, makan, penginapan, dan aktiviti di sana lebih kurang RM700.00.

Berada di dalam pesawat.
Pemilihan tarikh percutian kali nie sempena besday aku... pada 2 Mac...depa berdua tu tak tahu pun... setiap tahun aku akan reward diri sendiri setelah penat bekerja siang dan malam... so masa tu lah nak manjakan diri dan bersantai-santai di tepi pantai.

Memang tak sangka, balik dari bercuti... aku terpaksa melapor diri di tempat kerja yang baru... pertukaran yang tidak dijangka. Ingat dah tak berjaya... tut..tut.. tut.. dapat jugak pindah... walaupun kelam kabut, aku terima pertukaran tersebut dengan rela hati... dan aku bersyukur sangat-sangat sebab dapat pindah. Sebabnya... aku story dalam entry khas.

Siap sedia untuk berlepas.

Friday, June 6, 2014

PERCUTIAN KE MEDAN, INDONESIA

Cuti persekolahan kali ini aku berpeluang bercuti ke Medan. Percutian selama 3 hari 2 malam. Kali ini aku bercuti bersama teman yang bekerja di Kuching. Kami booking tiket Airasia tahun lepas. Harga tiket untuk 3 orang RM150, bagasi RM40 untuk 20 kg.

First time aku ke Medan. Seronoknya, kali pertama terbang di KLIA2 dan mendarat di Kuala Namu, Medan. Keduanya merupakan lapangan terbang baru. Tak seronoknya cukai kepala 
di Kuala Namu rp200 000.. yang termahal berbanding 
Jakarta dikenakan rp150 000
Pekanbaru baru naik rp150 000
Bandung masih lagi rp75 000 


Kami menggunakan pakej Lovely Holiday untuk melancarkan perjalanan percutian kami.. semua kos percutian kami tak sampai RM500 seorang. Jimat kan.... termasuk tiket kapal terbang, makan minum, hotel. Parking di KLIA2 kawasan lapang masih free.... he he he untung 2 kali.


Kami menginap di Hotel Patra Jasa, Danau Toba. Seronoknya hotel nie, buka je pintu bilik nampak view yang sangat indah... berlatar belakangkan tasik yang terbentang luas. Makanan di hotel nie  pun enak. Jika ingin bersiar di pekan yang berdekatan pihak hotel ada menawarkan perkhidmatan dengan bayaran sangat berpatutan.

Untuk sampai ke kawasan peranginan nie mengambil masa yang agak lama... kami terpaksa melalui jalan yang cukup mencabar... mendaki, melalui jalan yang bercerun di tepi tebing gunung berapi... seram aku... sepanjang perjalanan aku tidur... takut.


Pemandangan waktu senja... menikmati keindahan ciptaan illahi.. matahari terbenam. Cantik...


Bergambar kenangan di tepi Tasik Danau Toba.


Hari Kedua, aktiviti melawat perkampungan yang terletak di pulau yang terdapat di tengah tasik. Di sini aku dapat mengenali dengan lebih dekat tentang cerita orang batak. Seharian jugak lah. Lepas makan tengah hari... kami bergerak ke Brastagi... untuk sampai ke sana kami terpaksa melalui lereng-lereng bukit... perjalanan kali ini pun boleh tahan lamanya. Lagi menakutkan... sepanjang perjalanan ke sana hujan... memang sejuk di Brastagi.

Sayang kami tak berpeluang bergambar di kawasan air terjun... sebab hujan. AKu turun jugak sekejap... tapi tak tahan menggigil kesejukan. Aku tak bawa baju sejuk... lain kali kena bawa baju sejuk.


Malam kedua kami menginap di Hotel Horison... hotel nie selesa... makanannya pun sedap... Malam tu aku memang tido lena... sebab kepenatan... Paginya kami bergerak ke Medan... jarak antara satu tempat ke tempat yang lain... boleh tahan jauhnya.   

Sebelum balik sempat kami shopping kain batik... lepas makan kami terus ke Bandara Kuala Namu. Dari Pekan Medan ke Bandara mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih.

Dalam perancangan tahun depan kami nak pergi ke India.

Monday, December 30, 2013

PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI PADANG

Tahun nie aku memilih untuk bercuti ke Padang - Bukit Tinggi lagi atas beberapa sebab... walaupun tahun lepas aku dah ke sana. Tahun lepas aku berdua je... kali nie berempat. Antara sebab destinasi nie menjadi pilihan... 
Pertamanya, cuaca di Bukit Tinggi yang dingin.
Keduanya, banyak tempat wisata yang boleh dikunjungi. 
Ketiganya, terdapat tempat menjual kain sulam yang berkualiti.
Keempatnya, makanan nie sini memang enak-enak. paling aku suka jusnya.

2 Malam kami menginap di Hotel Grand Kartini
Jus tomato + susu + telur... memang sedap...
Cendol labu... memang sedap.

Jus terung belanda...
Jam Gadang di waktu malam


Sedikit tips untuk mereka yang kali pertama ke Indonesia:
Beli nombor phone di sana lebih jimat untuk call ke Malaysia. Beli simPATI (sim card) TELKOMSEL... kenapa? ada kod yang boleh digunakan untuk jimat ...
Kodnya: 010176 dan diikuti dengan nombor phone di Malaysia. 

Sama lah jugak kalau kita nak call ke Indonesia... nak jimat ada kodnya. Mana tahu ada pengunjung blog nie nak berusan sendiri dengan agensi di sana... tak ada masalah boleh call. Tak mahal pun, janji tahu kodnya.
Kod Digi : 1330062 dan diikuti dengan nombor phone di Indonesia.
Kod Maxis : 1320062 dan diikuti dengan nombor phone di Indonesia.

Buka akaun bank sebelum berlepas supaya tak timbul masalah di sana. Apa sahaja bank yang ada MEPS boleh guna di sana. Masalahnya ada sesetengah bank yang guna bebas tol tidak boleh dihubungi jika berada di sana. Nak jimat keluarkan duit di ATM BCA. Ini penting sekiranya berlaku apa-apa masalah di sana... sekurang-kurangnya kita boleh hubungi keluarga untuk masukkan duit dan boleh dikeluarkan di sana.

Jika ada kad kredit pun boleh open untuk tempoh masa berada di sana. Sekiranya tak guna, tak jadi masalah. Sekarang nie untuk langkah berjaga-jaga.



Percutian kali ini berjalan dengan lancar dengan bantuan oleh syarikat travel dari Indonesia yang tumpang iklan di blog aku. So sebelum aku promosikan kepada pengunjung yang lain. Lebih baik aku cuba dulu. Ternyata perkhidmatan yang ditawarkan berbaloi dan aku serta rakan-rakan yang lain berpuas hati. Pak supirnya sangat ramah dan banyak pengalaman dalam industri pelancong. Jika ke sana lagi sudah pasti aku akan guna paket yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan. Terima kasih Pak Amsyahril. 

Cukup senang untuk berurusan, boleh gunakan email atau pun call. Lebih jimat jika kita terus guna travel di sana.

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

Monday, June 3, 2013

PERCUTIAN KE PEKANBARU, RIAU

Mengimbau kembali kenangan bercuti ke Pekanbaru, Riau pada akhir tahun yang lepas... sebelum nie aku hanya menceritakan pengalaman aku bercuti ke Bukit Tinggi, Padang. Walaupun sudah lama berlalu... tetapi ianya masih segar dalam ingatan... 6 dan 7 Dis 2012 merupakan tarikh yang cukup bermakna. 

Pada tanggal 6 Dis, awal-awal pagi lagi kami telah bersiap untuk ke Pekanbaru. Kami difahamkan oleh pekerja hotel, van (tropel) akan menjemput kami seawal jam 10.00 pagi. Aku tak pernah terfikir pun akan melalui perjalanan yang jauh dan mengambil masa yang lama... ditambah pula dengan jalan raya yang sangat mencabar. Melalui lekok 9 merupakan pengalaman yang ngeri... aku dimaklumkan oleh salah sorang penumpang van berkenaan... dia selalu berulang-alik dari Pekanbaru ke Bukit Tinggi boleh dikatakan setiap 2 minggu sekali... jambatan berkenaan mengambil masa hampir 10 tahun... menjelang hari lebaran tahun lepas, ianya mula beroperasi sepenuhnya... 

Bagusnya tropel berkenaan menawarkan perkhidmatan dari hotel ke hotel dengan bayaran hanya Rp80,000. Menjelang senja baru kami tiba di Hotel Amaris.

Copy from google
Hotel Amaris Pekanbaru
Hotel Amaris, Pekanbaru baru beroperasi... semua kelengkapan di dalamnya baru. Selesa sangat menginap di sini. Aku booking menggunakan Asiaroom.com. Sangat mudah dan sangat jimat. Aku dapat save hampir RM61.... banyak kan.... Booking menggunakan kad kredit dan bayar kemudian setibanya di sana. Aku tahu nie pun, ada sorang kawan di Kuantan (kak Iza), selalu menggunakan perkhidmatan tempahan hotel Asiaroom. Ternyata berbaloi.

Ruangan meja yang simple tapi kemas.
Ruang meja yang cukup selesa untuk menulis dan meletakkan barang-barang. Di tepi sebelah cermin berkenaan ada ruangan untuk mengantung baju. Ala-ala almari le... tapi tidak berpintu.

Bilik tempat aku menginap...
Nie lah ruang beradu... warna kegemaran aku... hijau muda. Lena sangat tidur, mungkin juga kepenatan berjalan jauh. Tapi awal-awal subuh mesti terjaga, sebab bersebelahan dengan Masjid Agung An Nur.

Sinki di luar bilik air..
Bagusnya hotel nie, layanan pekerjanya sangat ramah... kedatang aku disambut dengan senyuman. Aku dimaklumkan beberapa perkhidmatan yang ditawarkan. Kebetulan malam tu aku belum makan... so aku oder bebek goreng.... so sebelum menghantarnya bahagian khidmat pelanggan menelefon terlebih dahulu, untuk meminta kepastian daripada pelanggan mereka... dan seorang jaga mengiringi penghantar bebek ke bilik aku... keselamatan di hotel nie terjamin. Aku oder bebek goreng dari luar... bukan di hotel... kalau kita di sini, macam oder Pizza Hut lah gitu.

Di sini juga mudah untuk mendapatkan teksi... memang seronok lah menginap di sini. Jam 8.30 pagi aku harus keluar... beberapa kali pekerja hotel meminta aku sarapan terlebih dahulu sebelum keluar. Aku bersama teman bersarapan terlebih dahulu... bukan nak berkejar apa pun. Sarapan yang disediakan juga, boleh lah ditelan. 

Masjid Agung An Nur snap dari Hotel Amaris
Suasana pada waktu malam... cantik..
Bergambar kenangan 
 Lapangan Terbang Bandara Sultan Syarif  Kasim II, Pekanbaru
Dah tiba masanya untuk berangkat ke Kuala Lumpur.... di mana saja Lapangan Terbang Bandara perlu membayar cukai kepala.... di sini kita dikenakan Rp75 000. So mesti sediakan wang yang secukupnya.

Perkara penting yang selalu aku akan lalukan jika ke Indonesia:

1) Open Kad Kredit - akan call bank untuk membuka kad kredit sepanjang aku berada di negara berkenaan. Untuk memudahkan membuat bayaran terutamanya hotel.

2) Open kad bank - akan call bank untuk membuka akaun berkenaan supaya boleh mengeluarkan duit di negara berkenaan sepanjang berada di sana.

3) Wang untuk cukai kepala di Lapangan Terbang. Perlu asingkan siap-siap.

Seronok kan... dapat berjalan di negara orang... melihat budaya masyarakat di sana.

Saturday, December 15, 2012

PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI, PADANG PART 3

Maninjau Tour
Hari kedua, kami memilih untuk lawatan ke Maninjau Lake... dah namanya percutian main redah... sampai kat sana baru lah nak fikir aktiviti apa yang boleh dibuat... nak cari travel agensi lah... kebetulan sebelah hotel aku ada buat pakej yang aku maksudkan... kalau penuh satu van 7 orang... dia kira kepala dalam rp 150 000 je... oleh kerana time kami datang tak ada orang yang nak mengikuti aktiviti Maninjau Tour... hanya kami berdua je... bila kami baca aktivitinya menarik... dia mintak rp 500 000 dalam... RM 162.50... rasa macam mahal lah pulak... maklumlah budget ciput... tawar-tawar... dia kata nak murah boleh... dia sediakan motor untuk 2 orang... hu hu hu tak berani aku. Akhirnya setelah beberapa kali tawar, dia bagi lah rp400 000 ( RM130.00 ) naik van. 

Aktiviti seharian... bermula jam 9.00 am dijemput di hotel dan dihantar ke hotel jam 5.00 pm... berbaloi tak??? perjalannya sangat mencabar... kami terpaksa melalui 44 lekok... atau selekoh maut... takut betul aku. Sampai di Puncak Lawang terasa sejuknya... kat situ aku dengan kawan nie bersemangat nak ambil gambar... tut..tut... tut.. ada seekor anjing pulak mai tempat kami ambil gambar... terus hilang mood nak berfoto.

Siapa yang tak tahan... memang akan muntah lah.... hu hu hu jalannya bisa buat kita serik nak melalui untuk kali kedua... tapi pada mereka tak ada apa pun... kalau terus lagi boleh sampai ke Padang... tapi perjalanannya lebih jauh... berbanding ikut jalan yang aku lalui semasa datang.

Dari Puncak Lawang memang cantik pemandangan Tasik Maninjau... aku difahamkan tasik berkenaan bekas gunung berapi... 

Sudah bersedia untuk berangkat
Sempat lagi bergambar sebelum berangkat pulang... tak terdaya aku mengangkat beg tu... ari tu masa ke Saigon aku packing baik punya... beratnya mencecah 17kg... kali nie dalam 14kg... so senang next time... nak ke mana-mana just ambil bagasi untuk 20kg lebih kurang RM40. Tapi tu lah nak memikulnya jenuh jugak kalau parking kereta jauh...

Kami tak shopping sangat pun... cuma beli sepasang 2 je kain untuk ahli keluarga... kain pasang sulam memang cantik-cantik... ada jugak kawan aku kirim... nasib baik kirim dengan duit... so kena beli lah kan... kirim dengan air liur... wasalam lah.

Memang enjoy sangat bercuti dengan kawan aku nie... terima kasih Kak Muny... lain kali nak ke mana-mana destinasi bagi tau... nak join. Member aku nie mengajar di Melaka... dulu sama sekolah... sanggup tu... pepagi gerak dari Melaka ke LCCT... terima kasih jugak untuk suaminya... kerana izinkan isterinya bercuti bersama dengan aku.

Jika baik hati Insya Allah orang suka...
Wajah ceria jauhi sedih duka...

PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI, PADANG PART 2

Menjelajah Lubang Jepang
Masih lagi bersemangat di hari pertama... berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pekerja hotel... kami berjalan kaki ke destinasi seterusnya Lubang Jepang... nak masuk tempat nie dikenakan sedikit bayaran... kalau nak pakai juru pandu kena bayar lah... ari tu dia mintak RM30... aku kira mahal bangat... Kalau rp 50 000 boleh lah jugak kan... tak pe lah aku masuk dan berjalan di laluan utama je.... tak berani aku gelap gelita... dah le kami berdua je... time tu dah petang... so pengunjung pun dah tak ramai... tambah pulak bukan hari libur. 

Dalam tu cuma ada lorong-lorong je... bukan ada pameran, ke apa ke... cuma kalau pakai juru pandu tu... dia beritahu lah... lorong nie digunakan untuk apa... lorong nie pulak untuk apa... dari pintu utama tempat aku berdiri nak turun ke bawah tu... boleh tahan jugak banyak anak tangganya... jenuh jugak lah aku menapak... dalam hati mati lah aku malam nie... mesti lenguh kaki... dah le kaki nie tak biasa jalan jauh... sepanjang cuti, dari pagi bawa ke petang duduk dalam umah je... minyak panas pun aku tak bawak... so kekawan, kalau nak berjalan macam aku nie... pastikan pakai kasut yang selesa... dan buat lah latihan kaki sikit... kesian kat kaki.

Jam Gadang
Dari tempat Lubang Jepang... keluar je kami ambil kiri dan terus berjalan untuk ke tempat seterusnya Jam Gadang yang menjadi mercu tanda Bukit Tinggi... target hari pertama kami mesti sampai ke sana... bukan apa, kalau tengok blog orang yang pernah ke Bukit Tinggi mesti ada gambar di tempat tersebut... rupanya tak adalah jauh sangat pun... berjaya jugak akhirnya.

Time aku datang kawasan sekitar jam gadang nie tengah dalam proses naik taraf... so pemandangan kurang cantik... berpagar dengan zink... dekat sini serabut aku nak bergambar je... kejap mai lah binatang maskot nie... aku tak nak pun... dia datang menempek je... aku bagi rp3000... pandai tak nak... nak rp5000... bergambar dengan sekor nie... yang lain pulak mai... tu lah cara budak-budak sana cari duit kan... aku nie cepat kesian... lain kali kalau diberi perluang ke sana lagi... aku nak tukar duit RM1 banyak sikit... kekadang mereka mintak duit Malaysia... nak simpan buat kenangan.

Belakang Jam Gadang tu ada pasar... ala-ala macam pasar kat uptown gitu... tapi tak ada lah sampai lewat malam... lepas Isyak dah nak tutup.... mula jam berapa aku pun tak pasti... yang pasti, waktu petang memang dah ada orang berniaga. Kat situ lah nak beli cenderahati atau pun buah tangan untuk kekawan.... baju t.shirt, harganya pun murah lah jugak... dalam rp 30 000 - rp 35 000... puas aku tawar tak mau dia bagi kurang.

Lepas cuci mata, kami jalan kaki je balik ke hotel... dekat je pun... tapi tak tahu nak masuk lorong mana... sempat lah 2-3 kali tanya orang.... kali kedua dah tak ada masalah... sebelum sampai ke bilik kami singgah di kedai makan untuk makan malam.... dan beli air mineral... aku teringat sorang budak cina nie... dia kerja farmasi di hospital KL... memang kaki travel... dia pesan kalau ke Indonesia jangan minum air sebarangan... banyakkan minum air mineral... nanti jangan lupa bawa ubat... pengalaman orang, kita jadikan panduan.

Hari kedua kat sana... aku memilih untuk naik keta kuda... untuk balik ke tempat kami menginap... keta kuda warna putih menjadi pilihan kami berdua... bayarannya rp 30 000... boleh lah kan... lagi satu kat Malaysia mana nak cari keta kuda... kot...kot... satu hari nanti teringin nak naik... takut mengelupur je nanti... kekadang berjalan nie jangan berkira sangat... takut dah sampai rumah menyesal... sebab dah pernah jadi kat aku.

Peluang sebenarnya macam-macam ada...
Rebutlah peluang semasa ada...

Friday, December 14, 2012

PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI, PADANG

Air terjun Lembah Anai....
Tahun nie aku berjalan sakan... mungkin kah tahun depan masih berpeluang... tapi niat di hati tu... kalau ada rezeki, diberi kesihatan yang baik dan jika diizinkan aku nak pergi ke tanah suci, menunaikan umrah... kita hanya merancang kan... apa yang akan berlaku di hadapan nanti hanya Allah S.W.T yang lebih mengetahui. 

Selalunya aku akan booking tiket time promosi... memang awal lah kena booking. Sebab aku nie berjalan budget ciput je pun. Tiket pergi balik untuk seorang hanya RM135... boleh sangat lah kan nak berjalan-jalan kenal tempat orang. Percutian kami selama 4 hari 3 malam. Flight kami pada pukul 7.50 am di LCCT. Aku memang datang awal sebab nak kena check in bagasi. Tak sangka, rupanya penerbangan pagi penuh sesak kat kaunter check in... so next tiime tak boleh lewat... almaklumlah, banyak penerbangan awal pagi. 

Kereta aku parking je di LCCT, tempat yang bayaran kira hari... sehari dalam RM16... so 4 hari dalam RM64... tak kisah lah kan... janji tak menyusahkan orang untuk menghantar dan menjemput... masalahnya time orang bekerja... siapa nak hantar kan... tempatnya pun bukan dekat... perjalanan dari rumah aku dah makan masa sejam.

Bila kena pe sendiri, dah tu kuar awal pagi nie... ada rasa takut sikit lah. Tapi tawakal je lah. Sampai di LCCT tak kisah memang ramai orang.

Tiba je di Lapangan Terbang Minangkabau, Padang... aku terus je ambil teksi untuk ke Bukit Tinggi. Harga untuk sebuah teksi rp225 000... kalau hantar terus ke Bukit Tinggi... tapi aku mintak dia singgah:
  • Kawasan Air Terjun Lembah Anai
  • Kawasan seni ukir tangan di Pandai Sikek
  • Perkampungan Minangkabau
So, kena tambah sikit lah kan... teksi kenakan caj rp300 000... bagi aku masih murah untuk perjalanan  setengah hari... perjalanan je pun dah 3 jam... singgah sana... singgah sini lagi... kebetulan time aku tukar duit tu... RM325= rp 1juta... so dalam RM97.50...bahagi 2 baru berapa sorang... kalau pergi berempat lagi jimat...aku bawa duit untuk belanja rp 4 juta... sampai di rumah masih berbaki lagi rp400 000... memang percutian budget kan... 

Kepada yang takut-takut tak cukup duit, tak perlu risau... pastikan dalam kad bank ada duit... nanti call bank sebelum berangkat untuk buka akaun... agar anda dapat keluarkan duit sepanjang berada di sana... seronok jugak... sekali sekala kuar duit kat indonesia... rp 1 juta... kalau sekepint rp50 000... bayangkan berapa keping... tebal tu.... betul-betul terasa macam jutawan.



So lewat petang aku tiba di Hotel Kartini... aku menginap kat hotel budget je pun.... semalam rp200 000 siap dengan sarapan.... tapi kalau mereka inginkan keselesaan... boleh menginap hotel Kartini yang baru dalam rp350 000... berhadapan je... hotel yang aku menginap cukup selesa. Aku memang booking awal... dalam perjalanan aku confirmkan lagi sekali... bukan apa, sampai lewat petang... takut depa ingat tak jadi je...

Check in je... kami mandi dan bersiap-siap untuk menjelajah di sekitar kawasan Pekan Bukit Tinggi... kami berjalan kaki je... macam pernah datang je kan... padahal first time... ada banyak gunanya pengalaman kekawan yang pernah sampai ke sana dikongsikan melalui blog dan sebagainya. 

Sunday, December 9, 2012

PERCUTIAN KE SAIGON, VIETNAM PART 2

Hari kedua, trip ke Sungai Mekong.


Malam tu, lepas makan kami cari travel agensi... so terjumpa lah STA Travel... sebenarnya ada banyak trip... tapi kami pilih ke Sungai Mekong... aktivitinya seharian... gerak pukul 9.00 pagi... balik pukul 6.00 petang sampai di hotel... STA Travel akan jemput di hotel dan hantar di Market. Senangkan... Bayaran tour Mekong River USD23 seorang. 

Perjalanan mengambil masa selama 3 jam... kami disajikan dengan pemandangan yang cukup indah... sawah padi menghijau... Vietnam memang terkenal dengan negara pengeluar beras terbesar... dalam sebuah bas tu... hanya kami bertiga sahaja rakyat Malaysia... yang lain mat saleh. Tak kisah lah kan... janji happy.

Menyusuri Sungai Mekong... melihat panorama pasar di atas air... kalau tengok bot yang mereka gunakan terlalu usang... di sini terdapat pelbagai jenis hasil pertanian yang diniagakan... lepas tu kami ke perkampungan yang mengusahakan produk berasakan kelapa... aku tak beli pun... tengok je.

Kami diberi peluang menaiki sampan... bukan kami dayung sendiri pun... seronok bercampur takut... mana taknya, tak ada jeket keselamatan pun... dah lah, aku nie tak tahu berenang. Makan tengah hari disediakan...

Kat tempat kita memang tak ada suasana macam nie... melihat sendiri kehidupan masyarakat Vietnam menjalani aktiviti mereka di sepanjang Sungai Mekong. 

Sampai di Market kami terus ke hotel untuk basahkan badan... seharian berjalan... lepas tu keluar makan malam di Restoran halal Champa... tak jauh pun dari Market... makan nasi goreng dengan kopi lebih kurang 100 000 dong. (RM16) mahal kan... kat sini baru berapa... tak sampai pun RM10. Depan restoran Champa nie ada jugak Restoran halal... malam ketiga kami nak makan kat situ... tapi penuh... rupa-rupanya hero cerita Adam dan Hawa makan kat situ... sudahnya makan malam kami di Restoran Champa jugak le...

Hari Ketiga pusing-pusing sekitar Saigon.

Hari ketiga kami hanya gunakan teksi untuk bergerak ke tempat-tempat di sekitar Saigon... aku nak ingatkan kepada kekawan yang first time ke sana... guna teksi line hijau merah je... teksi lain jangan naik... kami kena tipu... meter dia laju giler.. akhir sekali kami suruh berhenti dan naik teksi lain. Kalau ikutkan... naik teksi untuk ke tempat di sekitar Saigon tu tak lah mahal sangat... macam aku selalu cakap... nak murah berjalan 4 orang... so boleh share bayar... baru berapa je.

Antara tempat yang sempat kami lawati...

  • War Remains Museum - Di sini kita boleh lihat bagaimana terseksanya rakyat Vietnam semasa dijajah  oleh Amerika... banyak gambar yang mencerita 1001 kisah suka duka mereka. 
  • Notre Dame Cathedral dan Pejabat Pos yang tertua - Pejabat posnya masih beroperasi.
  • City Hall - cantik tempat nie untuk bergambar...
Petang tu, hujan renyai-renyai... so, bergambar pun dalam keadaan tergesa-gesa je. Seronok jugak berjalan dengan member nie... depa bawa DSLR... so dok layan kameranya je... udahnya lambat lah dapat gambar aku tu... kamera aku yang cap ayam nie... jarang-jarang je lah guna.

Hari Keempat:

Sorang member nie flight pagi... silap perhintungan... tersalah time lah pulak... yang tahu balik dulu... so pepagi buta tu... tak sempat sarapan, Nazri terus ke Lapangan Terbang. Tinggal lah aku berdua je dengan Arai. 

So, pagi tu kami sarapan di kedai yang biasa kami sarapan... kat kedai nie, kekadang kena tunggu turn tempat duduk... maklumlah kedai halal tak banyak. Lepas sarapan kami ke Market untuk shopping terakhir... flight kami pukul 4 petang... so masih ada masa... kami check out pukul 12 tengah hari... terus je ke airport.

Semasa check in... bagasi aku beratnya lebih kurang 17 kg... so aku kena bayar lebih kurang USD200... sedangkan aku ada duit dalam USD60 je... mana nak cari lagi USD160... kalau dalam ringgit lebih kurang RM600 lebih... sedangkan yang aku beli tak sampai RM300 pun... dalam kepala aku, buang je pakaian yang dah dipakai... tinggalkan 7 kg je... masa tu panik jugak lah... orang ramai kat airport tunggu giliran untuk check in... semua dok pandang kat kita oroang berdua je...  Rupanya lebih 1 kg je kena bayar USD18 = RM54 wow mahal giler.

So nak jadikan rezeki aku... ada satu keluarga nie bermurah hati tumpangkan  bagasi aku... kebetulan dia masih ada lebihan bagasi 10 kg... masa tu kawan aku nie dah tak malu... kami keluarkan barang yang lebih tu... masukkan dalam plastik. Akhirnya barang yang aku beli selamat sampai di Malaysia. Terima kasih mak cik.

"Serik dah budak 2 orang nie nak ke sini lagi..." beritahu mak cik yang tumpangkan bagasi kepada kami. 

Rasanya tak serik... aku akan ke sana lagi kalau ada rezeki. Dah ada pun orang nak ikut kalau aku ke sana.

Pengalaman di Airport Saigon tu... memang akan aku kenang sampai bila-bila. Padahal kalau beli online 20kg tu baru dalam RM40++ je pun. Peringatan untuk aku jugak... kalau pe mana-mana ambil begasi sesuai dengan keperluan kita... biar lebih tak apa... daripada nak bayar yang lebih 1 kg tu lagi mahal.

Dekat sana memang straight lah... yang cary pun ditimbang jugak... lebih 1 kg pun kena bayar... kalau kita di LCCT... tak adanya... kecuali memang ketara sangat begnya besar... 

Kesimpulannya, sepanjang 4 hari 3 malam tu... enjoy sangat dan banyak pengalaman yang aku dapat. Terima kasih kepada kawan den Cikgu Arai dan Cikgu Nazri. Kepada Cikgu Nazri... jangan lupa gambar tu... aku nak simpan untuk kenangan. Bukan senang nak sampai ke Saigon.

Jika tiada rezeki kita...
Hendaklah reda, apa nak di kata...