Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Thursday, December 2, 2010

SITI SHAHRIZAH SAIFUDDIN (PELAKON DEN MINAT)

Minat punya pasal aku sanggup batalkan segala program lain, jika ada cerita yang dibintangi oleh pelakon yang aku minat nie. Sekarang dok mengikuti ceta Ahmad Durrah yang disiarkan melalui slot Zehra TV3. Drama bersiri ini ditayangkan pada setiap hari Jumaat pukul 9.00 malam selama sejam. Sejam berbaloi jugak nak layan...kalau Slot Samarinda tu... penat berkejar... cetanya 30 minit je.

Nasib baik lah drama ini ditayangkan selepas hari raya ari tu. Kebetulan aku dah habis tuisyen. So dapat lah den layan drama nie. Kalau ada tuisyen....alamaknya kena tengok kat tonton.com lah. Sebenarnya tak sama tengok kat TV dengan kat tenet. Dah le area umah aku nie.. tenet macam hampeh. Bayar je RM100 sebulan... tapi kalau nak upload atau download lambatnya. Inikan pulak nak tengok ceta.... tersekat-sekat buat sakit hati je.

Bila lah aku dapat jumpa secara live dengan pelakon nie...

Tuesday, August 24, 2010

EJA MENGENAKAN KURUNG MODEN

Minta kuar je berita mengenai pelakon yang aku minat nie... mesti aku akan simpan buat koleksi peribadi.... dulu2 rajin gak gunting tampal.... sekarang dah canggih... copy paste... sangat senang.

Orangnya sememangnya manis...tampak lagi manis apabila mengenakan persalinan kurung moden rona kelabu dilengkapi selendang yang menyerlahkan lagi keanggunan. Seorang yang pelakon yang menjangkau usia 38 tahun dan merupaka ibu kepada seorang cahaya mata, Nur Eishal.

Setelah sunyi sekian lama....kita dikhabarkan dengna berita yang mengembirakan....bagi aku yang meminati lakonannya tak sabar nak menonton lakonan terbaru EJa menerusi telefilem yang bertajuk Ahmad Durrah yang bakal disiarkan seminggu selepas Aidilfitri di TV3.

Cerita Ahmad Durrah hasil garapan Raja Ahmad Alauddin cukup mencabar mental dan fizikalnya apatah lagi sepanjang dua minggu penggambaran di Pulau Pinang, kebanyakan adegan berlangsung di tepi pantai atau di tengah lautan. Nak tahu selanjutnya klik di sini.

Sunday, August 22, 2010

PELAKON DIMINATI SENTIASA DINANTI

Jika kita cintakan seseorang kita akan cuba mengenalinya...
Jika kita minat seseorang kita berusaha mencari maklumat mengenainya...

Memang aku meminati pelakoan Eja nie... tapi banyak lagi mengenai dirinya yang masih aku belum ketahui....ada masa terluang aku cari maklumat kat tenet... kalau kat tenet tu infonya salah... salah lah apa yang tertulis kat blog aku nie.... sebab aku copy and paste je.... just for koleksi peribadi... he he he he...

Siti Shahrizah Saifuddin (Eja), dilahirkan pada 18 Januari 1972 di Kuala Kubu Baru dan merupakan anak pegawai polis marin. Eja pernah mengambil kursus setiausaha selepas tingkatan lima, sebelum memutuskan untuk menyertai Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai pramugari. Selepas 6 tahun, Eja mula menceburi bidang lakonan hingga lah ke ari ini.

Tahun 1997 merupakan titik permulaan bagi Eja dalam bidang seni kerana telah ditawarkan bagi mengacara rancangan muzik Video Skop di TV3.

Eja penah mengacarakan rancangan:
  • Roda Impian, di Astro Ria dari 1999 hingga 2003
  • Rancangan untuk remaja, Zoom di Astro
  • Rancangan fesyen dan gaya hidup TV1
  • Rancangan You Asked For It di NTV7
Filem yang pernah dibintanginya:
  • Sara (2001) - first film
  • Anak Mami The Movie (2001)
  • Bilut (2006)
  • Filem Kayangan
  • Filem Misi: 1511 (2006)
  • Sepi
Drama bersiri lakonannya:
  • Ejen 88 & 44
  • Demi Rahsia
  • Teduh Kabus
  • Salam Taj Mahal (2000)
  • Kiranya Ku Tahu (2000)
  • Takhta Hati
  • Tiga Dara - Tan, Tin Tun
  • Rindu Semakin Jauh (2004)
  • Kalau Itu Takhdirnya (2004)
  • Masih Ada Cinta
  • Wajah Kekasih
  • Cinta Semerbak Kayu Manis
  • Mya Zara
  • Seputih Qaseh Ramadan
  • Wadi unung
Drama lakonanya:
  • Dimata Mu Aku
  • Dijiwa Mu Dia (2002)
  • Pembunuh Upahan (2003)
  • Igawan (2004)
Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja bersama dengan Intan Azura
(hehe he nie mesti time ceta wani unung)

Pelakon Eja pernah dinobatkan sebagai Pelakon TV/VCD Wanita Popular sepanjang tahun 2004 pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2004).

Drama Rindu Semakin Jauh yang disiarkan melalui slot Samarinda memberikan kesan positif pada permulaan karier Eja, dengan rating penonton 3.5 juta. Manakala drama Kalau Itu Takdirnya yang disiarkan menerusi slot Identiti yang mencecah 2 juta penonton. Drama Masih Ada Cinta pula mencecah 2.9 juta penonton. Semua drama nie... aku tak pernah miss. Aku lah tu... salah seorang penonton antara yang berjuta tu....

Monday, August 2, 2010

PELAKON YANG DIMINATI

Bila semua org dok ceta pasal pelakon yg mereka minati.... mula lah aku teringat kat pelakon sorang nie... rupanya di keliling aku ada gak yg meminatinya. Terbaru aku dpt tahu...member lelaki kat sekolah aku nie pun minat gak...sampai cari bini pun muka iras2 eja.Boleh tahan gak....sengalnya.

Bila lah agaknya aku dapat jumpa dengan artis nie kan.... kalau diberi pilihan lah.... nak jumpa bini PM atau pun jumpa Eja.... jawapan aku dah tentu Eja..

Aku nie, tengok ceta pilih pelakon.... pelakon aku minat layan...klu aku tak minat. Terus tukar siaran lain. Selalunya artis yang jenis....... malas nak cakap, faham2 lah.

Artis aku minat nie nak cari gambar kat tenet pun susah... aku jumpa je, mesti copy pe letak kat blog aku.... harap2 suatu hari nanti dapat jumpa betul dengan tuan empunya diri. Lama dah tak dengan ceta artis nie....menyepi je... tut..tut.. kuar drama lakonannya pun bagus gak...

Saturday, July 31, 2010

DRAMA LAILA ASYIKIN



Orang nie mcm2 ragam, gaya, perangai, minat dan sebagainya. Kalau kita tak kenal dan tidak berusaha untuk mengenalinya... kita tidak akan kenal. Orang yang kenal aku, dia dah tak heran dgn aku nie... boleh duduk di depan laptop berjam-jam lama.

Dan lagi satu, aku jarang mengikuti ceta bersiri / sambung2 di TV. Tuntutan masa yang tidak mengizinkan. Tapi sekali aku tengok... aku akan mengikuti. Sebelum aku dok tergilakan ceta Laila Asyikin, aku dok mengikuti ceta Adam Maya.

Gara2 ceta slot Samarinda, minggu lepas aku tersalah umah... dari tempat tuisyen ke umah lebih kurang setengah jam... so aku bergegas drive, punya lah tak nak ketinggalan. Sekali dah kuar keta nak buka pinta pagar.... rupanya salah umah. Minggu nie ari Khamis, bekalan elektrik terputus.... boleh aku pe umah kawan aku di Desa Moccis, gara2 tak nak ketinggalan.

Padahal boleh tengok kat tenet... tapi tu lah, tak sama klu tengok ari tu.... tengok kat tenet ceta dah basi. Nanti tak seronok lah, semua orang dok sembang time minum pagi... kita tak boleh nak menyampuk...sebab tak tahu hujung pangkal. Aku akan mengikuti sesebuah ceta tu bergantung kepada beberapa faktor:
  • Jalan ceta yang menarik. Padat dengan pengajaran, terutamanya ceta yang berkaitan kekeluargaan dan masyarakat.
  • Pelakon yang aku minat. Selain daripada Eja, ada beberapa orang pelakon lain yang aku minat. Termasuklah, Laila nie. Walaupun kali pertama aku tengok lakonannya, secara jujur kesimpulan awal yang boleh aku katakan....dia memang berbakat dan boleh berjaya dalam bidang lakonan sekiranya tak buat perangai.
Aku suka, sebab bakat kamu....
Aku suka, sebab kemampuan kamu...


Friday, May 28, 2010

LAKONAN EJA BERSAHAJA

Semalam time dok sembang dengan jiran aku nie... ada lah ceta lakonan Eja kat TV9 pukul 11.00 p.m -12.00 p.m... sebenarnya dah lama aku tak tengok ceta lakonan Eja... ceta semalam tu dah pernah siar pun kat TV3... klu dah minat kan... ulangan pun tengok lagi....klu ulang lagi...tengok lagi....aku rasa tak kan boring tengok ceta lakonan Eja....sebab minat.... cuba yg aku tak suka.... terus tukar siaran....rupanya jiran aku nie pun minat gak ceta lakonan Eja... sudahnya mlm tu dok ceta pasal Eja je le....

Kita klu dah minat tu kan... sanggup je...
Tinggal keja lain pe mengadap tv tu.... layan ceta sampai habis....
Tak kuar dating...semata2 nak dating dgn pelakon yg diminati....

Antara drama lakonan Eja:
  • Rindu Semakin Jauh
  • Masih Ada Cinta
  • Bunga-bunga Cinta Dari Syurga
  • Kalau Itu Takdirnya
  • Wadi Unung

Nie aku copy paste kata2 eja selepas dia memenangi ABP tahun bila entah....

“Berilah ruang kepada bakat Eja, bukannya cerita peribadi yang tiada kaitan dengan peningkatan kerjaya seni Eja,” pintanya mengharapkan pengertian.

“Walaupun tidak banyak berlakon, Eja bersyukur kerana nama Eja diingati peminat. Dalam hal ini, Eja bernasib baik kerana banyak drama lakonan kerap diulang siar. Jadi Eja tidak tenggelam begitu saja.

Walau pun Eja nie tak lah seglamor artis lain... tapi namanya tetap orang ingat kerana lakonannya yang bersahaja dan watak dalam lakonan tu memang bersesuaian dengan penampilannya....

Bukan minta untuk diingati...
Tak suka jugak kalau dicaci
Cukup lah sekadar dihargai...
Dengan bakat yang dimiliki....

Saturday, April 17, 2010

PEMERGIAN ACHIK SPIN

Beginilah keadaan kereta yang dinaiki oleh Achik yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Aku pun tak mengikuti beritanya sebab sibuk dengan camping. Gambar nie aku dapat drpd kawan aku yang dikirimkan oleh kawannya melalui fb. Mungkin dia berada di lokasi semasa kejadian.

Hari ini kita dikejutkan dengan berita sedih,,,, apabila kereta Estima yang dinaiki oleh penyanyi yang terkenal dengan lagu bola2 api.... aku ingat lagu tu.. sebab aku minat sangat. Penyanyi yang berduet dengan Nana dalam lagu tersebut. Achik spin pergi meninggalkan kita untuk selamanya.

Baru beberapa hari yang lepas aku dengar lagu barunya di corong radio... yang juga berduet dengan Nana. Takziah kepada seluruh ahli keluarga Achik. Al-fatihah.

Friday, March 5, 2010

NAK SENANG....LAGI SUSAH

KUALA LUMPUR: Pelakon, Siti Shahrizah Saifuddin (atas), 38, yang popular dengan panggilan Eja, trauma kerana mendakwa anaknya yang berusia enam bulan didera pembantu rumahnya, selain kerugian hampir RM50,000 kerana wanita warga Indonesia itu merosakkan perabot dan kelengkapan rumahnya sebelum melarikan diri. Berita lanjut.


Hari nie muka depan lagi ceta pasal artis kesayangan aku nie... Sedih jugak aku baca berita nie. Tak sangka ambil pembantu rumah untuk memudahkan segala urusan rumah tangga. Rupa2nya lagi menyusahkan. Nasib baik lah anaknya selamat, walaupun tanda2 penderaan tu dah ada.

Kepada kawan2 yg ada pembantu rumah tu... hati2 lah, takut gak time kita ge keja selalunya dia buat perangai. Jiran aku dulu, pernah pembantu umah dia nak bawak lari anaknya. Nasib baik ada jiran kami yang tak kerja nampak.

Selalu aku tak beli pun Berita Harian.... tapi gara2 nak mengumpul keratan kepala BH beli sampai 2 lagi tu... surat khabar pilihan aku dah tentu lah Harian Metro. Keratan hari Isnin sampai Jumaat member yang bagi...

Friday, December 25, 2009

CINTA SEJATI KEKAL ABADI

Zaman bercinta, adalah zaman yang paling indah.... masa tu seronoknya hanya tuhan yg tahu.... kalau dah jodohkan sanggup tunggu berapa tahun sekali pun... tak kurang jugak ada yang bercinta bagai nak rak dgn org lain, tut..tut...tut... kawin dengan orang lain....

Lepas tu masing2 mencari cinta sejati..
Cinta sejati terpahat di hati....
Kenangan indah bersama diingati.....
Walaupun dirimu telah dimiliki....

Hanya mampu pandang dari jauh.... dan mendoakan agar sentiasa bahagia bersama isteri dan anak-anak tersayang... Dalam situasi begini, jangan fikirkan diri sendiri.... sebaliknya fikirkan mereka yang memerlukan dirimu supaya berada di sisi.... Harapan mu setinggi gunung, tapi mungkin menyebabkan banyak hati yang terluka....

Cinta tak pernah mengenal usia.... berkahwin dengan lelaki yang lebih muda bukan lah menjadi isu... he he he ada hati nak kawin dengan orang muda ke??? kalau dah jodoh.... rupanya kakak aku ada 2 orang, laki depa tu lebih muda.... baru je tahu...masa depa kawin dulu kita masih mentah... mana nak ambil pot pun bab umur abang ipar nie....

Bagi aku penerimaan kita di dalam keluarga tu penting... saling hormat menghormati dan menerima kehadiran ahli baru dengan seadanya. Kematangan seseorang tu lebih di utamakan daripada faktor umur.... kalau umur je tua tapi tak matang dan sukar untuk membuat keputusan pun payah gak.... Umur muda pun kalau mampu melaksanakan tanggungjawab dan membimbing keluarga dengan baik. Itu yang terbaik.


Kawin dengan duda nie, bukan semua orang mampu.... kena fikirkan penerimaan anak-anak terhadap kita lebih drpd bapaknya....Apatah lagi anak-anak yang dah besar dan tahu menilai serta mampu buat perbandingan dengan ibu mereka... payah gak kan.... Tak hairanlah ada yang sanggup tackle anak dulu baru bapak....

Ada jugak anak2 dulu yang nak kenal dengan bakal ibu tiri.... sibuk cari maklumat sana sini.... bagus tu, takut bapak dia tersalah pilih.... yang susah mereka jugak nanti.... Ada cita-cita ke jadi ibu tiri???... Jodoh nie bukan kita yang tentukan... kita perlu bersedia.... Label ibu tiri tu.... yang menjadikan orang takut. Takut jadi mcm bawang putih, bawang merah. Anak tiri kena dera.... sekarang penderaan hukuman berat... jangan main2...

Bila tengok kekawan dah mencecah umur 35 tahun belum berkahwin releks je.... aku pun jadi releks kejap... tapi bila fikir balik, lambat kawin nanti susah gak nak dapat zuriat pelapis generasi akan datang.... Ada kawan aku tu... rupa ada, kerjaya ada..... tapi teman hidup je belum ada. Belum jodoh lagi tu.....

Tengok gambar nie... teringat ceta mereka antara yg terhangat.... berkawan dengan laki orang... akhirnya berkahwin.... Aku teringat mcm mana kawan baik, kawan rapat, teman sebantal, makan sepinggan.... ke mana pun berdua.... boleh putus kawan... gara2 tak boleh terima hakikat kawan baik dia berkawan dengan laki orang.... benda nie pernah berlaku dalam hidupnya sehingga dia membenci ke tahap tu....

Gambar di atas hiasan semata-mata, untuk mewarnai blog aku nie je... suka nak abadikan saat2 bahagia celebriti tanah air....

Kepada mereka semua semoga bahagia....
Hingga ke anak cucu...

Monday, December 21, 2009

AKU BERMIMPI LAGI

Eja bersama suami dan anak tersayang

Hari nie... aku rasa lega bangat. Satu bebanan di kepala dapat diselesaikan, walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.... daripada malam tadi.... sehingga lah ke pagi nie... Aku berkejar ke Cheras and than balik semula ke Klang... memang penat tapi.......

Sampai di rumah aku solat zohor than terus lena dikepenatan yg melampau.... org kata tido petang tak elok utk kesihatan.... tapi aku buat jugak... bukan selalu pun... jarang.. jarang... Jaga daripada tido aku tersenyum.... kawan aku jd pelik... dia tak tahu.... aku bermimpi lagi....
Aku bermimpi bertemu dgn pelakon pujaan hati ku... siapa lagi kalau bukan eja... siap sembang pasal anak dia.... belum sempat tanya siapa laki dia aku dah terjaga... aduh knp mimpi yg kita seronok kejap je.... kalau mimpi hantu tu.... boleh pulak sampai berpeluh... nie dah kali kedua mimpi eja....lepas kali ketiga dapat jumpa betul kot...

Pernah kwn kat sekolah tanya....akak nie lesbian ke??? orang perempuan selalu minat pelakon lelaki....tapi akak pelik minat pelakon perempuan..... aku punya alasan tersendiri..... pelakon eja nie aku minat sebab penampilan dia yg lemah lembut dan bergaya...pakai apa pun nampak kena je..... mungkin kelebihan dia yg tinggi lampai... dan aku sendiri klu blh nak jadi mcm tu.... tak sepenuhnya pun.... sikit jadi lah....

Kalau kita suka lihat org berpenampilan kemas....
Begitu jugalah org lain ....

Suka lihat kita berpenampilan kemas.....

Monday, September 28, 2009

MINAT PUNYA PASAL

Gambar aku rakam ceta Wadi Unung

Masa ada ceta lakonan pelakon yang aku minat boleh aku berkejar2 balik umah.... apa keja pun aku tak buat... sampai habis ceta tu... Tut tut.... boleh episod akhir pulak aku tak perasan.... tahu2 je dah ceta lain.... frust betul tak tahu ending mcm mana....

Tapi tak pe, aku tunggu lah lain kali kot2 ada ceta lakonannya.... memang dah jenis aku... kalau sesuatu yg aku minat.... datang lah lah apa pun aku tak berganjak.... contoh tengok tv.... tak de daa... nak menyambil keja lain nanti tak dpt beri tumpuan....

Kalau belajar mcm nie... dapat beri tumpuan, bkn setakat ijazah je boleh buat.... master pun boleh tamat kan dengan cemerlang kot.... tapi tu ah dok gitu... time belajar boleh tido dalam kelas....

Aku tengok ceta pilih pelakon.....
Aku kalau makan pilih yang tak pedas....
Aku kalau berjalan tak kira masa....
Aku kalau tido tak kira tempat....
Itulah aku....