Showing posts with label Asam Garam. Show all posts
Showing posts with label Asam Garam. Show all posts

Monday, July 4, 2011

HILANG SABAR, ATAU BARU SEDAR

Setiap hari ada saja masalah yang menimpa, kalau tak diri sendiri, ahli keluarga... tak pun rakan taulan. Minggu lepas datang sorang rakan aku nie mengadu masalahnya... aku seperti biasa lah... bab rumah tangga nie aku tak nak komen lebih-lebih... aku sendiri pun tak punya rumah tangga nak komen masalah orang pulak... cukup lah sekadar menjadi pendengar yang baik. Bagi aku sekurang-kurangnya dia ada tempat untuk mengadu masalah yang dihadapi.

Berbelas tahun dia hidup berkeluarga... semua urusan perbelanjaan diuruskan oleh suaminya... dia langsung tak ambil tahu... berapa perbelanjaan sebulan... berapa baki wang yang tinggal... cuma yang dia tahu bila nak pergi kerja... pasti suaminya menghulurkan wang untuk perbelanjaan seharian. Nak beli itu, ini kena mintak dengan suami.

Betul lah orang kata, makan gaji dengan kerajaan nie... gajinya sikit, tapi setiap tahun gaji tetap akan naik... walaupun RM60. Bila gaji diuruskan oleh orang nie... dah tentulah kuasa membeli agak terhad... nak beli apa pun terpaksa kena tanya suami... padahal duit gaji sendiri... ada ketikanya, kita nak jugak beli apa yang kita nak... ya lah penat-penat kerja... tapi kita tak mampu nak milikinya... bukan tidak berduit... tapi duit tak ada kat tangan.

Sebelum nie ada jugak dia bercerita... tapi aku dengar je lah luahannya... bukan apa, sejak kebelakangan nie... darah tingginya semakin meningkat.. aku risau jugak.. sekurang-kurangnya, ada juga orang mendengar masalahnya... lega sikit.

Lepas nie dia bertekad nak uruskan gajinya sendiri... dia nak belajar berdikari... tak nak lagi harapkan kepada suaminya 100% bab urusan kewangan... dalam pada tu sempat lagi dia minta tolong aku ajar tu.. ajar nie... Insya Allah aku akan bantu setakat yang termampu.

Pernah dulu ada sorang kawan aku nie... serahkan kad bank gaji dia setahun kepada aku... aku uruskan gajinya... hari keluar gaji je... aku settlekan kad kredit, pinjaman perumahan, bayar kereta, bayar bil tu dan nie... baki baru aku serahkan kepadanya... padahal dia ada suami... tapi tu lah, bila suruh suami dia uruskan setiap bulan ada je bil yang sangkut... masa tu kawan aku nie ada anak kecil so... susah nak ke bank. Aku tolong lah... lagi pun setiap bulan aku pun akan ke bank jugak. Sekarang nie je, banyak urusan bayaran bil aku di maybank2u.

Moral of the story, gaji kita... sepatutnya kita yang uruskan sendiri... bukan tak boleh suruh suami yang uruskan... tapi jangan lah serah kad tu bulat-bulat. Sampai tak tahu ke mana duit tu dibelanjakan. Aku bersetuju kalau dapat duit gaji... campurkan semua... settlekan segala bil... kemudian bakinya dibahagi sama rata. Rasanya macam nie baru lah keduanya tahu ke mana duit berkenaan dibelanjakan. Tak salah kita percayakan suami, tapi yang selalu timbul masalah... adalah mereka yang percaya kepada suami 100%.

Dalam berumah tangga nie, suami isteri perlu tahu kedudukan kewangan keluarga... jadi tak lah timbul masalah kesuntukan wang di hujung bulan... berbelanja lah mengikut keperluan dan mengikut kewangan yang kita ada.

AKu nie bukan pandai pun bab pengurusan kewangan... tapi berusaha untuk tidak menyusahkan orang lain dengan masalah kewangan. Aku pun pernah susah... hidup di KL nie... aku pernah makan maggi berhari-hari... malu nak pinjam duit dengan kekawan. Pengalaman nie mengajar aku supaya lebih berjimat cermat dalam berbelanja... takut cerita 10 tahun yang lalu berulang kembali.

Aku tak mintak jadi kaya...
Cukup lah sekadar mudah berbelanja...

Friday, April 29, 2011

KEBERHUTANGAN MELAMPAU

Seminggu 2 nie, my friend dok forward sms-sms yang dihantar oleh seorang yang ingin menangih simpati daripadanya kerana kesuntukan wang. Sebenar orang yang nak pinjam duit tu dah pun bersuami... alasan yang diberikan suaminya dah lama tak kerja. Semua perbelanjaan dia yang terpaksa tanggung.

Rupanya sebelum nie pun ada jugak minah nie pinjam... belum pun bayar lagi... 2 minggu lepas my friend dah transfer RM1000. Hari Isnin gaji keluar... hari Rabu dah sms bertalu-talu nak pinjam duit. Memang gigih betul minah nie... tak henti-henti sms. Aku suruh member tu trasfer je lah RM100... tapi member aku nie bermurah hati nak transfer RM500... biarlah duit dia kan.

Gaji bersih minah tu tinggal RM425 je... mana nak bayar orang mengasuh anak... mana nak beli keperluan dapur... nak bayar ansuran kereta... nak bayar sewa bulanan rumah... mana nak bayar hutang orang lagi... kalau aku berada di tempat minah nie mahu tak pening.

Betul lah cakap kawan aku... " Bukan semua orang tak nak tolong, tapi mereka sebenarnya tak setuju dengan perangai suami yang tak nak bertanggungjawab tu" Semua bebanan letak di atas kepala isteri sorang je.

Pada pendapat aku, kalau dah sampai tahap macam nie... minah nie dah perlu buat sesuatu... pertama kereta Waja tu jual beli kereta yang tak perlu bayar ansuran. Kedua, kalau dulu menyewa rumah besar... sekarang kena cari rumah yang sewa bulanan lebih murah. Ketiga, kena berbincang dengan suami... dah dia malas bekerja, tolong lah jaga anak sendiri.

Aku ada ramai kawan yang suami mereka malas bekerja... semuanya mengharapkan isteri. Pelik kan... tapi itu lah realiti kehidupan hari ini... bila mana rasa tanggungjawab dah hilang dalam diri... semua benda nak ambil mudah... tanpa rasa bersalah pada diri sendiri.

Thursday, March 31, 2011

LELAKI BERIYA-IYA BOLEH DIPERCAYAI KE???

Dunia hari ini penuh dengan warna-warna kehidupan... suka duka, kegembiraan, kesedihan, tangisan, ketawa... pastinya setiap orang pernah mengalaminya. Mereka yang mengalami akan lebih merasai kepahitan dan kemanisannya.

Lelaki yang beriya-iya nie boleh dipercayai ke????
Pernah rakan sekerja... nasihatkan aku, "kak, ko kalau nak cari calon suami.... carilah yang beriya-iya nak kepada kita... jangan kita je lebih-lebih..."

Aku terima pandangannya, mungkin dia bercakap berdasarkan pengalaman yang pernah dilaluinya. Suami dia sekarang ialah seorang lelaki yang beriya-iya hendak kan dia. Alhamdulillah bahagia.

Beberapa bulan yang lepas, member aku nie sibuk nak kahwin. Ya lah kan... umur semakin meningkat. Bila ada lelaki yang beriya-iya ajak dia kawin... bukan main suka lagi lah member nie. Tanpa rasa curiga dan was-was terus menerima lamaran lelaki berkenaan. Perkenalan yang singkat akhirnya sampai ke jinjang pelamin.

Di sebalik kegembiraan, rupanya ada kekecewaan. Mana taknya, setelah tarikh pernikahan telah ditetapkan... persiapan hampir siap, tetamu telah dijemput. Pada awalnya pelbagai alasan diberi, apabila member den minta separuh duit hantaran... di saat akhir, baru si mamat tu cakap yang dia tak ada duit nak kahwin.

Apa perasaan kekawan apabila seorang lelaki yang bakal menjadi pemimpin keluarga, mudah je memberi alasan????

Pada masa tu, tuhan sahaja yang tahu... tensionnya member aku nie. Memang dia buat loan... tapi... tak kan nak menanggung semua kos berkenaan. Demi maruah keluarga, member aku nie tetap juga meneruskan majlis tersebut. Selamat lah mereka menjadi suami isteri. Rupa-rupanya lelaki berkenaan sememangnya mempunyai masalah kewangan yang kronik. Sara diri sendiri pun tak mampu.

Hari nie, wanita yang bekerjaya... memang diburu oleh lelaki yang macam nie... semasa tempoh perkenalan sanggup berhabisan... berlakon bagai nak rak... punyai lah takut tembelangnya pecah...

Apabila ikatan telah termateri, dah tak boleh buat apa... 'Makan hati berulamkan jantung' je setiap hari kawan aku nie... nama je sudah menjadi isteri orang... tapi segalanya kena tanggung sendiri... dan terpaksa berlakon dengan keluarganya... demi menjaga maruah suaminya di mata ahli keluarga.

Dah le, hutang kenduri kahwin kena tanggung sendiri. Kesian aku tengok member nie. Langsung tiada keceriaan di wajahnya. Setiap hari sedih je... memikirkan nasib yang menimpanya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Kita diberi peluang untuk berfikir...
Banyak petanda, perlu ditafsir...

Tuesday, March 22, 2011

KISAH SEMALAM JADIKAN SEMPADAN

Sejak kebelakangan ini, aku sering dihujani dengan masalah rumah tangga mereka yang berada di sekeliling aku. Aku rasa perlu untuk diterjemahkan dalam bentuk tulisan agar menjadi panduan kepada mereka yang berada di luar sana.

Aku langsung tidak berniat untuk mendedahkan siapa pemilik kepada cerita berkenaan. Cukuplah sekadar perkongsian yang boleh diguna pakai... jika ianya berkaitan dengan diri pembaca... dan dibiarkan bersawang sekiranya langsung tidak bermanfaat.

Aku rasa rugi sekiranya, pengalaman yang kita ada hasil perkongsian seseorang tetapi tidak dikongsikan kepada orang lain. Pengalaman semalam, adalah guru yang terbaik untuk membina kehidupan yang lebih sempurna dalam erti kata mendapat keberkatan daripadaNYA.

Hidup kita nie bukannya lama... kita cuma diberi sedikit ruang untuk saling memberi agar orang yang diberi akan merasa kebahagiaannya. Dan mereka yang memberi juga sudah pasti akan mendapat balasanNYA.