Showing posts with label Mug. Show all posts
Showing posts with label Mug. Show all posts

Wednesday, November 30, 2011

KOLEKSI MUG LAGI

Pada hari Rabu 23 November yang lepas sempat lagi aku temankan Guru Media sekolah aku ke kedai buku Kumpulan Media Karangkraf yang terletak di Shah Alam. Tujuannya membeli novel alaf21 untuk koleksi pinjaman guru. Aku biasalah jadi driver... bukan ajk perpustakaan pun. Kawan minta tolong... kebetulan hari tu memang ada kelapangan.

Guru Media aku nie... dengan anak kecilnya... tinggal dengan pengasuh sorang... bawa sorang... pun sanggup... dah la time cuti... kalau orang lain tu... dah cuti confirm hilang... call pun dah tak angkat. Aku bukan nak puji kawan... tapi bukan senang nak cari guru yang rajin macam dia... aku pun tak mampu.


Ini pulak mug aku beli semasa menginap di Hotel Lime Tree, Kuching. Ada sesuatu yang boleh aku kenang sepanjang bercuti di Kuching selama 3 hari 2 malam pada awal bulan November ari tu.

  • Mug Tempat yang Aku Kunjungi

Sunday, October 23, 2011

KOLEKSI MUG DARI SABAH

Selalunya aku kalau ke mana destinasi mesti akan cari mug sebagai kenangan... semasa ke Sabah awal bulan ari tu sempat aku beli 2 biji mug... sayang satu tu dah pecah... sebab masuk begasi... yang nie selamat sebab diperbuat daripada buluh... yang satu lagi tu daripada seramik...

Cantik sangat... aku beli dengan harga RM20. Tertulis perkataan Sabah... tu yang mahal.

Nie pandangan dari atas... aku beli mug yang diperbuat daripada buluh nie di gerai yang terdapat di Poring Hot Spring.

Mug nie, boleh dikategorikan:

  • Mug Tempat yang Aku Kunjungi
  • Mug Klasik yang Bukan Diperbuat daripada Seramik

Saturday, March 12, 2011

LAGI TAMBAH KOLEKSI MUG

Hobi aku mengumpul mug... tapi tu lah... masih tak boleh nak susun seperti yang diimpikan... idea dah ada nak susun macam mana.... tengok lah setahun-dua lagi. Sekarang lokasinya di dalam kotak di dalam stor.

Baru-baru nie member den... Ada lawatan kerja bersama dengan Majlis Guru Besar Daerah Gombak ke Singapura... so dia belikan den cenderahati mug nie... aku rasa mesti mahal jugak nie... tambah pulak tempat universal Studio... tapi orang dah beri aku terima je...

Terima kasih kepada PK Petang Sulia... yang penting akak suka sangat... nak pe sendiri tak tahu bila...

Harganya tak tahu... sebab member yang beri..

Mug ini dikategorikan Tempat Yang Pernah Dikunjungi. Walaupun bukan aku yang berkunjung ke sana.

Aku begitu tertarik dengan bentuk mug keluaran KFC kali nie... jarang kan kita jumpa... so aku ambil kesempatan untuk memilikinya sementara stok masa ada.

Aku beli di KFC Saujana Utama yang hanya beberapa bulan baru buka... seingat aku masa aku pe beli tu cuti umum... sebabnya banyak kedai makan yang tutup... so terpaksalah aku makan nasi ayam KFC je lah..

Harganya aku dah lupa... tapi tak sampai RM10.
Mug ini dikategorikan Keluaran Terhad sempena 500 tahun KFC beroperasi.

Mug nie aku beli di salah sebuah kedai cenderahati di Jusco Cheras Selatan, sebulan yang lepas... nak cari benda lain... terjumpa lah pulak mug yang mempunyai tulisan Pisces... mentang-mentang aku lahir bulan 3... saja simpan untuk koleksi.... mug yang mempunyai tulisan pisces yang kedua dalam simpananku..

Harganya RM 10.
Mug ini dikategorikan Mempunyai Tulisan Tertentu

TAMBAH KOLEKSI MUG

Mug nie aku beli semasa meronda sekitar up town Kota Damansara bersama rakan sekerja part time... saja tak ada apa nak buat malam minggu... ronda-ronda, cuci mata.... tertarik pulak pada mug yang bercolour merah nie...

Mug nie bukan seramik.... tapi plastik je... aku bukan lah peminat bola yang tegar... tapi kalau ada gengs tu aku layan je.... Kalau kat umah sesorang tu malas nak layan...lebih baik layan mata ... tak pun update blog.

Harga RM 10
Aku kategorikan sebagai Mug Yang Mempunyai Tulisan Tertentu

Thursday, December 30, 2010

TAMBAH KOLEKSI YANG SEDIA ADA

Gelas Coco Cola nie, sebenarnya member aku belanja McDonald di Petronas Bukit Rahman Putra masa menonton FIFA World Cup in South Africa ari tu. First time jumpa kawan aku selepas bebelas tahun dan kali pertama aku bercakap dengan dia. Sebenarnya kami nie sama masa belajar dulu.... tapi tak pernah tegur. Nama memang aku kenal... tapi orang tak berapa cam.

Terima kasih my friend belanja makan McDonald dan beri gelas nie untuk koleksiku. Aku lebih menghargai sesuatu barang yang aku simpan, sekiranya boleh mengingatkan tentang sesuatu peristiwa yang manis dan akan dikenang sampai bila-bila. Aku jumpa dia pukul 12.00 p.m sampai tamat perlawanan bola pukul 4.00 a.m. Sembang tak ingat dunia. Maklum lah baru nak berkenalan.

Selain mug, aku juga suka kumpul botol yang mempunyai bentuk yang menarik dan jarang dijumpai. Air botol Coco Cola tu aku beli di Padang Besar. Air minuman ini keluaran negara jiran. Dijual dengan harga RM1.50. Aku memang sengaja tak minum, sebab beli untuk disimpan.

Botol kosong tu, minuman teh botol yang aku angkut dari Bandung ari tu. Member yang beli... so aku tengok macam menarik je.... aku bawak balik. Semasa pemeriksaan kastam, depa tanya jugak. Aku cakap terus terang je lah, botol minuman kosong untuk koleksi. He he he selamat botol tu sampai di Malaysia.

Nie pulak, ole-ole daripada kawan aku yang pergi bercuti ke Hong Kong baru-baru nie. Kak Ita nie, mana saja di pergi... ada je untuk kami nie. Semua pemberian kekawan aku simpan. Aku memang bercadang untuk buat sudut khas di rumah aku untuk simpan semua pemberian kekawan.

Menyimpan dengan rapi...
Tanda pemberian dihargai...

Friday, December 10, 2010

KOLEKSI MUG DEN

Koleksi mug untuk simpanan peribadi...
Bukan tujuan membangga diri...

Jika anda mempunyai hobi ini...
Rajin-rajin lah singgah ke sini...
Mungkin kita boleh kongsi apa yang diminati...

Diperbuat daripada kayu. Istimewanya mempunyai ukiran lengkok yang tersendiri. Mug ini dihasilkan menggunakan mesin khas.
Aku beli di Taman Mini Malaysia dengan harga RM7.50.
Aku kategeorikan Koleksi Mug Klasik.

Mug pertama aku yang memaparkan wajahku. Uniknya gambar di belakang aku nie Eye On Melaka. Mug ini sebagai kenangan yang aku pernah sampai di sini. Aku tempah 2 biji. Satu untuk simpanan my friend.
Untuk cetak nie hanya mengambil masa 10 minit sahaja.
Harganya RM29 sebiji.
Kategori Mug Tempat yang pernah aku kunjungi.


Mug dikategorikan tempat yang pernah aku kunjungi. Berharga RM5. Bersaiz kecil je.


Diperbuat daripada sejenis kayu yang tumbuh di kawasan pergunungan di Tengkuban Parahu. Urat kayunya memang semulajadi. Semakin dijemur semakin keras kayunya. Memang cantik. Kayu Kukur yang digunakan ini, selain cantik... ia juga dapat menghalau tikus di dalam rumah. Setakat mana kebenarannya kena tengok nanti. Kalau umah aku tak ada tikus... betul lah tu.
Harganya Rp. 50 000 (RM 19.42).
Aku kategorikan koleksi Mug Klasik.


Walaupun ini bukan dikategorikan sebagai mug... tapi aku telah kumpul sebagai salah satu jenis koleksi mug klasik yang diperbuat daripada bahan bukan seramik.

Empat biji mug yang bakal masuk senarai koleksi peribadi aku.

Saturday, December 4, 2010

KOLEKSI MUG

Bila boring je...mula lah aku teringat akan mug aku yang masih tersimpan di dalam kotak tu... apa ceta. Selamat ke... nasib baik lah mug nie tikus tak boleh nak gigit. Kalau tak mahu dah selamat. Mug yang aku kumpul boleh diketagorikan mengikut :

  • Mug Universiti (selalunya kawan-kawan yang belajar di Universiti berkenaan beri sebagai hadiah )
  • Mug Hadiah Percuma (selalunya keluarannya terhad)
  • Mug Artis (yang ada muka artis)
  • Mug Tempat yang aku Kunjungi
  • Mug Bentuk yang menarik
  • Mug yang mempunyai tulisan tertentu
  • Mug kecil comel
  • Mug yang klasik, yang bukan diperbuat daripada seramik
Aku sebenarnya dah tak sabar nak susun dan nak buat n3 berkaitan dengan koleksi mug aku nie untuk dikongsi dengan blogger yang mempunyai hobi yang sama.