Tuesday, March 31, 2009

DIA YANG KU SAYANG

Kami nie sempat berbual dgn keng kawan waktu makan...itu je waktu yang sama free...Biasalah bila dah ramai tu..mcm2 ceta dia orang nie... Tiba2 aku rasa nak tulis pulak kat blog nie...masa makan di kantin tadi.....Aku pada mulanya malas nak makan...tapi, tiba-tiba dahaga. so, aku ge lah jgk ke kantin....wah pot aku kali nie...dah penuh....selalu 1 table hanya 6 orang ....nie dah 8 org...tambah aku dgn kwn nie....Entah mcm mana tiba-tiba je dia orang nie boleh kuar ceta pasal pasangan.

Member nie...kaunselor sekolah, dia bagi tahulah kat keng kawan supaya terima pasangan seadanya. "Memang ada yang kontra dengan kita, itu kita kena terima dengan terbuka. Tetapi kita masih boleh menyuarakan kehendak kita dengan berhemah. Tapi jangan mengharapakan mendapat respon apa yang kita inginkan. Semua tu ambil masa untuk berubah. Tapi tak semua kontra..ada jugak persamaan yang menjadikan pasangan tersebut serasi..."

So,,sambil dok gelak tu....masing2 dok mencari apa yang kontra dengan pasangan masing2....
Kawan nie cakap " aku suka shopping, abg aku tak suka shopping" kawan nie bukan apa sebab esok JJ-card...tu dia teringat pasal tu..

Kawan nie pulak cakap " aku nie gemuk, dia kurus"

Sorang nie pulak " Aku ada rambut lagi, abg aku dah botak" ada pulak member terasa, sebab abg dia pun dah nampak makin licin.....tapi kuat fikir...cerah masa depan.

Sorang lagi menambah " aku tak suka bergaya, dia pulak jenis menyemat"

Kawan yang nie pulak " abg aku rambut panjang, aku rambut pendek, tapi dua2 rock" memamg betul abg dia rambut panjang, lebih paras bahu.

Tiba turn aku pulak, depa malas nak tanya takut aku terasa. Tapi aku dah tak heran apa pun hidup mesti diteruskan....aku pun terfikir2 apa lah yang beza sangat antara kami berdua.Baru teringat "aku boleh drive , dia tak boleh drive"
tapi tak pe lah.. duduk sebelah pun aku drive.. keta dia. Kira ok lah...ada pemandu peribadi..kan.
Tapi kalau laki duduk sebelah, keta perempuan...tu nak panggil apa???
Lu fikir lah sendiri....

Monday, March 30, 2009

PENING-PENING!!!!!!

Biasa kita dengar orang cakap, mungkin kita sendiri pun pernah cakap.
" tak boleh lah saya banyak kerja sekarang"

Tapi orang yang biasa bekerja melibatkan ramai rakan sekerja ayat macam nie dah biasa kan...
Tambah lagi macam kita nie..guru.. Macam2 tugasan perlu disiapkan. Aku teringat kawan aku cakap penatnya, bukan apa dalam masa yang sama dialah ibu, dialah isteri, dialah guru, dialah pelajar, dialah anak dan dialah pekerja. Bagaimana cara untuk menguruskan semua tanggungjawab yang terpaksa laksanakan??? Kita perlu pandai2 lah menguruskan masa dengan baik. Tapi hakikatnya setiap orang mempunyai masa yang sama 24 jam tak kan lebih atau kurang walaupun sesaat. Kalau kita rasa kita banyak tugas perlu dilaksanakan. Begitu juga dengan rakan atau pun orang lain. Apa yang penting laksanakan tugasan kita. Mungkin jika kita tidak laksanakan tugasan kita itu, dikhuatiri akan mengganggu tugas orang lain. Senario di tempat kerja nie, akan saling berkait antara satu sama lain.
"sebab ko tak siap keja, dah aku tak boleh buat laporan"
Bos akan tanya kenapa tak hantar laporan?
Kita akan jawab dia orang tak hantar?
Nie dah jadi mcm cerita bangau oh bangau....
Kalau tak siap tak kan kita nak buat semua...mati...

SEJARAH SK SUNGAI BULOH

SK Sungai Buloh pada asalnya merupakan SRJK (1) dan telah berkongsi bangunan dengan SRJK (T) Saraswathy Sungai Buloh. Apabila telah menpunyai bangunannya sendiri yang terletak di Kampung Melayu Sungai Buloh barulah tertubuhnya perpustakaan sekolah yang terletak di bangunan sementara. Apabila terbinanya bangunan 3 tingkat pada tahun 1986 dan menyahut saranan Kementerian Pendidikan, tertubuhlah Pusat Sumber Sekolah. Pada tahun 1987, Pusat Sumber SK Sungai Buloh ditubuhkan dan beroperasi dengan sepenuhnya. Pusat Sumber memainkan peranan dalam proses P&P. Tiga unit utama ditubuhkan iaitu Unit Perpustakaan, Unit BBM dan Unit APD selaras dengan kehendak Sistem Pendidikan Negara. PSS seterusnya berkembang dari segi fizikal sejajar dengan peranannya.

LAGU SEKOLAH

Maju SK Sungai Buloh
Majulah ke medan jaya
Pelajaran Asas Kemajuan
Obor panduan perjalanan
Berikrar bersatu pada semua
Maruah sekolah kita jaga
Usahlah hampakan ibu bapa
Kelak kita yang derita
Maju SK Sungai Buloh
Majulah ke medan jaya
Pelajaran Asas Kemajuan
Obor panduan perjalanan

Lagu : Cik Elizabeth Lee Foo Eng
Lirik : Pn Rosanah M. Amin

GURU BESAR PERTAMA
Nama : En. Muhammad bin Ibrahim
Tempoh bertugas : 1980 - 1986
Kelulusan Akademik : FMC
Bersekolah di : Sek. Melayu Jempol, Bahau ,N. Sembilan Sek. Melayu Princess Road, Kuala Lumpur
Kelulusan Iktisas : TUOS
Tempat Latihan : Sek. Melayu Princess Road, Kuala Lumpur

GURU BESAR KEDUA
Nama : En. Mohd Ismail bin Hj. Kacib
Tempoh bertugas : 1986 - 1987
Kelulusan Akademik : Sijil Pelajaran Malaysia
Bersekolah di : Sek. Kebangsaan Bangi
Kelulusan Iktisas : SITC

GURU BESAR KETIGA
Nama : Pn. Hajjah Zainun bt Mohd Yunus, PJK
Tempoh bertugas : 1987 - 1988
Kelulusan Akademik : Sijil Pelajaran Malaysia
Bersekolah di : Sek. Kebangsaan , Pasar Road
Sek. Kebangsaan, Kampung Baru
Sek. Kebangsaan , Sungai Plong
Kelulusan Iktisas : TUOS

GURU BESAR KEEMPAT
Nama : En. Md Derus b. Hassan Ahmad
Tempoh bertugas : 1988 - 1990
Kelulusan Akademik : Sijil Pelajaran Malaysia
Bersekolah di : Sek. Kebangsaan Bukit Badung
Sek. Kebangsaan Assam Jawa
Kelulusan Iktisas : TUOS

GURU BESAR KELIMA
Nama : En. Harith b Abd Khalip
Tempoh bertugas : 1991 - 1992
Kelulusan Akademik : Sijil Pelajaran Malayia
Kelulusan Iktisas : TUOS

GUR BESAR KEENAM
Nama : Tn. Hj. Jamil bin Kudu
Tempoh bertugas : 1992 - 1994
Kelulusan Akademik : Sijil Tinggi Pelajaran (HSC/STP)
Kelulusan Iktisas : Sijil Perguruan
di Maktab Perguruan Sultan Idris

GURU BESAR KETUJUH
Nama : Pn. Patiah bt Sapnawi
Tempoh bertugas : 1994 - 1999
Kelulusan Akademik : Diploma Fizik/Matematik
di Universiti Teknologi Malaysia
Kelulusan Iktisas : Diploma Sains serta Pendidikan

GURU BESAR SEKARANG
Nama : Tn. Hj. Zulkifli b. Hj. Hainin
Tempoh bertugasa : 2000 hingga sekarang
Kelulusan Akademik : 1. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan (UPSI)
2. Sijil Tinggi Pelajaran (HSC/STP)
3. Sijil Khas Kolej Islam Klang
Kelulusan Ikhtisas : 1. Diploma Perguruan Dan Kepimpinan
Pendidikan (IAB)
2. Sijil Kelayakan Kepengetuaan Kebangsaan
(NPQN-IAB)
3.Sijil Perguruan Malaysia (MPKI)
4.Sijil Teknologi Pendidikan (USM)

Tuesday, March 24, 2009

PEMANTAUAN

Hari nie..dalam sejarah betul....bagun pagi tadi aku dah rasa berdebar2....tapi aku buat biasa je lah...kan nazir nak datang bulan 4... Ari nie lepas perhimpunan ada perjumpaan murid Tahun 6...GB ambil tindakan kepada murid yang tidak menghadiri kelas tambahan masa cuti...Ok jugak sekali sekala ambil tindakan...barulah lain kali takut sikit murid nak ponteng....Aku ada kelas Tahun 6 ...3 waktu...tu tat..tu tat...habis waktu aku 2 masa...tinggal 1 masa buat perbincangan kertas ujian bahagian C...lepas tu free....aku ke PSS...konon2 nak buat outomasi.....tut..datang pelawat dari PKG Kuang... aku ingat guru media je terlibat.....Rupanya nak tengok semua termasuklah makmal komputer.....ha jenuh aku nak menjawab....dah lah kelas penuh ari nie... sampai balik. Dalam perjalanan ke makmal komputer aku ternampak mcm pelawat je masuk sebab pakai baju koprat...

Baru je tengah menjawab soalan daripada En. Ali Pegawai PKG Kuang....phone aku berbunyi...aduh...tengok no..KP BI naik...mesti nak memantau PPSMI....ya...Allah rasa mcm nak pitam aku....baru habis jumpa pelawat 1...Kena pula mengadap Pn. Chong Pegawai PPD Gombak...dalam kepada aku mati ....lah kalau nak tengok aku mengajar ari nie....nasib baiklah nak jumpa gurunya sahaja...kalau cikgu takut mesti ada yang tak siap (tahulah)...Nasib baik dia banyak tegur dan baeri tahu apa yang perlu dilakukan...dan perbetulkan mana yang perlu di perbaiki....

Aku kuar bilik GB lepas jumpa pegawai PPD...kerani sekolah perkenalkan seorang Juru teknik untuk makmal komputer...ha lega sikit dah ada orang nak pantau mengenai pengurusan alatan ICT..Bolehlah tarik nafas sikit...bukan mengelak kerja tapi dah tak termampu nak buat...semua kerja nak cepat...Juru teknik perempuan...tadi aku bawa ke makmal...aku suruh dia check mana komputer yang rosak...almaklumlah penyelaras ICT bercuti bersalin. Penolong nie...biasalah sentiasa sibuk....apa pun aku janji dengan dia akan bantu....

Petangkan aku nak ke makmal lagi...kesihan jugak kat dia duduk sorang2 kat situ...
Apa pun ari nie...aku kena ditemuramah oleh 2 orang pemantau...takutnya...tapi sekaran dah legalah sikit....

CARI MAKAN

Hari nie...habis saja waktu sekolah aku bergegas ke Shah Alam...ada hal yang perlu diuruskan...penting jugaklah. Boring jugak kan kalau pe sorang2...so aku pun ajak lah kawan aku yang sorang nie...dia nie...seingat aku tak pernah lagi aku tengok ke, dengar ceta ke.. dia marah orang...tapi kalau aku selalu je....selalu makan daging kot...tu jadi cepat marah....tapi tu makanan yang aku suka....satu lagi daging kambing...pening kepala pun aku tak kisah janji benda sedap...

Tadi sambil berjalan menuju ke tempat yang hendak dituju....sempat lagi aku tanya kat akak nie..."akak tak pernah lagi saya tengok akak marah, akak nie mcm org yang tak ada perasaan. Happy je setiap hari" Dia boleh jawab apa kat aku...."farid kalau ko asyik marah je nanti cepat tua" ada jugak kebenaran apa yang dia cakap tu...

Niat aku nak belanja dia makan...bukan apa asgmnt dapat A kan...nasib baik ada kawan yang sanggup buka pintu pukul 6 pagi nak binding...bukan senang nak cari tu...Aku nak belanja makan kat D'Teratai. Apa dia cakap..."farid ko jangan ckp le nak belanja nanti mesti kedai tak buka lah..." dia mengingatkan aku... "akak mesti jadi ari nie...."dengan penuh yakin. Sebelum kami nak gerak ke restoran tu...aku call dulu...memang menghampakan....kedai tutup. Pukul 6 baru buka semula.

Ini bukan kali pertama aku nak belanja kat tempat aku selalu makan tapi tutup.... Kali pertama restoran Ulik mayang kat Taman Melati....masa tu tak ada sup yang aku suka...memang sedap...ari tu...dapat makan pengat pisang je...Kali kedua...aku ajak makan di Jusco Kepong...Boleh tutup Arena ari tu...pelik betul...selalu raya pun buka.... Nie kali ketiga....dari Shah Alam....pusing ke Seri Pristana....alih2 makan kat mana?? Kat Kuang...oder sup ekor...yang dapat sup kosong....kami gelak je sepanjang jalan balik ke sekolah....

Tuah ayam nampak di kaki,
Tuah manusia siapa yang tahu kan...

Monday, March 23, 2009

TENTERA DARAT



Sebenarnya nie gambar abang ipar aku semasa diberi peluang bertugas di UK....Nie.. abang ipar aku yang ketiga....Arwah abang ipar aku yang pertama juga seorang askar....abang ipar aku yang kedua seorang anggota polis...kira semua pakaian seragam lah....tu lah sebabnya aku berminat sangat dengan kerjaya sedemikian.... sebab di kelilingi oleh abang ipar yang beruniform.....sebenarnya segak orang beruniform nie....tu ah....dulu nak ingat nak cari yang beruniform jugak...tapi tak sangkut...sangkut kat orang lain.....jodoh kan...nanti ada orang marah pulak....dikatanya kita nie jenis tak boleh menerima hakikat ketentuan daripada Yang Berkuasa...Tapi kan...kalau tak handsome pun..kalau berpakaian tu....smart je....kemas...tambah pulak askar nie....pentingkan kekemasan...lagi lah...

Saturday, March 21, 2009

SEBAGAI RENUNGAN

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT ..
Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH..
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN..
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Thursday, March 19, 2009

BESARKAN UMAH + MENANTU



Dulu umah kecil je...anak sulung kahwin (1990) tambah satu ruang...anak kedua kahwin (1991) tambah lagi satu ruang. Anak ketiga kahwin (1995) op...tak tambah apa2..Anak keempat kahwin (1999) tambah ruang tamu. Anak kelima (2000) aku lah....tak tambah ruang..cuma upgrade mana yang ada je... coming soon. Insya Allah tahun nie...tambah jugak....

Akhirnya rumah kecil... penghuninya ramai. Dah jadi besar....penghuninya makin berkurang...lepas nie tinggal lah ayah dgn mek aku je berdua...

Mengikut ayah aku...dia nak buat bilik air..ruang yang ada tu...esok senang bila dia sakit...orang tua kan...sentiasa beringat. Tak macam orang muda selalu ikut kata hati. Bak kata pepatah melayu "sediakan payung sebelum hujan".
Gambar nie...anak buah aku yang snap...yang buat keja tu anak sepupu dan sepupu aku. Kayu pulak abang aku belah sendiri....guna batang pokok durian kat belakang umah...jimat2....

Buah tamar dalam peti,
Masa dah sampai kena berhenti.

TIGA BERADIK

Tiga beradik nie permata hati pasangan (Ustazah Samrah Shamsuddin & Mejar Nik Hamdy)....dari kiri Nik Hanis, Nik Hany dan Nik Hanyn. Ada sorang lagi yang bongsu lelaki Nik Hady. Nama pendek2 je senang cikgu nak sebut dan nak ingat. Letak panjang pun akan panggil nama pendek jugak kan.. . Nie sah2 panggil nama penuh lagi. Masing-masing nie mempunyai kebolehan yang tersendiri....ada yang aktif pidato, aktif sukan tae kwan do. Sejuk je mak dia...dapat anak-anak yang pandai-pandai belaka. Aku pun tumpang gembira jugak lah...sebab bekas anak murid aku....

GAMBAR AJAIB

Kengkawan MPRM 96/99...aku menggodek-godek komputer nie...tiba2 kuar gambar nie...aku pun tak tahu datang dari mana.... Korang kenal ke???? Isteri dia satu sekolah dengan aku....aku pun setahun...dia dok ambil hantar orang umah dia, baru aku perasan dia satu maktab dengan aku.
-->Jawapan: Ustaz Halil<--

WAJAH-WAJAH KEPENATAN

video
Nie..antara muka-muka yang bertungkus lumus menjayakan sukan tahunan yang sempat aku rakamkan....Baru belajar ambil video.....boleh lah untuk tengok2..

POCO-POCO SUKAN TAHUNAN

video

Murid-murid belajar kejap je dah dapat step....tapi cikgunya jenuh...sampai udah tak dapet...jenuh dah murid2nya mengajor cikgunya step poco-poco....tak pe tahun depan lah cikgu belajar lagi

Wednesday, March 18, 2009

CUTI SEKOLAH

Bab cuti semua orang suka...termasuklah aku...tapi kali nie cuti tak ke mana pun...balik kg pun 2 ari je....Sabtu dan Ahad je...bukan banyak kerja sangat pun...kelas tambahan tahun 6, 2 hari je Isnin dan Selasa...Ari nie....aku berkampung di Pusat Sumber seharian.....buat automasi. Kawan aku (Su) siap bawak anak umur 8 bulan...kesian pun ada...tapi kalau tak buat masa cuti...ari sekolah banyak keja lain. Dah 3 kali tukar Guru Media baru nak gerak automasi. Tahun nie, insya Allah boleh beroperasi. Kalau tak sepenuhnya pun....perlahan2 lah kan....ketua yang baru..barulah jalan.. banyak jugak buku aku dapat key in ari nie....lebih kurang 80 buah...Esok program aku nak ge tuisyen di Klang..

Sebenarnya aku nak try guna celcom broadband yang baru beli nie....tapi slow giler...ada 2 line je nie...buka apa senang nak cucuk kat mana2 komputer kat sekolah. Lepas nie aku nak kumpul duit beli labtop baru....baru seronok le....barulah selalu boleh update blog den.....setiap hari akan ku tulis...catatan harian, luahan rasa....apa yang ku rasa.... apa yang penting coretan aku ini tidak membuatkan ada yang terasa.

Monday, March 16, 2009

KAWAN LAMA


Gambar kawan aku masa sekolah dulu..Agaknya gambar hantar melalui email kot macam nie...kecil je...tak pelah janji ada kan...sekarang dah ada 3 orang anak yang comel2. Semuanya puteri. Kat atas tu yang paling kecil. Dengar khabar sekarang keja kat Putrajaya balik... Ari tu kat Putrajaya...tukar ke Melaka...balik sini balik.... Tapi tak jauh sangatkan....Hujung minggu je lah boleh balik. Along nie aku kenal masa kami di tingkatan 2 lagi...Orang Padang Piol je...tapi sakarang lebih kerap balik Melaka....Ada perniagaan kat sana.

PEPERIKSAAN PTK

Aku rasa baru lagi aku ambil PTK....tut2 esok nak ambil lagi....Bila lah nak lulus satu paper nie....dah lama sangat tak lulus2 nie... Esok paper baru aku ambil paper pengurusan kokurikulum....P&P dah banyak kali ambil..dah boring...tahun lepas pengurusan sukan...mak ai..payahnya....Penat baca buku yang aku beli...3 kali habis...sekit je soalan dari situ... kali nie...aku nak ge ambil tak baca pulak...mana tahu kot2 lulus...kalau tak lulus lagi aku nak ambil paper lain pulak kot...buat koleksi slip periksa..

Nasib baik petang tadi kawan aku bagi tahu esok exam...aku ingat ari khamis....itu pun sebab dia nak tumpang aku ge exam.... Pagi aku ada kelas tambahan...sebab tak perasaan exam ptk...nasib baik kelas aku sampai pukul 10.30 sempat kot..exam pukul 11... Nak cari ganti time cuti nie..bukan senang...semua orang kat kampung....

Tuesday, March 10, 2009

ANAK PENYERI KEHIDUPAN


Nie aku bari terima gambar daripada Kak Ani (MT/PM) Noraini Abu Noh. Anak sulong yang baru selamat dilahirkan pada 23 Januari yang lalu. Tahniah dah jadi ibu. Sory lah K.ani tak bagi tahu pulak baby boy ke girl....
Tak lupa juga selamat menjalani praktikum pada 23 Mac nie. Semoga berjalan dengan lancar. Kejap je kan dah nak habis belajar.

Monday, March 9, 2009

MAJLIS PELANCARAN PANITIA MATE & SAINS

Tahniah K.Jee dan Cikgu Kamis....hebat2 GB pakai tukul besi pulak kali nie...Cikgu Mohamad Nor lagi juru acara...Banyak jugak nie....acara sepanjang bulan Mac nie.....

MAJLIS PENUTUPAN PANITIA B.MALAYSIA

Persembahan oleh murid-murid Pendidikan Khas masalah pembelajaran....boleh tahan jugak murid2 nie....Aku jarang bercakap kat perhimpunan...tahun nie..dah 2 kali..menggigil jugak...Tambah pulak ada GB lagi lah....Aku tak boleh masuk betul dgn dia...tak tahu lah kenapa??? Kalau bukan sebab tesis aku kat sekolah nie...aku dah tukar sekolah rasanya....
can't go....

Hadiah murid yang berjaya disampaikan oleh En. Abdul Rahman Idrus selaku PK. Bagus cikgu nie...siap mengajar sains lagi tahun 4. Memantau kelas tu selalu lah...

SELAMAT BERTUNANG

Selamat bertunang kepada adik aku....dan selamat ari lahirnya yang ke 26 tahun...pada hari nie...dua dalam satu lah dia ari nie..mungkin jugak ari ini dalam sejarah. Secara kebetulan ari nie ari baik..semoga semua berjalan dengan baik.
Mek ...orang minta maaf lah kerana tak dapat balik...bukan tak ingat...tapi malas lah nanti cari gaduh....Tak ada kita pun majlis berjalan jugak kan....Tak lama lagi dapat menantu...lagi..
Nie..je 2 hantaran yang sempat aku ambil gambar ari tu...yang lain tak sompat den.....
tahniah lah....Makan kambing 2 ekor lagi.....Kadang2 bagi pendapat salah....tak bagi pun salah....tegur salah...tak tegur salah....susah jugak kan.....bukan kat sekolah je...situasi mcm nie...dalam keluarga pun sama....
Pokok pangkalnya penerimaan seseorang itu...Itu gunanya pendidikan Islam / pendidikan moral supaya dapat membezakan antara baik dan buruk....

PEMBENTANGAN

K. Kiah bersemangat tu nak bentang... Kesihatan kali nie seronok jugak dapat pensyarah yang memahami orang tua belajar.
Tudung biru tu.. K. Azi...ceria je lok nie...ada apa2 ke??? Ke nak tukar keta baru....
Tunggu saya dulu akak....Kita sama2 lah sekali jalan tiga orang...kata nak baru masa konvo nanti....
Aku nasib baik group dgn k. Fatin....ha..ha..aku tulis je...dia bentang...semangat tu...sem lepas ambil 5 paper...5 A tu....
Kerja kursus dah siap hantar...walau pun last minute baru siap...ok lah, janji siap. Kena pulak buat pembentangan. Nasib baik lah buat dalam kumpulan...kalau tak mati aku....Bukan tebal pun kerja kursus 16 muka surat je....

BILIK WAKTU FREE

Nie..tempat aku buat kerja bila waktu free...lepas waktu sekolah... Kongsi dengan kawan aku... Nanti nak buat satu sudut untuk tea break...ok tak??? Ok lah nie..ada kipas..radio...senang nak dengar celoteh farah fauzana...Lagi pun tempat nie...selamat. Susah depa nak cari aku...nak bagi releaf...sebab aku nie...merata tempat...kadang2 kat siber didik lah, kat Pss lah...bilik guru lah....
janji aku happy ge sekolah....
Lupa satu lagi tempat aku suka..ha..nak tahu kat mana...Kantin le....

SUKAN TAHUNAN SKSB

Kami tahun nie...baju warna hijau..tak tahulah siapa yang pilih. Tapi ok lah..sesuailah dengan tema sekolah kami..Sekolah Dalam Taman...Hafiz...siapa pilih warna nie?
GB ke? atau hang sendiri? Hafiz...bertambah sayang lah abg Mon kat hang...sukan berjalan lancar..

Nie pulak...wajah2 pegawai-pegawai yang terlibat pada hari kejohanan. Aku ketua statistik...keja semua anak buah buat...aku keja ambil gambar je ari tu...ha..ha.. seronok jugak jadi ketua..

Hafiz..tahun depan bagi kat akak lagi statistik....confirm berjalan lancar...sebab dah mahir...


Perbarisan yang terdiri daripada unit beruniform dan rumah-rumah sukan. Meriah jugak walau pun buget tak ada tahun nie...Tahniah kepada Cikgu Kamis dan Cikgu Nordin...

REHEARSAL SUKAN TAHUNAN

Barisan belakang dari kiri : Ustazah Wan Haninah, Ustazah Adila
Barisan depan dari kiri : K. Ana KH, K. Ina, K. As, K.Wan, Ustazah Noriza, K. Jee & K. Nida
Masa nie hujan..biasalah semua cikgu lari tempat teduh....sempat lagi posing maut...sekarang aku dah jadi juru gambar tak bertauliah. Tapi untuk koleksi sendiri je....

Cikgu Mokthar....apasal menangis tu....Tengok cikgu lain seronok je....tambah2 K.Jee..setiap masa happy je...

Gambar nie.....diambil semasa mengadakan latihan penuh sebelum hari sukan yang sebenar. Latihan selama 2 hari...kira ok lah tu.....

SUKANTARA

Sukantara diadakan pada sebelah pagi selama 3 hari mengikut tahun. Segalanya berjalan dengan lancar mengikut apa yang dirancang. Biasalah murid2 bab sukan seronok je...dia orang tu.. nak kisah apa. Cikgu le lepas tu sibuk dok kejar sukatan yang tertinggal. Apa pun sukan penting jugak kan....Majulah Sukan Untuk Negara......

KUNJUNGAN PELAWAT

Bila dengar je ada pelawat nak datang...semua cikgu siap lesson note ari tu...termasuklah aku...bukan apa, takut kena pantau p & p. Tapi kali ini lain pulak. Datang nak jumpa guru Tahun 6 dan murid2nya sekali. Rupa-rupanya nak bagi motivasi. Bersemangat betul pegawai nie...sampai berpeluh2. Adalah dalam sejam setengah.
Nie...pusingan pertama pemantauan. Pusingan kedua seramai 2 orang nazir. Pusingan ketiga nie...yang takut nie...dengar ceta siap nak berkampung lagi...habis lah den.

Sunday, March 8, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU

Selamat pengantin baru buat pian dan pasangannya yang selamat diijab kabulkan pada 6 Mac 2009.
Pasangan sama padan bagai pinang dibelah dua, bagai cincin dengan permata.
Semoga kegembiraan hari ini akan berpanjangan hingga ke akhir hayat. Amin..

Thursday, March 5, 2009

BULAN MAC



Buat semua yang menyambut besday pada bulan nie:
  • 2/3 Azizah Mamat
  • 2/3 Jasmi Jamal
  • 2/3 Lela MPRM SN/KH
  • 6/3 Mohd Tarmizi (anak buah)
  • 6/3 Fairus Jannatul Naimah
  • 9/3 Safarahdila Majid
  • 21/3 Foziyana
  • 21/3 Shaleh Hussin
  • 22/3 Rohana KH

Tuesday, March 3, 2009

KAWAN ZAMAN SEKOLAH

Nie kawan lama aku (Fozyana)....kami kenal semasa sama2 mengikuti kem gemilang daerah....gabungan sekolah2 menengah Daerah Jerantut..Masa tu..kami tingkatan 5 (1995). Pelajar terpilih lah nie...wakil sekolah masing-masing. Ramai jugak kawan sama kem gemilang yang berjaya... Tapi tu lah dah ramai jugak yang terputus hubungan.... Antara yang masih contact Fozy & Asma. Depa dulu sekolah di SMK Kota Gelanggi.
Kawan2 sama kem yang aku masih ingat nama, Faizah SMK Padang Piol, Ja'a SMK Pulau Tawar.

Terima kasih kerana emailkan.....gambar dan kad nie...

Monday, March 2, 2009

DEMAM KERJA KURSUS

Apa dah jadi nie...asyik2 setiap sem perangai sama je....buat keja last minute...Lepas tu mula lah tak tido malam. Nak hantar hujung minggu nie...alamak aku tak tido malam lah....Nasib baik boleh buat group oklah sikit....kalau tak jenuh aku....3 tugasan nak buat sendiri....Mana tak nya...yang mate nak cari orang tukang translit dalam B.I...susah jugak...orang tak pandai B.I nie....tu lah dulu cikgu Mahfuzah ajar tak mau dengar.....ha sekarang siapa susah...

Ari nie...nak sambut besday pun tak dapat...apa pun terima kasih lah kat kawan aku nie belanja makan....Ari nie...cuti tapi mcm tak cuti ....banyak keja....pada kawan2 yang sama perangai dengan aku...selamt berjaga lah....minggu nie...

Kak Fatin apa ceta asgmnt kita nie.....sambil tunggu akak terima email saya...sempat lagi mengedit blog....yang lama dah tak berusik...almaklumlah sibuk..gambar banyak nak masukkan nie...tak sempat je lagi....

APA BOLEH BUAT

Pening..pening...pening.. padahal bukan aku pun yang nak kahwin. Beri pendapat susah...tak beri pendapat pun susah.. Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Aku rasa semua ibu bapa pun nak yang terbaik untuk anaknya. Tiada sorang pun ibu bapa nak lihat anaknya hidup merana. Nak bercakap lebih pun kita pulak dicakapnya...hidup pun tak betul nak ajar orang. Tapi rasanya kena bercakap jugak. Tak adil rasanya apa yang kita rasa tak bagi tahu..

Aku bukannya nak mengajar...bukan kat kat sekolah...cuma nak suruh berfikir apa yang orang cakap tu...ada kebenaran ke tak..... Dalam keadaan tertentu tak boleh dinafikan kita tidak boleh berfikir dengan waras.... Dalam situasi mcm nie lah kita perlukan pandangan kawan2 terdekat. Jangan menilai pendapat jika hanya seorang dua yang kita tanya. Tanya ramai dan buat perbandingan. Walau pun seramai mana pun kita tanya pendapat. Keputusan tetap juga kita yang buat.

Aku tak marah pun...mu nak cakap apa pun kat aku...aku sedar siapa aku nak ngajor mu...Mu ngaji pandai...sembahyang tak tinggal..Asas agama dah ada. Tak boleh dinafikan, lelaki...sebelum dapat janji macam2.. semua ok...semua boleh...dah dapat esok tahu lah langit tinggi atau rendah...mula lah sikit2 nak suruh kita ikut dia...sekarang memang semua ikut ckp kita. Aku memang tak kenal pun dia nie mcm mana...tapi siapa pun nak yang terbaik untuk adik dia...kalau aku pernah alami situasi mcm skrg....aku tak nak mu pun alami situasi yang sama.

Buat apa aku nak suruh orang dengar ckp aku....supaya aku nie...dipandang hebat...apa yang hebatnya...berapa ramai orang ikut ckp aku...Kalau ikutkan aku malas nak beri pandangan pun...kesudahannya gaduh....penat....banyak lagi perkara lain yang aku nak fikir....tapi igatkan adik. Sebelum kita dengar ckp orang...dengar dulu ckp adik beradik....dengar dulu pandangan mereka. ambil masa fikir. Jangan lah buat keputusan terburu2. Mu punya kes nie sama....tunang bulan 3 nak kawin bulan lima. Nak kejar apa...dari segi kewangan belum bersedia.....mcm mana....

Dari cerita mu....tak ada lagi kelebihan dia... yang boleh menyebabkan mu tertarik dgn dia...yang aku ingat cuma dia boleh ikut rentak mu je....Kita nie bukannya meterialistik sangat. Tapi biarlah mampu. Suami wajib menyediakan keperluan asas. Bukan isteri. Dalam islam pun suruh kita pilih calon berdasarkan 5 perkara. Ada pengangan agama, keturunan yang baik2, berharta....bukan nak kaya pun...mudah berbelanja, ada rupa..supaya sedap mata memandang, dapat memberikan zuriat.

Aku rasa siapa pun duduk tempat mu....akak buat keputusan yang sama...kerana cinta itu buta...cinta tak mengenal siapa...Cuma yang aku kesal cara dia saja...Nak buat cepat tapi belum bersedia....boleh ckp pulak tu...kalau mek ayah tak suka nak buat cara lain....Jangan ikut darah muda..Ingat....mek dgn ayah tak suka pilihan aku...dia tak ckp...dah jadi mcm nie...baru nak ckp tak guna. Mek dgn ayah dia lebih kenal anaknya....memang tak boeh ditegur...cpt melenting....cpt merajuk...sudahnya dia lok je kat kita...apa jadi. Bukan kita minta...tapi beringat...sebelum jadi...jgn dah jadi. Tengok mu...pernah ckp kat aku....mek pernah bg tahu...pok din tu nak kat aku sebab apa...aku fikir balik ada kebenarannya. Itu pun cara dia betul datang jumpa mek...tanya elok2. Mek ckp benda yang sungguh.

Sebagai seorang lelaki dah nak jadi ketua keluarga...apalah salahnya nak jumpa mek ayah ckp elok2 nak ambil mu sebagai suri hidup dia...tanya izin ke tak? Tapi mu jgn risau lah..apa pun pilihan mu....ayah dgn mek akan ikut je...Kalau mu sendiri pun tak yakin...apa tah org lain... Betul lah ckp mu...jodoh pertemuan ajal dan maut tuhan yang tentukan. Tapi kita kena ingat...tuhan suruh kita berusaha dan barulah berserah.

Aku setuju dengan mu...kita kena pertahankan pendapat kita....bagus2.. Kalau kita sentiasa dengar pendapat orang pun tak elok jgk....dah jadi mcm...perjalanan hidup kita nie...orang pulak yang atur.. Aku bangga jgk dengan mu...pandai hidup berdikari. Masih mampu berada di KL nie hidup seorang diri. Tak kisahlah janji pandai jaga diri.. Bukan apa...duduk seorang nie...almaklumlah tak ada org nak tegur salah kita. Kita akan merasakan apa yang kita buat semuanya betul.

Apa pun yang aku tulis nie....pedih ke... panas ke...benggang ke....itu lah luahan hati aku...Buat apa aku nak dengki dgn mu...Tak untung pun...Aku bagi tahu sebab mu adik aku je...apa pun selamat bertunang. Mungkin aku tak balik..tapi tak bermakna majlis tak berjalan. Aku rasa malas nak balik nanti gaduh lagi teruk...minggu nie...aku pun penat...dah 3 minggu keja 7 hari seminggu...rasanya nak ge berehat....tenangkan fikiran...mana tau kot2 bulan 5 nanti angin pasang dah surut boleh lah balik. Kalu belum surut takut pulak ribut melanda....kecoh pulak majlis org.