Wednesday, January 15, 2014
SERONOK BEKERJA
Dicatat oleh eeeda di 8:34 AM 1 ulasan
Label: Rakan Sekerja
Sunday, October 30, 2011
ELAKKAN KONTROVERSI, TINGKATKAN PRESTASI
Mesti kekawan tertanya-tanya kenapa aku buat entry nie??? ... sebenarnya aku nak orang yang suka buat kontroversi tu tahu... jangan suka memperbesarkan perkara yang sebenarnya tiada apa pun...
bagi aku just pakai baju warna sama...
bergambar bersama...
tak salah...
yang salahnya orang yang create cerita...
dan paling sedih menyebar cerita... dengan gigihnya.
Apa jenis manusia macam nie... aku pun tak faham...
Dalam dunia nie ada banyak jenis manusia... kadang kala kita pun tak dapat nak kenal pasti kategorinya...
Tak suka tengok orang lain gembira pun ada...
Tak senang duduk bila tengok orang lain tak tension pun ada...
Tak boleh tengok orang lebih daripadanya pun ada...
Rasanya kan... pergi lah ke mana pun kita akan jumpa spesis macam nie... dan aku rasa, kekawan di luar sana pun pernah jumpa spesis luar biasa macam nie.
Kalau ko memang jujur dan ikhlas datang tegur empunya diri secara baik. Sebenarnya kami nie sangat keterbukaan dalam menerima teguran... tapi akan menjadi lebih marah jika bercakap di belakang... dan menyampaikan kepada orang lain... apa tujuan tu???
Senang cerita aku rasa orang yang bersikap macam nie...
kurang ajar pun ya...
mental tak sihat pun ya...
dan yang paling sesuai dan seangkatan dengannya...
suka membuat fitnah.
Melainkan lah... jika perbuatan berkenaan melanggari lunas-lunas agama...
Duduk berdua-duaan di tempat yang sunyi ke...
Makan bersuap-suap ke....
Jalan berpegangan tangan ke...
Duduk serumah ke...
Rasanya kalau sampai tahap di atas tu... bukan dalam perhatian pihak sekolah lagi dah... perlu tindakan segera...
Sekali kita buat cerita, orang akan percaya...
Dua kali kita buat cerita yang tak betul, orang mula berfikir...
Tiga kali kita buat cerita, orang akan dengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri...
Empat kali kita buat cerita... rasanya orang dah tak percaya..
Kesimpulannya, elakkan lah daripada membuat kontroversi... di kalangan rakan sekerja... sebaliknya tingkatkan lah prestasi... untung-untung tahun nie dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) baru lah berbaloi nak pindah ke sekolah lain pun... he he he he.

Dicatat oleh eeeda di 9:09 AM 0 ulasan
Label: Rakan Sekerja
Saturday, October 29, 2011
MELAWAT KAWAN SAKIT
Aku selalu ingat pesan sorang rakan nie...
Hargailah kelapangan yang diberi...
Dan hargai lah setiap pertemuan...
Mungkin itu, pertemuan yang terakhir.
Seawal pagi aku dah keluar rumah... sempat lagi bersarapan dengan kak Az di kedai makan depan sekolah... Aku, Kak Sidah dan Kak Ita... hanya bertiga je. Pukul 9.30 pagi kami bertolak dengan kereta yang dipandu oleh Kak Ita meredah Highway Utara Selatan... perjalanan lancar. Kami memandu terus tanpa henti dan exit di Tol Kulai Jaya pukul 12.30 tengah hari...
Suami kawan aku nie ada bekalkan GPS untuk memudahkan perjalanan kami... kami teruja nak menggunakan benda alah tu... terus je lah on... tak sangka pulak di pertengahan perjalanan dah kehabisan bateri... charge kereta member nie pulak rosak... so last sekali jadi gajah putih je lah gps berkenaan... nasib baik lah kak Az buat gps menual pada sekeping kertas... ada lah jugak panduan untuk kami ke sana.
Lepas tol kami singgah makan di Restoran Asam Pedas Madu 3... masakan memang boleh tahan sedap... maklumlah gabungan 3... aku ingat kalau 4 lagi sedap kot... melawak je ok... jangan ambil serius. Macam mana lah orang bermadu 3 boleh sama-sama bekerjasama mengusahakan kedai makan... kita, kalau sebut pasal bermadu nie punya lah fobia kan... mesti dok terbayang bergaduh je lah kerjanya. Cemburu sana... cemburu sini... pendek kata serba tak kena... Tapi rupanya dalam kehidupan realiti ada je keluarga besar macam nie hidup bahagia aman damai. Apa yang penting keikhlasan kan...
Kalau kekawan exit tol Kulai Jaya jangan lupa singgah makan kat sini... pastinya menjanjikan hidangan yang menyelerakan... siap ada WiFi lagi... so boleh layan internet sambil makan.
Kami meneruskan perjalanan ke Felda Penggeli Timur... perjalanannya lebih kurang 30 minit je guna jalan short cut... kira jalan baru nie... sebelum nie lagi jauh nak ke sana... Sampai di sana dah ada 2 buah kereta menunggu... so ari tu ada 3 buah kereta lah... cuma perjalanan masing-masing... jumpa kat sana. Alhamdulillah sampai jugak kami ke tempat yang dituju.
Masa kami sampai kebetulan kawan yang sakit nie terjaga... aku terharu dah sedih sangat... bila dia panggil nama aku... tak sangka dia ingat lagi nama aku.
"Kak Farid"
Bergenangan air matanya... bekali-kali dia panggil akak..akak... akak..
Kekawan yang lain dah laju je kuar air mata tanpa dipinta.
Kami tak lama pun berada di sana... kebetulan masa kami nak balik ada orang datang nak berubat dia... jauh... dari Kedah.
Kami bertolak balik pukul 4.30 petang... dan singgah makan serta solat di R&R Machap... lepas tu meneruskan perjalanan... perjalanan lancar... tak banyak kereta... mungkin masing-masing sedang mengadap tv kan... cuma kami perlu berhati-hati keadaan jalan agak licin selepas hujan lebat. Pukul 10.30 malam kami dah sampai di Sungai Buaya hantar Kak Sidah... biasalah huby dia tak nak jemput di Sungai Buloh... Bola punya pasal... apa pun tahniah kepada pasukan Negeri 9.
Tak lama pun kami kat umahnya... kami terus balik... sampai umah aku dah pukul 12.30 malam... penat memang penat... tapi seronok dapat melawat kawan yang sedang sakit... hari nie hari dia... hari kita di hadapan lagi kita tak tahu macam mana... sama-sama lah kita mendoakannya semoga dia cepat sembuh.
Nasib baik lah hari nie, hari minggu... so boleh lah berehat sepuasnya... sebelum ke sekolah esok. Esok aktiviti penuh sampai ke malam... he he he he.
Apa pun yang berlaku, pahit manis...
Suka duka dalam kehidupan...
Kehidupan perlu diteruskan...
Jika kita asyik memikirkannya setiap hari...
Takut akan membinasakan diri...
Akhirnya, tentunya kita juga yang rugi...

Dicatat oleh eeeda di 6:28 PM 0 ulasan
Label: Rakan Sekerja
Sunday, October 23, 2011
MAKAN-MAKAN DI HOTEL CRYSTAL CROWN
Semalam aku bersama rakan sekerja bawa anak-anak pengawas PSS Hi-Tea di Hotel Crystal Crown... rasanya dah selalu sangat makan kat sini... tahun nie je dah berapa kali... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... walaupun tak ada orang kuat... Pn. Suzanna masih lagi cuti kecemasan di Kelantan... manakala Pn. Hanida bercuti ke Bandung... semua urusan telah disettlekan oleh mereka berdua...
Pada hari Sabtu, semua tugas tersebut diambil alih oleh cikgu-cikgu yang datang...


Aku dulu pun tak merasa makan kat hotel... dah kerja cikgu baru lah merasa makan di hotel... itu pun sebab kursus diadakan di hotel... kalau tak... tak ada lah... ya lah aku nie orang kampung.
Seronok jugak bawa murid-murid nie sekali sekala makan di hotel... supaya mereka merasai pengalaman yang baru.

Dicatat oleh eeeda di 5:22 AM 0 ulasan
Label: Rakan Sekerja
Wednesday, October 19, 2011
HILANGKAN STRESS DI DESA WATER PARK
Semalam aku merupakan salah seorang guru pengiring yang terlibat dalam rombongan bawa murid-murid Tahun 6 mandi-manda di Desa Water Park. Kami pergi 2 buah bas... sebab sambutan sangat menggalakkan. Tempat nie pukul 12 baru dibuka kepada pengunjung... so pagi tu kami singgah dulu di Tugu Negara. Dah lama aku tak ke sana... rupanya dah banyak berubah... memang cantik lah. Siapa yang tak pernah sampai tu... ambil lah peluang ke sana.
Kali nie aku memang bercadang nak mandi sepuas-puasnya... sebelum nie aku memang pernah ikut rombongan bersama murid Tahun 6 beberapa tahun yang lepas... tapi tak mandi pun. Kali nie bersemangat tu... siap beli seluar mandi tu he he he he... seronoknya dapat bermain ombak... sekali tu pelampung kami terbalik... sempat lah aku minum air dua-tiga kali... kami nie gengs yang tak pandai berenang.
Bayangkan aku mandi start pukul 12 tu... sampai pukul 3.40 petang... lama kan... sampai kecut lah kaki tangan aku... Sebenarnya seronok pe hari biasa nie tak ramai orang... aku tengok mana-mana tempat pun penuh dengan anak murid aku je... Perlu diingat tempat nie Hari Rabu ditutup. Takut nanti hampa dah ambil cuti... konon-konon nak bermandi manda... tapi tersilap time pulak...jenuh menjerit kanak-kanak riang.
So kalau hang pa nak datang bawa anak-anak mandi... dan kalau jenis tak suka bersesak-sesak... elok ambil cuti untuk datang ke sini... mesti dapat berseronok sakan.. semua benda tak perlu berebut.
Hari semalam, memang nak hilangkan stress... dah 2-3 hari nie tidur pun tak lena... macam-macam dok fikir... kepala nie berat je.
Aku teringat akan kata-kata seorang teman nie...
"Apa pun cerita yang kita terima... kita memang ada hak untuk tahu betul atau tidak. Siapa betul dan siapa salah... kalau ada orang kata kita tak boleh terima bulat-bulat apa yang orang tu cerita... kita jugak tak boleh tolak mentah-mentah cerita tu.... kan????"
Kawan aku nie bercakap berdasarkan pengalamannya... sebenarnya pengalamannya merupakan pengalaman aku jua... masalah dia merupakan masalah aku... dan begitu lah sebaliknya.
"Sangat mempercayai bahaya. Perlu ada sedikit curiga. Mencurigai sangat bahaya. Percaya itu penting"

Dicatat oleh eeeda di 4:58 AM 0 ulasan
Label: Rakan Sekerja
Saturday, October 8, 2011
SEPAKAT KAMI BEREMPAT

Dari kanan, mamat yang berkaca mata tu... ustaz pejal... Cikgu Aina dan Cikgu Zubaidah... bergambar di dalam bilik kerja Penyelaras ICT sksb.
Pakai baju sama pun jadi kontroversi... aku bab nie malas nak fikir sangat... biarlah apa nak jadi pun... yang penting kami happy bekerja.

Dicatat oleh eeeda di 8:34 AM 0 ulasan
Label: Rakan Sekerja
Wednesday, September 28, 2011
KENANGAN SEMPENA PERPISAHAN

Aku berdiri di barisan belakang... dari kanan yang ke lima he he he... gambar pakai phone ala-ala kabur macam tak bagi orang cam je muka. Tapi boleh lah buat kenangan daripada tak ada langsung.
Cikgu Wan yang pakai kain tudung merah di barisan depan, bersebelahan dengan guru besar.

Dicatat oleh eeeda di 7:02 AM 0 ulasan
Label: Rakan Sekerja
Tuesday, September 6, 2011
RAKAN SEKERJA SILIH BERGANTI
Boleh dikatakan... setiap tahun ada saja rakan yang berjaya dalam permohonannya... ini bermakna aku akan kehilangan rakan sekerja... bagi aku, itu bukan bermakna akan terus hilang kawan... ke mana mereka berpindah tidak penting... apa yang penting kemudahan perhubungan yang ada masih boleh sentiasa berhubung dengan mereka yang jauh.
'Patah tumbuh hilang berganti'... begitulah lumrahnya kehidupan nie. Setiap guru yang keluar pastinya akan diganti dengan guru yang baru... ini bermakna aku akan mendapat rakan yang baru... di atas tu rakan sekerja aku yang baru setahun dua di sekolah nie. Harap-harap lama lah mereka berada di sekolah nie.

Dicatat oleh eeeda di 2:32 AM 0 ulasan
Label: Rakan Sekerja
Friday, August 26, 2011
GURU BERTUGAS MINGGUAN
minggu ke 11..
minggu ke 21..
minggu ke 31..
last sekali minggu ke 41..
Minggu lepas giliran rakan aku Aina berucap di tapak perhimpunan. Kalau ikutkan jadual bertugas memang dah disiapkan pada awal tahun untuk sepanjang tahun. Tentunnya minggu lepas menjadi kenangan dan akan dikenangan sampai bila-bila oleh rakan aku... siapa pun akan menggelabah berucap di tapak perhimpunan... tambah pulak dia cikgu baru dan kali pertama bercakap di tapak perhimpunan.
Aku yang dah belas tahun mengajar pun... kekadang mengeletar jugak... tak pe lah Aina jadikan pengalaman itu sebagai guru yang terbaik. Ikutkan dia dah buat teks ucapan... bangun bersahur dah tak tidur punya lah nak buat teks... kebetulan malam tu tidur di rumah aku... kami sekarang nie gilir-gilir rumah. So tak ada lah rumah tu terus tinggal. Sehari bermalam di rumah dia... sehari kan di rumah aku... kalau di rumah aku kena bangun awal... kalau di rumah dia boleh releks sikit... rumah sebelah sekolah je.
Tinggal sekali je lagi group kami bertugas... lepas tu dah habis untuk tahun nie. Pantasnya masa berlalu meninggalkan tahun 2011.

Dicatat oleh eeeda di 6:42 AM 2 ulasan
Label: Rakan Sekerja
Thursday, August 18, 2011
TAHNIAH KERANA DINAIKKAN PANGKAT

Aku sedih kerana akan kehilangan rakan sekerja... seorang kauselor... yang sentiasa berada di sisi aku ketika aku memerlukan seseorang untuk mendengar luahan hati ini. Walau pun selepas ini kami masih boleh berjumpa... namun tetap tak sama... semasa berada di depan mata... dengan sebaliknya selepas ini.

Sekali lagi tahniah buat Kak Wan... 'Jika kita berada di atas jangan lupa orang bawah'... antara ungkapan yang selalu keluar daripada mulut aku dan dia... Tak sangka ianya menjadi kenyataan.
Kalau kita sayangkan seseorang, biarkan dia pergi dengan tenang.

Dicatat oleh eeeda di 3:58 AM 0 ulasan
Label: Rakan Sekerja
Saturday, August 6, 2011
KESERONOKKAN BEKERJA





Program akan datang... Perkhemahan Perdana di Raub. Aku terpilih jugak ke program tu... seronoknya... aku wakil unit beruniform pengakap 2 orang. Bila semak semula jadual aku... rupanya tarikh berkenaan aku nak pergi bercuti ke Kota Kinabalu. Perkhemahan selama 3 hari 2 malam bermula 30 September hingga 2 Oktober 2011. Tak ada rezeki nak turut serta. Mungkin lain kali.

Dicatat oleh eeeda di 6:00 AM 0 ulasan
Label: Rakan Sekerja
Tuesday, May 10, 2011
TERPAKSA MENYUSAHKAN ORANG LAIN

PLAN A, confirm tak boleh... member Jumaat nie dah nak terbang ke Hong Kong. Hari Selasa kan baru balik... lamanya. Lima hari berjauhan tu... lama jugak... harap masih boleh dihubungi walaupun berada di luar negara nanti.
PLAN B, dah confirm tak boleh... member dah call, terpaksa balik kampung di Johor.
PLAN C, kalau boleh pun, kena pertimbangkan banyak perkara.
PLAN D, dah sanggup. Terima kasih ustaz, kerana menyatakan kesudian menghantar akak.
Tut..tut.. PLAN E, yang tak dirancang pun. Sanggup nak hantar... suami isteri bersetuju nak bermalam umah aku... untuk melancarkan perjalanan... terima kasih Mang dan Aina... kesanggupan kalian berdua amat dihargai.

Dicatat oleh eeeda di 11:11 PM 5 ulasan
Label: Rakan Sekerja
Sunday, May 1, 2011
HEBATNYA SEORANG GURU
Aku tak tahu lah berapa lama mereka nie perlu ambil masa untuk menyiapkan kerja-kerja keceriaan. Satu kelebihan kepada seseorang guru berkenaan jika dia mempunyai kebolehan tertentu yang tak ada pada orang lain. Contohnya kreatif dalam bab menghias. Aku kalau yang nie memang tak lulus.
Hari Khamis baru nie aku tengok projek nie sudah hampir 70% siap... marah depa aku komplen buah kelapa yang tua duduk kat atas... yang muda duduk kat bawah... pandai pulak tu depa nie jawab... fesyen baru... suka hati hang pa lah... hang pa punya projek.
Tengok nanti... kalau pelawat tegur hang pa nak jawab apa... bukan apa, aku nie takut nanti murid akan tersalah dapat maklumat. Itu sahaja. Tak ada niat langsung nak perlekehkan kerja hang pa. AKu pun tak mampu nak buat kerja macam hang pa buat tu.
Teruskan... sesebuah sekolah akan terus cemerlang... sekiranya mempunyai warga kerja yang cemerlang.

Dicatat oleh eeeda di 7:32 PM 0 ulasan
Label: Rakan Sekerja
Thursday, April 28, 2011
KAU SENTIASA DI SISI
Saat-saat kami rancak membincangkan soal masa depan... tak sangka ada seorang rakan kami nie merakamkannya.
Kalau kita sayangkan diri sendiri...
Insaf sedar muhasabah diri...

Dicatat oleh eeeda di 4:26 AM 0 ulasan
Label: Rakan Sekerja
Tuesday, March 22, 2011
HANGIN SELURUH BADAN
Janji melayu... nanti..nanti... tengah hari saya hantar... sampai sudah tak hantar. Pukul 2.00, aku terserempak dengan dia... bila tanya pasal buku... alah, akak saya terlupa... senang je ko jawab. Ko langsung tak fikir kesusahan orang lain.
Kononnya lepas tuisyen terus nak balik... sebab nak pe beli ubat... pe tempat parking kereta... adus... kereta kena blocking lah pulak... dah le cikgu petang nie, aku tak ada nombor... tetiba aku ternampak dia berjalan di kaki lima ke bilik guru... nak jerit kan... macam tak senonoh lah pulak... cikgu menjerit. Terpaksa lah aku memanjat anak tangga... sampai bilik guru... tak ada lah pulak minah tu... cepatnya menghilang...
Jumpa member nie, dia ajak aku pe minum kat kantin... dia tahu tu aku tengah marah... so kasi sejuk sikit. Sambil minum... dia nak beri aku satu job... he he he he... the second job. Janji rajin nak kena rajin... ada je duit tepi... kalau ada side income nie... senang sikit nak berbelanja... dan lagi satu tak payah nak menyusahkan orang lain... bila sesak...sesak tu.. Lepas minum member aku nie call si minah tu suruh alih kereta...
Memang selalu aku balik petang... tapi time aku nak balik awal jenuh mencari cikgu yang blocking keta aku. Pelik betul cikgu-cikgu nie... kereta aku berani blocking... kenapa tak blocking kereta orang lain... AKu parking kat graj hampa block... aku parking kat lorong tu... hampa block... lepas nie aku nak parking luar pagar sekolah je lah.
Aku paling tak suka orang guna barang aku... lepas tu tak simpan semula di tempat asal... nak guna boleh... aku tak marah... tapi, tolong simpan di tempat yang asal... jangan sampai aku mencari sudah... ari tu, pasal rotan. Selalu lepas guna, aku letak di sebelah meja aku... ada sorang mamat nie, nak guna lepas tu letak merata... esoknya aku nak guna tak ada... ha... kan kena marah. Baru ko tahu... kan dah kena marah...
Ari tu, si mamat nie pulak pinjam buku kerja aku... buat lesson note kononnya... dah tu buat macam harta sendiri... aku nie dah angin kat anak murid... ingat depa yang pinjam tak pulang semula... rupanya cikgu yang pinjam... tension betul duduk dalam bilik yang orang sesuka hati nak guna barang kita... lepas tu menyusahkan kita.
Kepada my friends tu... tolong lah... kalau nak pinjam tu... letak lah di tempat yang asal semula. Lagi elok, pinjam aku tak tahu... tapi bila aku nak guna... ada je kat situ... aku pun tak sakit hati... hampa pun tak kena marah... Penat kepala aku nie nak fikir benda yang remeh-remah macam tu.
Kita selalu nak senang...
Tapi kita lupa, buat orang hati tak tenang...

Dicatat oleh eeeda di 3:09 AM 0 ulasan
Label: Rakan Sekerja
Saturday, March 5, 2011
OPEN TABLE DI AROMA IKAN BAKAR JERAM

Mamat sorang nie pulak... ari Jumaat je dia free... tapi lambat beritahu... member pulak ada trip memancing laut dalam lah pulak... Cuti seminggu sehari je... sehari tu lah dia nak memenuhi minat dan hobi memancingnya.
Nasib baik lah ada s/u aku nie... bukan setakat di sekolah dah nie jadi s/u aku.. termasuk kerja di luar waktu persekolahan nie.... Terima kasih ustaz, kerana buat tempahan awal dan arrange segalanya. Sebelum makan, ustaz membacakan doa bagi memberkati lagi majlis makan-makan kami.






- Siakap 3 rasa
- Siakap masak steam
- Tomyam 2 set
- Kailan ikan masin 2 set
- Sotong celup tepung 2 set
- Telur Bristick 2 set
- Ketam 3 ekor
- Kepah 2 set
- Nasi 2 set
- Air 2 jug, orange juice dan juice tembikai

Esoknya ada kelas tambahan.... aku terjaga pukul 7.00 a.m dan bersiap-siap untuk ke sekolah.... dah tengah hari jiran call... pintu umah dan grill tak berkunci... tu lah nak cepat sangat... nasib baik ada jiran yang prihatin.
Sesekali belanja rakan sekerja yang sentiasa di sisi...
Tak kira time kerja mahu pun waktu cuti..

Dicatat oleh eeeda di 10:49 PM 2 ulasan
Label: Rakan Sekerja