Saturday, January 25, 2014

TANAM GETAH TOREH SENDIRI

Kebun getah yang sudah mencecah 30 tahun.
Gambar Yayan
Cucu yang ke-17, baru berusia 4 tahun... setiap hujung minggu memang ikut mak dan ayah dia ke kebun... sama ada kebun sawit atau pun kebun getah... anak orang kampung.

Kebun getah ini telah ditoreh hampir 30 tahun... tapi masih dalam keadaan baik kerana, ditoreh oleh kaum keluarga sahaja... daripada nenek, anak, sekarang cucu dok menoreh pada hujung minggu. Kebun getah nie lah yang aku kerjakan, time cuti sekolah.. dari zaman sekolah menengah... lepas tu cuti semester di maktab... sekarang time cuti sekolah. Dah jadi cikgu pun menoreh jugak ke??? menoreh... kalau aku ada PHD pun aku nak menoreh... aku membesar dengan hasil getah dan kelapa sawit.

Kalau nak ikutkan kebun getah yang sebaya dengannya telah pun ditebang dan ditanam semula dengan pokok kelapa sawit... rata-ratanya kelapa sawit berkenaan telah berusia belasan tahun.

Kebun getah nie tak pernah diupah meracun... semuanya arwah ayah aku meracun sendiri... kebun seluas 5 ekar ini kekadang mengambil masa berhari-hari untuk siap meracun... arwah ayah aku meracun sehari paling banyak pun 3 pump. Sekarang kebun nie menjadi milik kakak aku... manakala kerja membersihkannya dilakukan oleh syarikat aku dari segi membaja dan meracun.

Dalam keadaan harga getah hari ini RM3.04 sekilo... 3 hari menoreh boleh mencecah RM800 lebih. Mau tak seronok menoreh. Menoreh bukan lama... pukul 10-11 dah balik. Kerja kampung lagi seronok... bagi mereka yang rajin... kalau malas kerja apa pun tak seronok. 

Friday, January 24, 2014

KELAPA SAWIT PERLU DIBROWNING

Pokok yang baru dibrowing.

Pokok yang telah berusia 17 tahun.
Pokok kelapa sawit ini telah berusia 17 tahun... kebun ini sebetulnya milik arwah ayah aku... setelah ketiadanya pada penghujung bulan September ari tu... diuruskan oleh abang aku... tapi pada penghujung bulan 11 kebun ini diambil alih sepenuhnya oleh syarikat kami. 

Awal bulan Disember kami telah mengupah jawa 'Browning' atau buang pelepah sebelum kerja-kerja membaja dilakukan. Kos browning menelan belanja RM1000. Kalau nak ikutkan harga sepokok RM2... aku sebenarnya tak pernah kira berapa pokok... cuma yang aku tahu keluasan tanah 9 ekar purata pokok lebih kurang 500 lebih. Manakala membaja pula mencecah 60 beg yang 25kg.

Browning atau buang pelepah kelapa sawit merupakan salah satu proses penjagaan pokok kelapa sawit supaya kelapa sawit dapat menghasilkan buah yang baik dan zat makanan hanya dibekalkan pada tempat yang betul. Pelepah kelapa yang sudah tua harus dipotong supaya pembesaran buah sawit tidak terbantut. Proses membersihkan pelepah kelapa sawit selalunya dilakukan berasingan dan upah yang lain. Pekerja pun pandai, mereka akan ambil buah semata-mata... dalam bahasa kebun 'curi buah' pelepah yang tak ada buah dibiarkan.

Pekerja jawa buang pelepah memakan masa 5 hari... dia hanya potong dan susun ada seorang pekerja yang lain... memang dah lama agaknya tak browning... sebelum browning sedih aku tengok pokok kelapa sawit arwah ayah aku... tak terurus langsung... tapi ari nie... pokok memang cantik. Insya Allah penghujung bulan 2 nie nak membaja kali pertama untuk tahun 2014.

Diharapkan ada peningkatan hasil dengan penjagaan yang baik.

Tuesday, January 21, 2014

ANAK BENIH KELAPA SAWIT

Hari Jumaat yang lepas, Negeri Selangor cuti sempena Perayaan Taipusam... so aku ambil kesempatan pada hari berkenaan melawat tapak semaian di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Abdul Razak (PPPTR) Sungai Tekam. Kali nie, aku memang bercadang nak cari sendiri anak benih kelapa sawit. Aku tak nak beli melalui orang tengah... bukan apa takut terkena anak benih yang tidak berkualiti. 

Nasib baik lah tempat nie tak jauh pun dari tempat aku... so tak adalah mahal sangat kos pengangkutannya nanti. Bila kita pergi sendiri... tanya sendiri, baru kita tahu. Tapak semaian memang luas, tapi banyak anak benih berkenaan telah ditempah. So untuk projek akan datang, kena datang tempah terlebih dahulu... cukup umur anak benih 10 bulan baru boleh ambil.

Alhamdulillah rezeki aku... nasib baik ada anak benih untuk aku... mungkin sebab aku nak beli sikit je... dalam 300 pokok. Harga sepokok di tapak semaian RM11. Manakala kos pengangkutan RM1.30 sepokok... so harga anak benih sampai ke tapak projek RM12.30. Itu harga tak pakai orang tengah... kalau pakai orang tengah mahu boleh cecah RM15 sampai kebun. Ada jugak aku tanya anak benih yang dijual di kampung aku... anak umur 6 bulan pun dah harga RM12. 

Biasalah, bila kita start tolak tapak projek... pasti akan datang broker anak benih... nak jual anak benih tepi jalan... harga RM12... pada aku, ko silap orang lah... bukan semua orang ko boleh tipu... mentang-mentang lah aku nie baru berjinak-jinak dalam bidang pertanian, tambahan pulak perempuan... tapi bukan semudah tu ko nak tipu aku... yang kelakarnya... tadi nak jual anak tepi jalan kat aku... bila aku cakap dah oder anak research... boleh dia nak tumpang 80 pokok untuk dia... nampak tak... perangai orang... nak jual yang tak elok kat orang... tapi untuk dia tanam sendiri, nak tanam yang elok... orang macam nie bukan boleh layan... dia tunggu masa je nak cekik kita...

Aku memang ada pelan B... kalau tak ada ready stok di Sg. Tekam... aku nak ambil di Bangi... tapak semaian milik NAFAS. Ada pegawai di NAFAS yang aku kenal dan selalu berurusan tu. So, bab anak benih nie... tak jadi masalah sangat.

Pemilihan anak benih yang berkualiti penting untuk hasil akan datang. Jangan beli anak sebarangan. Bila kita dah terjebak dalam bidang nie... semua benda kita kena ambil tahu... jangan serah kepada orang bulat-bulat... alamaknya kena tipu bulat-bulat lah jugak.

Anak benih berusia 10 bulan.

Anak benih yang berkualiti

Tapak semaian.

Kepada mereka yang berminat sila layari ke blog: http://golden-rengat.blogspot.com/

Monday, January 20, 2014

TAPAK PROJEK PENANAMAN KELAPA SAWIT

 Alhamdulillah, 2 minggu yang lepas kerja-kerja pembersihan tapak projek berjalan dengan lancar. Tapak projek ini dianggarkan seluar 4 ekar. Kami akan taman pokok pisang sebagai tanaman sampingan.

Kerja-kerja menanam pokok pisang sedang giat dijalankan. Waktu sekarang sangat sesuai kerana musim hujan... memudahkan lagi kerja mengali lubang anak pisang. Bekalan anak pisang nangka kami dapat dengan harga RM1 sepokok.

Tauke buat kerja sendiri.
Tauke  kecik.
Rezeki, dalam kawasan tapak projek terdapat 2 batang kayu Merbau. Kami bercadang untuk mengupah orang membelah kayu berkenaan... dalam kepala nie dok terbayang nak membaiki rumah di kampung yang telah banyak kayunya reput... rumah kayu sangat berisiko dimakan anai-anai jika tidak dijaga dengan baik. Anai-anai cepat menyerang terutamanya pada musim hujan.

Emak aku, akan jadi pemantau....

11 BULAN SELEPAS DITANAM

Anak Sawit 11 bulan
Minggu nie aku sempat ke kebun... tetapi hanya sekadar meninjau kawasan... tak sempat untuk melakukan kerja... seronok tengok anak pokok sawit yang semakin subur... tengok pokok sawit hilang penat lelah mengusahakannya sebelum ini.

Wednesday, January 15, 2014

SERONOK BEKERJA

Salah satu faktor seronok bekerja ialah rakan sekerja... alhamdulillah, aku di kelilingi dengan rakan sekerja yang memang sentiasa ceria... dan apa yang lebih penting sentiasa membantu dalam apa jua aktiviti yang dijalankan. Pendek kata kita tidak keseorangan dalam melaksanakan tugasan. 







Monday, January 13, 2014

BERKEBUN PERLUKAN MINAT

Apa pun kerja yang kita lakukan perlu ada minat. Minat amat membantu agar kerja yang dilakukan akan berterusan dan konsisten. Walaupun kerja kebun penat, terpaksa berhujan peluh... berada di bawah sinaran matahari... semua tu tidak menjadi masalah.

Aku sendiri boleh melalui semua nie kerana minat... Panas matahari di kebun yang pokoknya masih kecil nie lain... sehinggakan terpaksa aku membeli produk L'OREAL UV perfect untuk melindungi sinaran matahari di muka. Kalau tak pakai UV perfect mahu berbelang muka.

Tangan tak usah cerita lah... memang kasar. Walaupun dah pakai sarung tangan. Aku beli berjenis-jenis sarung tangan. Sarung tangan menebasnya lain... sarung tangan susun pelepah sawitnya lain... yang nie mesti ada besi... kalau yang biasa memang tembus.


Kerja di hujung minggu dan waktu cuti.

Cikgu Anis, kawan lama di maktab.
Cikgu Anis, kawan lama sama belajar di maktab. Dia pun dulu askar wataniah sama dengan aku. Rupanya, dia pun minat jugak berkebun. Getah kalau dah besar nie... dah senang nak jaga... jaga racun dan baja je... di awal penanaman je, banyak musuh. Terutamanya babi dan monyet. Getah nie manja sikit, berbanding kelapa sawit. Kena penjagaan yang rapi.

Aku baru sahaja bersihkan kawasan seluas 2 ekar untuk tanaman getah. Masih tercari-cari lagi benih getah yang sesuai untuk ditanam. Keluasan 2 ekar tu, boleh tanam lebih kurang 400 batang. Harga pasaran anak pokok getah sekarang lebih kurang RM5. 

Upah bersihkan kawasan mengunakan jentolak sehari RM900. Kawasan seluas 2 ekar mengambil masa lebih kurang 2 hari. Caj roda RM300.
Anak benih = RM 2000
Jentolak = RM 2100
Lain-lain perbelanjaan seperti gali lubang, baja lubang dan sebagainya. Jumlah perbelanjaan mungkin mencecah RM5k untuk keluasan 2 ekar.

Berminat untuk mendapatkan bekalan baja???
http://golden-rengat.blogspot.com/

Tuesday, January 7, 2014

PENYEDIAAN TAPAK UNTUK PROJEK TANAMAN

Ruang Terhad di belakang rumah.

Polibag yang telah diisi dengan tanah.

Kawasan hadapan baru sahaja diracun pada hujung minggu lepas.

Batang paip perlu dialihkan.
Petang tadi, aku membersihkan ruang di belakang rumah untuk projek tanaman baru setelah beberapa bulan dibiarkan kosong. Aku bercadang untuk menanam peria bagi kawasan bertanah, memandangkan para yang lepas masih boleh digunakan. Manakala dalam polibag, akan ditanam dengan bendi. Tanaman yang paling senang untuk dijaga.

Terdapat 2 batang paip di kawasan di hadapan rumah. Paip berkenaan perlu dialihkan dahulu ke kawasan tepi longkang sebelum kerja-kerja mencangkul dilakukan... Takut, perkara sama berulang kembali. Dua kali aku tercangkul batang paip berkenaan.

Tukang paip (En. Nazri), dah pun menyatakan kesudiannya untuk mengalih paip berkenaan. Memandangkan aku minat bercucuk tanam. Cuma aku je belum ada kelapangan untuk tujuan berkenaan.