Friday, January 24, 2014

KELAPA SAWIT PERLU 'PRUNNING'

Pokok yang baru prunning.

Pokok yang telah berusia 17 tahun.

Pokok kelapa sawit ini telah berusia 17 tahun... kebun ini sebetulnya milik arwah ayah aku... setelah ketiadanya pada penghujung bulan September ari tu... diuruskan oleh abang aku... tapi pada penghujung bulan 11 kebun ini diambil alih sepenuhnya oleh syarikat kami. 

Awal bulan Disember kami telah mengupah jawa 'prunning' atau buang pelepah sebelum kerja-kerja membaja dilakukan. Kos browning menelan belanja RM1000. Kalau nak ikutkan harga sepokok RM2... aku sebenarnya tak pernah kira berapa pokok... cuma yang aku tahu keluasan tanah 9 ekar purata pokok lebih kurang 500 lebih. Manakala membaja pula mencecah 60 beg yang 25kg.

Prunning atau buang pelepah kelapa sawit merupakan salah satu proses penjagaan pokok kelapa sawit supaya kelapa sawit dapat menghasilkan buah yang baik dan zat makanan hanya dibekalkan pada tempat yang betul. Pelepah kelapa yang sudah tua harus dipotong supaya pembesaran buah sawit tidak terbantut. Proses membersihkan pelepah kelapa sawit selalunya dilakukan berasingan dan upah yang lain. Pekerja pun pandai, mereka akan ambil buah semata-mata... dalam bahasa kebun 'curi buah' pelepah yang tak ada buah dibiarkan.

Pekerja jawa buang pelepah memakan masa 5 hari... dia hanya potong dan susun ada seorang pekerja yang lain... memang dah lama agaknya tak prunning... sebelum prunning sedih aku tengok pokok kelapa sawit arwah ayah aku... tak terurus langsung... tapi ari nie... pokok memang cantik. Insya Allah penghujung bulan 2 nie nak membaja kali pertama untuk tahun 2014.

Diharapkan ada peningkatan hasil dengan penjagaan yang baik.

28 ulasan:

babYpose said...

Salam, info yg menarik betul ke daun kelapa sawit bole diproses untuk dijadiksn makanan kuda?

eeeda said...

Setahu saya mmg org mesin untuk makanan ternakan.... lembu dan sebagainya... sbb ladang sawit kawan sy di n9... ada orang datang ambil daun sawit utk makanan lembu.

Abunusrah said...

Info yang menarik.

Buang pelepah untuk satu pokok RM2 eh. Kiranya RM1000 untuk 2 orang pekerja yang bekerja dalam 5 hari ?

eeeda said...

Ya. Itu pun dia kerja sebelah petang je.

Unknown said...

salam, saya berminat untuk tahu berkenaan pelepah yang dibuang. biasanya pelepah yang dibuang tu digunakan sebagai apa? anggaran berapa kg untuk satu pokok bg pelepah yang dibuang tersebut.

eeeda said...

Wasalam,

Setakat nie, pelepah dari kebun kami memang disusun di situ je... tak pernah digunakan. So, saya tak boleh nak anggarkan berapa kg untuk sepokok bagi pelepah yang dibuang. Setahu saya, penternak ternakan seperti lembu memang ada mesin khas untuk mesin daun berkenaan sebelum diberi makan kepada ternakan.

Dalam perancangan memang kami berminat untuk menternak lembu sebagai pendapatan sampingan. Dan memaksimakan penggunaan bahan yang terbuang seperti pelepah.

NOORASRIDA BINTI BAHAUDDIN said...
This comment has been removed by the author.
NOORASRIDA BINTI BAHAUDDIN said...

Assalamualaikum,
Sayapun usahakan kebun mak saya. sy ingin bertanya 2 perkara
1. apa kebaikan sawit diuruskan oleh syarikat sepert syarikat milik keluarga.

2. usia sawit saya baru masuk 4 tahun. oleh sbb kami upah orang untuk jaga baru ni dia claim upah browning. pada usia sawit bgitu perlukah browning.

eeeda said...

Waalaikumussalam...

Tahniah kerana sanggup menggalas tanggungjawab mengusahakan kebun emak puan.

1. Senang dari segi pengurusan kewangan. Segala urusan yang berkaitan dengan kebun dibawah pengetahuan keluarga.

2. Kalau boleh jangan upah orang jaga bulat2. Pengurusan kebun nie, tidak perlu dilakukan setiap hari. Contohnya meracun, 3 bulan sekali. Membaja 3 bulan sekali. Semua tu kita boleh pantau. Melainkan puan mempunyai kebun yang luas. Lakukan ketika puan cuti. Puan ada semasa pekerja melakukan kerja berkenaan.

3. Selalu nak jimat kita minta pengait buat buang terus pelepah yang tidak berkenaan. Jangan kedekut beri sedikit duit kopi. Cara ini lebih jimat dan menguntungkan.

4. Usia 4 tahun selalunya pokok mula mengeluarkan buah yang agak lumayan. Apa yang penting jaga baja. Insya Allah hasil membanggakan.

Dalam bidang pertanian saya pun masih belajar, terutamanya dari segi pengurusan dan penggunaan baja yang bersesuaian untuk mendapatkan hasil yang lumayan.

NOORASRIDA BINTI BAHAUDDIN said...

terima kasih perkongsian maklumat. salam perkenalan. seronok melihat hasil usaha eeda. Pengetahuan ini dr family atau pengalaman shj. atau pun ada mengikuti kursus2?

eeeda said...

Pengetahuan secara praktikalnya daripada family dan saya sendiri memang rajin turun padang.

Saya memang minat. Walaupun punya kerjaya lain. Tetapi masih mengambil tahu hal berkaitan dengan kebun. Dan memanfaatkan waktu cuti sekolah dengan berkebun.

Selebihnya melalui pembacaan dan perkongsian melalui rakan alam maya yang mengusahakan kebun kelapa sawit.

zam said...

Nampak nyer hujung thn ni aku kena blk felda uruskan kebun arwah ayahku setelah permergian nya pd 6/3/2015..aku seorang juruteknik...mane lah tahu sgt pasal kebun sawit..ni yg 14 ekar ni ..tolong beri tunjuk ajar pd sy anak peneroka..yg uruskan sendiri..

eeeda said...

Tahniah En. Zam... berbudi kepada tanah tak rugi. Kerja sendiri lagi untung... lebih usaha.. hasil juga akan lebih. tak sama macam makan gaji.

halim yusop said...

Jaga kebun sawit adalah kerja yg sangat mudah. Skang ni tengah proses nk keluarkan 15 ton sebulan untuk tanah sepuluh ekar. Skang baru 12 tan sebulan. Maknanya 1 ekar 1.2 tan sebulan. Ada member yg berjaya buat 1 ekar 1.7 tan sebulan. Baja kurang2 800 setahun utk 1 ekar

Unknown said...

En. Halim bubuh baja sebulan sekali ke?? Atau kira jadual mcm mana??? Klu boleh share pengalaman... teringin jugak nak hasil lumayan mcm tu...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

macam mana pulak kalau kita nak mematikan pokok2 yang dah tua yer....sebab kitaorg pon baru saja ambil alih kebun dari org tua (dah arwah). Terima kasih.

Unknown said...

Terpulang sama ada panggil jentolak bersihkan... ataupun tanam dulu... sementara tu hasil yg pokok lama masih boleh dituai... klu pokok baru dah kuar hasil... blg guna racun pokokutk matikan pokok yg tua.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
joncat said...

sebenarnya ayat yang betul ialah 'prunning' bukan 'browning'. sekadar membetulkan jer..jgn marah tuan tanah. saya berpengalaman dalam penanaman sawit dari tapak semaian sehingga usia pokok matang. kalau ingin khidmat nasihat percuma boleh emel jer

Unknown said...

T.kasih atas tegur... ada masa nanti sy betulkan ejaan berkenaan.

Muhammad Haffadzil bin Zainuddin said...

Salam..saya nk tahu jarak masa untuk kite lakukan prunning dalam masa berapa lama ye??saya dah 3tahun uruskn kebun arwah abah saya..sgt x teratur sebb saya masih belajar.xtahu apa2.jarak masa untuk meracun pun berapa lame ye??masa yg sesuai untuk meracun dan membaja??

Unknown said...

Pokok dah 17 tahun mesti kurangkan kos-kos pengeluaran buah(prunning,membaja,meracun), sebab pokok 15 tahun keatas kualiti serta kuantiti buahnya agak terjejas. Dimana berat serta gred buah menurun daripada sebelumnya. Sebab kelapa sawit dahulu agak berbeza dengan jenis buah sekarang iaitu Kelapa Sawit Hybrid. Saya sarankan puan boleh mula menebang pohon sawit tersebut sedikit demi sedikit kemudian menggantikan dengan pohon baru(anak sawit) setelah mencapai usia 20-22 tahun. Dikampung saya, 500 pohon boleh mencapai 10-15 tan setiap kali menuai hasil. Dalam sebulan boleh menuai hasil 1-2 kali sebulan bergantung pada kuantiti buah. sebab itu kebanyakan pemuda dikampung saya memilih untuk mengerjakan tanah sendiri daripada bekerja dengan syarikat swasta sebab hasil jualan sebulan boleh mencecah rm4000-rm6000 sebulan dengan harga sekarang RM450 1-tan..lepas tolak kos upah,meracun,membaja untung bersih rm3000-rm4000 kesimpulannya, Berjasa dengan tanah lebih menguntungkan. saya cuma berkongsi pengalaman serta pengetahuan saya dalam bidang ini. Mungkin cara penjagaan ditempat Puan agak berbeza ditempat saya, lain daerah lain budaya. semoga berjaya.

Unknown said...

Saya prunning setahun sekali je...

Unknown said...

T.kasih atas perkongsian info yg sangat berguna...

JS Calibre said...

Assalamualaikum semua! Alhamdulillah saya gembira melihatkn tuan puan menjalankan aktiviti kelapa sawit. Baiklah! Saya Ariff... Peneroka-peneroka felda bahasakn saya Ariff Baja... Saya tinggal di Kuantan Pahang.... Pada pandangan saya ada betul dan ada yang tak betul apa yang tuan puan ceritakn tu... Maaf la... Pengalaman saya lebih 13tahun meniaga baja,... Potensi sawit amat tinggi.... Pelanggan saya peneroka Felda Keratong 3, Haji Musa! Telah mendapat 32tan semasa kemuncaknya sawit.... Maksudnya dia telah mendapat 3.2tan untuk satu ekar... Pelanggan saya, En. Samad peneroka Felda Keratong 1 pula terkini, bulan November 2017 telah mendapat lebih 23tan dan pada bulan lepas (Disember 2017) telah mendapat 14tan. Semuanya dengan modal RM500 sahaja... Tuan puan terperanjat bukan? Iye! RM500 sepusingan... Baja saya jenama SMS Fertiliser. Baja ni sudah 20tahun berada dipasaran cuma jenama sahaja bertukar ganti dan kualiti baja pula dipertingkatkan. Banyak ilmu-ilmu yang saya belajar sepanjang lebih 13tahun berniaga baja ni.... Baiklah! Saya sudi mendengar pandangan tuan puan pula.... Saya juga mahu membantu tuan puan... In shaa Allah dengan ilmu yang Allah SWT berikan akan saya bantu tuan puan.... Saya juga lebih@terlebih suka muda mudi yang membantu ibu bapa mereka uruskan tanah... Kerana bagi saya, tak kesiankh pada ibu ayah mereka.... Mereka dah berumur dan saya perhatikn ada sampai umur lebih 80tahun masih uruskn tanah sawit mereka..... Akhirkata saya ucapkan syabas diatas usaha-usaha tuan puan. Disertakn No Telefon saya untuk kita berkongsi-kongsi pengalaman dan persoalan-persoalan tuan puan yang ingin kemukakan,In shaa Allah saya akan bantu.... 0193277699 (Ariff Baja). Maaf jika ada tersalah bicara.... Wassalam

Unknown said...

Yg pruning hari tu 5 rm sepokok .susun pelepah 2 rm jadi 7 rm sepokok.

Khai said...

Assalamualaikum.
Nak bertanya bagaimana kita hendak membayar upah untuk membersihkan pokok (pokok tumpang yang menjalar) bukan pruning.