Showing posts with label Damak Di Hati. Show all posts
Showing posts with label Damak Di Hati. Show all posts

Sunday, June 5, 2011

SEHARI DI KAMPUNG

Semalam, pukul 8 lebih aku bergerak balik kampung... rancangnya memang dah lama nak balik...
Pertama, sebab dah lama tak balik kampung...
Keduanya ada kenduri di Padang Piol...
Ketiganya nak ambil salinan photostat ic kakak aku yang dua orang tu...
Keempatnya nak hantar barang kenduri kahwin sepupu aku...

Sepatutnya balik dengan si dia... so aku memang tak service keta... ingat minggu nie baru nak service sebab nak balik kampung lagi Sabtu nie... kenduri kahwin sepupu... oleh kerana terdesak terpaksa aku redah... tawakal je lah. Biasalah kereta tak service nie drive jauh memang tak berapa nak sedap. Dah tu, buat perangai susah nak start lah pulak... dalam hati nie risau jugak... maklumlah hari minggu nie faham-faham je lah jalan penuh sesak dengan kereta.

Masa balik pagi tu jalan memang banyak kereta daripada kebiasaan... aku sampai di rumah pukul 10.30 pagi... sempat lah rehat sekejap... lepas tu pe hantar barang di rumah sepupu... and than terus ke Padang Piol... pukul 3.00 aku sampai... semua dah selesai... termasuk lah makanan. Tapi yang penting dapat jumpa pengantin. Seronoknya dia sebab aku datang... ya lah siapa tak seronok kan.. majlis kita kawan-kawan datang.

Balik tu aku singgah umah kakak aku di Jerantut... sudahnya belasah nasi lauk sardin...sardin..sardin lah.. janji perut aku kenyang. Pukul 6.00 petang aku gerak balik... tension jugak kepala nie... kat high way Pantai Timur pun dah jenuh kereta... sampai Lancang dah mula merangkak... sudahnya merangkak sampai tol Gombak. Biasa 2 jam... malam tadi cecah 4 jam setengah... lenguhnya... keta menual. Nasib baik lah malam tu hujan... so enjin kereta sejuk lah sikit.

Aku syukur sangat... sebab selamat sampai... kereta tak buat hal pun dah kira alhamdulillah... hari nie memang nak pe hantar service. Apis keta aku buat perangai lama balik. Ko tolong lah cari punca penyakitnya.

Tuesday, February 15, 2011

BERBELAS TAHUN TAK JUMPA

Ramlah, kawan aku masa sekolah rendah.... berbelas tahun tak jumpa... baru nie aku jumpa di majlis perkahwinan kawan aku... kawan dia gak sebenarnya... anak dah 5 orang... tahniah my friend.

Agaknya kalau aku mengajar di kampung... dah tentu aku akan mengajar anak kekawan aku kan. mesti seronok... yang sulung dah darjah 5.... anak kawan aku yang dah sekolah menengah pun ada... masa berlalu begitu pantas kan... sampai kita pun tak sedar... sebenarnya kita nie dah semakin meningkat umur.

Berada dengan kawan sebaya yang belum kawin tak terasa sangat... tapi bila berada dengan mereka yang dah beranak pinak nie... baru terasa.

Terasa kekurangan diri....
Bila mana belum mempunyai cahaya mata sendiri...

Masa nie lah baru sedar diri...
Yang diri nie, bila nak kawin lagi...

Saturday, October 2, 2010

KAWAN LAMA

Pada tahun 1995, merupakan tahun terakhir aku berada di bangku sekolah. Sekolah Bukit Buloh, aku tinggalkan setelah 5 tahun menghabiskan masa di situ. Selepas keputusan SPM keluar, masing-masing membawa haluan sendiri.

Ada sesetengah kekawan lepas tu terus terputus hubungan. Salah seorangnya ialah Hamidi. Sejak 1996 hingga kini aku tak pernah bersua muka. Baru-baru nie aku terjumpa dia kat fb.... chat punya chat rupanya dah 7 tahun dia duduk area Damansara Damai. Kalau ikutkan bukan jauh pun dengan sekolah aku.

Lagi pun aku selalu gak pe cari makan kat situ. Mungkin kalau jumpa pun tak cam... sebab dah lama tak tengok kan. Sekarang nie Midi keja di pejabat SUHAKAM Kuala Lumpur. Sebenarnya kekawan kita nie ada je sekitar dengan kita.... cuma tak dapat dihubungi je. Lagi sorang Fadli. Aku dapat maklumat daripada hanif, sekarang dia bertugas di TUDM Subang. Nanti aku ingat nak suruh member tolong carikan.

Terbaru seorang kawan aku Zainuddin... tegur aku kat fb. Siap panggil aku cikgu... aku ingat anak murid... selalu anak murid je panggil cikgu. Rupanya member sekampung. Tapi sama gak, lepas SPM dah tak jumpa.

Aku dapat tahu Din menyertai kerjaya beruniform. Kalau tak silap dia masuk polis dan berkhidmat di Kelantan. Orang umah pun orang Kelantan gak. Selepas 15 tahun baru dapat berita daripada kekawan. Kecanggihan teknologi mendekatkan yang jauh di mata.

Kami sebenarnya rapat sebab, masa tingkatan 4 dan 5 hanya 52 orang calon SPM di SMK Damak. Anak sulong SPM lah kata kan.. ramai kekawan pindah sekolah lain...

Nie pulak kawan aku masa tadika. Harny Hamdan nie, dari tadika sampai sekolah rendah dia bersama dengan kami. Lepas tu, dia pindah ke bandar Jerantut dan bersekolah di Padang Saujana. Last aku jumpa dia pun tahun 1993. Masa tu kami tingkatan 3.

Lepas tu terus terputus hubungan. Setelah 17 tahun baru dapat berhubung kembali. Sembang punya sembang, rupanya dia tinggal satu taman dengan kakak aku kat Cheras. Kecil kan dunia nie.

Cuma aku belum berkesempatan lagi nak berjumpa dengannya. Tengok lah kalau masa mengizinkan aku nak jumpa gak. Rindu dengan kekawan lama. Sekarang dia bertugas di HSBC Puchong.

Seronok dengar berita kekawan yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.

Berada dikejauhan tak semestinya dilupakan...
Bertanya khabar tidak semestinya bizy body....

Monday, August 30, 2010

MEMANG TAK SANGKA

Hari nie balik dari sekolah, biasalah rutin aku mesti buka pesbook.... penat macam mana pun pesbook mesti buka... lepas tu baru lah boleh nak layan mata ke...nak buat keja lain ke.... Ari nie memang kena balik awal sebab nak settle bil kad kredit yang belum berbayar. Kalau tak...mahu pukul 4.30 p.m baru aku balik... lepak kat sekolah.

Aku tengok ada friend yang menunggu request.... lama aku fikir siapalah minah nie.... nak tengok kat info...infonya tak berisi....tapi nasib baik lah muka kawan aku nie tak banyak berubah..,.. masih macam dulu.... bila aku dah request....dapat lah tengok gambar family dia... tapi nama masih aku tak boleh ingat.

Akhir sekali, aku dah tido than bangun semula baru ingat... nama dia pun mula dengan huruf F... 'Farizan'. Seingat aku lepas maktab ada jugak berhubung dengan dia...masa tu dia mengajar di SK Taman Dato Harun. Lepas tu buku phone aku hilang.... dan terus terputus hubungan. Ari nie dia add aku di fb....wah seronoknya....ingat lagi dia kat aku nie...

Mamat mana pulak nie...dia add aku...biasanya klu orang yang aku tak kenal... aku akan hantar mesej tanya dulu....baru aku akan terima permintaan untuk menjadi rakan...tanya punya tanya, semua dia tahu pasal aku... pelik...tapi bila dia beritahu dia anak orang nie...orang nie.... baru aku ingat... rupanya orang sekampung... sama2 dok berkelahi masa zaman kanak2 riang.

Muka pun aku dah tak cam.... tengok gambar zaman dia sekolah....baru boleh ingat...kadang2 bagus jugak pesbook nie... mendekatkan yang jauh.... melalaikan pun ya jugak...sebab aku boleh duduk depan pesbook nie berjam2...tapi cuba buat keja...sekejap je dah boring...

Terima kasih kepada mereka yang masih ingat lagi pada aku...

Menghargai setiap pertemuan itu lebih baik...
Daripada mengharapkan pertemuan yg kedua...
kerana pertemuan kedua belum pasti berkesempatan...

Saturday, May 15, 2010

KENANGAN DI SMK DAMAK 93

Harta yang banyak akan habis, jika tidak tahu menguruskannya....
Ilmu yang banyak akan lupa, jika tidak dikongsi dengan orang lain...

Kenangan manis, mahu pun pahit amat berharga...kenangan manis terlalu indah untuk di kenang, manakala kenangan pahit sebagai pengajaran....tambahan pula ada sesetengah peristiwa yang pernah kita alami suatu ketika dulu tidak mungkin berulang kembali... zaman kita remaja... tak akan ada zaman remaja kedua....kadang2 gambar yg kita ada sedikit sebanyak mengingatkan akan zaman yg pernah kita lalui...

Gambar nie semasa aku berada di tingkatan 3.... sebenarnya, nie bukan satu kelas.... tapi dah gabung 3 kelas... aku ingat dah hujung tahun kot ambil gambar nie.... so dah ramai yg ponteng...sebab nak menoreh getah...selalunya dah hujung tahun, cikgu dah jarang2 masuk kelas.... nie je yang ada...kalau ikutkan 3 kelas tu hampir 100 lebih...

Tak kisah lah... janji aku ada dalam gambar nie... aku berada di barisan tengah yang kelima dari kiri.... he he sebelah Punitha...Cikgu Afza masa tu ajar kami Matematik.... Cikgu Noriah ajar Kemahiran Hidup untuk kelas 3 Ikhlas je...Cikgu Maheran ajar Sains... last sekali aku ge umah dia masa di pindah ke Klang... masa tu aku ge dengan Senah. Pengetua yang berdedikasi... Ustaz Hamidi... semua orang kampung suka kat dia... sebab tak tinggal masjid...

Ustazah nie aku lupa lah pulak namanya.. Cikgu Asiah ajar kami Bahasa Melayu...masa dia pindah Kelantan, sempat lagi aku ge umah dia....perkara yg paling aku tak boleh lupakan.... dia bawak aku ge pasar Siti Kadijah... lantai basah masa tu... dia terjatuh, dah la time tu dia mengandung.... nasib baik tak ada apa2...Seronoknya dia bawak aku ge Pantai Cahaya Bulan...dan makan tengah hari umah mak mertua dia di Wakaf Zin. Sekarang nie dah lost contact dengan cikgu2... gara2 buku phone aku tertinggal kat atas public telefon...

Agak2 lah kan... kalau selisih dengan cikgu2 aku nie... aku boleh kenal lagi tak ha...aku teringin nak jumpa dengan Cikgu Noriah...dulu dia pernah marah kat aku...
"Esok kalau kamu jadi cikgu tahu lah" siap dengan memek muka lagi tu....
Semua murid takut dengan dia...
Aku memang nakal... tu yang cikgu geram je... tapi kan... aku ingat masin mulut dia kot... aku jadi cikgu... sebab nak suruh aku rasa mcm mana susahnya nak handle murid yg nakal nie....

Aku ingat lagi...mcm mana cikgu Zaleha jenuh memujuk aku suruh buat latihan.... tapi cikgu tak garang... aku tak buat pun....cuba cikgu garang....byk mcm mana pun keja umah...susah mcm mana pun mesti siap....


Terima kasih cikgu2 yang sabar memberi tunjuk ajak kepada aku sehingga aku berada di tahap ini... tanpa kesabaran mu guru siapalah aku.....

TERIMA KASIH CIKGU....
JASA MU DIKENANG....

Monday, April 19, 2010

KENANGAN DI SMK DAMAK

Gambar den bersama teman seperjuangan semasa di tingkatan 5 tahun 1995. Ket fb semua orang sibuk dok buet kuar gambo2 lama... den ada gak tapi tak banyak le....Boleh dikatakan kami nie rapat dengan semua... maklum lah kelas tingkatan 5 masa tu bukan ramai pun... 52 orang calon je...

Aku rasa cukup bertuah....group kami merupakan perintis SPM di SMK Damak (anak sulong SPM). Buat pertama kalinya pada tahun 1995 sekolah menyediakan calon untuk SPM. Aku merupakan orang pertama dalam senarai nama calon SPM... he he he.. nie ceta pertama. Paling takut, masa ujian lisan BI & BM sebab orang pertama... Masuk Maktab... ambilan pertama Diploma Perguruan.

Sampai bila2 pun aku akan ingat cikgu Afza... ajar kami Matematik. Aku dari dulu lagi minat matematik.... keja sekolah lain jarang siap... BI siap... sebab takut cikgunya... garang. Matematik siap....sebab aku minat. Tapi cikgu Maheran pun aku minat gak .... dia selalu guna perkataan "anda"....jangan marah cikgu.

Aku yang duduk barisan hadapan, yang kedua dari kiri. Kalau kekawan nak tahu umah Punita Kumari tak jauh pun dari sekolah aku mengajar.... aku pernah ge umah dia masa perayaan Depavali. Bila lah agaknya kita dapat kumpul semula kawan2 nie ye....

KENANGAN DI SK DAMAK

Barisan Lelaki dari kiri:
Fadli, Hamizi, Khairi, Haniff, Afzal, Fairul Rafiq, Yusuf, Wan Ezani, hujung nie aku tak pasti... sory ye..

Barisan Tengah dari kiri:
Norasmat, aku tak ingat, Badariah, Aku, Jumie, Norsaupiah, Ku Norlela, Rubiah dan Napisah.

Depan dari kiri :
Suyanteri, Suzila, Rosnani, Haziah,Cikgu Zaini, Cikgu Haris Fadillah Ahmad, Yuslizan, Azizah, dan Norhasnah.

Seronoknya dapat tengok gambar lama2 nie.... aku tak ada gambar nie... nasib baik ada dalam simpanan Ijan....Aku ingat gambar nie masa darjah 6.... tahun 1990 di SK Damak. Macam kat maktab lah pulak bilangan 25 orang sekelas.... klu sekarang sekelah mencecah 40 0rang... nak muntah menanda buku.

Seronoknya daripada 25 orang tu.... 6 orang jadi cikgu...( Cikgu Ijan, Cikgu Azizah, Cikgu Nani, Cikgu Saupiah, Cikgu Afza dan aku Cikgu Ida). Dua orang sertai badan uniform TUDM, Hanif dan Fadli. Dua orang kerja bank, Hamizi keja di bank rakyat jerantut...dah ada kawan nie....kalau nak buat pinjaman peribadi, mungkin mudah sikit kot urusannya... he he he.... Rubiah keja di Maybank Temerloh. Suyanteri jadi jururawat di Hospital Ampang Puteri. Ada yang jadi suri rumah sepenuh masa....
Kawan2 yang lain aku tak pasti keja apa sekarang...... harap2 semoga semuanya berjaya dalam hidup.... dan punya keluarga yang bahagia.

Jumie keja di Johor...nak jadi kan ceta umah Jumie setaman dengan umah aku di Kota Masai. Dulu umah yang Jumie sewa selang berapa buah je dengan umah kawan aku.... walaupun aku selalu ke sana... tapi tak pernah jumpa... sebab dia keja shiff. Bila jumpa mak dia... sembang punya sembang... umah dia sendiri, setaman dengan umah aku. Kecil kan dunia nie.. pusing2 kita akan jumpa balik kawan kita.

Masa jamuan darjah empat... aku pun dah tak ingat...tapi kan... mcm mana boleh sikit nie je yang datang... yang lain mana Ijan???. AKu pelik betul... mcm mana ko boleh ada gambar yg ini... nie mesti kes baik dengan cikgu. sebab tu ko ada gambar nie.

Apa pun terima kasih le Ijan... sebab ko telah mengingatkan zaman kita sekolah rendah dulu....

Tuesday, February 16, 2010

1 MALAYSIA

Keindahan di waktu malam sempena Tahun Baru Cina

Boleh dikatakan di Malaysia nie, perayaan apa pun memang meriah. Kita satu Malaysia ma... U raya.... I pun raya.... I raya... U pun raya... Tahun nie aku memang terasa sgt lah raya tahun baru cina... mana tak nya jiran umah kakak aku ramai kaum cina.... bunyi mercun tu tak usah ceta lah.... kalau org tak biasa, memang tak boleh tido punya.... tapi aku, tak kisah.... kalau dah mengantuk tu layan aja...

Kemeriahan Tahun Baru Cina di Taman Sri Damak.... tak boleh dinafikan... dengan bunya api, tarian naga nya.... mercun lah... mungkin kat taman perumahan lain pun sama kan....

Gambar di atas tu ada yang aku rakam sekitar taman perumahan damak dan ada di sekitar bando Jerantut... Nak menunjukkan masyarakat kita nie cukup unik terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Kebebesan beragama tu perlu dihormati oleh semua kaum.

Sunday, January 3, 2010

MENYAMBUT AWAL TAHUN DI DAMAK

Pada hari Jumaat 1 Jan , awal2 pagi lagi aku dah bersiap-siap nak balik ke kg halaman di damak.... Kali nie aku tak keseorangan memandu, kerana di temani oleh anak buah dan sepupu..... perjalanan yg singkat tak sempat pun rasa boring dah sampai.... Sempat rehat sekejap je kat umah....

Petang tu, anak buah ajak temankan ge beli pakaian sekolah kat bando.... malam tu pulak cadangnya nak ge memancing di sg. pahang.... selalu dia orang pergi lepas isyak..... sambil tunggu lepas isyak tu sempat lagi aku layan fb.... lepas magrib je aku dpt call drpd my dad....
" hello mu dok mana nie"
" kita dok sini....."
" Mu tak yah ge lah macing.... hujan lebat kat atas nu...air deras... mu tu bukan reti berenang"
Aku pun pelik ayah aku nie.... mana dia tahu kat atas sana nun hujan... pandai2 je buat ceta tak bagi aku ge mancing..... penat aku beli umpan beringgit2....

Ingat balik nak singgah je mancing kat kg. baharu je... anak buah aku pulak tak minat mancing kat kolam.... tak pe lah terus je lah balik umah..... tido lagi baik...

Esoknya aku dah janji dengan mak aku nak tolong kutip getah buku.... sampai kat kebun mak aku dah siap kutip... aku tak tahu lah dia ge pukul berapa.... balik tu rehat kejap..... layan mata... pukul 2 janji dengan Liza, Suri nak ge tengok Ijan.... baru dapat baby.....

Hairul pulak hantar mesej suruh aku ge umah dia.... tak pe lah aku cadang nak ajak dia sekali ge tengok anak Ijan.... dia ok on je... sampai umah dia, dia tengah makan tengah hari... tunggu dia makan.... lepas tu dia hidang air pulak.... layan bapak dia sembang pulak.... mahu setengah jam gak...

Lepas tu kami gerak ke tempat Tabika Perpaduan.... suri sibuk mengemas apa yang patut maklumlah dah nak buka sekolah kan...

Ting tong.... pukul 3 baru dapat gerak ke umah Ijan..... wah meriahnya dapat jumpa kawan2.... 5 orang dapat kumpul... ini bermakna 5 cerita yg nak dibualkan.... sembang memang tak ingat dunia le.... setahun sekali jumpa.... last jumpa datang tengok anak Ijan tahun lepas.... lepas tu dtg tengok anak kedua....

Last sekali ayah aku call baru balik.... itu pun dia dok risau hari dah makin petang... kata nak balik petang tu... kalau tak mahu tak balik lagi....

Kami berlima nie memang rapat dari dulu lagi.... lagi satu ada persamaan dan tak mungkin ada pada orang lain.... antara kami memang tak ada rahsia.... walaupun berjauhan tapi tu lah rasa mcm semalam je berada di damak.... walaupun aku lama tak balik.....

Belum terlambat rasanya nak ucapkan selamat bertugas di sekolah baru kepada Hairul Niza.... nasib baik posting ke SMK Padang Saujana boleh berulang je.....dari ari tu lagi sibuk dok ajak aku teman dia cari umah kat Jerantut.... nie dah dapat jerantut boleh lah perlahan2 cari umah.....

Aku ajak posting KL tak nak.... lepas tu sekarang dok menyesal.... on je lah kat kg pun.... ramai kan kawan2 kat kg tu..... klu nak datang shopping kat KL bagi tahu je... aku boleh teman kan... itu pun kena bagi tahu awal....aku nak adjust jadual...

Pukul 6....bertolak balik KL.... perjalanan yg cukup mencabar.... hujan sepanjang perjalanan..... pukul 10 baru sampai KL.... kepenatan yg melampau lena hingga ke pagi..... Layan je ari last boleh bangun lambat....

Friday, November 27, 2009

AKTIVITI DI KAMPUNG

Nie memang kerja rutin aku kalau balik kg.... mesti buat pest control... tambah sekarang musim hujan lagi cepat anai2.... patutnya keja lelaki.... tapi kalau dah kat umah aku nie semua perempuan.... nak tak nak kena lah buat.... menantu ramailah lelaki.... tapi tak kan nak suruh kot.... umah dia sendiri tak buat, nak suruh buat umah kita.... he he segan lah.... boleh buat sendiri kan... buat je lah.... jgn harap org nak buat keja kita.... bikin sakit hati je nanti....

Kat umah aku nie sekarang dah tinggal mak & ayah aku je.... kadang2 tu depa nie pun tak perasan anai2 dah makan kayu.... nie pun bukan boleh lepa sikit.... habis... Umah papan nie lah masalahnya susah nak jaga....

Mula aku ingat nak meracun keliling umah.... udah kena marah kat mak aku pulak.... takut aku tersalah racun pokok2 yg dia tanam.... aku racun di bahagian depan umah je.... sekali sekala balik memang byk keja nak buat....

Nie saja je nak tunjuk motor hantu ayah aku..... hu hu paling dia sayang.... jangan harap lah nak bawak... tak bagi dia....motor khas utk ge kebun je....

Sempat lagi kemas umah nak beraya.... walaupun tak beraya kat kg... tapi apa lah salahnya aku tolong kemas untuk org yg beraya kat kg.... klu dah masing2 sampai lewat bila nak kemas..... lagi pun kat umah aku nie bukan ramai pun beraya di kg.... ada lah 2 keluarga je.... aku biasa lah.... kadang2 balik... kadang2 tak.... tambah sekarang nie..... nak balik pun tengok time.....

Bukan kemas apa pun sapu kerusi dengan minyak kayu.... kat KL harga baru RM10.... kat bandor RM15.... kalau tahu mcm tu aku beli kat KL siap2...... tu yang nampak tikar aku berkilat tu....

Kata je kemas bodoh2 pun.... tapi kalau dah kerusi tu kena lap satu2.... tak ke ambil masa..... nak sedut habuk lagi.... boleh lah tu tahan sebulan dua..... lepas tu mau bersarang sawang..... orang tua tak de dah nak kemas dia....

Jangan terlalu mengharapkan org lain buat utk kita......
Sedangkan org yg diharapkan belum tentu ikhlas utk melakukan.....

BALIK KG DI DAMAK....

Cuti sekolah dah bermula... semua dok sibuk nak balik kg.... begitu jgk dgn aku, memang tak sabar2 nak balik..... sepatutnya ari Ahad lagi aku nak gerak balik kg.... tapi cuaca tak menentu, so aku tangguh perjalanan.... Hari Isnin, aku bersiap2 untuk balik kg.... tapi sebelum tu sempat lagi sarapan dgn Cik Siti Aishah pekena roti canai di kedai Kasim....

Last aku balik kg.... raya puasa ari tu... so dalam perjalanan konon2 nak test power keta aku.... kat High way pantai timur, sebab baru service habis beratus.... aku tekan naik 130 km/j..... tut..tut... keta aku mula naik 'temperature'.... masa tu aku dah mula slow.... takut gak, apa2 hal kat highway tu..... lepas tu ok.... aku drive sampai bandar....

Aku dapat call kwn aku nie.... on the way ke bandar... so aku tunggu dia kat kedai makan sebelah stesen teksi.... kebetulan memang nak jumpa dengan geng blogger sekali..... Tak sangka betul dapat jumpa dengan blogger relevan org yg paling suka memberi komen dalam blog aku.... terima kasih relevan sokmo kerana oak sudi jumpa kawen kat bando...

Lepas tu aku teman kawan aku.... Hairul nie ambil motor dia di pejabat pos.... sebenarnya dah banyak ari motor tu sampai.... di pos dari JB... maklumlah dah habis buat degree.... walaupun belum konvo... aku nak ucapkan tahniah.... Insya Allah ada kelapangan konvo ko nanti aku datang....

Tuesday, September 1, 2009

HAPPY BESDAY KHAIRUL




Esok, 3 September merupakan ulang tahun kelahiran my friend...yang ke 31 tahun. Kawan zaman sekolah tadika, sampailah sekolah menengah..... dan pernah terputus hubungan... tak sangka pulak setelah sepuluh tahun tak berhubung dan bertanya khabar.... akhirnya kami bertemu masa sama-sama menghantar family menunaikan haji pada tahun 2005... masa tu wah...seronok betul dapat jumpa kawan lama.... padahal mengajar bukan jauh pun....

Di kesempatan nie...aku ingin mengucapkan selamat ulang tahun semoga panjang umur, murah rezeki dan dapat menghabiskan pengajian di UTM Skudai dengan jayanya.

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN

ZAMAN REMAJA

Ha.. jangan terperanjat keng kawan yang ada muka di kat sini.....Last week den balik kg...so selongkar le almari lama.... terjumpa lah pulak buku yg ada gmbr nie....ha nie wajah2 masa tahun 1993... umur 15 tahun...

Atas sekali belah kanan tu Azizah, Ku Norlela, Jumieyati, Rohayu dan Suriani.....

Nie pulak gambar adik angkat aku...Norazilawati dan aku (yg pakai baju sekolah tu)..
gambar yg kat bawah tu bukan tahun 1993....tu gambar minggu lepas menghala ke tol Jalan Duta....dah lama ku nak ambil gambar view nie....tapi payah bawak keta sorang2...masa ambil nie pulak time jerebu lah pulak..... apa pun tetap cantik kan....

Gambar kat atas tu Norasmat, Napisah...dia kawin muda, anak pun dah sekolah menengah....seronok kan.... anak dah besar2 nie...sebelah tu Robiah, sekarang kerja bank di bandar Temerloh..... yang bawah tu Sakinah dan Badariah....

Kepada keng kawan yg tak ada gambar kat sini jgn kecil hati pulak....aku ingat semua kawan aku....cuma gambarnya mmg tak ada dalam simpanan....

"Semalam adalah kenangan, Hari ini adalah pengalaman dan Esok adalah impian"

Sunday, July 26, 2009

HAPPY BESDAY

Rasanya belum terlewat untuk aku mengucapkan selamat ulang tahun kepada kawan baik aku yang selama ini banyak memberikan sokongan dan sentiasa dekat di hati walaupun jauh nun di Damak.

Kepada Suriani Mat Yasin selamat menyambut ulang tahun yang ke 31 pada 24 Julai ( Jumaat ) semoga pengalaman semalam menjadi pengajaran untuk hari ini. Semoga tabah menghadapi hari2 mendatang, dimurahkan rezeki dan di panjangkan umur.

Sebagai kawan, aku sentiasa mendoakan agar kawan2 sentiasa beroleh kebahagian.

Monday, June 29, 2009

MASUK ESTET DEN

On the way balik kg..sempat lagi singgah di Estet jumpa kawan lama....baru kali nie dapat jumpa dgn wife dan anak2nya... Dah banyak kali dia ajak aku ke umahnya.... asyik tak ada masa je...kali nie dah tak boleh menolak....so aku luangkan jugak lah...aku ambil masa juga kat dalam estet tu....macam2 dia nak tujuk kat aku... projek2 yang dia buat. Antara projeknya...tanam sayur dan ternak ikan keli...

Sempat lagi tu ge umah mak dia... baru ari nie aku tahu dia memang asal org kuala krau...aku ingat org perlok....Dah tengah hari, member nie jamu nasi lah pulak. Segan jugak aku...kawan layan kita bukan main lagi...belum tentu lagi kita boleh layan kwn kita mcm tu...Tapi dia nie dari dulu lagi baik....Orang yang rajin je boleh kerja sendiri.... mcm2 keja dia buat.

Tengah makan member aku call..."wei ida...bila nak sampai nie? aku dah masak nie". Aduh wa nie masak pulak. Singgah Jerantut umah kawan aku nie makan lagi. Kesian member dah masak. Pada hal kat sana td dah mkn lebih daripada biasa. Aku tak sabar nak jumpa dia....Nak dengar ceta org ge bercuti di Australia. Daripada ceritanya, memang depa tu enjoy kat sana....tapi sayang tak bayak gambar yg dpt diambil buat kenangan.....kamera habis bateri. Makanya plug kat sana jenis lain....

Seronok borak....maklumlah member aku nie duduk sorang....ada 2 org member dia tadi tunggu jugak aku...tapi dah lambat sangat...depa tu beransur dulu....Bapak aku pulak call, "dah kat mana nie?? pukul berapa nak ge kenduri" Tu lah org tua kan...kalau dia tahu nak balik...kejap2 call...bukan apa takut ada apa hal kat jalan.. Tak pe lah lain kali kami nak sambung story yang tergendala tu.... ari nie byk sgt program...

WEDDING NOR AZIZAH

Tahniah kepada pasangan Nor dan suami tersayang...Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

Kenduri anak bongsu Pok ya memang meriah....jemputan pun dua sesi....aku yang sampai ptg nie...tak merasa lauk kawah...habis. Tukang masak sibuk menumis lg. Tak sempat dah nak tunggu kerana ada urusan lain....

Kena abadikan gambar nie di sini...bukan selalu dpt gambar depa nie... dulu masa kecil2 nie lah teman bermain, bergaduh...skrg dah tua2 nie lain pulak aktivitinya...nak jumpa pun bukan senang....kalau tak majlis mcm nie...raya je lah jumpa...

Kad jemputan kenduri sekarang mcm2 kan... dulu rajin jugak aku menyimpan kad jemputan keng kawan nie....tapi sekarang simpan kat blog je lah...lagi senang...bila2, di mana2 pun boleh tengok.

Wednesday, June 3, 2009

NORLYZA YAHYA


Liza, warna pink memang sesuai sangat dengan ko....cantik bangat...

Selamat pengantin baru kepada rakanku...Aku minta maaf kerana tidak dapat membantu apa yang patut sepanjang ko membuat persiapan perkahwinan. Tuntutan kerja dan terpaksa memenuhi undangan perkahwinan di Sungai Buloh. Alhamdulilah, aku diberikan kesihatan yang baik, untuk bergegas pulang ke kg...bagi memenuhi jemputan dari mu...dan terpaksa pula bergegas pulang ke KL kerana ada urusan penting esoknya. Kita hanya merancang tapi Allah yang maha menentukan yang terbaik untuk kita. Tahniah sekali lagi kerana segalanya berjalan dengan lancar. Aku gembira melihat ko gembira dengan pasangan. Aku sentiasa mendoakan semoga ko bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

SELAMAT PENGANTIN BARU

Sunday, May 24, 2009

RAKAN SEKELAS FORM 5

Mamat paling macho dalam kelas kami masa form 5. Habis SPM aku dengar ceta ko sambung belajar kat UiTM... entah ya entah tak aku pun tak tahu.... Sebab lepas habis belajar aku tak pernah lagi dah jumpa ko... Cuma ada beberapa kerat je yang masih lagi berhubung sehingga ke ari nie. Ke ko sambung belajar ke oversea?... mcm tiket kapal terbang je kat tangan ko tu... ke tiket feri....

Keng kawan kita yang lain mesti seronok tengok gambar ko kat sini... tapi kan ini gambar masa ko umur berapa agaknya....? Saiful akma, nama bapak ko pun aku dah lupa... maklumlah dah lama kan. Dah berbelas tahun... nasib baik nama ko aku ingat lagi...

Tuesday, May 19, 2009

TERBANG DI AWAN BIRU


(Dari kiri ke kanan) :

  • Lt Muhamed Afizan Bin Jaafar TUDM (373109)
  • Lt Armannizam Bin Tahir TUDM (373090)
  • Lt Shamsul Ehsan Bin Alwi TUDM (373122)
  • Lt Nazlan Shah Bin Zainal TUDM (373093)
  • Lt Mohd Yazid Bin Abu Seman TUDM (373107)
  • Lt Juhaili Hanim Bte Md Salleh TUDM (373128)
  • Lt Mohd Haniff Bin Mohammad TUDM (373111)
  • Lt Norazlan Bin Termuzi TUDM (373121)
  • Lt Anuar Bin Sungkanah TUDM (373088)
  • Lt Suresh a/l Vijayaratnam TUDM (372629)
  • Lt Ahmad Khusairi Bin Ahmad Fadli TUDM (372553)
  • Lt Mohd Razlan Bin Jamaluddin TUDM (373104)
  • Lt Magesvaran a/l Ramadas TUDM (373102)
  • Lt Mohd Anuar Bin Ahmad TUDM (373103)
  • Lt Alfan Naem Bin Katiman TUDM (373087)
  • Lt Nurul Amir Bin Othman TUDM (373011)
  • Lt Muhamad Fazri Bin Md Zin TUDM (373139)
  • Lt Suriati Bte Abd Kadir TUDM (373136)


Sebenarnya aku tak pernah berjumpa dengan rakan sekelas aku nie.... selepas tamat SPM 1995. Masing-masing membawa haluan sendiri. Jika aku pilih kerjaya TUDM dulu tak mustahil akan bekerja ataupun berpeluang bertugas di bawah satu bumbung. Bezanya aku masuk untuk jawatan rekrut, tetapi dia memohon memasuki Kolej Tentera Udara. Haniff nie dari sekolah rendah lagi sudah terserlah ciri-ciri sebagai seorang pemimpin. Tahniah haniff, aku sebagai kawan bangga dengan kejayaan ko... Hanif yang kelima dari kiri... paling cerah kulit tu....

Gambar nie pun aku dapat kat laman web... zaman ko tamat latihan dulu kot.....tahun 1999. Gambar 10 tahun yang lalu. Aku cari jugak gambar keng kawan yg lain.... tak jumpa... aku dengar ceta fadli pun masuk TUDM ya... ke??? Masa kawan aku di KTU ada juga aku tanya tp dia tak kenal....


Saturday, December 27, 2008

JEJAK KASIH

Siapa sangka kan.....dah 18 Tahun tak jumpa....masa kenduri sepupu pulak dapat jumpa kawan semasa di SK Damak. Ku Norlela Ku Zin, bersama kakak iparnya Salina Mohd Isa..... yang juga kawan kami di sekolah rendah. Nasib baik Lela ingat lagi nama aku....aku tak perasan langsung dia duduk sebelah aku masa makan...maklumlah orang ramai.....control le...

On the way nak balik KL sempat lagi aku dengan Liza singgah kat kedai Suri....ha...ari tu...seronok betul....borak2 dengan Liza..tahu2 dah sampai KL.. Selalu drive sorang...mak ai boringnya......