Monday, April 19, 2010

KENANGAN DI SK DAMAK

Barisan Lelaki dari kiri:
Fadli, Hamizi, Khairi, Haniff, Afzal, Fairul Rafiq, Yusuf, Wan Ezani, hujung nie aku tak pasti... sory ye..

Barisan Tengah dari kiri:
Norasmat, aku tak ingat, Badariah, Aku, Jumie, Norsaupiah, Ku Norlela, Rubiah dan Napisah.

Depan dari kiri :
Suyanteri, Suzila, Rosnani, Haziah,Cikgu Zaini, Cikgu Haris Fadillah Ahmad, Yuslizan, Azizah, dan Norhasnah.

Seronoknya dapat tengok gambar lama2 nie.... aku tak ada gambar nie... nasib baik ada dalam simpanan Ijan....Aku ingat gambar nie masa darjah 6.... tahun 1990 di SK Damak. Macam kat maktab lah pulak bilangan 25 orang sekelas.... klu sekarang sekelah mencecah 40 0rang... nak muntah menanda buku.

Seronoknya daripada 25 orang tu.... 6 orang jadi cikgu...( Cikgu Ijan, Cikgu Azizah, Cikgu Nani, Cikgu Saupiah, Cikgu Afza dan aku Cikgu Ida). Dua orang sertai badan uniform TUDM, Hanif dan Fadli. Dua orang kerja bank, Hamizi keja di bank rakyat jerantut...dah ada kawan nie....kalau nak buat pinjaman peribadi, mungkin mudah sikit kot urusannya... he he he.... Rubiah keja di Maybank Temerloh. Suyanteri jadi jururawat di Hospital Ampang Puteri. Ada yang jadi suri rumah sepenuh masa....
Kawan2 yang lain aku tak pasti keja apa sekarang...... harap2 semoga semuanya berjaya dalam hidup.... dan punya keluarga yang bahagia.

Jumie keja di Johor...nak jadi kan ceta umah Jumie setaman dengan umah aku di Kota Masai. Dulu umah yang Jumie sewa selang berapa buah je dengan umah kawan aku.... walaupun aku selalu ke sana... tapi tak pernah jumpa... sebab dia keja shiff. Bila jumpa mak dia... sembang punya sembang... umah dia sendiri, setaman dengan umah aku. Kecil kan dunia nie.. pusing2 kita akan jumpa balik kawan kita.

Masa jamuan darjah empat... aku pun dah tak ingat...tapi kan... mcm mana boleh sikit nie je yang datang... yang lain mana Ijan???. AKu pelik betul... mcm mana ko boleh ada gambar yg ini... nie mesti kes baik dengan cikgu. sebab tu ko ada gambar nie.

Apa pun terima kasih le Ijan... sebab ko telah mengingatkan zaman kita sekolah rendah dulu....

4 ulasan:

sI tEDI said...

aduhai! betul klasik gambar ni!

eeeda said...

TU AH...SAYANG RASANYA KLU TAK DIKONGSIKAN BERSAMA DENGAN RAKAN2 YANG LAIN.

ONE ZABA said...

aku kenal sangat cikgu haris fadillah tu. geng pengakap dulu. rata jambori kami pergi sama.

eeeda said...

one zaba: lah ye ke??? dia guru kelas masa darjah 6....Selalu kena marah sebab buat karangan tunggang terbalik...