Wednesday, April 14, 2010

TAHNIAH DINAIKAN PANGKAT

Tahniah kepada rakan sekerja aku.... Sulia Suhed kerana baru sahaja menerima surat tawaran kenaikan pangkat sebagai PK koko di salah sebuah sekolah di PJ. Sejak aku tahu dia dapat tawaran... aku yang tak boleh tido... dia ok je.... tido lena je sampai ke pagi...

Aku dah mula terasa akan kehilangan sorang rakan sekerja yang serba tahu dan cekap dalam apa jua tugasan yang diberikan. Walaupun lebih junior daripada aku... tapi aku banyak belajar daripada dia. Aku sendiri akui.... memang tak mampu nak buat sebaik dia.

Dia yang pernah aku kenal... seorang yg rajin bekerja... dan ringan tulang untuk membantu kawan2 tanpa diminta. Tahu2 je... "akak tak payah buat nie.... su dah buat". Bagilah apa keja pun mesti jalan....

Kalau kita buat kerja dengan ikhlas, bersungguh2... Insya Allah kejayaan tu akan datang dengan sendiri.... tak perlu pakai kabel pun..... tengok pengalaman dia pun kita dah boleh nilai sendiri...(penyelaras unit beruniform, Penyelaras SPBT Tahun 4 (2003-2006), s/u kokurikulum, s/u Tahun Enam (2004-2010), ketua pantia sivik, ketua panitia kajian tempatan, ketua panitia pend seni visual, penyelaras sekolah lestari,jurulatih hoki sekolah, jurulatih badminton sekolah, s/u jadual waktu,ajk lawatan, ajk keselamatan sekolah)

Secara peribadi aku rasa dia mampu menjadi pentadbir yang baik... sekali lagi akak ucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas dengan baik di sekolah baru.

5 ulasan:

ONE ZABA said...

apasal yg senior tak naik pangkat lagi!!!

relevan said...

Tahniah buat kawan aok te..aok bila pula nak naik pangkatnya?..

su said...

one zaba: ada kriterianyer..ada markah pada item2 tertentu...
kak farid: terima kasih kak. Alhamdulillah rezeki dari Allah kepada hambanya yang kekurangan ini.Terima kasih juga mendoakan su yang terbaik.Su takkan lupakan akak..my best friend here for 8 years...

eeeda said...

One Zaba: Ikut senioriti pun payah gak klu tak tahu nak buat keja....

eeeda said...

Relevan: Kawan lambat lagi kot..tak ada kelayakan.