Showing posts with label Akademik. Show all posts
Showing posts with label Akademik. Show all posts

Saturday, February 5, 2011

AKU BELUM BERKEMAMPUAN

Tahun nie, di awal persekolahan.... aku memang bersemangat. Almaklumlah tahun nie dapat mengajar Matematik Tahun 6. Dalam kepala nie... macam-macam nak buat. Pemilihan bahan untuk kelas pagi le... kelas malam lah.. dan aktiviti di dalam kelas...

Siap pilih lagi ari apa nak ajar kelas malam... so aku pilih lah Jumaat malam. Sebab aku nie memang jarang balik kampung pun. Tapi last sekali aku dapat tahu kena mengajar Bahasa Melayu lah pulak untuk kelas malam... terus menjunam semangat aku. Paling aku tak suka, ajar kelas orang... ya lah aku nie bukan sehebat mana pun... takut nanti tak sama pulak dengan guru kelas tu ajar.

Sampai hari nie masih lagi dok fikir nak terima atau pun tak... mengajar kelas malam tu... Nak buat bahan sendiri aku memang belum berkemampuan lagi. Masih lagi dalam belajar, mencari cara yang terbaik untuk mengajar Bahasa Melayu di sekolah SK.

Cuti sempena Tahun Baru Cina sempat lah juga menaip semula soalan karangan upsr tahun-tahun lepas dan peperiksaan percubaan negeri-negeri tahun lepas. Ingat kalau mood dah kembali stabil nanti... aku nak ajar penulisan bahagian B je. Kelas malam 1 jam 30 minit. So, 3o minit boleh gunakan untuk bincang isi dan 1 jam lagi murid mengarang. Isi untuk semua tajuk tu, belum berkesempatan lagi nak buat. Dalam perancangan memang nak buat. So next time mengajar kelas peperiksaan senang banyak le.


Setiap orang punya cara tersendiri...
Tapi objektif yang ingin dicapai tetap sama...

Thursday, January 27, 2011

BAHASA MELAYU BAHAGIAN B

Aku menulis hanya sebagai perkongsian... sekiranya pembaca fikirkan baik boleh lah guna dipakai... sekiranya tidak abaikan saja. Aku bercerita berdasarkan pengalaman mengajar kelas hujung. Aku tak kisah orang beri kelas hujung... pada mulanya memang tension bagat... sebab kita nie suka meletakkan target yang tinggi. Hakikatnya mereka tak mampu untuk mencapainya.

Pengalaman semalam mengajar aku agar lebih peka dengan kemampuan anak murid dan mengajar mengikut kemampuan mereka. Mengajar mereka nie menuntut kesabaran yang tinggi. Aku nie, bukannya jenis sabar... tapi terpaksa lah.

Kelas hujung nie... bahagian B memang susah nak ajar... tapi kita jangan terus abaikan mereka nie. Kita perlu bantu mereka. Selalunya apa yang aku buat... aku sediakan karangan yang sudah lengkap.

Langkah 1
  • Mereka akan baca bersama-sama. Ada sesetengah tu, merangkak lagi membacanya. Apa yang penting kita sentiasa suruh mereka membaca.
Langkah 2
  • Keluarkan apa yang terdapat dalam setiap perenggan. Contohnya dalam pendahuluan untuk karangan jenis laporan. Murid dibantu untuk mengeluarkan maklumat yang ada dalam bentuk kata kunci. Contohnya, tempat, bila, siapa yang terlibat....
Langkah 3
  • Mereka akan salin semula karangan berkenaan. Tekankan kepada murid, jangan buat kesalahan. Pastikan mereka menyalin dengan betul terutama ejaan dan penggunaan huruf besar dan kecil.
Langkah 4
  • Menggunakan karangan yang sama, kita boleh minta murid menukar laporan tersebut. Kalau contoh karangan laporan mengenai Hari Sukan. Mungkin kali nie cikgu minta murid membuat laporan mengenai Hari Anugerah Kecemerlangan.
Murid kelas belakang nie.. kalau mereka dapat buat... punya lah seronoknya. Mereka nak buat sendiri memang tak ada lah. Aku buat cara tu... Alhamdulillah separuh jugak kelas aku lulus BM penulisan. Ikutkan target memang nak luluskan semua. Tapi apa kan daya. Tak mampu den.

Bagi mereka yang mengajar kelas biasa lain caranya pulak. Kita akan target murid nie dapat cemerlang. Bagaimana caranya:

  • Guru perlu dedah kepada murid dengan pelbagai soalan karangan mengikut jenis karangan.
  • Dedahkan semua jenis contoh karangan. Selalunya kawan aku nie... dia kumpul contoh karangan dalam didik dan fotostat untuk semua murid. Ini penting sebagai rujukan kepada mereka.
  • Kuasai semua jenis format karangan. Beza dengan kelas hujung. AKu ajar karangan jenis cerita je.
  • Kaitkan tema karangan dengan pelbagai jenis karangan yang berkaitan. Contohnya, tajuk Hari Sukan. Kita boleh ajar buat dalam bentuk laporan, catatan, cerita dan sebagainya.
  • Banyakkan aktiviti mencari isi karangan. Selalunya aku dah sediakan peta konsep yang kosong dan minta mereka mencari isi secara berkumpulan. Kita boleh buat semasa kelas malam atau pun kelas hari Sabtu.
  • Hasil karangan murid yang cemerlang boleh dijadikan contoh kepada rakan yang lain. Mungkin kita boleh minta murid salin karangan terbaik tersebut.
  • Minta murid membaca contoh-contoh karangan. Kalau cikgu rajin sediakan dalam bentuk buku atau pun minta murid membeli buku contoh karangan. Satu karangan sehari.
  • Hafal kata-kata pendahuluan dan penutup beberapa karangan. Supaya mereka ada idea untuk membuat penutup dan pendahuluan dengan baik.
  • Banyakkan latihan membina ayat berdasarkan isi-isi yang dibincangkan.
  • Adakan latihan membina rangka karangan supaya mereka mahir dan mampu membuat rangka sebelum membuat karangan yang lengkap.
Guru yang berkemahiran...
Memudahkan pengajaran dan pembelajaran....

Wednesday, January 26, 2011

RANCANGAN TAHUNAN

Perancangan Tahunan bagi setiap mata pelajaran perlu ada... penting tu... kalau tak ada macam mana nak buat RPH (rancangan pengajaran harian ).Perancangan Tahunan nie sebenarnya perlu ikut takwim sekolah masing-masing.

Aku sebenarnya begang jugak... bila ada sesetengah pihak tu... bukan main sombong lagi dengan apa yang mereka miliki. Oleh kerana ada seorang rakan kami minta soft copy daripadanya... kecoh satu sekolah.... siap call PK tu... nak beritahu yang cikgu sekolah nie pe sedut kat sekolah dia. Kalau ko rasa hebat dan terbaik... terpulang lah. Tapi aku tetap akan cakap sekolah aku yang terbaik.

Setakat kekawan nak minta bahan yang boleh dikongsi tu... aku beri je.... bukan untuk orang lain pun... untuk membangunkan generasi kita jugak. Nasib baik lah aku tak ada kawan yang kedekut macam tu.

Kepada kekawan yang masih mencari format Perancangan Tahunan boleh le tengok kat sini. Setiap tahun kami akan agihkan tugas untuk membuatnya. Format kami ikut yang telah disyorkan oleh jemaah nazir.

Jangan lupa...
Hari nie kita berada di atas.... esok lusa tak tahu lagi...
Bukan apa, takut tak ada orang nak bantu....
Dek kerana perangai kita yang bongkak dan sombong tu...

Wednesday, January 19, 2011

SUBJEK BAHASA MELAYU

Hari nie entry aku agak diluar sikit daripada kebiasaan. Selalunya entry entah aku merepek sana.. merepek sini. Tapi kali nie, lepas je sembahyang Subuh terbuka pulak pintu hati nak berkongsi dengan kekawan. Kalau pun kita nie bukan cikgu... mungkin ibu bapa yang tersinggah ke sini dan terbaca boleh lah gunakan sikit pengalaman aku nie untuk ajar anak di rumah,

Aku bukan lah hebat pun dalam mengajar subjek Bahasa Melayu nie. uru Diploma je... sedih je bunyinya. Tapi aku ada sedikit pengalaman yang boleh dikongsi bersama. Aku masih lagi belajar daripada kekawan di sekolah nie dan jugak kekawan di sekolah lain demi meningkatkan prestasi Bahasa di sekolah. Sebelum tu aku nak ucap terima kasih kepada Kak Anizah Ahmad yang banyak mencurahkan ilmu kepada aku... kepada Cikgu Rozamruni dan Cikgu Mohd Noor Yunus.

Bahasa Melayu Penulisan nie sebenarnya ada 3 bahagian. Bahagian A membina 5 ayat berdasarkan bahan ransangan. Bahagian B karangan dan Bahagian C Nilai Murni berdasarkan petikan yang diberi.

Hari nie, aku nak kongsi dengan kekawan Bahagian C je dulu. Aku anggaplah kita nie baru nak perkenalkan kepada murid Tahun 3. Tahun 3 dah ada Bahagian C... cuma ulasan tu simple sahaja.

  • Kita perkenal Nilai Murni yang asas je dulu. Aku selalunya ajar kelas hujung so.... standard mereka nie faham-faham lah. Kita kena pandai mengenal pasti tahap kemampuan anak murid kita. Kalau kita letak target tinggi... kita juga yang tension. Tu yang suara naik... darah pun naik.

Baik hati, berdikari

Hemah tinggi, menghormati

Kasih sayang, keadilan

Kebebasan, berani


Kebersihan, kejujuran

Rajin dan bekerjasama

Kesyukuran, sederhana

Bersemangat, patriotik


Nie lagu.... so murid nie kalau lagu je... cepat dapatnya.

  • Cikgu senaraikan seberapa banyak ayat yang mengandungi nilai murni, situasi di persekitaran mereka je dulu..... Contoh, Setiap pagi murid membersihkan kelas. Beri ayat-ayat mudah je dulu. Bagi mereka seronok. Suruh mereka kenal pasti nilai yang terdapat dalam ayat tersebut.
  • Kemudian perkenalkan kata kunci. Ini penting untuk membuat ulasan. Beri yang mudah je...supaya mereka senang diingat.
Pertama kita hendaklah...
Kita haruslah...
Kita patutlah...
Kita mestilah...
Akhir sekali kita perlulah...

  • Murid perlu menulis ulasan dalam satu perenggan menggunakan kata kunci diatas.
  • Sekiranya murid kita telah menunjukkan peningkatan..... kita boleh lah mula memperkenalkan Nilai Murni yang seterusnya. Ulasan untuk nilai murni yang diberi mestilah berdasarkan petikan yang dibaca. Jangan sesekali menggunakan ulasan yang tidak berkaitan dengan petikan. Nie aku link Nilai Murni untuk kekawan. Print je... dan fotostat beri kepada murid. Mereka boleh guna sampai darjah 6. Insya Allah.
  • Nilai Murni.
Aku mengajar kelas hujung, nilai murni dan kata kunci aku suruh mereka menyanyi... mereka akan menyanyi sebelum aku keluar kelas. Aku nak keluar je... ada je murid yang tolong ingatkan... "cikgu nyanyi" punya lah seronok murid nie kan. Walaupun mereka nie kekadang susah nak memahami maksud nilai murni tersebut. Jika setiap hari jumpa ayat yang mempunyai nilai murni... mereka akan dapat. Cikgu kena sabar lah sikit.

Guru yang garang...
Sebenarnya mereka nak yang terbaik...