Wednesday, January 19, 2011

SUBJEK BAHASA MELAYU

Hari nie entry aku agak diluar sikit daripada kebiasaan. Selalunya entry entah aku merepek sana.. merepek sini. Tapi kali nie, lepas je sembahyang Subuh terbuka pulak pintu hati nak berkongsi dengan kekawan. Kalau pun kita nie bukan cikgu... mungkin ibu bapa yang tersinggah ke sini dan terbaca boleh lah gunakan sikit pengalaman aku nie untuk ajar anak di rumah,

Aku bukan lah hebat pun dalam mengajar subjek Bahasa Melayu nie. uru Diploma je... sedih je bunyinya. Tapi aku ada sedikit pengalaman yang boleh dikongsi bersama. Aku masih lagi belajar daripada kekawan di sekolah nie dan jugak kekawan di sekolah lain demi meningkatkan prestasi Bahasa di sekolah. Sebelum tu aku nak ucap terima kasih kepada Kak Anizah Ahmad yang banyak mencurahkan ilmu kepada aku... kepada Cikgu Rozamruni dan Cikgu Mohd Noor Yunus.

Bahasa Melayu Penulisan nie sebenarnya ada 3 bahagian. Bahagian A membina 5 ayat berdasarkan bahan ransangan. Bahagian B karangan dan Bahagian C Nilai Murni berdasarkan petikan yang diberi.

Hari nie, aku nak kongsi dengan kekawan Bahagian C je dulu. Aku anggaplah kita nie baru nak perkenalkan kepada murid Tahun 3. Tahun 3 dah ada Bahagian C... cuma ulasan tu simple sahaja.

  • Kita perkenal Nilai Murni yang asas je dulu. Aku selalunya ajar kelas hujung so.... standard mereka nie faham-faham lah. Kita kena pandai mengenal pasti tahap kemampuan anak murid kita. Kalau kita letak target tinggi... kita juga yang tension. Tu yang suara naik... darah pun naik.

Baik hati, berdikari

Hemah tinggi, menghormati

Kasih sayang, keadilan

Kebebasan, berani


Kebersihan, kejujuran

Rajin dan bekerjasama

Kesyukuran, sederhana

Bersemangat, patriotik


Nie lagu.... so murid nie kalau lagu je... cepat dapatnya.

  • Cikgu senaraikan seberapa banyak ayat yang mengandungi nilai murni, situasi di persekitaran mereka je dulu..... Contoh, Setiap pagi murid membersihkan kelas. Beri ayat-ayat mudah je dulu. Bagi mereka seronok. Suruh mereka kenal pasti nilai yang terdapat dalam ayat tersebut.
  • Kemudian perkenalkan kata kunci. Ini penting untuk membuat ulasan. Beri yang mudah je...supaya mereka senang diingat.
Pertama kita hendaklah...
Kita haruslah...
Kita patutlah...
Kita mestilah...
Akhir sekali kita perlulah...

  • Murid perlu menulis ulasan dalam satu perenggan menggunakan kata kunci diatas.
  • Sekiranya murid kita telah menunjukkan peningkatan..... kita boleh lah mula memperkenalkan Nilai Murni yang seterusnya. Ulasan untuk nilai murni yang diberi mestilah berdasarkan petikan yang dibaca. Jangan sesekali menggunakan ulasan yang tidak berkaitan dengan petikan. Nie aku link Nilai Murni untuk kekawan. Print je... dan fotostat beri kepada murid. Mereka boleh guna sampai darjah 6. Insya Allah.
  • Nilai Murni.
Aku mengajar kelas hujung, nilai murni dan kata kunci aku suruh mereka menyanyi... mereka akan menyanyi sebelum aku keluar kelas. Aku nak keluar je... ada je murid yang tolong ingatkan... "cikgu nyanyi" punya lah seronok murid nie kan. Walaupun mereka nie kekadang susah nak memahami maksud nilai murni tersebut. Jika setiap hari jumpa ayat yang mempunyai nilai murni... mereka akan dapat. Cikgu kena sabar lah sikit.

Guru yang garang...
Sebenarnya mereka nak yang terbaik...

3 ulasan:

*** iyatieku ayune *** said...

tahniah kerana diberi kepercayaan mengajar bm....wpn cikgu tu opsyen bm tak semestinya mengajar bm bagus...yang penting semangat kita untuk mejadikan murid kita faham ape yg kita ajar....murid ko tahun 3 yang kelas hujung tu sama dengan murid akak tahun 6 yg cuma satu kelas...akak tgk cara ko tu dh betul...kita sebenarnya ajar ikut tahap kebolehan murid tu...apa2 pn selama untuk ko...

~Insan Biasa~ said...

thumbs up....

eeeda said...

Iyantieku ayune:
Tu lah kita nie diberi apa pun.. semuanya cuba nak buat yang terbaik.