Friday, January 21, 2011

LARANGAN GURU KERJA SABTU

Hari nie semua orang bercerita mengenai 'Larangan Guru Kerja Sabtu'. Memang patut kita tahu apa saja yang berkaitan dengan kerjaya kita. Sama ada pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan.. mahu pun isu-isu terkini.

Aku berkesempatan jugak lah menjengah di portal harian metro online. Baca tajuk je, memang semua orang akan berasa seronok. Sebab ingat lepas nie hari Sabtu cuti, seperti mana kakitangan kerajaan yang lain. Tapi sebenarnya kita masih boleh dipanggil 2 kali dalam sebulan.

Bagi aku, mereka yang cintakan kerjayanya tidak pernah merungut jika dipanggil hadir bekerja pada hari Sabtu. Malah ada guru yang bekerja pada hari Ahad untuk melatih murid bermain bola sepak, mengadakan kelas tambahan dan sebagainya. Apa yang mereka lakukan, sebenarnya tanpa bayaran pun. Tapi dek kerana minat mereka sanggup lakukan tanpa mengira masa.

Aku puji lah ada sesetengah Guru Besar yang membenarkan guru mereka menghadiri kelas PJJ pada hari Sabtu... walaupun pada masa yang sama sekolah ada mengadakan program. Tapi ada juga sesetengah GB yang menggunakan kuasa yang dia ada untuk menghalang guru menghadiri kelas PJJ.

Bagi aku, apa lah gunanya sambung belajar jika... tidak dapat menghadirkan diri ke kelas. Alasan aktiviti sekolah perlu diutamakan. Padahal yang sambung belajar dalam sesebuah sekolah berapa kerat lah sangat. Input terkini yang disampaikan oleh pensyarah ini lah yang kita perlukan untuk memertabatkan lagi sistem pendidikan kita.

Kita nak guru mahir dengan segala perkara baru dalam pendidikan. Tapi kita tidak mengkaji kekangan yang mereka terpaksa hadapi dalam mengejar segulung ijazah. Terpaksa berdepan dengan pentadbiran yang sentiasa memberi tekanan. Mengugut itu dan ini. Bertuah bagi rakan guru yang mempunyai GB yang memahami.

Ada yang bersuara lantang... buat apa hadir ke kelas... kan ada modul. Apa yang terkandung dalam modul kita memang boleh baca sendiri. Tapi input daripada pensyarah tu cukup bermakna.

Guru yang berilmu...
Harapan negara untuk melahirkan genarasi berilmu...

3 ulasan:

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Alhamdulilah... pengetua sekolah saya memahami tapi ada sesetengah guru dari sekolah2 lain yang merungut ttg ini...

~Insan Biasa~ said...

belajar mestilah ade gurunya.....
kalau guna ayat sama...maknanya murid pun xyah g sekolah ler...kan buku banyak???? heheheh

masa tu apa lah fungsi guru ek?
kita sebagai guru mahu dihormati...bagaimana? murid ikuti kelas kita....kan?

pensyarah tu pun guru juga....
nasib baik zaman aku PJJ ...GB aku okey!

eeeda said...

Fuziani:
Cabaran kan... bagi rakan2 kita yang sambung belajar.

Insan Biasa:
Betul tu... aku dah jadi takut pulak nak mohon master nie.. kelas jumaat petang dan seharian ari sabtu.... takut tak dapat kelepasan kan...
tension jugak kepala.