Showing posts with label Jemputan. Show all posts
Showing posts with label Jemputan. Show all posts

Monday, September 27, 2010

PROGRAM BARAAN AIDILFITRI

Tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya menganjurkan program baraan di Aidilfitri untuk merapatkan lagi tali persaudaraan di kalangan warga sksb, terutamanya guru perempuan. Program anjuran Nur Yassin SK Sg. Buloh ini bukan sahaja dijalankan pada musim perayaan, tetapi dijalankan pada hari Jumaat untuk bacaan yassin di rumah kekawan.

Keakraban rakan sekerja membuatkan kami di sini seronok bekerja, tidak hairan lah ramai rakan yang boleh stay di sekolah ini dalam tempoh masa yang lama. Termasuk lah aku, sudah hampir 11 tahun mengajar di sekolah ini.

Jadual Baraan di Aidilfitri 2010.

Jumaat (24/9)
  • Pn. Salwa
  • Pn. Zarina
  • Pn. Zakiah
  • Pn. Normala
  • Pn. Rozana
Isnin (27/9)
  • Pn. Suzana
  • Pn. Ameeta
  • Pn. Norazuwani
Selasa(28/9)
  • Pn. Azlina
  • Pn. Alawiyah
  • Pn. Hasmiada
Rabu (29/9)
  • Pn. Zaharah
  • Pn. Zaimah
Khamis (30/9)
  • Pn. Saniah
  • Pn. Azizah
  • Pn. Samrah
Jumaat (1/10)
  • Pn. Fodziah
  • Pn. Rosnah
  • Pn. Shuriza
  • Pn. Siti Shuhada
Sabtu (2/10)
Majlis Perkahwinan Fauzana Faeez Yusri

Isnin (4/10)
  • Pn. Wan Pidura
  • Pn. Rohana
Selasa (5/10)
  • Pn. Aidah
  • Cik Wan Haninah
Rabu (6/10)
  • Pn. Noriza
  • Pn. Anazira
Khamis (7/10)
  • Pn. Ruzaini
  • Pn. Sharizan
Jumaat (8/10)
  • Pn. Sarimah
  • Pn. Sumiah
  • Pn. Umi
  • Pn. Azlina Jusin
Sabtu (9/10)
Jamuan Hari Raya di Hotel Cryistal Crown Kepong

Ahad (10/10)
Rumah Terbuka Pn. Hanida di Desa Moccis

Kunjung mengunjung amalan mulia...
Perkara yang baik, lebih baik diteruskan...

Thursday, December 24, 2009

CETA SEHARI KENANGAN SELAMANYA


Sebenarnya post yang lepas aku dah ceta pe kenduri kahwin umah kawan den kat Melaka... Masa tu tak ada gambar.... semalam dia bagi pinjam laptop siap dgn broke.... apa lagi aku mengedit gambar masa kenduri dia untuk koleksi peribadi kat dalam blog kesayangan nie....

Nie gambar masa akad nikah pada pagi hari Jumaat. Hari Ma'al Hijrah (hari baik, bulan baik)... memang pandai pengantin nie pilih tarikh....
setiap tahun akan cuti....
boleh sambut ulang tahun dgn senang hati....
tak payah susah2 nak mintak cuti.....

Ari nie flight dia pukul 11.00 am..... akan berlepas ke Kedah... Untuk majlis bertandang di rumah pengantin lelaki. Lepas tu ari Selasa pergi Honey Moon....ke mana tu he he he.... janji bahagia berdua.....


Sebahagian hantaran yang menarik dan aku rasa perlu diabadikan....mana lah tahu siapa2 nak kawin nanti, tengok gambar nie ada idea nak buat gubahan hantaran .... sebenarnya banyak lagi...member aku nie buat sendiri.... sebelah lelaki pun dia tolong buatkan.... Aku suka warna coklat... mcm eksklusif gitu.... tapi bukan semua orang suka warna nie....kan kan kan...



Aku tak sempat pun tengok dia pakai baju nie...lambat sangat bersanding... aku tak larat nak tunggu. Pukul 2 aku dah chau... rupanya pukul 2.30 baru sanding. Pengantin lelaki nie keja part time dia juru kamera.... so tak heran lah bila majlis dia ada 4 orang juru kamera.... mcm ge kenduri artis lah pulak.... sana snap...sini snap...siapa yg berminat tu boleh le layari di web Anwar ....akak siap tolong promosi lagi nuar..... mana tahu majlis akak esok nanti dapat diskaun he he he...



Gambar tukar2 baju lah pulak.... time aku datang sempat tengok gambar baju hitam tu je... majlis memang meriah... almaklum le puteri bongsu daripada 15 orang adik beradik... semua ada ari tu.... masak pun adik beradik je yg buat... memang save betul.... lain lah pulak wajah minah nie kena make up....

Dalam dok sibuk bergambar tu...sempat lagi datang ke khemah tetamu.... melayan kekawan yg datang.... jarang aku jumpa pengantin buat mcm tu.... nie lah kali pertama.

Baju nie pulak gambar malam berinai.... Negeri Melaka, Negeri Johor kalau majlis kahwin memang meriah.... yang jadi pengapit pengantin tu bila lagi??? Ain bila lagi nak makan nasi minyak nie???? Selamat Berbahagia kepada Siti Aishah Jantan dan Nurul Anwar.

Saturday, December 19, 2009

PERCANTUMAN 2 JIWA


Hari nie aku memenuhi jemputan terakhir dan rasanya penutup tirai bagi tahun 2009 bertempat di Lembah Kesang, Merlimau Melaka. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Siti Aishah Jantan dan pasangannya Nurul Anwar semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Hari nie perjalanan kami ke Merlimau agak mencabar kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Sepanjang perjalanan pergi dan balik hujan turun selebat-lebatnya menyebabkan berlaku kemalangan yang melibatkan beberapa buah kenderaan. Aku tidak memandu sendirian, tetapi ditemani k.su...

Keadaan lalu lintas ke Selatan tanah air , bergerak agak perlahan. Mungkin ramai antara kita mengambil kesempatan untuk bercuti. Alhamdulilah perjalanan aku hari nie berjalan dengan lancar, walaupun terpaksa tido di hentian Seremban kerana mengantuk sangat. Pukul 7.30 mlm baru sampai umah.

Antara rakan lain yg hadir ialah En. Zul bersama isterinya dan Nana dengan ......