Showing posts with label Wayang. Show all posts
Showing posts with label Wayang. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

LAYAN MOVIE OMBAK RINDU

Dah 2-3 hari tengok kat fb masing-masing bercerita mengenai filem yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang. Teringin jugak nak ge layan... boring tak ada apa nak buat cuti lelama kat umah nie... berperap je... kuar umah pun time lapar je.

Saja ajak member nie... dia pun nak join sekali... apa lagi aku bersiap-siap untuk turun ke Klang. Kami terus gerak ke Jusco Bukit Tinggi... ingat nak masuk pukul 12.30 tengah hari... so boleh balik awal. Tiket sold out tu... budak sekolah yang ramai tengok... last sekali kami ke Habour Place, Port Klang.... ha kat sini memang banyak tiketnya... tapi pukul 2.30 petang lah pulak tayangannya.

Ombak RIndu punya pasal... sanggup tunggu tu... kami solat Zohor siap-siap... pe minum than sambil sembang... kejap je masa berlalu.

Dah agak lama jugak aku tak jumpa member nie... last pun pada 11/11/11... pada tarikh bersejarah ari tu.


Sinopsis cerita:
Cerita nie memang banyak bermain dengan emosi... aku yang keras hati pun boleh menangis lah... ada dua tiga part yang aku menanggis.

Pertama, time Izzah tu kena halau dari rumah... tanpa belas kesian... ketika tu hujan lebat dengan ributnya. Orang nie sanggup buat apa saja demi harta kan... sanggup perjudikan kebahagiaan anak sendiri... semata-mata kerana harta.

Kedua, time suaminya terlibat dalam kemalangan... sedih sangat sebab isteri yang dikasihi tidak dapat menemani semasa suaminya terlantar di hospital... hanya kerana perkahwinan mereka dirahsiakan. Sedangkan Izzah berhak berada di sisi suaminya. Dan suaminya memerlukan sokongan moral daripada isteri tersayang untuk terus hidup.

Banyak lagi lah...
Pengajaran pun banyak jugak dalam cerita nie. Nak tahu kena tengok sendiri. Tak rugi pun bayar tiket RM10.



Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Jika kita nak orang menyayangi kita...
Kita perlu menyayangi orang...

Tuesday, June 21, 2011

MENONTON FILEM 3,2,1 CINTA

Hari Ahad malam, sempat lagi aku bersama rakan sekerja pe menonton wayang... saja nak hilangkan stress dan kepenatan karnival sukan. Aku ceta apa pun layan je... kalau nak ikutkan cerita nie tak ada sorang pun pelakon yang aku minat... tapi layan je lah...sekali sekala layan cerita cinta best jugak.

Cerita nie ada sesetengah part tu memang celakar, romantis, sedih... member sebelah menangis.. nasib baik aku tak... Banyak juga, mesej yang ingin disampaikan kepada penonton melalui cerita nie. Aku boleh beri 3 bintang. Nak tahu best ke tak... kena layan.

Tuesday, May 24, 2011

DAH START MENONTON WAYANG

Hujung minggu baru nie menonton mid night cerita Pirates of Caribbean di TGV Cinema, Kepong... seronok lah pulak... selalu aku kalau menonton mid night nie tido je... kali nie boleh layan tu. Kalau sorang bahaya menonton malam-malam nie... balik lewat malam.... nie pun sebab ramai... tu yang berani.

Esok tak ada aktiviti kokurikulum... so aku dan sorang kawan nie dah merancang nak menonton Filem Nur Kasih di TGV One Utama. Lepas sekolah je... settle segala bill... dan boleh layan filem di pawagam... dulu masa orang lain sibuk dok menonton drama Nur Kasih... aku langsung tak ambil kisah... kali nie aku tak nak lepaskan peluang.

Sunday, November 22, 2009

MENONTON CETA 2012


Hari Sabtu petang balik daripada kelas memang.... lena teruslah.... sampai ke petang. Sedar2 dah nak gelap.... baru teringat malam tu ada janji dengan seseorang nak menonton wayang.... konon2 nak lepas tension lah gitu....sebab keja dah settle....

Ting tong.... ting tong.... dah pukul 8.30 pm...baru nak bersiap.... pukul 9.00 pm baru dapat gerak.... memang berkejar2 lah.... nak tengok ceta pukul 9.30.... sampai kaunter semua tayangan sold out..... yang tinggal pukul 12.15 am.... itu pun yang tinggal seat depan sekali.... kami beli gak lah.... sebab memang nak tengok kan...

Sementara tu... ronda2 sekitar JJ.... nak menunggu pukul 12 tu banyak masa ..... aku serius ckp, tak pernah tengok wayang mid night nie..... Ceta start je, bersemangat nak tengok..... lepas tu dah menggigil kesejukan.... aku tak tahan betul dengan air-corn nie.... nak tengok ceta pun dah tak seronok..... sudahnya aku tido...sedar2 tak habis lagi....2 kali tido...2 kali jaga pun tak habis lagi ceta tu.... member kat sebelah layan je.... mak ai aku tak sangka ceta tu habis pukul 3.15 am.... aku nie kira ge teman dia jelah tengok ceta tu.... apa ceta pun aku tak faham.... tapi member aku ckp memang best ceta tu.....

Balik jalan dah clear tak ada keta...... 10 minit dah sampai umah....