Sunday, January 3, 2010

MENYAMBUT AWAL TAHUN DI DAMAK

Pada hari Jumaat 1 Jan , awal2 pagi lagi aku dah bersiap-siap nak balik ke kg halaman di damak.... Kali nie aku tak keseorangan memandu, kerana di temani oleh anak buah dan sepupu..... perjalanan yg singkat tak sempat pun rasa boring dah sampai.... Sempat rehat sekejap je kat umah....

Petang tu, anak buah ajak temankan ge beli pakaian sekolah kat bando.... malam tu pulak cadangnya nak ge memancing di sg. pahang.... selalu dia orang pergi lepas isyak..... sambil tunggu lepas isyak tu sempat lagi aku layan fb.... lepas magrib je aku dpt call drpd my dad....
" hello mu dok mana nie"
" kita dok sini....."
" Mu tak yah ge lah macing.... hujan lebat kat atas nu...air deras... mu tu bukan reti berenang"
Aku pun pelik ayah aku nie.... mana dia tahu kat atas sana nun hujan... pandai2 je buat ceta tak bagi aku ge mancing..... penat aku beli umpan beringgit2....

Ingat balik nak singgah je mancing kat kg. baharu je... anak buah aku pulak tak minat mancing kat kolam.... tak pe lah terus je lah balik umah..... tido lagi baik...

Esoknya aku dah janji dengan mak aku nak tolong kutip getah buku.... sampai kat kebun mak aku dah siap kutip... aku tak tahu lah dia ge pukul berapa.... balik tu rehat kejap..... layan mata... pukul 2 janji dengan Liza, Suri nak ge tengok Ijan.... baru dapat baby.....

Hairul pulak hantar mesej suruh aku ge umah dia.... tak pe lah aku cadang nak ajak dia sekali ge tengok anak Ijan.... dia ok on je... sampai umah dia, dia tengah makan tengah hari... tunggu dia makan.... lepas tu dia hidang air pulak.... layan bapak dia sembang pulak.... mahu setengah jam gak...

Lepas tu kami gerak ke tempat Tabika Perpaduan.... suri sibuk mengemas apa yang patut maklumlah dah nak buka sekolah kan...

Ting tong.... pukul 3 baru dapat gerak ke umah Ijan..... wah meriahnya dapat jumpa kawan2.... 5 orang dapat kumpul... ini bermakna 5 cerita yg nak dibualkan.... sembang memang tak ingat dunia le.... setahun sekali jumpa.... last jumpa datang tengok anak Ijan tahun lepas.... lepas tu dtg tengok anak kedua....

Last sekali ayah aku call baru balik.... itu pun dia dok risau hari dah makin petang... kata nak balik petang tu... kalau tak mahu tak balik lagi....

Kami berlima nie memang rapat dari dulu lagi.... lagi satu ada persamaan dan tak mungkin ada pada orang lain.... antara kami memang tak ada rahsia.... walaupun berjauhan tapi tu lah rasa mcm semalam je berada di damak.... walaupun aku lama tak balik.....

Belum terlambat rasanya nak ucapkan selamat bertugas di sekolah baru kepada Hairul Niza.... nasib baik posting ke SMK Padang Saujana boleh berulang je.....dari ari tu lagi sibuk dok ajak aku teman dia cari umah kat Jerantut.... nie dah dapat jerantut boleh lah perlahan2 cari umah.....

Aku ajak posting KL tak nak.... lepas tu sekarang dok menyesal.... on je lah kat kg pun.... ramai kan kawan2 kat kg tu..... klu nak datang shopping kat KL bagi tahu je... aku boleh teman kan... itu pun kena bagi tahu awal....aku nak adjust jadual...

Pukul 6....bertolak balik KL.... perjalanan yg cukup mencabar.... hujan sepanjang perjalanan..... pukul 10 baru sampai KL.... kepenatan yg melampau lena hingga ke pagi..... Layan je ari last boleh bangun lambat....

5 ulasan:

sI tEDI said...

selaamt bertugas esok!

eeeda said...

Terima kasih.... tak sabar nie.. nak ge bertugas,,,

ONE ZABA said...

esok kerja... tido awal la.

aku ada sorang ipar kerja kat smk padang saujana tu.

pengetua smk inderapura tu ipar aku jugak

timbalan ppd jerantut tu biras aku jugak.

ramai la lagi la kat sana... ramai yg dalam pendidikan.

eeeda said...

wah meriahnya.... kaum kerabat dalam bidang pendidikan...

kin hashim said...

selamat kembali bertugas!