Monday, January 18, 2010

PEMANDANGAN DI TASIK BIRU

Keindahan pemandangan di sekitar Tasik Biru tidak pernah ku abadikan.... Baru kini berkesempatan.....

Kehijauan air di tasik mencerminkan kebersihannya belum tercemar...... mungkin juga mengambarkan ke dalaman tasik ini..... berdasarkan cerita yg aku dengar, tasik nie merupakan bekas lombong bijih timah dan sangat dalam.


Penempatan di tepi tasik sungguh mendamaikan. Jauh dari kesibukan kota dan mempunyai pemandangan yang cukup menarik.

Air di tasik yang tenang.... seolah2 tiada bahaya di situ.... tapi jangan di sangka air yg tenang tiada buaya..... bukan aku nak ckp kat sini ada buaya..... tak pernah lagi aku dengar tasik nie ada buaya.... yang aku dengar ada ikan toman besar..... sebesar mana aku pun tak pasti....

Seluas tasik ini, seluas itu lah juga ketenangan yg dirasai oleh pengunjung yg datang ke sini.... hari biasa pengunjungnya tak semeriah di hujung minggu.... di hujung minggu pelbagai aktiviti air diadakan di sini.....

2 ulasan:

ONE ZABA said...

buaya yang tenang pun jangan disangka tiada air!!!!!

eeeda said...

Buaya yg tenang, jgn disangka tidak ganas....
Hati2.... kalau buaya darat lagi bahaya....