Dia yang ku cari
Dia yang ku hubungi
Dia tempat ku mengadu
Di kala ku kesempitan wang dia yg ku cari
Di kala ku perlukan pandangan dia yg ku hubungi
Di kala ku serabut dgn masalah dia tempat ku luahkan
Sudah terkubur kah dalam ingatan ku
Begitu mudah aku melupakan dia
Dek kerana sedikit salah faham
Sehari jika dikenang
Belum tentu habis
Terlalu banyak pengorbanannya
Terlalu besar sumbangannya
Tak ternilai, tak terbalas
Aku takut digelar kacang lupa kan kulit
Belum lagi sehebat mana
Tapi sudah melupakan dia yg berjasa kepada aku
2 ulasan:
InsyaAllah..
Semoga di tetapkan iman kita supaya tidak mudah lupa diri!
Perkara yg aku paling takut...
Manusia nie mudah lupa diri...
Post a Comment