Thursday, December 31, 2009

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA

Semalam merupakan hari terakhir mesyuarat sebelum sesi persekolahan bermula. Pengurusan yang cekap oleh pihak pentadbir.... dari segi penyusunan jadual mesyuarat panitia2... membolehkan semua panitia bermesyuarat dengan lancar dan mengikut masa yang ditetapkan.

Tahun ini merupakan tahun kedua aku memegang Panitia Bahasa Melayu. Terima kasih kepada K.Fod selaku s/u aku tahun lepas kerana berjaya melaksanakan tugasan dengan baik. Kalau ada terkasar bahasa, tersalah cakap saya minta maaf.


Tahun ini merupakan cabaran jugak untuk aku.... bagi memastikan peratusan BM meningkat... aku rasa kita mampu buat dengan kerjasama daripada rakan-rakan guru yang lain. Sebelum nie pun rakan2 banyak membantu aku, terutamanya cikgu mohd noor, cikgu rozam, cikgu nordin dan rakan2 yang lain. Aku sendiri masih lagi peringkat belajar... daripada mereka yang berpengalaman.

Panitia BM merupakan salah satu panitia yg mempunyai ahli yg ramai.... bukan mudah nak berinteraksi dengan rakan sekerja yg lebih senior.... nak tegur pun perlu berhati-hati.... sebab pengalaman mengajar bahasa masih lagi baru.... org kata baru nak jatuh cinta dgn bahasa.... sebelum nie tak suka sebab kena menanda banyak... rupanya ada cara menanda bm nie....

Apa pun terima kasih kpd semua rakan2 yg memberi kerjasama sepanjang perjalanan mesy semalam. Kita sama2 lah berusaha mempertingkatkan lagi subjek Bahasa Melayu... dan saling bantu membantu kepada rakan yg baru mengajar bahasa. Kepada s/u baru aku K. Ros, selamat menjalankan tugas.... Insya Allah, benda yg berat akan menjadi ringan klu kita saling membantu.....

Tanpa kerjasama daripada ahli.....

Harapan yg satu tidak akan tercapai....


4 ulasan:

ONE ZABA said...

selamat menyambut tahun baru...

sI tEDI said...

selamat tahun baru

UstazCahaya said...

Salam Cikgu Faridah.

Selamat Tahun Baru 2010. Semoga tahun baru 2010 lebih baik daripada tahun 2009;-)

.: mama cute :. said...

good luck beb.. semoga kita menjadi guru lebih hebat dari tahun lepas..chewahhh. :)