Friday, December 25, 2009

ONE NIGHT AT PORT DICKSON

Mengimbau ceta 4 tahun yang lalu.... bersama dengan jiran sebelah.... merangkap rakan sekerja.....Hafiz, Zam dan Jeff serumah.... aku pulak serumah dgn Sue.... he he he... pintu umah kami sebelah....menyebelah je.... dah setahun lebih baru bos kami tahu.... kami nie berjiran.... time nie semua bujang.... sekarang semua dah bekeluarga .... tinggal aku je belum... he he he he...

Plan punya plan... konon2 nak ge camping kat Pantai Telok Kemang....siap beli ikan dan mcm2 lagi lah, malam tu nak buat BBQ.... sebelum pergi sempat lagi belasah khemah sekolah... pinjam kunci stor perkhemahan dgn cikgu Rasyid.... masing2 tamak, nak khemah sorang satu.... tak nak kongsi konon... Rasyid tanya tak nak cakap nak buat apa pinjam kunci.....

Kami pun punggah lah 5 khemah masuk dalam keta.... kami ge 2 buah keta... aku berdua dan depa tu bertiga.... sampai di PD memang dah senja.... pusing punya pusing cari tapak nak dirikan khemah.... Masing2 ambil khemah nak pasang.... rupa2 nya khemah tu tak ada besi.... cikgu Rasyid asing drpd khemah sebab takut berkarat.... rosak pulak khemah tu....

Hu hu hu padam dgn muka, tamak sangat....dan sombong sangat org tanya pinjam kunci tak nak cakap..... sudahnya aku berdua tido dalam keta.... depa bertiga tido bawah pokok..... kenangan betul...

Aksi tiga jejaka tampan berendam di tepi pantai... ala-ala mat salleh gitu... sekarang, semua tu dah jadi bapak orang.... tu lah satu2 gambar gitar aku yang ada.... sempat lagi lah masa kat pantai, datang seorang pelancong lelaki dr Thailand tanya jalan nak ke Melaka... and than mainkan satu lagu untuk kami.....

Gitar nie dah selamat.....Ari tu bagi pinjam kat bakal anak tiri yg tak jadi..... udahnya segan nak mintak balik... tu lah, nak bapaknya kena tackle anaknya dulu..... semua anak dah ok... masalah lain pulak timbul....
Tak ada jodoh....
Kena cari lagi le....

Posing kat keta wira Hafiz.... sekarang dah tukar colour.... mereka nie adik2 aku je....dari kiri Zam (dah pindah balik Kedah), aku (berkaca mata hitam), SuE, Hafiz dan Jeff. Kat sekolah tak heran cikgu lelaki lebih tua drpd aku pun panggil K. farid... panggil akak nie nampak dihormati... isteri pun tak ada cemburu sangat kalau panggil akak... biar pun umur aku lebih muda drpd depa tu....

Tapi dengan cikgu perempuan, depa lebih setahun dua tu aku kau bila bercakap.... bab kata org Melaka nampak lebih mesra.... gitu...

Jiran sebelah sentiasa diingati...
Ada masa kita bawak keluarga bercuti...
Tempat yg pernah jadi sejarah utk diri sendiri....

4 ulasan:

ONE ZABA said...

aku ni ha..hari hari duk tempat bercuti. mujur tak berkarat je.

sI tEDI said...

kenangan mmg indah kalau di imbaas

eeeda said...

One Zaba: Duduk tempat bercuti tapi mesti nak ge tampat bercuti yg lain pulak...
Boring gak klu tampat tu je...

eeeda said...

Si tedi: Betul lah.. sekarang dah susah nak cari yg sekepala... ramah dah ada keluarga.