Monday, March 30, 2009

SEJARAH SK SUNGAI BULOH

SK Sungai Buloh pada asalnya merupakan SRJK (1) dan telah berkongsi bangunan dengan SRJK (T) Saraswathy Sungai Buloh. Apabila telah menpunyai bangunannya sendiri yang terletak di Kampung Melayu Sungai Buloh barulah tertubuhnya perpustakaan sekolah yang terletak di bangunan sementara. Apabila terbinanya bangunan 3 tingkat pada tahun 1986 dan menyahut saranan Kementerian Pendidikan, tertubuhlah Pusat Sumber Sekolah. Pada tahun 1987, Pusat Sumber SK Sungai Buloh ditubuhkan dan beroperasi dengan sepenuhnya. Pusat Sumber memainkan peranan dalam proses P&P. Tiga unit utama ditubuhkan iaitu Unit Perpustakaan, Unit BBM dan Unit APD selaras dengan kehendak Sistem Pendidikan Negara. PSS seterusnya berkembang dari segi fizikal sejajar dengan peranannya.

LAGU SEKOLAH

Maju SK Sungai Buloh
Majulah ke medan jaya
Pelajaran Asas Kemajuan
Obor panduan perjalanan
Berikrar bersatu pada semua
Maruah sekolah kita jaga
Usahlah hampakan ibu bapa
Kelak kita yang derita
Maju SK Sungai Buloh
Majulah ke medan jaya
Pelajaran Asas Kemajuan
Obor panduan perjalanan

Lagu : Cik Elizabeth Lee Foo Eng
Lirik : Pn Rosanah M. Amin

GURU BESAR PERTAMA
Nama : En. Muhammad bin Ibrahim
Tempoh bertugas : 1980 - 1986
Kelulusan Akademik : FMC
Bersekolah di : Sek. Melayu Jempol, Bahau ,N. Sembilan Sek. Melayu Princess Road, Kuala Lumpur
Kelulusan Iktisas : TUOS
Tempat Latihan : Sek. Melayu Princess Road, Kuala Lumpur

GURU BESAR KEDUA
Nama : En. Mohd Ismail bin Hj. Kacib
Tempoh bertugas : 1986 - 1987
Kelulusan Akademik : Sijil Pelajaran Malaysia
Bersekolah di : Sek. Kebangsaan Bangi
Kelulusan Iktisas : SITC

GURU BESAR KETIGA
Nama : Pn. Hajjah Zainun bt Mohd Yunus, PJK
Tempoh bertugas : 1987 - 1988
Kelulusan Akademik : Sijil Pelajaran Malaysia
Bersekolah di : Sek. Kebangsaan , Pasar Road
Sek. Kebangsaan, Kampung Baru
Sek. Kebangsaan , Sungai Plong
Kelulusan Iktisas : TUOS

GURU BESAR KEEMPAT
Nama : En. Md Derus b. Hassan Ahmad
Tempoh bertugas : 1988 - 1990
Kelulusan Akademik : Sijil Pelajaran Malaysia
Bersekolah di : Sek. Kebangsaan Bukit Badung
Sek. Kebangsaan Assam Jawa
Kelulusan Iktisas : TUOS

GURU BESAR KELIMA
Nama : En. Harith b Abd Khalip
Tempoh bertugas : 1991 - 1992
Kelulusan Akademik : Sijil Pelajaran Malayia
Kelulusan Iktisas : TUOS

GUR BESAR KEENAM
Nama : Tn. Hj. Jamil bin Kudu
Tempoh bertugas : 1992 - 1994
Kelulusan Akademik : Sijil Tinggi Pelajaran (HSC/STP)
Kelulusan Iktisas : Sijil Perguruan
di Maktab Perguruan Sultan Idris

GURU BESAR KETUJUH
Nama : Pn. Patiah bt Sapnawi
Tempoh bertugas : 1994 - 1999
Kelulusan Akademik : Diploma Fizik/Matematik
di Universiti Teknologi Malaysia
Kelulusan Iktisas : Diploma Sains serta Pendidikan

GURU BESAR SEKARANG
Nama : Tn. Hj. Zulkifli b. Hj. Hainin
Tempoh bertugasa : 2000 hingga sekarang
Kelulusan Akademik : 1. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan (UPSI)
2. Sijil Tinggi Pelajaran (HSC/STP)
3. Sijil Khas Kolej Islam Klang
Kelulusan Ikhtisas : 1. Diploma Perguruan Dan Kepimpinan
Pendidikan (IAB)
2. Sijil Kelayakan Kepengetuaan Kebangsaan
(NPQN-IAB)
3.Sijil Perguruan Malaysia (MPKI)
4.Sijil Teknologi Pendidikan (USM)

0 ulasan: