Hari kedua, trip ke Sungai Mekong.
Malam tu, lepas makan kami cari travel agensi... so terjumpa lah STA Travel... sebenarnya ada banyak trip... tapi kami pilih ke Sungai Mekong... aktivitinya seharian... gerak pukul 9.00 pagi... balik pukul 6.00 petang sampai di hotel... STA Travel akan jemput di hotel dan hantar di Market. Senangkan... Bayaran tour Mekong River USD23 seorang.
Perjalanan mengambil masa selama 3 jam... kami disajikan dengan pemandangan yang cukup indah... sawah padi menghijau... Vietnam memang terkenal dengan negara pengeluar beras terbesar... dalam sebuah bas tu... hanya kami bertiga sahaja rakyat Malaysia... yang lain mat saleh. Tak kisah lah kan... janji happy.
Menyusuri Sungai Mekong... melihat panorama pasar di atas air... kalau tengok bot yang mereka gunakan terlalu usang... di sini terdapat pelbagai jenis hasil pertanian yang diniagakan... lepas tu kami ke perkampungan yang mengusahakan produk berasakan kelapa... aku tak beli pun... tengok je.
Kami diberi peluang menaiki sampan... bukan kami dayung sendiri pun... seronok bercampur takut... mana taknya, tak ada jeket keselamatan pun... dah lah, aku nie tak tahu berenang. Makan tengah hari disediakan...
Kat tempat kita memang tak ada suasana macam nie... melihat sendiri kehidupan masyarakat Vietnam menjalani aktiviti mereka di sepanjang Sungai Mekong.
Sampai di Market kami terus ke hotel untuk basahkan badan... seharian berjalan... lepas tu keluar makan malam di Restoran halal Champa... tak jauh pun dari Market... makan nasi goreng dengan kopi lebih kurang 100 000 dong. (RM16) mahal kan... kat sini baru berapa... tak sampai pun RM10. Depan restoran Champa nie ada jugak Restoran halal... malam ketiga kami nak makan kat situ... tapi penuh... rupa-rupanya hero cerita Adam dan Hawa makan kat situ... sudahnya makan malam kami di Restoran Champa jugak le...
Hari Ketiga pusing-pusing sekitar Saigon.
Hari ketiga kami hanya gunakan teksi untuk bergerak ke tempat-tempat di sekitar Saigon... aku nak ingatkan kepada kekawan yang first time ke sana... guna teksi line hijau merah je... teksi lain jangan naik... kami kena tipu... meter dia laju giler.. akhir sekali kami suruh berhenti dan naik teksi lain. Kalau ikutkan... naik teksi untuk ke tempat di sekitar Saigon tu tak lah mahal sangat... macam aku selalu cakap... nak murah berjalan 4 orang... so boleh share bayar... baru berapa je.
Antara tempat yang sempat kami lawati...
- War Remains Museum - Di sini kita boleh lihat bagaimana terseksanya rakyat Vietnam semasa dijajah oleh Amerika... banyak gambar yang mencerita 1001 kisah suka duka mereka.
- Notre Dame Cathedral dan Pejabat Pos yang tertua - Pejabat posnya masih beroperasi.
- City Hall - cantik tempat nie untuk bergambar...
Petang tu, hujan renyai-renyai... so, bergambar pun dalam keadaan tergesa-gesa je. Seronok jugak berjalan dengan member nie... depa bawa DSLR... so dok layan kameranya je... udahnya lambat lah dapat gambar aku tu... kamera aku yang cap ayam nie... jarang-jarang je lah guna.
Hari Keempat:
Sorang member nie flight pagi... silap perhintungan... tersalah time lah pulak... yang tahu balik dulu... so pepagi buta tu... tak sempat sarapan, Nazri terus ke Lapangan Terbang. Tinggal lah aku berdua je dengan Arai.
So, pagi tu kami sarapan di kedai yang biasa kami sarapan... kat kedai nie, kekadang kena tunggu turn tempat duduk... maklumlah kedai halal tak banyak. Lepas sarapan kami ke Market untuk shopping terakhir... flight kami pukul 4 petang... so masih ada masa... kami check out pukul 12 tengah hari... terus je ke airport.
Semasa check in... bagasi aku beratnya lebih kurang 17 kg... so aku kena bayar lebih kurang USD200... sedangkan aku ada duit dalam USD60 je... mana nak cari lagi USD160... kalau dalam ringgit lebih kurang RM600 lebih... sedangkan yang aku beli tak sampai RM300 pun... dalam kepala aku, buang je pakaian yang dah dipakai... tinggalkan 7 kg je... masa tu panik jugak lah... orang ramai kat airport tunggu giliran untuk check in... semua dok pandang kat kita oroang berdua je... Rupanya lebih 1 kg je kena bayar USD18 = RM54 wow mahal giler.
So nak jadikan rezeki aku... ada satu keluarga nie bermurah hati tumpangkan bagasi aku... kebetulan dia masih ada lebihan bagasi 10 kg... masa tu kawan aku nie dah tak malu... kami keluarkan barang yang lebih tu... masukkan dalam plastik. Akhirnya barang yang aku beli selamat sampai di Malaysia. Terima kasih mak cik.
"Serik dah budak 2 orang nie nak ke sini lagi..." beritahu mak cik yang tumpangkan bagasi kepada kami.
Rasanya tak serik... aku akan ke sana lagi kalau ada rezeki. Dah ada pun orang nak ikut kalau aku ke sana.
Pengalaman di Airport Saigon tu... memang akan aku kenang sampai bila-bila. Padahal kalau beli online 20kg tu baru dalam RM40++ je pun. Peringatan untuk aku jugak... kalau pe mana-mana ambil begasi sesuai dengan keperluan kita... biar lebih tak apa... daripada nak bayar yang lebih 1 kg tu lagi mahal.
Dekat sana memang straight lah... yang cary pun ditimbang jugak... lebih 1 kg pun kena bayar... kalau kita di LCCT... tak adanya... kecuali memang ketara sangat begnya besar...
Kesimpulannya, sepanjang 4 hari 3 malam tu... enjoy sangat dan banyak pengalaman yang aku dapat. Terima kasih kepada kawan den Cikgu Arai dan Cikgu Nazri. Kepada Cikgu Nazri... jangan lupa gambar tu... aku nak simpan untuk kenangan. Bukan senang nak sampai ke Saigon.
Jika tiada rezeki kita...
Hendaklah reda, apa nak di kata...
0 ulasan:
Post a Comment