Mungkin orang lain pernah mengalami situasi yang aku alami pada malam ini... kesudian seorang untuk berkunjung ke rumah kita aku amat dihargai... Pada awalnya aku segan gak nak jemput. Maklum lah umah orang bujang.... faham-faham je lah... Dalam kepala nie dok fikir apa aku nak jamu untuk tetamu.... Tambahan pula salah seorangnya, aku anggap agak istemewa....he he he he... untuk entry akan datang aku akan story ... apa yang istemewanya tetamu nie.... tunggu.............
Ini kuih raya yang dibekalkan oleh kakak aku.... tak sempat lagi nak top up yang baru... maklum lah sibuk anak-anak nak ambil UPSR lah kata kan....
Semua juadah yang ada di atas meja tu aku beli je... aku nak masak he he he .....aku buat teh o je... lemang dan satay aku oder kawasan Saujana nie.... Satay tu pun nasib baik aku tempah awal... kalau tak jenuh gak nak fikir nak jamu apa.... dah lah yang nak datang tu tetamu istemewa... kesudiannya membuatkan aku begitu gembira.... sehingga tak terkata-kata....
Nasib lah bila tetamu dah ada depan mata aku mampu lagi berkata-kata walaupun tak serancak selalu... kelu jugak lidah den dibuatnya.
Terima kasih kepada rakan aku Apis, anak ustaz...nama pun terlupa nak tanya... dan kawan mereka tu... kerana sudi datang ke umah aku... itu saja yang termampu aku sediakan kepada kalian semua.
Kesudian tetamu memenuhi jemputan.... Menjadi kegembiraan kepada tuan rumah....
Rasulallah pernah berkata "Kemiskinan itu hampir-hampir membawa kekufuran". Orang muslim yang berjaya di dunia dan akhirat adalah orang yang lebih teguh ekonomi untuk kepentingan diri dan memberi sumbagan kepada masyarakat, bahkan ibadat rukun agama seperti zakat, haji, dan lain-lain kebajikan am tidak boleh ditunaikan tanpa mempunyai wang ringgit, cuma caranya hendaklah menepati syarat.
My Photo
Traffic
Optimis, jangan sesekali berputus asa dan jangan pula menyerah tanpa usaha. Berbaik sangkalah pada tuhan dan tunggulah segala kebaikan dan keindahan daripadaNya.
3 ulasan:
Su pun sudi kalau di ajak... ahaks... :D
Akak sy sudi tu untuk mengajak... tunggu ya...
tetamu istimewa.....ahaks!!! aminn...
Post a Comment