Tuesday, February 9, 2010

NGETEH DULU DAN SEKARANG

Dulu orang tua2 je kita tengok minum teh kat kedai, sambil baca paper tulisan jawi.
Sekarang, orang muda pun minum teh kat kedai. Untuk tidak membuang masa baca surat khabar.
Dulu orang lelaki je minum teh kat kedai.
Sekarang orang dah tak heran kalau kat bandar orang perempuan pun ngeteh.
Kalau kat kg org perempuan ge ngeteh tu nampak mcm pelik. Kalau kat bandar tak ada apa yg pelik. Biasa je.

Aku sorang pun jadi kalau pasal ngeteh. Tapi kalau ada geng lama sikit lepak kat kedai tu. Apa pun yang kita buat janji tak menyusahkan orang dan dapat mengembirakan hati sendiri.

Tanam pegaga di tepi kali...
Time nak ngeteh ajak aku sekali.....

3 ulasan:

sI tEDI said...

janji kita minum kita bayo! ekekekeke

eeeda said...

Betul2...tak ada sapa pun nak marah kan...

relevan said...

Bila nak mgetea kat stesen teksi lagi ni eeeda?