Wednesday, February 10, 2010

GELAGAT MURID 5 MAWAR

Suasana di pusat sumber sksb

Setiap hari Isnin semua murid kelas 5 Mawar wajib melanggan Berita Harian. Kami akan menggunakan soalan yang terdapat dalam didik sebagai latihan tambahan. Mereka nie anak murid yang rajin dan tekun. Mereka yang berkehendak lebih. Kita sebagai guru hanya sebagai fasilitator je.

Hanya sebilangan kecil sahaja yang tak buat kerja yang diberikan. Mula-mula angin jugak aku. Lama-kelamaan mereka sendiri yang malu dengan kawan-kawan sebab tak siap kerja. Aku tak kisahlah kalau terkenal dengan gelaran cikgu yang garang. Janji niat aku baik, untuk mendidik mereka lebih berdisiplin dengan kerja yang diberikan oleh guru. Tak kira lah yang aku bagi ke.... guru lain bagi ke.... yang penting buat dulu. Betul atau salah soal yang kedua.

Kalau asyik nak denda pun sampai bila kita larat nak denda. Ada sorang murid aku nie datang jumpa aku semata2 tak nak duduk kelas Mawar. Dia kata cikgu garang2. Mesti termasuk aku lah tu. Satu je aku tanya dia.
"Kamu siap tak kerja cikgu yang garang2 tu"
"Tak siap cikgu" muka dah nampak mcm org nak menangis.
"Kenapa tak buat, yg penting kamu buat... salah atau betul itu soal yang kedua."

Aku minta no phone mak dia. Dia lupa. Dia ingat no phone ayah dia je. Tak pe lah esok aku suruh bawak. Aku bagi tahu nak bercakap sendiri dengan mak dia. Kebetulan mak dia suri rumah sepenuh masa.

Esoknya pagi2 lagi dah jumpa aku bagi no phone maknya. Aku call mak dia. Ceritakan apa yang berlaku. Aku maklumkan anak dia selalu tak siap kerja yang diberikan oleh guru. Aku minta mak dia tolong pantau kerja rumah yang diberikan oleh guru supaya anaknya dapat siapkan.

Alhamdulilah, kerja sekolah anak murid aku nie siap dan semakin kemas.

2 ulasan:

sI tEDI said...

Alhamdulillah..

eeeda said...

Si tedi: penat dah lempang2 nie,,, keja sama gak tak buat.... kat cikgu sama jugak tak takut...