
Nak jadikan rezeki, sekolah aku dapat fasilitator school net. Aku dah target sebelum dia habis kontrak mesti ada something. Ini lah antara projek kami. Bukan aku buat ye. Aku cuma bantu mana yang perlu. Bukan apa, kalau dia tak ada nanti sekurang2nya laman web nie tak terkubur. Aku peruntukan setiap hari Khamis untuk belajar mana yang patut. Nak bagi tahu gak....aku cuma sumbangkan idea letak pokok buloh tu.... he he he...
Sebenarnya masih lagi dalam pembinaan, banyak lagi yang perlu dikemaskinikan. Pada hari Isnin akan diadakan pelancarannya di tapak perhimpunan. Tanpa kerjasama daripada rakan2, semua nie tak akan terlaksana. Terima kasih kepada kawan2 yang telah membantu mengemaskini blog panitia masing-masing.
Sanggup berkongsi rela berkorban...
Amalan mulia bukannya beban...
0 ulasan:
Post a Comment