Thursday, February 11, 2010

LAUTAN TERBENTANG LUAS

Setiap kali tiba time isi borang APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) aku mesti teringat.... setiap kali nama guru yang dapat APC kuar pun mesti aku teringat... Pendek kata apa saja yang ada kaitan dengan APC mesti aku ingat lah....senang ceta. Walaupun ceta nie dah lama berlaku... tapi masih segar dalam ingatan. Bab key in markah nie aku pernah merasa.... seronok jadi orang yang paling awal tahu...nama2 kekawan yang dapat APC.... Tahun nie Siti Aishah diberi tanggungjawab untuk isi markah. Sekarang isi markah pun secara online.

GB jg risau, walaupun aku selalu melepak kat situ.... aku tak tahu pun sapo yang dapat.... Cuma ada dengar desas desus mengatakan.... kalau org nie dapat memang tak patut.... kalau orang tu dapat memang patut... terpulang lah kepada pihak pentadbiran yang memberi markah. Yang penting apa yang aku tak puas hati aku dah tanya. "cikgu kenapa markah saya rendah drpd si pulan nie.... jawatan dia, keja dia mcm biasa je, tak ada yg lebihnya dia drpd saya" sekarang aku dah berani bercakap. "Dia dapat APC tahun nie jadi markah dia kena lebih tinggi drpd yang lain" Letih jugak PK aku nie kalau semua yg datang jenis mcm aku. Staff 100 orang lebih tu....

Aku ingat lagi masa ramai2 ari tu... kekawan MPRM sibuk dok guna perkataan nie.... cakap sikit mesti ada yang menyambung "produk MPRM memang hebat" aku rasa ada kebenarannya jugak. Setakat yang aku jumpa melalui laman sosial FB ramai yg dah sambung belajar, sedang belajar dan yang dah jadi YB pun ada....bangga gak. Walaupun dia parti pembangkang tapi sekurang2nya berjuang untuk penduduk kawasan dia. Tahniah cekgubard.

Selepas 6 tahun aku berkhidmat.... aku telah diberi APC. Bangga beb. Walaupun kawan sekolah lama aku, confirm je dah dapat APC. Tapi padan lah bilangan cikgunya sikit. Sekolah aku sekarang 5 kali ganda sekolah lama. Time aku dapat saguhati RM1000. Banyak tu.... Ada kawan aku buat pasang grill umah baru lah.... ada yang beli jam lah. Aku buat apa dengan duit tu?????

Duit tu aku gunakan RM300 untuk buat pasport antarabangsa. Aku nie selalu buat keja giler. Kalau aku cakap itu... itu lah yang aku buat. Masa tu buat pasport kat imigresen Port Klang. Ada member yang bawak... puh memang tak sampai sejam dah siap. Rupanya ada kaunter khas untuk VIP.... baru aku tahu... patut lah depa punya urusan cepat je. Aku tak perlu beratur... tak perlu ambil nombor.... Aku tak pernah terfikir pun nak ke seberang laut. Pada mulanya aku cuma berseloroh dengan kawan aku..... "satu hari saya nak jejak kaki ke tanah indon"... "betul ke nak ge, saya boleh bawa" beriya-iya betul kawan aku nie nak bawak aku ke bumi indon.

Seperti yang dijanjikan aku pun berangkat le ke destinasi yang hendak dituju. Kami pergi dengan naiki feri. First time aku naik feri dalam jarak yang jauh. Tambang feri pergi dan balik RM180. Kawan aku yang sponser... termasuk lah makan dan tempat penginapan. Aku pergi tiga hari 2 malam. Perjalanan dari Port Klang ke Dumai memakan masa selama 3 jam lebih.

Aku dapat layanan yang cukup istimewa. Tempat duduk kami di bahagian atas dan kami bebas bergerak dalam feri tu. Aku apa lagi.... ambil kesempatan untuk bersantai di luar. Indon2 lain tak ada sorang pun berani kuar. Kecuali kami je berada di luar. Melihat lautan terbentang luas boleh mabuk laut aku dibuatnya. Nasib baiklah aku awal2 lagi dah telan ubat penahan mabuk. Selamat aku. Tapi sayang masa tu pergi tak ada kamera. So tak adalah gambar kenangan bersantai 2 tu. Rupanya boring berada di lautan nie. Laut je.... sayu mata memandang... seolah-olah tiada berpenghujung....

Patutlah kawan aku yang keja Navy kata boring berada di lautan. Nak bagi tak loya tekak... tu yang dia merokok. Bila kuar dengan aku terpaksa puasa seharian. Tak boleh hidup dia. Aku tengok kapten kapal pun keja dia merokok je...... lepas sebatang-sebatang. Tak boleh handle betul aku dengan orang yang merokok nie....merokok nie bukan lah amalan yang baik.... tapi masih ramai jugak yang merokok. Tak sayang pada diri pun...sayang lah pada orang yang berada di sekeliling.

Alhamdulilah, cuaca masa pergi tu memang elok. Laut tak bergelora, tenang. Perjalanan cukup lancar. Muatan ari tu kira penuh lah jugak. Ari Jumaat. Masing-masing ambil peluang hujung minggu bercuti bersama dengan keluarga di kampung. Ada yang balik hantar duit kpd ahli keluarga dan ada yang balik jengah kaum keluarga. Aku bab borak sempat je. Kejap je aku dah boleh ikut loghat mereka tu.

Dalam perjalanan yang memakan masa berjam-jam nie. Pihak pengurusan ada menyediakan sedikit makan. Tapi biasa lah aku... jenis yang memilih gak. Aku tengok org sebelah makan pun dah tak selera. Kawan aku puasa ari tu. Dia 2 bulan sebelum Ramadan dah puasa. Setahun memang dia akan puasa 3 bulan berturut-turut. Dia datang menghampiri aku
"farid knp tak makan makan tu" sambil dok tunjuk ke arah bungkusan di depan aku.
"Nampak mcm tak sedap je" dalam hati tak makan lagi aku dah tahu tak sedap.
"farid nak maggi tak?"
"Maggi malaysia ke Indon.... kalau indon tak nak lah" dalam hati mesti rasa entah apa2 nie.
"Rasa dulu... mesti sedap" aku ambil lah jugak, sebab lapar punya pasal.
Baru makan sikit... dalam hati, puh memang sedap. Habis aku belasah kat luar feri sambil menghirup udara yg segar. Depa pulak dok gelak kat aku..... kata tak nak makan maggi indon... bila makan, tu dia sampai licin....

Cerita seterusnya dalam n3 akan datang..... bagaimana aku terpaksa melalui detik2 cemas berada di lautan.

3 ulasan:

.: mama cute :. said...

oh..aku tak dapat APC lagi.. tak layak.. kuikuikui... cian aku..

ONE ZABA said...

kemas..kemas...

moh balik jerantut.

tengok hutan terbentang luas di sana...

eeeda said...

Mama cute: Rugi lah....kenangan tu.. tak dapat apc pun tak pe janji gaji naik..

One zaba: tak ada rezeki lah kita nak jumpa..