Saturday, March 20, 2010

YE KE..... CUTI SEKOLAH DAH NAK HABIS

Sekejap je aku rasa cuti sekolah kali nie... kenapa entah. Kalau dihitung dan dikira dalam 9 hari tu. Tak cukup lagi ke? Aku akan jawab memang tak cukup. Sebab aku rasa mcm tak cuti je. Setiap hari program penuh dan cukup memenatkan. Bermula ari Sabtu mula cuti, malam tu aku tido di Tasik Puteri... pagi tu berkejar ke Sg. Buloh.... sebab tak bawak pakaian. Bersiap2, aku ke Serdang Jaya.... kawan dah tunggu lama... janji mesti ditepati. Kecuali ada hal yang tak dapat dielakkan nak buat mcm mana.

Sekarang ari Ahad aku memang penuh. So setiap Ahad aku akan peruntukkan 3 jam... ikut kelapangan aku. Bila2 pun tak kisah... janji Ahad. So ari Ahad, klu nak ngeteh tu... kena tengok dulu... time tu free ke tak.

Hari Isnin pe mengecat stor kat PSS... dulu dia keja bawah aku...sedap je aku mengarah... sekarang aku pulak keja bawah dia... so aku pulak kena arah... junior arah senior nie... nak buat mcm mana... boss arah kena buat... sat lagi merajuk susah pulak.... dah le dia ada masalah dgn org lain. GB aku boleh main serkap jarang cakap gaduh dengan aku. Sampai pukul 6.30 p.m tu... balik aku dah tak larat nak buat apa. Lena dibuai mimpi2 indah.

Hari Selasa sambung mengecat dan mengemas sekali.... seronoknya bila apa yg kita buat nampak hasil. Siapa tak suka benda kemas.... semua orang suka kan... pukul 2.00 dah siap. Lagi pun member aku nie nak balik kelate.... tu kena buat keja sepantas.... secepat yg boleh.... selesai satu masalah.... balik rehat kejap... malam tu ge sek lagi ada tuisyen malam. Balik lena. Maklum lah umah jauh.

Hari Rabu pe sekolah ada kelas tambahan... Kelasnya sejam je... perjalanan aku nak ke sekolah pun sejam.... balik pulak sejam.... kata je dekat... tapi makan masa berjam.... tanggungjawab. Kalau ikutkan nak merungut... semua org boleh merungut... cuba kita susun jadual... baru tahu sakit kepala nak cari cikgu... jgn peningkan kepala org lain. Ikut je lah. Tak dapet nak tido petang tu... ada org datang nak pasang tombol pintu....Malam kuar lagi kelas malam. Betul lah, aku balik umah utk tido je...

Hari Khamis pagi2 buta aku dah kuar... klu ikut kan ari nie je free sepanjang seminggu cuti tu... member pulak sibuk nak belanja. Aku cukup hargai.... bila kwn beriya2 nak jumpa... nak belanja makan. Tambahan pulak...aku dengan dia masa belajar bukan lah rapat sangat pun. Kami sama time unit beruniform pengakap je. asalnya dia nak turun KL... aku nie jenis cepat kesian kat orang... nanti dia drive sorang2. Padahal aku ke sana pun sorang2 jugak.

Aku memang tak bercadang nak drive. Saja nak rehat... so aku park keta kat komuter sg. buloh... ambil tren terus ke seremban.... dengar mcm dekat je... aku terpaksa melalui 20 perhentian dan mengambil masa hampir 2 jam.... cukup membosankan... jenis aku paling tak suka buat org tertunggu2. Aku tak suka orang tunggu aku dan aku tak suka tunggu org. Aku rasa kalau naik keta dah lama aku sampai.

Tak sangka pulak ari tu boleh pakai baju dan tudung colour yang sama padahal tak janji pun. Member nie dah tunggu dengan anak2. Seronok tengok kekawan dah ada anak... boleh buat kawan... paling tidak pun kawan gaduh. Sampai je... destinasi pertama dah tentulah tempat makan.... aku dah lapar....w.pun tadi dah pekena teh tarik dan roti canai kat saujana... sikit masa lagi tuan kedai tu kenal lah muka aku nie.... kat kg melayu dah kenal muka aku... tu lah org bujang makan kat kedai je senang.

Lepas makan melayan anak2 main... and than kami berdua.... cuci mata kedai yg ada sekitar tu... nak shopping poket dah semakin nipis....org kata dah menghitung ari..... bila nak dapat gaji. Kalau orang kata dia boleh pe bercuti lagi cuti nie.... memang dia ada bajet lebih utk bercuti. Lepas tu, pe umah dia rehat... sembang2... ya lah masing2 belajar. Dah tentu ceta berkisar tentang oum.... pejam celik.... pejam celik... aku dah menghampiri ke masa untuk merdeka....untuk degree.... mana tahu kot bercita2 pulak nak buat master... niat ada.

Kawan aku nie nak jumpa sebab nak belanja makan.... memang betul keja dia suruh aku makan... petang tu hidang kat aku pengat pisang... semangkuk pulak tu... tak lama lepas tu ajak aku makan nasi.... aku tengok udang sungai besar2... sedapnya... makan lagi. Paling aku takut... member nie kurus je... tapi makan boleh tahan. Sepanjang ari.... memang gelak je... aku memang suka melawak... aku takut jugak org tak biasa dgn aku nanti terasa hati...

Pukul 7.30 p.m baru dapat komuter.... sampai kat sg. buloh dah 9.30 p.m... sampai umah dah pukul 10 lebih. Apa lagi mandi dan tido.... tak sempat gak nak buat apa.


Hari Jumaat pukul 7.00 am dah kuar dari umah... ada kelas tambahan tahun 6. Dekat pukul 2 baru sampai umah.... Rehatkan badan yang kepenatan... Malam kuar lagi ke kelas malam... balik sampai umah dah pukul 11 malam... bila masa aku nak buat keja2 sekolah... asgmnt... badan dah penat. Cuti pun mcm tak cuti.

Hari Sabtu pukul 7.00 a.m dah kuar ke kelas OuM.... memang satu asgmnt pun aku tak hantar... ini last sem... ini kali pertama dan terakhir aku buat perangai tak hantar ikut masa yang ditetapkan.... sampai kelas Sir Baskaran... sebut nama aku 3 kali....
"Faridah jangan lupa hantar asgmnt"
"Ya En. nanti saya hantar"
sebelum kuar kelas pesan lagi.....
"Faridah sampai ari Rabu petang je saya ada, jangan lupa hantar"
Padahal kalau buat kejap je.... selama nie pun aku buat sendiri je... tiba2 kali nie malas lah pulak... Habis kelas... sembang dgn fairus dan fatin.... 3F nie kira rapat le... balik umah... layan hidustan... last sekali tv entah ke mana... sedar2 member call tanya jalan... dalam dok mamai tu.. boleh bagi lg arahan.... dia kata klu tak jumpa dia call lagi.... tak call tu... jumpa lah tu. Seronok kan dapat tolong org.

Petang, akak aku call... dia kata mak aku nak datang umah... seronoknya. Bukan senang mak aku nie nak ge umah anak2... aku ingat umah besan dia pun sekali tu je dia ge... masa majlis bertandang... kecuali lah umah besan atas bukit... sebab dekat. Ada umah besan dia tak pernah ge pun ada. Aku jemput kat Giant S.alam.... nak datang tak menyempat2.... nak balik tak menyempat2.... ada lah kot dalam sejam kat umah aku. Dia kata lain kali nak datang lagi... lain kali tu tak tahu bila lah tu....

Anak buah aku lagi best... "ini umah mak itam..... ke umah kawan mak itam.... kita suka umah nie... tapi mcm bukan umah mak itam."
"Knp ckp bukan umah mak itam?"
"Ya lah, semua gambar kawan mak itam je"
Budak2 sekarang kan....

Esok Ahad.... program dah menanti... so, kesimpulannya aktiviti aku penuh seminggu nie. Cuti tapi mcm tak cuti.

3 ulasan:

ONE ZABA said...

tak pa...

esok pergi pejabat sekolah isi borang coti. boleh sambung coti lagi.

~ CeguLinn~ said...

Selamat kembali ke sekolah .... ceria selalu..

eeeda said...

One Zaba: Kalau boleh buat memang dah buat.... masalahnya tak boleh buat...

Cegulinn: Tu lah...azam memang nak ceria naik cuti nie.