Aku sempat lah... mendengar sekejap ceramah yang disampaikan oleh wan....aku cukup tertarik dengan cara penyampaiannya. Tapi sayang tak dapat mengikuti sehingga habis kerana ada kelas.... apa pun, tahniah wan... hang memang hebat...
Diharap selepas program ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada anak2 tentang batas pergaulan. Sebenarnya anak2 perlu sentiasa diingatkan... jangan segan untuk menyatakan perkara yang sebenar kepada anak2. Bukan apa supaya mereka faham....
Sekarang di mana pun kita berada rasa tak selamat... Bak kata pepatah melayu... 'harapkan pagar, pagar yang makan padi'. Kerana nilai setitik rosak susu sebelanga. Bukan semua guru mcm yang kita baca kat paper tu. Yang berperangai sedemikian bilangannya amat kecil. Beringat tu tak salah.... yang salahnya. Suka berburuk sangka dengan orang.
Anak adalah anugerah yang tak ternilai....
Anak adalah permata hati...
Anak adalah harta yang tidak boleh ditukar ganti....

0 ulasan:
Post a Comment